Ahad, 5 Oktober 2014

untuk adik kesayanganku, Gegirl

Dialah pelatih hebatku, dialah seperti adik, dan dialah pendengar seperti sahabat. Tak pernah penat memikul kedegilanku, tak pernah letih menenangkan aku dan tak pernah luak menyayangi aku seperti seorang adik mengasihi seorang kakak. 

Dua tahun waktu suka dan duka kami kongsi bersama. Segala rahsianya, menjadi rahsiku dan segala rahsiaku menjadi rahsianya. Sejak aku mengenal dia sebagai pelatihku, rupanya dia anugerah Tuhan kepadaku sebagai teman sejati. 

Bellvinna Deana Jommey. Adikku sayang. Semoga tabah mengharungi dugaan menuju laluan sebagai Cikgu. Sesunggunya titi yang kau lalui tidakla sederas air yang mengalir yang akan kau renangi demi bergelar pendidik.

Sis doakan yang terbaik untuk Gegirl. Walaupun kebelakangan ini tugas terlalu mencuri waktu mendengar perkembanganmu, namun dalam ingatan tetap juga ada kebimbangan. Dan seperti selalu, Gegirl tetap bersabar memahami itu.

Selamat Hari Raya Aidiladha Gegirl. Lebiu Adik.

Sabtu, 2 Ogos 2014

bersangka baik pada Allah

Aku masih ingin bersangka baik pada Tuhan. Aku ingin menganggap ini cara Dia mentarbiah aku yang selalu lupa diri. Aku ingin menganggap ini sebagai laluan sukar menuju jalan ke cahaya yang aku cari.

Emak, bapak. Tolong doakan aku terus. Jangan berhenti selagi tangan ini tidak dapat memberi apa mau mu. 

Aku mencapai kepuasanku. Namun mungkin, kepuasanku tidak melegakanmu. Hanya cuma sempat menghilang dahaga. Aku masih ingin punya waktu untuk kuat berusaha sebelum pemilik tulangku mencari pelengkap rusuk kirinya. Duhai pemilik tulangku, jangan muncul dulu jika kau tdk rela berkongsi impianku.

Emak, bapak. Maaf andai masih keluh kesah menyimbah warna indah mimpimu kerana aku.

Ya Allah. Permudahkanlah. Permudahkanlah. Kasihani orang tuaku. 

Rabu, 16 Julai 2014

mimpi

Semalam aku mimpi lagi
Untuk yang banyak kali
Esok aku berharap ia berubah menjadi realiti.

Tuhan,
Bantu aku.
Seperti engkau telah membantu aku dulu
Pada setiap waktu aku merayu padaMu
Kau lembut mengajar aku
jalan terang ke situ

Aku terlupa
Aku kufur pada nikmatMu walaupun baru seberapa
Ternyata Kau menguji aku
Sungguh aku malu.
Aku hina, hina, sangat menghinakan.

Tuhan,
Kau lebih tahu apa mahuku.
Jika niat ini tulus dan suci
maka dekatkanlah
Jika niat ini masih bersulam bisikam syaitan
maka jauhkanlah
Dan pelihara hatiku dan jiwaku
Agar sabar terus mengagungkanMu.

coretan aku Yulie Nurafnie

Ahad, 6 Julai 2014

misi

Dalam aku tak sedar, Ramadhan tiba lagi.
Terlalu banyak yang aku ingin calarkan disini namun aku buntu menggali ayat. 
Merenung ke siling. Cicak berdansa seperti malam yang dulu aku tinggalkan. Cicak tak ada misi. Jadi, dia telah mencapai apa mahunya walaupun tiada kemajuan dimataku.
Aku bukan cicak. Aku penuh dengan angan. Angan yang selalu sarat dalam ingatan. Untuk mereka yang mengajar aku makna dewasa dan manusia. Untuk mereka yang selalu berdiri memaut aku dengan gagah tatkala aku bermimpi untuk menyerah.
Misi.

