Rabu, 22 Ogos 2012

eid mubarak

Assalamualaikum. Aku si Yulie Nurafnie Binti Abd Majid dengan rasa rendah hati ingin memohon kemaafan daripada semua yang mengenali diri ini atas segala khilaf yang telah dilakukan samada sedar atau tidak.

Sebenarnya raya tahun nie bagi aku biasa sahaja. Kalau dibanding tahun lepas, raya lepas lagi terasa nikmatnya. Lagi terasa dekat denganNya. Mungkin time tu agak loser so hati ini menyerah terus pada Dia. 

Tahun nie start Ramadhan lagi dah terasa berat semacam. Tak bersemangatt. Pergi tarawikh pun tak rasa seronok macam tahun lepas. Nak kata setan banyak begantung dekat tangkai hati, bukan setan kena ikat ker time Ramadhan. - -'

Siang bulan Ramadhan aku banyak habiskan beradu di atas katil dek kerana serangan insomnia yang agak dasyat ketika bulan mengambil tempat. 

Menjelang Raya, aku gembira lah jugak sebab emak buat persiapan yang menarik tahun nie. Serba serbi macam baru. Tambah lagi bila kita hulur hasil titik peluh kita. Lain sungguh kepuasannya. Tahun nie jugak, aku dah mula mengisi sampul duit raya. Memang nawaitu sejak tahun lepas lagi. Tahun nie baru berkemampuan. Itu yang sangat aku syukurkan.  InsyaAllah, akan diteruskan. Mudah-mudahan.

Pejam celik pejam celik, cuti dah nak habis. Bulan depan dah start bertugas kalau takda halangan. Tapi peracangannya bergerak ke Kota Kinabalu lebih awal bagi menghadiri majlis pertunangan Niniey. Maknanya aku menyambut hari kemerdekaan di Telipok. 

Terima kasih yang tidak terucap untuk rahmat Allah. Syukur untuk semua yang diberikan.

Isnin, 13 Ogos 2012

my superawecellent friend

Alhamdulillah. Syukur sangattt atas ketenangan yang diberikan.

Seperti biasa, dia selalu tahu bagaimana untuk memujuk hatiku. Selalu tahu untuk menenangkan aku. Dan selalu tahu untuk membiarkan aku masih menyayanginya. Malah, lebih menyayanginya.

Pukul 2.30 pagi menutup perbualan memberi kelegaan yang tidak mampu aku gambarkan.

Sahabat, di saat-saat kau sendiri sedang dilambung badai, kau masih mampu menjadi pendengar yang sempurna malah memberi nasihat yang berguna. Sungguhhh, aku terharuuu. Bukan ringan dugaan yang kau galas. Masih juga kau tegar memelukku dengan lembut bicaramu.

Maaf untuk emosiku yang menekanmu. Maaf untuk ketidaksempurnaanku yang satu ini. 

Dengan mudah kau masih lagi memberitahuku, dear i love you. 

Rozainie Syahrani, semoga Tuhan permudahkan bagimu setiap dugaan yang kau depani. Semoga hatimu dilapangkan menerima setiap ketentuanNya.

Sahabatku Niniey, you are superawecellent! (Super-Awesome-Excellent)

p/s; lul2. Aku akan menjadi penyeri dihari pertunanganmu nanti sayang. As you said to me, 'kau VIP dihatiku'. And you are VVIP for me.

Khamis, 9 Ogos 2012

serabut

Apakah agaknya yang kau rasa bila saat kau memerlukan seseorang hanya untuk mendengar sesuatu yang paling dalam dari lubuk hatimu namun dia gagal berada disampingmu?

Peritttkah?

Yahh. Amattt.

Kemarin, dia muncul sebagai sesuatu yang terindah dalam hidupmu. Sesuatu yang mampu kau banggakan dihadapan semua. Kau pula sentiasa ada tanpa lelah menemani disisi. Tak akan pernah kurang walau setitik.

Kala, sesuatu yang tidak memuaskan hatimu malah amat meluka-calarkan pula, berbaloikah untuk kau menutup semua kemanisan yang pernah kau cipta bersama hanya kerana satu kekurangannya itu? Berbaloikah???

Aku perlukan jawapan. Segera.

Atau adakah ini ujianNya. Menguji setebal apakah kekuatan yang kau miliki meniti kedewasaan ini? 

Atau.

Atau adakah ini petunjuk untuk kau menamatkan segalanya kerana titik keserasian kelihatan lari saling menjauhi?

Aku tidak tahu. Aku keliru. Aku buntu.

Yang ku tahu, kamu antara yang terindah. 

Selasa, 7 Ogos 2012

didatangi seorang hamba Allah

Waktu aku sedang berbaring asyik menonton telefilem '7 Lagu', aku didatangi oleh seorang hamba Allah. Agak tua kukira layak usianya kerana janggutnya yang berwarna putih. Dia menyapa aku dengan lembut sambil membahasakan aku 'anak'. Dia menatapku dengan senyum tapi matanya yang sayu merenung wajahku dalam. 
Sempat dia berbual dengan mak lalu mengkhabarkan perihal jodohku yang agak 'tertutup'. Aku mahu saja mengiyakan namun entah kenapa aku selalu tewas meluah rasa dihadapan mak.

Katanya lagi sambil menafsir, 'Dia ramai kawan tapi tiada yang dia suka.' Aku kurang jelas dengan ayat seterusnya kerana suaranya yang mendatar dan perlahan tapi aku mengagak dia mengatakan yang hati aku tertutup. 

