Rabu, 30 Mei 2012

berkhidmat untuk negara

Baiklah. Aku update.

Bukan apa. Aku sibuk dengan tugas baru. Mendidik. Gelaran 'cikgu' itu bukan mudah untuk diangkut. Tidak juga se-gah namanya. Malah aku nyaris-nyaris bengkok. Mujur, rakan seperjuangan banyak membantu. Dari A hingga hampir-hampir Z, semua mereka cuba tadah untuk aku hadap kemudian dibentangkan kembali kepada remaja milik negara kita.

Kepenatan itu berbaloi juga bila segelintir dari mereka mengucap 'terima kasih' dengan nada ikhlas yang selalu membuat aku terus hiba. Setidak-tidaknya ada diantara mereka yang mampu kami sedarkan. Yang mampu kami kejutkan dari mamai yang kian melenakan.

Dan aku, cintakan tugas ini.

Woman very hard at work - Niniey

Not really.

Cuma berkhidmat untuk negara.

Khamis, 3 Mei 2012

mood turun naik

Aku tidak pasti apa yang aku sedang fikirkan sekarang. Aku tidak begitu pasti arah tuju aku untuk beberapa minggu akan datang. 

Kawan-kawan ada mengajak aku berkelah ke pulau Sabtu ini. Rasa tidak dalam mood untuk menghadap laut buat masa ni. Bukan tidak sudi cuma tidak rasa ingin bercuti. Dan aku memang selalu saja begini.

Lagipun, kesihatan tidak begitu mengizinkan aku. Batuk dan demam selesema adalah sakit tahunan yang terpaksa diraikan ketibaannya. Mood aku juga sering turun naik. Entahhh.