Isnin, 30 Julai 2012

terima kasih JPM

Aku selak-selak entri lama dan cuba selam balik perasaan aku saat menulis entri-entri itu. Aku masih ingat manusia yang bertanggungjawab menjerumuskan aku ke dunia blog ini. Trexx. Aku masih ingat blog siapa yang aku wajib bukak setiap hari. Kak Fina. Zaman-zaman menyandang jawatan JPM adalah moment yang aku rindu sebenarnya. Rindu melepak dekat bilik tu. Amy, Kak Dayah, Dolly dan Cuya. Apa kalian sedang lakukan sekarang? Masing-masing agaknya sedang sibuk bekerjaya dan membina tiang-tiang untuk rumah tangga. 

Saat-saat kita berselisihan sesama kita di atas kapal yang sama adalah kepahitan yang aku ingin kita ubah. Tapi apalah dayaku teman. Kamu tidak mengerti. Malah disalah tafsir pula. Dan kita masing-masing memilih masa untuk melupakan segala. Yah, kita tiada lagi rasa-rasa sakit hati itu. 

Zetty, maaf yang tidak terucap untuk semua kesilapan. Satu ketika dulu, kita pernah akrab. Kita berlari-lari seperti kanak-kanak ribena. Kita bercerita tentang banyak perkara. Namun segalanya tiba-tiba musnah. Mungkin bukan salah siapa-siapa. Alhamdulillah, walaupun kita tidak lagi seakrab dulu, namun kita masih memilih untuk kekal berkawan.

Dolly, aku rindukan kesengalanmu dalam semua perkara. Kau adalah penyembuh yang melegakan. Kata-katamu memberikan aku semangat. Terima kasih.

Kalian semua, Kak Faiza, Kak Dayah, Cuya, Afni, Shella, Intan, Eqa, Amy, Nabil, Lean, Dolly, Nadia, Ira, Nabil, Zetty, Trexx dan mereka-mereka yang aku terlupa namanya... Terima kasih kerana menjadi sebahagian metodologi yang telah mendewasakan aku.

Ahad, 29 Julai 2012

rapuh

Satu ketika dulu, aku pernah terluka dalam. Perihnya Tuhan saja yang tahu. Entah berapa hari aku menangis semahunya. Aku cuma perlu penjelasan untuk soalan yang menjadi kekeliruanku waktu itu. Tapi kamu tidak datang. Kamu tidak peduli. Sungguh. Ia menyakitkan. Perit. Amat perittt.

Masa yang berlalu seolah menjadi penawar. Walaupun ianya meninggalkan kudis, tapi sakitnya sudah tidak terasa. Setidaknya, aku rasa jiwa aku kembali sembuh.

Kala ini, perkara itu seakan mahu berulang lagi. Sungguh, aku takut memikirkannya. Sungguh, aku rapuh untuk menghadapinya sekali lagi. 

Entahla, mungkin ini cuma mainan perasaan. Aku terlalu terbawa-bawa padahal ia tiada apa. Kerana dihujung-hujung sapuan tangisanku, kamu akan datang dan mengatakan sesuatu yang indah. Cukup indah sehingga aku terbuai lagi. 

Jika diberi pilihan, aku lebih rela tidak mengenalimu daripada melupakanmu...

Sabtu, 28 Julai 2012

aku tak akan berhenti menemani dan menyayangimu

Maaf sayang,

Bukan begitu apa yang terjadi. Bukan begitu. Dengar aku dulu.
Melihat kau gusar dan curiga, aku jadi risau.
Mendengar kau bersuara tiada mood, menjadikan aku tidak ketentuan.

Mungkin yah.
Hatiku sedikit telah berubah.
Tapi bukan sepenuhnya.

Aku mahu kita masih saling percaya.
Masih saling mengerti dan memahami.

Selamanya.

Selasa, 24 Julai 2012

alhamdulillah, sikit pun rezeki jugak

Dah masuk 4 Ramadhan. Esok, 5 Ramadhan. Cepatnyaa. Rasa macam baru bulan lepas aku, mak dan adik kecilku Ira melangkah bersama mengisi malam menuju Tarawikh. Dan, moment itu kembali lagi. Sekarang.

Kalau dilihat siapa aku pada Ramadhan yang lepas dan siapa aku pada Ramadhan yang ini, memang tiada bezanya. Masih lagi hamba yang berpijak di tanah. Tapi, Ramadhan lepas memang agak sugul juga kerana masih banyak impian yang tidak tercapai. Namun, tidak dinafikan Ramadhan lepas tersangat indah aku rasakan.

