Ahad, 14 Mei 2017

#

Hati saya menangis. :(

Jujur. Semua ini sakit.

Saya tidak akan rasa ini lagi.

Sabtu, 13 Mei 2017

magis yang tiada

Aku harap aku akan ingat sakit ini kuat-kuat.
Aku akan ingat jawapan ringkas itu. Aku akan selalu membayangkan ketenangan engkau tanpa aku. Yang aku tidak mampu lakukan ke atas engkau.

Aku akan ingat aku terduduk meraung membalun buku lima ke dinding konkrit kerana perasaan yang seperti ingin membunuh seseorang.

Aku akan ingat aku masih terjaga sehingga 3 pagi dengan pedih hati.

Aku akan ingat 20 panggilan aku yang engkau mungkin sedar seawal pagi namun kau rasakan tiada apa yang penting dengan 20 panggilan itu. Malah engkau tidak sudi menghubungi walau sekali pun untuk bertanya kenapa.

Aku tidak mahu bersaing lagi dengan masa engkau. Aku tidak mahu bersaing lagi dengan penat engkau dimana aku akan tahu kalah. Aku terasa seperti bukan siapa-siapa. Aku malah membayangkan bahawa aku tidak mampu membuat kau kuat. Sekuat dulu. Dan hanya dulu.

Usah singkap apa-apa. Hanya anggap aku tidak bertuah mengharap magis yang tiada.

Jumaat, 12 Mei 2017

saki baki masa

Aku rindu pada waktu lalu-lalu yang engkau melawan penat hanya untuk dengar aku.

Hanya untuk tahu cerita aku.

Tapi kan itu dulu.

Waktu itu semuanya baru. Biji mata menjadi ungu pun kita tak peduli. Setiap inci kita bualkan. Setiap detik, saling cuba menyulam.

Sekarang.

Aku ini bukan yang pertama. Yang pertama itu adalah kerjamu. Yang kedua itu adalah rehatmu. Yang ketiga itu adalah ruangmu untuk difahami dan dimengerti. Yang keempat itu sehingga yang kedua terakhir itu adalah segalanya yang tidak memerlukan aku.
Dan yang terakhir itu barulah aku. Yang terima saki-baki masa setelah semua terpenuhi.

Aku tak harap apa-apa pun. Cuma cukupla bukan penerima saki-baki masa yang kau miliki dalam sehari itu.

Bila aku sebenarnya berkecil hati, aku mengharap bukan hanya sekadar text, 'minta maaf..', sebab bagiku dengan text sebegitu tidak langsung membezakan kau dengan manusia biasa-biasa dalam hidupku.

Aku tak pasti, sampai bila akan berkecil hati. Sampai bila rasa diri ini tidak penting.

Tapi yang aku pasti, aku sudah penat.

be careful with my heart

To be a good leader its never easy. Its a tough job to fulfill.

Semalaman saya tidak dapat tidur hanya memikirkan bagaimana tindakan sewajarnya.

Entah kenapa juga hati saya terlalu pedih. Termenitis air mata. Rasanya terlalu ingin meluah. Tapi saya sedari tiada siapa.

Secara teknikalnya, saya sudah bosan.

Sebenarnya kita tidak perlukan apa-apa untuk cinta, kita cuma perlukan masa. Dan kalau itu pun kita teragak-agak dan mengalah untuk memberi, maka lupakan saja. Kita hanya akan menyakiti dengan alasan untuk difahami.

Jumaat, 5 Mei 2017

5hb aku yang kesebelas

Sejak Selasa aku rasanya tidak larat. Tidak sihat. Tiba-tiba aku hilang suara. Demam dan batuk-batuk.   Seperti ada batu didalam tekak. Perit.

Sebenarnya aku merayu untuk mendapatkan perhatian. Tapi tidak diendahkan. Malah tidak dipedulikan. Entahlah. Seakan dosaku terlalu dasyat untuk sedikit perhatian. Seakan kemarahan itu tak wajar terpadam untuk hari istimewa ini.

Sedangkan aku juga struggle untuk menekan papak kekunci menaip ini. Aku struggle untuk meneruskan tugas walaupun ada masanya aku ingin memberitahu TKL untuk tidur saja dibilik dan berehat sambil tenangkan perasaan. Setidaknya aku struggle.

Sepatutnya, entri aku tentang detik indah hari ini pada tahun lepas. Detik yang memerangkap kita dalam perasaan ini. Dan hari ini aku cuma menunggu satu panggilan dalam sedang berselimut untuk setidaknya saling mensyukuri rasa. 

Tapi dengan mengendahkan semua ini, percayalah hati aku sangat kecewa. 

Kalau ada satu dua kata untuk semua hari-hari tanpa suara aku, tanpa bayang aku dan tanpa kelibat aku... Terima Kasih dan Maaf.

Rabu, 5 April 2017

5hb kita yang kesepuluh

We turned tu ten. My fevret number. I wish we could reach your fevret as well Sayang.

