Rabu, 28 Disember 2016

I'm in good

Hal ini mungkin kecil saja. Tak perlu banyak masa untuk pujukkan hati saya. Tapi dari memilih untuk ‘fight to win, you choose to sleep and get some dream’. Kamu penat (saya ingin memahaminya dengan baik walaupun hati saya pedih ditinggalkan ‘tergantung’)

Maaflah kalau mungkin saya agak ‘keanak-anakkan’ dalam mengadu persoalan dan menagih penjelasan.

Terkadang saya bingung juga oleh kamu.

Saya telah melakukan sehabis baik mengikut kemahuan kamu. Membelai hati kamu sepertimana saya mahu ianya diperlakukan ke atas saya. Menepis kekasaran sepertimana saya tidak pernah mahukannya. Maaf jika masih tak sempurna.

Mungkin juga semakin kamu mengenal saya semakin tak kamu temukan apa-apa. Atau mungkin segala apa yang kamu inginkan, semuanya telah kamu perolehi dan tak bersisa lagi.

Kita berjanji untuk tidak membiarkan salah satunya tidur dalam keadaan sakit hati. Anggaplah itu cuma sah laku pada waktu dulu-dulu. Kerana apa yang saya rasakan, saya sering ditinggalkan begini.

Sebak hati saya menulis ini. Saya tidak juga merayu apa-apa dari penulisan ini. Anggaplah saya hanya ingin mendapat sedikit kelegaan.

Andai tak terasa ingin mengembalikan bunga-bunga dihati, tak mengapalah. Usah memaksa diri. Biar masa memujuk saya.


And I'm in good. I promise.

Isnin, 5 Disember 2016

5hb kita yang keenam

Tak sedar langkah demi langkah walaupun adakalanya bertatih untuk mara, kita jejak juga angka enam.  
Ini bermakna setengah tahun kita melayari semua ini. 

Aku akui ada sedikit rasa kesengsaraan. Malah terkadang aku berang dengan semua kebiasaan yang kian berubah. Aku tak cukup sedia. Walaupun begitu, aku akan belajar lagi. 

Saat aku menaip ini, perasaan bercampur baur. Entah. 

Aku tidak pernah menjangka engkau akan mengetuk pintu hati aku. Banyak lagi perkara yang aku tidak jangka. 

Terkadang aku terlalu inginkan penjelasan tapi seringkali penjelasan aku dimulai dengan keluhan berat dan penjelasan itu hanya satu perkataan. 

Tidakkah engkau tahu betapa pentingnya setiap penjelasan itu supaya tersuntik semula semangat hati ini? Supaya aku semakin ada kekuatan agar bertahan.

Keep holding on. Tunjukkan aku caranya untuk terus bertahan. We will fight and defend. Kita akan selalu lawan dan saling mempertahankan. Namun seringkali juga aku lihat layanan ke aku dengan nada sedikit marah dan berbaur geramji. Just stay strong. Bagaimana aku ingin kekal kuat, kalau sebenarnya engkaulah kekuatan aku yang terkadang melemahkan dan menakutkan aku?

Ada masanya bila bersama dan berkomunikasi aku terpaksa menjadi 'sesempurna' boleh agar hujung-hujung perbualan tiada persoalan. Dan ada masanya, aku seperti menunggu 'bom jangka' yang akan meletup bila-bila masa. Kerana takut akan tercedera, aku memilih untuk diam seperti 'tikus basah'. Cuba untuk mendinginkan segala.

Semoga ini kali terakhir aku meluah begini. Bukan tak pernah bahagia, tapi aku tercari-cari cara untuk bercinta dan menjadi pencinta terbaik.

Maafkanlah aku kerana punya hati yang rapuh. Ampun.