Ramadhan kali ini, alhamdulillah, sudah boleh berbakti pada keluarga. Sudah boleh tunjuk muka tanpa malu-malu. Impian kecil pun sudah tercapai. Syukur sangatttt.

Mungkin aku tak kaya. Tapi kepuasannya bekerjaya memang terasa. 

Baiklah. Siapa nak kad raya? (tiba-tiba)

dear, smile

This is not good.

Ini bukan perasaan yang aku gemar. 

Aku cuma ingin kau senyum dan ketawa seperti selalu-selalu. Kita bercerita dalam bahasa kita. Hanya kita yang mengerti.

Dunia, jangan lukakan hatinya. Tidak sukar untuk mengerti dia. Permintaanya mudah. 

Mendengar kau berdukacita memberi suram yang dalam di dalam dada. 

Dear, smile.

Isnin, 16 Julai 2012

10 minggu yang penuh nilai

Akhirnya aku kembali juga ke bumi Tawau ini sejak aku tinggalkan pada Febuari lepas. Tujuan meninggalkan Tawau pada saat itu berbeza sekali dengan sebab kepulanganku. Errr. Tak faham ea? Macam ni, hari tu aku datang KK sebab training under GEMS tapi bulan Mei lepas aku join perkhidmatan awam. Now, tengah bercuti dan akan kembali menyambung tugas pada September depan. InsyaAllah.

Banyaknya yang tak terkira nilai yang telah aku pungut sepanjang keberadaanku disana. Suasana baru, teman baru dan cerita-cerita baru yang menjadi bahagian dari cerita hidup aku.

Selepas setahun merangkak bangun yang kurasakan aku sudah hampir berputus asa dengan hidup ini, akhirnya Tuhan memberi kemudahan secara perlahan. Syukur.

Menjadi jurulatih bukanlah mudah. Membentuk orang lain bermakna perlu membentuk diri sendiri menjadi yang lebih baik. Yang terbaik yang kau boleh tampilkan. Ingat lagi masa kursus di Papar hari tu, satu perkataan mampu mengubah masa depan seseorang. Dan sebagai jurulatih, everything speaks. Karakter akan melambangkan peribadi. Jika kau keanak-anakkan, maka kau belajarlah supaya dilihat matang. Jika kau manja, maka kau belajarlah supaya dilihat profesional. Jika kau beremosi, maka kau belajarlah supaya kau dilihat tenang dan bersahaja. Masa membimbingmu tidak hanya terhad di dalam kelas malah diluar kelas kau masih membimbing secara tidak langsung dari tingkah lakumu.

Untuk semua nilai ini, aku tahu aku punya mereka yang sentiasa ada walau jauh dimata. Mak bapak aku, adik-adik aku, nenek aku, makcik aku, rakan-rakan OMG (Gja, Qakaq, Suer dan Kasmah), sahabat tersayang Niniey, dan dia wajah kesayangan hamba. Walau dimana saja kamu berada, jauh-jauh dihati ini mengatakan aku tetap ada kerana kalian. Terima kasih.

Rabu, 4 Julai 2012

seberapa banyak nilai

Walaweh. Aku baru balik dari berkursus selama 22 hari. Dan selama banyak hari itu lah aku tidak tahu apa sandiwara dunia di kaca tv. Aku cuma fokus untuk mendapatkan nilai dari kursus Pembinaan Karakter.

Jujur, kursus ini memberi impak besar kepada kami pesertanya. Air mata kalau ditadah sejak hari kedua kursus itu, aku syak cukup beberapa baldi untuk samak apa yang patut. Serius.

Kenapa aku bicara seperti itu, aku tidak punya perkataan yang jelas untuk menggambarkannya melainkan meminta kamu mentafsir sendiri berdasarkan nama kursus itu sendiri.

Disana, aku dipasangkan dengan June sebagai buddyku. Mulanya agak kekok juga. Namun hari demi hari dia seperti bayangan sahabatku Niniey. Bau perfume dia dan warna kegemaran memang sama. 

Sepanjang kursus, aku dan June selalu saja mengenakan warna pakaian yang sama walaupun tanpa dirancang. And this is we call psikik! =)

To my Horey-horey Team, you guys are super duper awesome!


Gonna miss you so strong! - Barb said.