Selasa, 21 Februari 2017

insan tak bermotivasi lagi

Ada kalanya bila kita dalam keadaan tertekan, yang hanya kita mahukan hanyalah hak untuk didengar dan mengabaikan keupayaan orang yang kita mahu didengar.

Dan kerana itu, emosi akan mula mengambil alih kawalan.

Kita bertekak.

Kita kecewa.

Rasa tidak dipeduli dan tidak difahami.

Menjauh hati.

Hanya kerana ingin didengar.

Seseorang mempersoalkan kreadebiliti saya sebagai orang yang gemar membaca buku motivasi dan suka mengaplikasikannya ke dalam kehidupan harian. Dikatanya saya tidak seperti orang yang bermotivasi.

*sigh* -___-'

Kalaulah dia tahu tukang gunting juga memerlukan tukang gunting lain untuk menggunting rambutnya.

Kalaulah dia tahu, seorang doktor juga tidak terlepas dari jatuh sakit dan mati.

Kalaulah dia tahu seorang chef juga akan tetap rasa lapar.

Kalaulah.

Tapi tidak mengapalah. Saya memang sarat dengan bebanan sekarang. Ringkasnya, bermasalah.

Dan, saya akan muncul semula selepas masalah saya tiada.

Jangan rasa bersalah. Sebab saya yang salah.

=)

Tiada ulasan: