Sabtu, 13 Mei 2017

magis yang tiada

Aku harap aku akan ingat sakit ini kuat-kuat.
Aku akan ingat jawapan ringkas itu. Aku akan selalu membayangkan ketenangan engkau tanpa aku. Yang aku tidak mampu lakukan ke atas engkau.

Aku akan ingat aku terduduk meraung membalun buku lima ke dinding konkrit kerana perasaan yang seperti ingin membunuh seseorang.

Aku akan ingat aku masih terjaga sehingga 3 pagi dengan pedih hati.

Aku akan ingat 20 panggilan aku yang engkau mungkin sedar seawal pagi namun kau rasakan tiada apa yang penting dengan 20 panggilan itu. Malah engkau tidak sudi menghubungi walau sekali pun untuk bertanya kenapa.

Aku tidak mahu bersaing lagi dengan masa engkau. Aku tidak mahu bersaing lagi dengan penat engkau dimana aku akan tahu kalah. Aku terasa seperti bukan siapa-siapa. Aku malah membayangkan bahawa aku tidak mampu membuat kau kuat. Sekuat dulu. Dan hanya dulu.

Usah singkap apa-apa. Hanya anggap aku tidak bertuah mengharap magis yang tiada.

Tiada ulasan: