Rabu, 16 Julai 2014

mimpi

Semalam aku mimpi lagi
Untuk yang banyak kali
Esok aku berharap ia berubah menjadi realiti.

Tuhan,
Bantu aku.
Seperti engkau telah membantu aku dulu
Pada setiap waktu aku merayu padaMu
Kau lembut mengajar aku
jalan terang ke situ

Aku terlupa
Aku kufur pada nikmatMu walaupun baru seberapa
Ternyata Kau menguji aku
Sungguh aku malu.
Aku hina, hina, sangat menghinakan.

Tuhan,
Kau lebih tahu apa mahuku.
Jika niat ini tulus dan suci
maka dekatkanlah
Jika niat ini masih bersulam bisikam syaitan
maka jauhkanlah
Dan pelihara hatiku dan jiwaku
Agar sabar terus mengagungkanMu.

coretan aku Yulie Nurafnie

Ahad, 6 Julai 2014

misi

Dalam aku tak sedar, Ramadhan tiba lagi.
Terlalu banyak yang aku ingin calarkan disini namun aku buntu menggali ayat. 
Merenung ke siling. Cicak berdansa seperti malam yang dulu aku tinggalkan. Cicak tak ada misi. Jadi, dia telah mencapai apa mahunya walaupun tiada kemajuan dimataku.
Aku bukan cicak. Aku penuh dengan angan. Angan yang selalu sarat dalam ingatan. Untuk mereka yang mengajar aku makna dewasa dan manusia. Untuk mereka yang selalu berdiri memaut aku dengan gagah tatkala aku bermimpi untuk menyerah.
Misi.