Tidak semua perkara indah. Begitulah kita. Namun, kita masih berusaha untuk saling membahagiakan. Ternyata, kau mahukan apa yang aku dambakan. Dan aku temukan obsesiku dalam dirimu.

Terkadang aku tercuit dengan tingkah engkau. Melihat engkau seperti melihat roh aku dijasad yang lain. Apa yang aku fikirkan, mudah untuk engkau tampakkan.

Ya. Memang ada masanya tidak.

Tapi, cukuplah engkau tahu, meluangkan waktu bersama engkau seperti masa terlalu membenci kita.
Cukuplah engkau tahu, aku sering rasakan kemenangan bila engkau ada.

Aku bebas menjadi aku. Seadanya aku. Yang terbaik yang aku mampu.

Aku sentiasa berharap, engkau juga merasa begitu. Menjadi dirimu. Terbaik buatku.

Jumaat, 31 Mac 2017

membiasakan diri

berbaring
sepi
dan
sendiri.

Siang tadi rasanya macam bencana. Aku mudik kesana sini. Mencari-cari arah cahaya. Itupun kalau ada.

Ada waktunya saya teringin merasai apa itu koma. Tidur yang tak akan ingat apa-apa. Lena yang tak rindukan siapa-siapa.

Hanya nyenyak.

Ya. Tudinglah pada saya. Pesalah dunia. Saya akan diam tak kata apa. Tapi nanti bila aku tiada, segala amarahku mungkin menjadi rindu.

Waktu itu...

Semoga puas hati.

Ahad, 5 Mac 2017

5hb kita yang kesembilan

Walaupun ada masanya kita berdepan dengan kesukaran, namun kulihat kau masih disitu.

Walaupun ada masanya kita berperang dengan ego yang dasyat, namun kita tampil dengan toleransi yang lebih hebat.

.
.
.

There is a corner to push out your anger. It can be any corner but please don't me.

And. I am sorry if I can't read your language very well.

This is me. Someone who are really need to be understanded. But yes, too hard and struggle to accept your weakness.

You hurt me, but still I love you. And I wish you love me so. But. Even more.

Kalau kamu mula berasa penat, perit dan benci, maka aku tiada sebab untuk bertahan.

Selasa, 21 Februari 2017

insan tak bermotivasi lagi

Ada kalanya bila kita dalam keadaan tertekan, yang hanya kita mahukan hanyalah hak untuk didengar dan mengabaikan keupayaan orang yang kita mahu didengar.

Dan kerana itu, emosi akan mula mengambil alih kawalan.

Kita bertekak.

Kita kecewa.

Rasa tidak dipeduli dan tidak difahami.

Menjauh hati.

Hanya kerana ingin didengar.

Seseorang mempersoalkan kreadebiliti saya sebagai orang yang gemar membaca buku motivasi dan suka mengaplikasikannya ke dalam kehidupan harian. Dikatanya saya tidak seperti orang yang bermotivasi.

*sigh* -___-'

Kalaulah dia tahu tukang gunting juga memerlukan tukang gunting lain untuk menggunting rambutnya.

Kalaulah dia tahu, seorang doktor juga tidak terlepas dari jatuh sakit dan mati.

Kalaulah dia tahu seorang chef juga akan tetap rasa lapar.

Kalaulah.

Tapi tidak mengapalah. Saya memang sarat dengan bebanan sekarang. Ringkasnya, bermasalah.

Dan, saya akan muncul semula selepas masalah saya tiada.

Jangan rasa bersalah. Sebab saya yang salah.

=)

Khamis, 9 Februari 2017

mentari, bangunlah.

Saya ingin ingat apa yang saya rasa ketika ini. Memerhati mentari tenggelam dengan minda yang terlalu ingin berbicara. Tapi pada siapa? Jauh-jauh saya datang. Penat akal ini didera dengan tugas. Tak mampukah saya mendapatkan tempat untuk bertenang? Setidaknya saya dilayan dengan baik. Setidaknya ada orang yang berjuang melawan segala perasaan geramji untuk memastikan saya rasa memadai menikmati mentari ini.

Siapalah saya? Menunggu senyuman buat saya juga penuh dengan tanda tanya. Apakah ada atau tidak? Penuh dengan rasa sengsara. Membisu disini. 

Saya datang dengan jarak melebihi 100 kilometer untuk bertemu kamu. Namun kamu enggan beranjak empat langkah mendekati saya. Saya harap mata saya tidak menangis menaip ini. Tapi hakikatnya iya.  

Dan mentari pun tenggelam diufuk Barat tanpa ketawa kita.  

6.20 petang.

Ahad, 5 Februari 2017

5hb kita yang kelapan

Its been eight months.

I have no idea at all to write anything.

But, if I could write one word to express my feeling right now, it will be grateful.

