Sabtu, 19 November 2016

bukan tak mahu tapi tak mampu

Sebak juga rasanya ingin menulis ini. Berkaca-kaca mata aku. Tolong jangan di salah erti kan. Aku tiada niat apa-apa lagi. Kalau ada pun, aku cuma ingin tidur.

Aku penat. Sangat penattt. Sehinggakan aku ingin merayu sehina-hinanya. Tapi mungkin hati tinggal separuh. Kenangan tidak mampu mengembalikan kita ke titik mula. Tidak apa lah. Bukan salah siapa-siapa. 

Kalau sudah memang begitu rasa dihati, usah menabur simpati. Usah menipu diri. Mungkin kita sudah tiba disatu persimpangan dimana aku tidak diperlukan lagi. Di persimpangan itu mungkin kau ingin cepat berlari. Sedangkan aku masih ingin menikmati. Usah toleh ke aku dan hamburkan rasa bersalah mahupun kesal. Berlarilah. Temukan destinasimu. 

Engkau telah terlihat posisi jelek aku. Maaf. Kalau mungkin anganmu ke aku musnah kerana itu, aku cuma boleh cakap maaf. Tak usah takut mengecewakan aku. Aku masih hidup. 

Tolonglah. Doakan aku tidur. Rasanya kepala ini bakal pecah. Aku tak mahu apa-apa. Aku cuma mahu ketawa seperti kau tetap mampu ketawa tanpa aku. Aku cuma mahu tidur dan bangun dengan semangat meneruskan perjuangan. Setakat ini, semuanya sirna.

p/s; 23hb, terima kasih kerana datang memberi aku peluang tapi maaf, mungkin bukan sekarang. Kalau pun mungkin takkan pernah datang lagi, aku redha. Bukan tak mahu tapi tak mampu. 

Rabu, 16 November 2016

miss na miss kita talaga

Rindunya aku pada kau. Siang tadi sampai termimpi kau muncul di tepi katil membangunkan aku yang sedang tidur. Seperti nya kau sedang buat kejutan. Gembiranya aku bukan kepalang. Malah, aku merasakan itu seperti nyata sekali. Rupanya, itu mimpi.

Salah aku kah sayang? Sepenuhnya? Atau mungkin semua kian pudar? 

Aku hilang fokus. Entah bagaimana aku harus teruskan keinginan ini. Senyuman, gurauan dan riang aku sedikit kepura-kepuraan. Tapi apa lah daya aku?

Dalam doa, semoga Allah mempermudahkan segala perjuanganmu. Semoga segalanya mudah. Dan rasakan aku merinduimu. Memelukmu dari jauh. 

Aku habis kata. Tapi aku masih ada rasa cinta. Buat kau dan buat kita.

Sabtu, 5 November 2016

5hb kita yang kelima


Cinta itu segiempat, adil disetiap sisi. Cemburu itu segi tiga, tajam disetiap bucu. Rindu itu bulat, tak berpenghujung. Seperti aku merindukan kamu selalu. Dalam diam atau dalam aku memberitahu. Sungguhpun terkadang ia menyiksa, namun aku rela ianya begini. Kerana selagi rindu itu ada, selagi itu cinta pasti disana. Baik-baik saja dan terjaga.

Sayang ku, selamat berjumpa lagi di 5hb ini. Sungguhpun mungkin kita saling mengucap dalam bisu, aku pasti kamu mendengar aku dan aku juga mendengarkanmu. 

Sikit masa lagi Sayang. Selagi mampu, selagi itu segalanya bisa.

There is always beautiful rainbow after rain. And there is always beautiful love after you.