Rabu, 14 Jun 2017

sore ini

Menjelang sore
Ramadhan ke sembilan belas

Ku lihat juadah yang bakal aku santap
Tapi rasanya perut tidak teruja

Agaknya kalau aku teruskan puasa ini hingga esok sore
Aku masih tak kan terasa apa-apa.

Aku kenyang berfikir
Susah sendiri.

kenapa fitnah saya?

Kenapa cakap bukan-bukan pasal saya? Apa salah saya? 

Apa kes ni?

Saya tidak tahu apa-apa pun. Malah saya tidak mampu kaitkan kenyataan anda dengan perkara apa-apa pun.

Kenapa lah satu persatu masalah menimpa saya?

Saya ni orang jahat kah? Saya pernah ganggu hidup anda kah?

Saya bukan siapa-siapa pun. Saya tiada nama yang megah untuk merendah-rendahkan manusia lain. Tiada.

Pukul 2.40 pagi saya bangun menaip ini. Hati saya gundah. Mata saya basah-basah.

Saya ingin sekali tidur tenang. Izinkan lah ya.

Jangan biarkan saya pikul ini. Saya perlu kuat untuk banyak perkara. 

p/s; pinjam bahu :(

Isnin, 12 Jun 2017

kekasih murah

Aku tidak gemar diperlakukan begini. Hatiku seperti dibolak-balikkan.

Persoalanku bercambah menjadi persoalan yang lain.

Heran.

Terlalu sukarkah soalan itu? Mengapa lebih mudah menjawab dengan cara menyakiti dari menjelaskan perkara yang benar?

Dan sesudah hati ini separuh remuk,

Mengapa hati ini dicabar pula?

Katamu, aku punya masa untuk memujuk hati sendiri. Dan bila aku separuh jalan memujuk hati, aku terbiar begitu tanpa respon.

Aku terasa seperti terlalu murah.

Aku masih ingat tarikh hari ini pada tahun lepas. Begitu pilu wajah itu melangkah keluar dari kereta usai kita berbuka puasa. Begitu syahdu perpisahan itu hingga tidak sabar untuk ketemu semula.

Hari ini pada tarikh yang sama, perasaan aku begitu muram juga. Degup di dalam dada seperti ketidaktentuan.

Tapi aku ini kekasih yang murah. Terlalu murah.

Tidak mengapalah. Paling tidak, aku pujukkan hati, aku sudah cuba. Dan silap aku, kerana aku bertanya perkara yang salah.

Tiada cinta malam ini
Seperti kelmarin hati yang sedih

Tidak terucap rindu aku
atau
memang tiada untuk aku?

Ruang antara soalan dan kepiluan
yang ditengahnya adalah kebingungan aku

Aku yang setia
tewa dalam hujung penjelasan

Tapi yang lebih jelas, aku kedengaran bodoh...
kerana mengharap pujukan.

Khabarkan pada hati yang bertanya
hati yang luka ubatnya bukan cuka

Bulan tetap berganti purnama
Bintang tetap menyokong bulan yang utama 
Mentari tak pernah culas pada masa.

Tetapi cinta kita?

Selalu ada saja yang tidak kena.

Andai terasa lelah melangkah, katakan pada kaki itu, disini saja.

Andai terasa berat hati itu, katakan pada hati itu, hati yang satu lagi tak punya soalan lagi. Katakan pada hati itu, bukan salah dia. Hati yang satu lagi terlalu murah. Tidak sepadan untuk segandingan.

Berlarilah. Melompatlah. Terbanglah... Bebas semahumu. Tanpa aku yang remeh dan leceh.

Minta maaf ya. 

Isnin, 5 Jun 2017

5hb kita yang kedua belas

Sesungguhnya, aku selalu mengatakan tidak untuk angka ini. Terlalu lemah hati aku untuk percaya bawaha kita akan sejauh ini.

Aku senyum.

Hakikatnya hari ini aku tidak terkata. Raut wajahmu yang tenang dan tindakanmu yang sering tepat meneka rasa-rasa hatiku mengubah corak larian kita dalam cinta ini.

Ingat lagi tarikh hari ini pada tahun lepas? Sehari sebelum Ramadhan. Dan sebenarnya kau sudah beberapa kali cuba 'merisik' aku ke dalam hubungan ini dengan mesej-mesejmu menerusi Whatsapp. Aku tidak menduga kau begitu serius untuk ini sehinggakan perasaan ini terperangkap.

Dan

'Perangkap' ini selalu menjadikan aku merasakan kau kepunyaan aku yang aku tidak akan kongsikan dengan sesiapa. Malah, kau juga sering menghormati hak aku yang itu. Terima kasih Sayang.

Tidak terirama rasanya jari jemari ini untuk menangkap rasa dikepala bagi menterjemahkan satu persatu pelbagai kata indah yang berlegar dikepala.

Buka emelmu. Aku sudah tuliskan disana.

Hari ini aku anggap ajaib.