Isnin, 12 Jun 2017

kekasih murah

Aku tidak gemar diperlakukan begini. Hatiku seperti dibolak-balikkan.

Persoalanku bercambah menjadi persoalan yang lain.

Heran.

Terlalu sukarkah soalan itu? Mengapa lebih mudah menjawab dengan cara menyakiti dari menjelaskan perkara yang benar?

Dan sesudah hati ini separuh remuk,

Mengapa hati ini dicabar pula?

Katamu, aku punya masa untuk memujuk hati sendiri. Dan bila aku separuh jalan memujuk hati, aku terbiar begitu tanpa respon.

Aku terasa seperti terlalu murah.

Aku masih ingat tarikh hari ini pada tahun lepas. Begitu pilu wajah itu melangkah keluar dari kereta usai kita berbuka puasa. Begitu syahdu perpisahan itu hingga tidak sabar untuk ketemu semula.

Hari ini pada tarikh yang sama, perasaan aku begitu muram juga. Degup di dalam dada seperti ketidaktentuan.

Tapi aku ini kekasih yang murah. Terlalu murah.

Tidak mengapalah. Paling tidak, aku pujukkan hati, aku sudah cuba. Dan silap aku, kerana aku bertanya perkara yang salah.

Tiada cinta malam ini
Seperti kelmarin hati yang sedih

Tidak terucap rindu aku
atau
memang tiada untuk aku?

Ruang antara soalan dan kepiluan
yang ditengahnya adalah kebingungan aku

Aku yang setia
tewa dalam hujung penjelasan

Tapi yang lebih jelas, aku kedengaran bodoh...
kerana mengharap pujukan.

Khabarkan pada hati yang bertanya
hati yang luka ubatnya bukan cuka

Bulan tetap berganti purnama
Bintang tetap menyokong bulan yang utama 
Mentari tak pernah culas pada masa.

Tetapi cinta kita?

Selalu ada saja yang tidak kena.

Andai terasa lelah melangkah, katakan pada kaki itu, disini saja.

Andai terasa berat hati itu, katakan pada hati itu, hati yang satu lagi tak punya soalan lagi. Katakan pada hati itu, bukan salah dia. Hati yang satu lagi terlalu murah. Tidak sepadan untuk segandingan.

Berlarilah. Melompatlah. Terbanglah... Bebas semahumu. Tanpa aku yang remeh dan leceh.

Minta maaf ya. 

Tiada ulasan: