Ahad, 30 Oktober 2016

doa baik-baik

Dalam keadaan yang terbatas aku menaip ini satu demi satu. Disini saja aku mungkin mampu mendapatkan kelegaan.

Ya Allah. Berat sungguh ujian Kau buatku kali ini. Aku mohon ringankan sedikit. Paling tidak, tenangkan lah hati ini. Hentikanlah airmata ini. Tersangat aku mohon.

Bukan sekarang. Bukan sekarang. Tolong, bukan sekarang.

Seandainya ini adalah hukuman di atas segala khilaf, mohon berikan peluang untuk aku perbetulkan. Berikan aku tanda kepada siapa harus aku perbetulkan silap itu.

Dengan tiba-tiba aku terasa sendiri dalam perjuangan menempuh ketakutan ini. Kalau memang aku ditakdirkan sendiri dalam ketakutan ini, berilah kekuatan berganda untuk aku merempuhinya. Gigil dan denyut jantung yang tidak ketentuan mengharap semua baik-baik saja. 

Tenangkan jiwa-jiwa mereka yang gelisah. Jawabkan kepada mereka dengan jawapan yang lega. 

#doabaik-baik

Khamis, 27 Oktober 2016

aku penat

Secara teknikalnya, aku sudah bosan berada dalam sistem kerja aku. Tidak lagi seperti dulu. Bak kata satu pepatah, 'air jika tidak mengalir akan bertakung dan mencermarkan dirinya sendiri'. Begitulah apa yang aku rasakan sekarang. Bertakung. Dulu aku mahu umpamakan ilmu yang aku ada sebagai air yang mengalir. Sentiasa memberi manfaat disetiap persinggahannya. Sejuk dan menyuburkan hidupan disekitarnya. Sekarang, ianya seperti sudah bertakung dan menjadi lopak. Dipandang orang terasa keji. Mengotori malah tak ingin didekati.

Aku penat menampilkan watak ketua. Watak pemimpin dan bermain sebagai watak utama disetiap gelanggang. Sentiasa ditiup dengan harapan. Tak sedar yang hati ini juga ada masanya akan pecah.

Terlalu letih rasanya memikul harapan dan expectation yang tinggi dari segenap orang. Sentiasa saja nama aku dibarisan hadapan. Ayat ini mungkin poyo bagi kalian. Tapi dari hati aku yang paling dalam, perasaan ini sangat azab.

Kebelakangan ini aku sentiasa 'mengelak'. Malah dalam sedar aku memberikan 'bad respond' pada arahan-arahan yang aku rasakan 'sampah' dan macamlah orang lain bodoh sangat untuk buat benda tu selain aku.

Katalah apa saja. Sesungguhnya anda bebas bersuara dan ini hak aku untuk turut berbicara. Ugutlah aku dengan apa cara. Penilaian tahunan? Arghhh. Aku tidak pernah endah sedikit pun pasal penilaian tahunan ini. Malah penilaian itu aku hanya selak sekali dan tandatangan. Tidak pernah sedikit pun aku melihat itu sebagai maklumbalas terbaik untuk prestasi kerja aku.

Dia asyik cakap, 'Setiap kali saya mintak cikgu Yulie buat maksudnya saya tau cikgu Yulie memang boleh buat'. 'Cikgu Yulie adalah antara jurulatih terbaik saya'. 'Saya tau cikgu Yulie boleh lakukan sesuatu untuk team dan dimanfaatkan untuk jabatan'. Well, the only word yang aku mau sangat cakap ketika itu ialah. 'Damn it!'

You know something?  I am tired! 

Aku mula mempertikai banyak perkara kebelangan ini dan terkadang aku sedikit murung. Jiwa aku sudah mula memberontak mencari jalan keluar dari sistem ini. Sistem ini sudah mula dipolitikkan. Aku geli! Yang jelas, aku juga marah.

Kalau ada satu sebab kenapa aku masih kekal berada disini, sebabnya hanyalah satu. Sistem ini pernah mengubah perwatakan seorang remaja pendiam kepada seoarang yang yakin mengeluarkan suara dan mencurah isi kepala.

(-.-)'

The Lady


Pukul 3.34 pagi dimana aku baru saja selesai memuat turun movie di atas. Dicadangkan oleh seseorang yang bunyinya beriya-iya mahukan aku men 'download' movie tu. Sejujurnya, aku tidak begitu bijak men 'download' movie malah aku tidak pasti pautan yang paling tepat untuk mendapatkan movie kegemaran aku. Namun begitu, seseorang itu mencadangkan tajuk movie ini untuk aku cari dengan berlandaskan isi cerita sejarah yang mungkin merupakan salah satu genre kesukaan aku.

Dear you my darling. Aku harap itu adalah tajuk yang tepat untuk movie yang kau sebutkan minggu lepas. Aku sebenarnya ada sedikit kekeliruan namun berbekalkan ingatan perkataan 'lady', 'Michelle' dan 'Burma', agak mustahil untuk klu itu ada pada movie lain selain movie dengan gambar di atas.

Sementara menunggu hasil 'download' siap sepenuhnya, sempat juga aku menonton separuh jalan ceritanya. Cerita yang menarik tapi sayangnya, sejarah Burma kurang menjadi sorotan minda aku menjadikan aku agak 'bodoh' untuk tahu cerita ini dengan lebih baik. Lalu aku tinggalkan sebahagian cerita untuk dilihat bersama dengan harapan ada sedikit pencerahan dari orang tu. Tidak sabar rasanya.

Selain berjaya mendapatkan movie ini, ada pembelajaran lain yang turut menjadi bonus aku untuk dimanfaatkan pada masa hadapan. Terima kasih encik Youtube.

p/s; Aku kurang yakin dengan penulisan yang bersulam mengantuk ini. Tapi aku juga tidak sanggup tidur tanpa memberitahu kau berita gembira ini. =) Magandang Gabi Mahal Ko.

Rabu, 5 Oktober 2016

5hb kita yang keempat

Aku hampir putus asa dengan kamu. Aku takut. Kebelakangan ini aku merasakan kamu lain. Sedikit asing. 

Aku akui aku kekok.

Tapi. Dalam-dalam aku memujuk hati. Membiarkan kamu dengan masa kamu.

Kau begitu penat kan sayang? Kau sudah cukup penat cuba melompat untuk menggantung cita-citamu dilangit yang tinggi. Andai saja aku bisa menjadi sayapmu yang mampu membawa kau terbang secepat yang boleh agar kita lebih punya banyak masa untuk bercinta, alangkah indahnya.

Maafkan aku. Aku bukan sahaja tidak mampu menjadi pendorong malah untuk memahami kau juga aku memberontak sendirian. Nanti, bila kau penat dengan aku, usah ungkapkan kata-kata kesal ya sayang. 

Melangkah lah menuju destinasimu sayang. Aku akan tunggu kau digarisan penamat. Semoga saling menjaga cinta sehabis bisa.

I can't breath. (semoga kau ingat ungkapan ini maksudnya apa)

p/s; ketika aku menaip ini, kau sedang tidur melawan sakit kepala (9.46 pm) Aku cuba kejutkan tapi kau seperti membutuhkan rehat. Lalu aku membiarkan kau lena dengan tenang. Selamat malam sayang.