Khamis, 22 September 2016

sahabat sepanjang hayat

Ku biar kalam berbicara 
Menghurai maksudnya di jiwa 
Agar mudah ku mengerti 
Segala yang terjadi 
Sudah suratan Ilahi 

Ku biarkan pena menulis 
Meluahkan hasrat di hati 
Moga terubat segala 
Keresahan di jiwa 
Tak pernah ku ingini 

Aku telah pun sedaya 
Tak melukai hatimu 
Mungkin sudah suratan hidupku 
Kasih yang lama terjalin 
Berderai bagaikan kaca 
Oh teman, maafkanlah diriku 

Oh Tuhan 
Tunjukkan ku jalan 
Untuk menempuhi dugaan ini 
Teman, maafkan jika ku melukaimu 
Moga ikatan ukhwah yang dibina 
Ke akhirnya 

Aku tidak kan berdaya 
Menahan hibanya rasa 
Kau pergi meninggalkan diriku 
Redhalah apa terjadi 
Usahlah kau kesali 
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sahabat, sungguhpun hati ini mula membisikkan jengkel namun aku tidak mampu menafikan kau adalah sahabat sepanjang hayat. Amarah yang membenam di dalam dada, semakin aku selami semakin aku temui diri aku yang tidak adil. Aku juga ada salahnya. Andai bahasa minda kita tidak mampu menyatukan emosi kita, aku masih percaya kata hati kita meyakinkan kita untuk terus meniti liku kehidupan ini sebagai sahabat.

Walaupun sekiranya nanti, aku atau engkau mengubah rentak ini, usah salahkan sesiapa. Usah kita saling membenci dan iri hati. Aku mahu menetapkan satu kepercayaan bahawa kita sedang melalui fasa yang agak sukar dan aku pasti semua ini ada penghujungnya. Semua akan baik-baik saja. 

Aku pernah berkata, andai aku mampu berbaik dengan engkau dan andai air yang keruh kembali jernih, mungkin jernihnya tidak seperti dulu. Tapi, aku mengharapkan akan ada satu keajaiban dan semoga ianya tidak seperti itu.

Aku bukan pujangga. Aku bukan Hamka. Kata-kata dan tulisan aku tidak cukup mampu menyembuh hati engkau yang berduka. Malah, aku akui terkadang penat dan lelah. 

Percayalah, dengan cara apa pun, dihati ini masih selalu mendoakan kau. Lirih mata aku masih memerhati tingkah kau. 

Selasa, 20 September 2016

bogoshipoyo

Budak Baik,

I miss you.

Rindu berbual dengan engkau.

Namun aku tahu, engkau juga sedang berusaha gagah untuk menyudahkan segala saki baki perjuangan demi sebuah kecemerlangan.

Semoga sukses ya Sayang.

Ouh ya. Jangan risau aku.

Aku akan tunggu engkau.

Go win.

I Love You.

And

Always.

Isnin, 19 September 2016

jangan ada benci

Semoga entri ini mampu mendinginkan hati kita yang panas dan rimas dalam pergelutan ini.

Cinta hatiku sayang. Dari hati ini, dirimu amat aku cintai. Amat. Dan kerana itu, kesakitan adalah sebahagian dari pakejnya.

Ketika dulu, hati ini tidak mengenal hatimu malah tiada yang luar biasa aku lihat tentang kamu, sungguh aku ingin kembali ke detik itu dan bermula dari saat pertama aku melihat kamu di dalam bas.

Namun, bila aku memikirkannya semula, aku mula merasakan bahawa cara kita memulakan semua ini masih lagi dengan cara yang paling indah dan sangat istimewa untuk aku kenang sampai bila-bila.

Sayang. Aku tahu kamu sedang menyekat panggilan aku. Dan kamu memberikan aku satu alasan untuk membenci. Sebab aku rasa ini hukuman yang perit. Hukuman yang mematikan nafsu-nafsu aku untuk tidur dan makan. Saat getar ini aku rasakan lagi. Tapi barangkali kamu akan membaling aku dengan satu soalan, ‘Siapa yang mula?’.

Sebelum aku meneruskan entri ini, aku mohon agar kamu tidak menganggap entri ini berbentuk rayuan, belas kasihan apalagi kalau ianya mampu merentap kebahagian kamu pada hari-hari depan. Sangat aku mohon itu.

Sayang.

