Jumaat, 30 Mac 2012

bahasa jiwa teman

Ketika aku sedang ditimpa bosan barulah timbul mood untuk membuka blog kawan-kawan. Memang ya, aku tak berapa rajin untuk menziarahi blog orang. Tapi tak mengapalah kerana itu bukan isu untuk entri ini. Isunya adalah mata aku berair sebaik membaca entri Suer. Perihal aku yang disangkakan cuba lari dari masalahnya. 

Apapun tanggapan anda berkenaan aku, aku tidak begitu mahu memikirkannya kecuali kamu adalah orang terdekat aku. Dan yah, Suer adalah antara yang terdekat. Tentu sekali aku mengambil kira berkenaan dia. Cuma ada ketikanya bila kawan dalam dilema serabut kepala, aku lebih suka menjauh. Bukan mengelak cuma tidak mampu untuk beriaksi seperti apa. Aku lebih memilih untuk bertindak tanpa perlu bicara yang banyak. Sifatku yang ini memang selalu jadi kepelikan ibuku sendiri. Ini untuk pengetahuan.

Itu satu.

Kedua, aku perhatikan terlalu acap kali nama Niniey disebut-sebut. Yes, I have to admit that she is my amazing friend. Amazing. Tapi aku tidak mahu kamu bicara seolah-olah space of my friendship hanya ada nama Niniey. Ngerti kamu? Aku dan Niniey lain. Aku dan kamu lain. Aku dan kawan-kawan lain adalah kelompok lain. 

Do I love Niniey? Yes. Do I care of you girls? Yes. And do I need you all? Yes. 

Ada masanya aku tidak tahu mengistilahkan setiap perkataan dalam hati ini. Dan aku tidak pasti seperti apa penerimaan kamu. Bahasa jiwa kita kadang-kadang punya tafsiran yang berbeza. 

Kenapa Niniey amazing? Sebab bahasa kami hampir 100% sama. Tapi kamu, ya kamu Suer, Kasmah dan Gja, kamu telah memiliki aku sejak zaman remajaku.  

tiada ruang untuk berkecil hati

Entah kemana rasa rindu ini hilang. Entah kenapa ia seperti kosong sekali. Entah kenapa puisi itu seperti warkah terakhir. Entah.

Aku rasa diri seperti berdosa sekali. Seperti malu pada diri sendiri. Seperti malu pada Tuhan juga. 

Jauh-jauh aku ingin cuba teriak. Jauh-jauh aku mahu kamu dengar satu. Aku bukan seperti apa yang kamu selalu lihat.

Katalah apa saja tapi bukan yang tidak elok. Katalah apa saja tapi jangan melintasi batasan. Katalah apa saja dan aku tiada ruang untuk menyimpan rasa kecil hati.

Khamis, 22 Mac 2012

fokus

Dah masuk minggu ke enam aku di UMS nie. Banyak jugak lah yang aku telah pelajari walaupun aku expect lebih banyak dari itu. Tapi, dari takda langsung kira ok lah jugak.

Aku kena bermandi ilmu IT habis-habisan. Kali nie tekad lebih bulat sedikit walaupun tak berapa nak bulat sangat. Cuma agak membulat lah jugak berbanding sebelum ini. 

Aku ternampak satu maklumat yang menjadikan aku mahu fokus lebih. Walaupun mulanya memang keras jugak nak paksa hati ini tuntun semua. Tapi lama-lama agak lembut jugak.

Faktor sekeliling barangkali. Setidak-tidaknya aku tidak rasa fobia seperti dulu. Nampak coding terus pening. Sekarang ni nampak coding, boleh lagi bertenang. Mind set dah kata, kau cuma ada dua pilihan, take it or leave it. Ambik dan belajar dan kau polish skill kau dan kau bina kerjaya kau. Tinggalkan dan kau tak belajar langung dan tak pening kepala dan takda orang nak ambik kau kerja dan kau tewas tanpa bekalan.

Jadinya, fokus.

secoret kata untuk dirasa 22/03/2012

In love, it is better to know and be dissapointed, than to not know and always wonder.

Khamis, 15 Mac 2012

hari perasaan

Entah apa yang meniupkan kami bertiga (aku, Kasmah dan Suer) malam tadi untuk tiba-tiba meluah rasa. Tentang buruk baik kau dan aku, tentang persahabatan kami dan tentang persahabatan antara kami kami.

Terlalu banyak yang diluah bermula dari pukul 10 malam hingga 1 pagi. Tiada airmata. Tiada drama queen. Ia berkenaan pahit manis, lebih kurang persahabatan di antara Suer dan Gja. Diantara aku dan Niniey. Diantara kami semua.

Siapa aku dihati mereka. Dan siapa mereka dihati aku.

Antara soalan Kasmah dan Suer, ‘Kau rasa kenapa orang menyampah dengan kau?’ Jawapan aku ikhlas dan mudah, ‘Sebab mereka tidak kenal aku.’ Terus Kasmah dan Suer mati ayat. Noktah dan terkesan disitu untuk tidak melanjutkan apa-apa kata.

Antara kami berlima (aku, Gja, Suer, Kaqak dan Kasmah), Gja adalah orang yang dianggap tidak pernah mengguris hati kami. Dia adalah penyejuk, penenang dan penghibur. Manakala kami masing-masing punya sikap negatif tersendiri.
.
.
.
Malas untuk bercerita panjang.
.
.
.
Pada aku, setiap kekurangan kawan kita, itu adalah situasi dimana menguji sejauh mana kecekalan kita menerima kekurangan dia. Samada stay atau stay away atau break. Pilih satu.

Cuba perbaiki kekurangan dia dan jangan terlalu mendesak dia menjadi seperti apa yang kita mahu. Sama-sama fikirkan kebaikan. Sama-sama menjaga perasaan. Siapa kata dalam persahabatan tiada peraturan? Awak hipokrit la kalau cakap tiada peraturan.

Itu satu.

Kedua, aku ini terus terang saja bukan yang terbaik dikalangan yang ada singgah dihati kamu. Jujur saja aku tidak berani mengakui aku sayang kamu tapi aku benar-benar perlu kamu. Benar-benar perlu saat-saat keyakinan ini luntur, aku mahu ada kamu.

Hati aku ini terlalu kecil untuk menyayangi semua. Jadi mungkin perasaan ini terlalu memilih. Aku mampu memberi perhatian kepada semua. Tapi mungkin tidak tercurah rasa sayang. Andainya, perhatianku itu membuat hati kamu berbunga dan rasa disayangi maka anggap saja ia begitu. Mungkin aku yang kurang berani meluah rasa. Mungkin. Jangan disalah tafsir tentang hati ini. Nanti terkeliru sendiri.

p/s; kata suer, malam tadi adalah sesi feeling day.