Senyum.

Mungkinkah apa yang dikata itu benar? Hati ini tahu jawapannya. Yang di 'atas' lebih tahu apa hujungnya takdir aku.

Hamba Allah itu sempat juga bertanya perihal aku serba sedikit berkenaan kerja aku lalu dia mendoakan semoga 'jodohku terbuka'.

Sebaik dia melangkah pergi, aku menyambung pembaringanku dengan telefilem tadi tapi fikiranku masih menuntun kata-kata hamba Allah itu.

Sungguh berbekas.

maaf ku tak bisa

Diam.

Sepi.

Sunyi.

Bisu.

Tanpa suaraku.

Kerana egoku kah? Tidak.

Kadang rindu menerjah jua namun aku memilih memberi diri ini ruang waktu bertanya pada kau yang bisu, setebal apakah sakit yang kau mungkin rasa tanpa kehadiran aku.

Dan,

Seandainya kita masih kuat melangkah jauh, ketahuilah kita sedang meniti denai yang tercipta buat kita masing-masing.

Mungkin berat,

Hati ingin berkata tidak.

Aku teringin beriringan denganmu. Selamanya. Sehingga hari tuaku. Kita saling menghadiri detik indah.

Beri aku sedikit lagi ruang. Berfikir dimana letakku. Dihatimu yang satu.

Setakat ini,

Maaf ku tak bisa.

Ahad, 5 Ogos 2012

our promise

In our friendship, there’s some part I found too hard for me. There are some promises almost being broken. Even though my heart still there, I felt like uneasy.
Something like missing.
And you know what, a promise made by two hands. Your hand still there but I can’t feel it. All I need is, hold mine tightly, make me feel yours and pull me out.
People used to say, a thousand sorry doesn’t enough to forget one mistake. Then all we can do is let the mistake make us even stronger.

bicara jiwa

Sudah hampir dua minggu mata ini sukar sekali mahu lelap. Paling awal pun selepas sahur. Kalau tidak tunggu lepas subuh. Entah. Insomnia menyerang lagi. 

Hari ini berangan-angan ingin bermimpi awal kerana sudah terasa letihnya. Hati pun berkompang gembira   tidak sabar mahu beradu. Namun, keriuhan yang menjengkelkan kedengaran. Terkadang aku bertanya, mengapa perkara yang bukan isu dijadikan alat pertengkaran lidah. Dimana kematangan? Tidakkah mereka sedar tentang telinga-telinga yang mendengar? Tidakkah mereka sensitif pada perasaan ini?

Dan aku, mengapa sering memilih untuk diam? Padahal di dalam hati sedang histeria yang tidak tertanggung. 

Waktu-waktu begini sering membuatkan aku merasa tidak betah disini. Ada sesuatu yang terpendam yang kadang kala tidak tertahan. Hanya air mata yang berbicara.

p/s; I need to speak with someone. Sesungguhnya... sebelum aku tidak siuman.

Jumaat, 3 Ogos 2012

izinkan kaki melangkah pergi

Mengenalimu adalah satu ketentuan
aku menerimanya dalam keterbukaan

Menyayangimu bukanlah apa yang aku inginkan
Ia diluar kawalan

Maafkan perasaan ini.

Terima kasih kerana merinduiku
Ketahuilah
rindumu sentiasa bersambut

Hambatan takdir tidak menuju kita
Tuhan punya aturannya yang tersendiri
yang terbaik untuk kau dan aku

Aku tinggalkan segala tanda sayang
penghargaan agungku buatmu
dan
Izinkan kaki melangkah pergi
I never stop loving you, I just stop showing it...

Rabu, 1 Ogos 2012

puisi buat teman

Berikan dia coklat dan dia akan memelukmu terharu
Berikan dia bunga dan dia akan senyum ketawa
Berikan dia nota dan dia akan merasa gembira
Saat dia sedih
Tak perlu kata apa-apa
Cuma katakan padanya, aku kan ada…
Saat dia merajuk
Memujuknya tidak perlu lama
Cuma yakinkan dia dengan tulus hatimu, kau tetap akan setia dan rela
Saat dia marah
Jangan berlalu pergi
Cuma tunggu dan dengar hingga dia habis bicara
Biarkan dia merasa lega…
Fahamilah
Dia manusia biasa
Dia mungkin berbeza
Tapi punya hati juga
Yang ingin dimengerti

Sayangnya,
Walau seribu janji untuk aku tetap menemanimu teman
Terkadang aku terhalang juga oleh jarak dan waktu
Diluar kemampuanku aku cuba untuk membuat kau tidak merasa sendiri

Andai jari ini tidak sampai untuk menghapus airmatamu
Maka katakan padaku kau tidak akan sesekali menangis…
Andai hati ini tidak pernah menyayangimu seperti apa mahumu
Maka katakan padaku kau tidak akan sesekali rasa sunyi…
Andai kehadiran diri ini tidak bermakna apa-apa
Maka katakana padaku bahawa kau sedang bahagia…
Terlalu perlu bagiku untuk merasakan kau sedang senyum dan ketawa
walaupun aku tiada..

Tuhan,
Tenangkan hati sahabatku,
Lapangkan dadanya menghadapi saat-saat sukarnya
Permudahkan untuknya melalui ujianMu,

Sesungguhnya dia adalah sebahagian dariku.

coretan aku Yulie Nurafnie