Menyedari setiap perhubungan ada pasang surutnya. Semakin lama kita semakin kenal karakter satu sama lain. Ada baiknya. Ada buruknya. Dan aku juga sedang menyedari tidak semua persoalan aku ada penjelasannya.

Well Sayang, bulan ini bulan yang mencabar. Dan bulan yang hampir berantakan. Indah pada mulanya, namun ada saja gundah-gundah yang merayap menunggu masa merebahkan kita.

Tapi, kau tidak akan membiarkan aku jatuh seorang kan Sayang? Tidak kan?

Aku tahu, semakin lama engkau juga semakin penat dengan aku. Semakin mahu rasanya kau meletakkan semua ini dan berlalu pergi. Melepaskan semua ini dan menganggap ini semua mimpi.

Andai kata tak mampu memujuk rasa, izinkan masa mengubat segala.


Aku inginkan tuliskan tentang engkau dalam serangkap puisi. Tapi aku tak temukan bait kata untuk aku mula. Atau mungkin aku tak jumpa metaforanya. Lalu aku titipkan doa buat kita, semoga itu lebih memberi makna.

Isnin, 30 Januari 2017

bidadari hatiku yang pemurah

Kadang bila hati kita tersadung barulah jiwa kita bernyawa untuk menulis. Dan aku tuliskan ini buat kau adikku BDJ.

Pagi tadi aku bangun dengan mata yang bengkak. Sebaik membuka mata, fikiranku kembali waras mengingat setiap bait kata-kata hinamu buat aku. Walaupun sejujurnya aku sedih kerana setiap kata-kata kasar itu keluar jelas dari bibir engkau yang dulu selalu memberikan semangat buat aku, namun aku tetap berusaha menerima semua itu sebagai ‘ganjaran’ setimpal atas perasaan aku yang tidak adil buat kau.

Aku duduk di tepi katil melihat ke cermin. Dan mataku tersorot pada gambar dedikasi yang kau hadiahkan buat aku.  Aku tatap setiap satu sentuhan kreatif kau. Hadiah paling bermakna diantara semua.  Aku yakin, kau meletakkan kasih sayang kau sepenuh hati sepanjang menyiapkan hadiah itu.

Hampir sembilan bulan aku sembunyikan kebenaran. Aku bermain disebali kata untuk menjaga hati dan tidak membuat kau curiga. Tapi, kau tetap kau. Kau selalu tahu ‘menghidu’ gerak geri aku.

Sehingga saat kau melangkah meninggalkan aku, aku masih kaku sebagai pengecut. Aku tidak mahu kau pergi. Tapi aku juga tiada jaminan untuk tidak membuat kau sakit hati lagi. Selagi hati ini milik dia, selagi itu kau lah mangsa layanan perasaan zalim ini.  Maafkan aku.

Kau pergi dengan pesan. Kau pergi dengan rasa kecewa didalam dada. Aku? hanya diam tak terkata. Aku membiarkan rahsia kekal rahsia. Cukuplah kau rasa dipersia. Cukuplah .

Walaupun dihujung kata saat ini kau terlalu benci aku. Hanya satu yang aku ingin kenang, kau adalah antara manusia yang selalu ada untuk ‘menyambung nyawa’ aku ketika aku terduduk putus asa. Kau sentiasa ada malah sanggup bangun dari lena ketika mendengar suara sedih aku dihujung talian. Kau bukan siapa-siapa. Kau hanya Bidadari Hatiku Yang Pemurah. Ingat itu selalu.

p/s; aku doa masa merawat luka dan menyebelahi kita.

Khamis, 5 Januari 2017

5hb kita yang ketujuh

Tujuh.

Thank you.

Tidak tahun untuk bermula dengan perkataan apa. Sebaik selesai menyelesaikan tugas, aku duduk disatu sudut mengeluarkan labtop dan menaip ini.

You know what Sayang…? Saat pertama kali aku mengenal engkau, aku tidak pernah menduga kau akan sebegini penting dalam hidup aku. Aku tidak pernah menjangka, hati aku begitu dekat sekali dengan engkau. Dengan cara kita saling berkomunikasi dan melayani satu sama lain, aku sering merasakan engkau begitu tahu tentang aku walaupun adakalanya aku mahu dilayani dengan cara yang lain.

Kau tidak sempurna. Sungguh. Malah ada masanya, menyakitkan hati pula. Jelas. Terfikir aku mengalah.

Namun, acap kali aku memikirkan semula posisi ‘buruk’ engkau, mampukah aku menemukan posisi ‘baik’ itu dari insan lain? Dan mengapa juga kita mengalah dengan hanya sakitnya sedikit langkah jika dihadapan mungkin lebih banyak yang indah? Dan mengapa pula seringkali kita bertelagah pada perkara yang mentah-mentah?


Jawapannya, kerana kita (atau hanya mungkin aku) takut pada kehilangan.

Andai kita sedang berdepan dengan satu ketakutan, ingatlah melalui dua keberanian (kau dan aku), ketakutan itu akan kalah.