Sebenarnya, sudah lama aku sungguh berkecil hati. Tapi aku diamkan kerana aku rasa kamu tidak akan mahu mendengar rintihan aku. Banyak perkara yang berubah-ubah dinamik. Malah aku terdidik untuk memujuk hati sendiri. Rajukan aku tidak lagi kamu hiraukan dan aku sering memberontak sendirian.

Sayangku. Kau umpama magis. Yang muncul entah dari mana dan tiba-tiba mencuri perhatian aku dan juga boleh menghilang serta merta meninggalkan aku dengan kehairanan yang panjang. Lalu ianya tinggal satu soalan yang kekal sebagai soalan.

Ketika segala kedukaan hati ini tidak terpedulikan dan seperti ditiadakan, itulah yang menambahkan kesakitan yang bertimpa-timpa. Mengapa semakin kamu mengenal hati aku, semakin kamu tidak mampu mengasuh hati aku? Mengapa sayang?

Aku memikirkan ini berkali-kali dan menahannya kuat-kuat didalam dada agar tidak terluah kerana aku sangat takut kamu memikirkan aku tarlalu mengharapkan kesempurnaan. Aku tahu itu. Aku tahu tiada hubungan yang sempurna. Malah kita mulakan semua ini dengan sangat jelas tanpa kesempurnaan.

Yang jiwa ini amukkan adalah kebiasaan yang kamu mulakan berubah kepada kedinginan yang aku rasakan.

Wallahi. Aku jelas dengan perasaan ini. Aku cinta akan kau. Dan aku dapat juga merasakan kau mencintai aku setulus hatimu. Entah kenapa hati ini terkacau. Semakin kamu berdiam, semakin aku rasa terbenam. Aku sangat memerlukan kamu memeluk hati aku sekuatnya dan katakan pada aku seindah-indah bahasa supaya aku baik-baik saja. Aku hanya perlukan itu tapi kamu enggan. Dan lagi, aku berlawan dengan kesenggsaraan ini bersendirian.

Sayang.

Aku takut aku penat. Penat merasakan tidak diperlukan. Penat merasakan aku bukan antara keutamaan dan kepentingan kau. Penat untuk bangun lagi dan melangkah ke depan.

Andai kita memilih untuk mengalah, aku akan kekal bercinta dengan kenangan kita.

Andai kenangan indah kita tidak mampu menutupi kudis-kudis hati yang terkecewa, aku akan terima dan berjanji untuk tetap setia memeluk kenangan sebaik bisa.

Andai kata-kata keramat tidak mampu lagi menjadi pembangkit semangat untuk bangun mencuba, semoga kita tidak saling membenci ya sayang.

Andai kita sudah puas mencuba dan kita tetap memilih untuk mengalah, aku mohon semoga pilihan itu tidak melukakan sesiapa. Semoga cita-cita kita masih terasa ghairah dicapai.

Aku tidak mahu hubungan ini menjadi satu alasan kepada kekalahan hidup kita sedangkan yang aku impikan kita saling mendoakan kemenangan bersama.

Aku akhiri entri ini dengan salam maaf dari aku yang mencintaimu sangat-sangat.
  

Isnin, 5 September 2016

5hb kita yang ketiga

Kata mereka, kau tak hargai dia. Kata mereka, kau singkirkan dia. Kata mereka, habis madu sepah dibuang. Kata dia pula, dia seolah diabaikan. Kata dia lagi, kau tak seperti dulu.

Peduli apa orang kata. Caci maki mereka, biarkan saja.

Andai saja mereka dengar semula cerita kau dari mula, pasti ianya tak begini. Boleh saja, aku mematikan semua kata cerca mereka. Boleh saja aku tamatkan teka teki mereka. Tapi, untuk apa?

***

Dear darling,

Kebiasaan kita semakin tumbuh dan mencorak warna. Yang dulu tidak sama seperti kini. Namun masih ada indahnya yang tersendiri. Kalau aku diberi pilihan, aku masih mahu kau yang dulu. Kau yang tercari-cari aku dalam kesibukan waktu. Kini, aku yang memburu kau dalam kerinduan aku.

Walau apa pun jua sayang. Jangan izinkan hati ini mencipta jarak kita. Jangan.

Dan jangan sesekali kau sudi-sudi ulangi sakit yang kau biar aku lalui pada 8hb hingga 10hb Ogos itu. Jangan. Sebab apa yang kau lakukan itu adalah sangat jahat.

Syukurlah. Kita berjaya lagi melalui fasa yang sukar. Semoga kita saling mudah memahami dan saling menjaga hati.

***

Pain is a part of love. So, let it be.