Rabu, 10 Ogos 2016

doakan aku selamat

Pastikan anda dalam keadaan yang selamat sebelum anda bersedia untuk menyelamatkan orang lain.

Kata-kata ini seolah-olah telah menjadi petunjuk kepada apa yang aku bingungkan ketika ini. Terima kasih.

Ketika kamu datang bertanya tentang banyak perkara kepada aku, aku menjawab biasa-biasa tanpa mempersoalkan apa-apa.

Ketika kamu datang kepada aku dan kita mula menghampar cerita dengan rasa-rasa indah, aku mula bertanya kenapa.

Ketika kamu berjaya hadirkan rasa rindu yang dasyat, aku terus bertanya kenapa.

Ketika kamu berjaya membuatkan aku sayang kepada kamu dan aku mengakuinya dengan sempurna, aku tidak pernah mempertikai ianya untuk apa.

Ketika kamu mula menjadikan perbualan kita menjadi satu kebiasaan, aku mula ketagihan. Ketagih mencintai kamu untuk saat yang seterusnya.

Dan kita melupakan situasi, keadaan serta ketidaksempurnaan. Malah, terkadang perasaan tidak menyebelahi kita. Lalu kita berantakan. Dan mungkin, ku kira kesakitan ini yang paling sadis yang pernah aku lalui seumur hidup ini.

Namun begitu. Masih ada saki baki soalan yang ingin aku utarakan. Tapi tak mengapa. Aku mungkin lewat.

Atau mungkin aku sudah melampau batas beban amarah yang kamu mampu tampung.

Pernah tidak kamu rasa kepala terlalu berat, begitu juga mata yang menuntut tidur dan kamu hanya tidak mampu untuk itu?

Pernah tidak kamu berjalan dengan merasakan langkah kamu longlai malah ada masanya hampir sedikit terjatuh tapi kamu tersedar tiada apa-apa untuk berpaut?

Pernah tidak kamu rasakan badan menggeletar dan sebenarnya kamu terlupa makan? Malah sebenarnya, kamu hilang nafsu untuk makan.

Ketika kamu sedang sendirian lalu termenung tanpa penghujung dan bangun dalam keterpaksaan yang kau lawan kuat. Hanya memujuk hati bahawa dunia ini masih memerlukan aku.

Semoga. Kamu tidak merasakan ini.

Aku telah cuba mendapatkan jawapan, hanya aku tidak temukan. Atau mungkin kita akan melalui pertembungan waktu.

Well. Penggemar buku motivasi hilang santapan jiwanya. Aku hanya ingin selamatkan diri aku. Terima kasih kawan-kawan. Maaf kalau kedukaan ini dengan sengaja atau tidak telah menjadi beban kalian. Maaf.


Doakan aku selamat.

Jumaat, 5 Ogos 2016

5hb kita yang kedua

Syukur. Kita jejak juga angka 5hb ini.

Rasanya, kita banyak melalu detik-detik sukar. Waktu-waktu kita saling menghambur curiga kerana rasa yang tidak dituruti. Hati yang tidak terpuas. Namun, hujung-hujungnya kita lepasi dengan baik. Selalunya kau yang berjaya membawa aku melepasi semua itu.

Banyak yang ingin aku perkatakan namun ungkapan kata seperti tidak mahu tersusun rapi untuk buat kau mengerti.

Satu perkara yang sering aku ingat-ingat dalam tempoh ini adalah pada 12 Julai lepas. Amarah yang memuncak. Sakit dan perit. Dihujung talian kau cuba membuat aku kembali waras. Memujuk aku agar bisa tenang. Kata kau, ‘Sayang, walau apa pun, jangan lafaz kata putus k..’

Aku tidak pasti sampai bila ungkapan itu mampu melalikan aku agar sentiasa kuat untuk kau. Tapi yang pasti, aku janji akan terus mencuba sehabis baik.

Asalkan kau ada sayang.

Love is always patient and kind. It is never jealous. Love is never boastful nor conceited. It is never rude or selfish. It does not take offense and is not resentful. Love takes no pleasure in other people's sins but delights in the truth. -A Walk to Remember


p/s; Tidak sampai hati mau schedule kan entri ni. Semoga hati kita terpujuk. I love you.



Isnin, 1 Ogos 2016

yang benar, anai-anai confuse

Kebelakangan ini aku terkesan dengan tingkah kamu. Yang jelas, aku menyimpan banyak soalan. Entah kenapa aku merasakan kita tidak seperti dulu.

Akukah yang terlalu lemah dimainkan perasaan? Atau kamu yang membawa perkara ini dengan sepenuh kepercayaan?

Sedikit demi sedikit ‘rasa kepunyaan’ aku kepada kamu ditarik satu persatu.

Lama aku menghitung hari bertemu kamu untuk mendapatkan jawapan. Namun, apa yang kita temukan adalah kedinginan yang bersepah kerana situasi dan keadaan.

Ironinya, ada masa-masa kamu berjaya merentap hati aku dengan cara kamu yang mudah memahami aku walau hanya dengan sepatah kata. Ironinya, kamu jelas dengan apa mahuku tanpa aku banyak bersuara. Ironinya, sikap kamu yang jahat dan cerewet ketika dalam kesakitan tidak juga membuat hatiku terluka. Malah aku seperti bersahaja. Ironinya, ketika aku menyatakan bahawa aku siap menulis satu puisi, kamu tidak seperti mendambakannya. Padahal itu tentang kamu. Tidak seperti dulu, kamu ghairah menunggu tulisan-tulisan aku.

Dan kerana kamu bertingkah laku seperti itu, aku jadi penasaran.

Aku takut pada perasaan aku yang tidak memikirkan kamu. Aku takut kalau-kalau satu saat aku terlepaskan kamu kerana kita terlalu bersahaja dalam banyak perkara. Atau mungkin, kita sedang mengalami proses kematangan yang laju ke depan?

Kebiasaannya aku tidak begini.

Terkadang kerana aku terlalu rindukan hangat kita yang dulu, aku membaca ‘conversation’ kita yang lama.

Aku boleh saja memilih untuk menyalahkan kamu, tapi untuk apa? Atas alasan apa aku mahu mendera kamu tentang kebingungan aku sendiri?

Aku yang dewasa seperti hilang kematangan dan kamu yang mentah seperti jauh berpengalaman.


Sebelum aku mengakhiri tulisan ini, izinkan aku meluah rasa – Izinkan aku merasakan kamu hak aku.