Ahad, 18 Mei 2014

Sedih

Aku cuma ada kau untuk mengadu. Mendengar aku bila rasa sayu. Namun, kau mungkin telah jemu. Masa untuk aku jatuh lagi. Sendiri. Sepi. 

Terkesima dalam hati. Terkilan dalam. Cuma ingin sedikit perhatian.

Maaf. Andai sudah tiada ruang.

Rela lepaskan.

Sabtu, 22 Mac 2014

rakan sebilik aku



Sudah hampir dua tahun kami tinggal sebilik. Gelak ketawa riuh bersama. Menemani aku saat tertekan, letih dan berduka cita.

Serasi bersama. Saling mengusik dalam menghambur jenaka. 

Aku - 27 tahun, Tawau, Serius, Tidak suka bising bila tengah tidur, Merah, Audio person.

Sai - 27 tahun, Sipitang, Cool, Layan muzik, Merah, Visul person.

Angel - 24 tahun, Tamparuli, Serabut, Terlalu suka muzik, Kinestatik person.



Kalau diamati, kami bertiga ada perbezaan yang ketara dari segi sikap. Tengok sajalah bila time kerja. Waktu mula kelas sama tapi waktu gerak dari bilik memang tak sama langsung. Kalau orang tak kenal kami, mesti syak kami gaduh tapi time tiga-tiga ada dalam bilik, memang riuh jugaklah kalau tak busy dengan tugas.

Keserasian. Itu lah keyword nya.

Biar tak sama tapi serasi bersama. Kami jadi diri kami bila berkomunikasi. No mask!

Sabtu, 15 Mac 2014

merapu

Ambil iPad, tulis-tulis sendiri. Letih dalam sedikit kebosanan. Sendiri tanpa rakan. Merenung siling. Putih sambil memerhari gerak tari kipas. Ooohh. Dunia semakin panas.

Sampai bila disini? Entah.

Merapu saja.

Isnin, 3 Mac 2014

Sedih, sedih, sedih!

Tidak sabar ingin menghirup udara tenang. Yang isinya cuma udara semata-mata. Tidak ada campuran 'pressure' yang membuat kepala aku berdenyut-denyut mau menghirupnya. Sakitnya tembus ke dada. Memecahkan telaga jernih. 

Sedih, sedih, sedih!

Andai, rasa percaya itu tidak lagi bersambut. Maka berikan aku satu tanda, hanya satu tanda. Dan aku akan beredar jauh. Memberi riuh pada rindu yang lama bertaut.

Kembali ke pangkuan ayahbonda.

Khamis, 2 Januari 2014

Terkecil Hati Ini

Berdiri aku dihadapan cermin. Tidak ada yang berubah. Masih juga yulie yang dulu. Yulie yang kau kenal. Tidak ada apa yang ingin aku banggakan atau sombongkan. 

Mungkin susuk tubuhku tidak kelihatan. Suara riuhku kurang kau dengarkan. Ketahuilah wahai teman. Aku semakin malu, segan dan terlalu silu. Aku masih tidak punya apa-apa. Tidak tertanggung andai ini kau sangkakan sebuah kepura-puraan. Sedangkan ini adalah sebuah hakikat yang sedang aku telan. Malah, aku juga baru tersedar aku hampir melarikan diri dari masalah. 

Aku mengumpul satu kekuatan untuk kita masih berhadapan. Namun kekuatan itu belum cukup walau hanya separuh dari satu. Usah kau julang aku. Usah membayangkan aku disinggahsana mewah. Usah memikirkan aku sedang meminggirkan. 

Aku cuma jauh dan semakin jauh jasadku. Aku masih mengharap iringan doa. Seperti waktu kita derita dulu. Aku rindu pada tiupan semangat yang membuat aku tidak merasa sendiri. 

 Berlalu aku dari cermin dengan basahan hujan sekeping hati.

 Terima kasih dan salam tahun baru.