Selasa, 21 Februari 2017

insan tak bermotivasi lagi

Ada kalanya bila kita dalam keadaan tertekan, yang hanya kita mahukan hanyalah hak untuk didengar dan mengabaikan keupayaan orang yang kita mahu didengar.

Dan kerana itu, emosi akan mula mengambil alih kawalan.

Kita bertekak.

Kita kecewa.

Rasa tidak dipeduli dan tidak difahami.

Menjauh hati.

Hanya kerana ingin didengar.

Seseorang mempersoalkan kreadebiliti saya sebagai orang yang gemar membaca buku motivasi dan suka mengaplikasikannya ke dalam kehidupan harian. Dikatanya saya tidak seperti orang yang bermotivasi.

*sigh* -___-'

Kalaulah dia tahu tukang gunting juga memerlukan tukang gunting lain untuk menggunting rambutnya.

Kalaulah dia tahu, seorang doktor juga tidak terlepas dari jatuh sakit dan mati.

Kalaulah dia tahu seorang chef juga akan tetap rasa lapar.

Kalaulah.

Tapi tidak mengapalah. Saya memang sarat dengan bebanan sekarang. Ringkasnya, bermasalah.

Dan, saya akan muncul semula selepas masalah saya tiada.

Jangan rasa bersalah. Sebab saya yang salah.

=)

Khamis, 9 Februari 2017

mentari, bangunlah.

Saya ingin ingat apa yang saya rasa ketika ini. Memerhati mentari tenggelam dengan minda yang terlalu ingin berbicara. Tapi pada siapa? Jauh-jauh saya datang. Penat akal ini didera dengan tugas. Tak mampukah saya mendapatkan tempat untuk bertenang? Setidaknya saya dilayan dengan baik. Setidaknya ada orang yang berjuang melawan segala perasaan geramji untuk memastikan saya rasa memadai menikmati mentari ini.

Siapalah saya? Menunggu senyuman buat saya juga penuh dengan tanda tanya. Apakah ada atau tidak? Penuh dengan rasa sengsara. Membisu disini. 

Saya datang dengan jarak melebihi 100 kilometer untuk bertemu kamu. Namun kamu enggan beranjak empat langkah mendekati saya. Saya harap mata saya tidak menangis menaip ini. Tapi hakikatnya iya.  

Dan mentari pun tenggelam diufuk Barat tanpa ketawa kita.  

6.20 petang.

Ahad, 5 Februari 2017

5hb kita yang kelapan

Its been eight months.

I have no idea at all to write anything.

But, if I could write one word to express my feeling right now, it will be grateful.

Menyedari setiap perhubungan ada pasang surutnya. Semakin lama kita semakin kenal karakter satu sama lain. Ada baiknya. Ada buruknya. Dan aku juga sedang menyedari tidak semua persoalan aku ada penjelasannya.

Well Sayang, bulan ini bulan yang mencabar. Dan bulan yang hampir berantakan. Indah pada mulanya, namun ada saja gundah-gundah yang merayap menunggu masa merebahkan kita.

Tapi, kau tidak akan membiarkan aku jatuh seorang kan Sayang? Tidak kan?

Aku tahu, semakin lama engkau juga semakin penat dengan aku. Semakin mahu rasanya kau meletakkan semua ini dan berlalu pergi. Melepaskan semua ini dan menganggap ini semua mimpi.

Andai kata tak mampu memujuk rasa, izinkan masa mengubat segala.


Aku inginkan tuliskan tentang engkau dalam serangkap puisi. Tapi aku tak temukan bait kata untuk aku mula. Atau mungkin aku tak jumpa metaforanya. Lalu aku titipkan doa buat kita, semoga itu lebih memberi makna.