Selasa, 31 Januari 2012

kalau ini yang terbaik maka lapangkan lah dada kami

Hari ni ujian datang lagi. Menguji kami dengan mempertaruhkan maruah. Salah siapa? Bagi aku itu bukan persoalan. Air mata? Bagi aku itu bukan penyelesaian. Tipu lah, kalau aku tidak goyah. Hati berdebar. Perasaan berkecamuk. Namun, aku memilih untuk diam. Kenapa? Kerana aku mahu berfikir dalam-dalam. 
Sebak yang amat saat seorang sahabat menelefon dan ingin bertanya. Tidak tahu untuk berkata bagaimana. Kerana itu merupakan maruah. Maaf teman. Belum tiba waktunya.

Aku cuba untuk berfikir sedalam-dalamnya. Setenang-tenangnya. Semua ilmu hasil bacaan buku motivasi seakan menari menerjah arus lorong-lorong minda aku. Ujian Tuhan. Mungkin aku patut melihat dari sudut baiknya. Tuhan masih mahu mendekat aku. Memeluk aku dengan cara ini supaya aku sentiasa dekat denganNya. Yah. Itulah.

Cuma aku terasa bodoh sedikit. Kerana tidak mampu untuk bersuara. Padahal aku sulung. Mungkin yang lain mengharap suara aku untuk menjadi penenang. Penyejuk hati yang resah itu. Tapi aku diam. Aku tidak punya perkataan yang tepat untuk aku lontarkan pada mereka yang ku rasakan lebih tua dari aku. Hati tengah kecamuk. Takut-takut aku menambah gusar pula.

Lalu, diakhir-akhir rundingan, aku bersuara rasional. Ayatku tidak panjang cuma itulah yang paling tepat saat    itu. Dengan melihat mereka diam sejenak seolah berfikir, aku menganggap mereka mendengar dan menerima dengan hati yang terbuka.

Dari Dia musibah itu datang, dan kepada Dia jugalah kita mengadu dan memohon. Dan kalau ini yang terbaik maka lapangkan lah dada kami ya Allah.

Isnin, 30 Januari 2012

rindu kau sengal

Siang. Tidak tahu untuk berperilaku bagaimana. Menghadap dunia maya. Bosan. Ada masa kawan mengajak berbual menerusi YM. Borak punya borak hingga larut malam.

Bercerita kami tentang kehidupan, pandangan dan persekitaran. Tentang teman-teman. Hingga perbualan itu mengheret kepada peribadi dirinya. Terharu pun ada. Kerana aku terpilih untuk mendengar itu diantara beribu dan diantara yang akrab. Aku yang menjadi pendengar.

Kau, aku janji pada apa yang aku telah janji. Rahsia kita sahaja. Kau, jaga diri. Aku rindu kau sengal.

Jumaat, 27 Januari 2012

in-between



You are not perfect and never be perfect. But you complete me and make me feel perfect enough.

Jumaat, 20 Januari 2012

siapa kau dihati aku?

Aku tak tahu apa yang aku mahu dari kau. Aku rasa aku tak cukup rindu kau. Tapi, aku sentiasa ingat-ingat kau. Bila kau tak call, aku tunggu. Aku tunggu dan aku tunggu. Aku teruja menerima panggilan dari kau. Tapi bila bercakap, aku harap kau ada depan mata. Aku mahu lihat kau. Tapi, bila aku lihat dan kau ada depan mata aku, aku rasa biasa. Aku rasa selesa saja. Seperti tiada apa yang istimewa. Aku bebas saja menjadi aku tanpa segan, silu dan malu. Kita cerita dan kita bicara. Sebenarnya, kau siapa dihati aku?

secoret kata untuk dirasa 20/01/2012

If you spend too long holding on to the one who treats you like an OPTION, you'll miss finding the one who treats you like a PRIORITY 

Khamis, 19 Januari 2012

aku harus bagaimana

Bila kita dalam ketegangan, kita nampak siapa diri kita. Rapuh atau tidak. Kukuh atau bakal runtuh.

Aku cuba. Aku cuba sedaya upaya untuk bisa menjadi seperti yang kau mahu. Tanpa memakai topeng. Aku bukan lari dari kenyataan. Aku cuma tidak suka menipu perasaan. Lalu mana yang kau pilih teman? Aku atau diriku yang kau mahu? Katakan pada aku. Segera. 

Hidup ini terlalu singkat untuk kita cuba melerai satu-persatu maksud yang ada dihati. Kau mahu yang biru tapi aku memilih merah. Sedangkan aku suka yang hijau. Jadi aku harus bagaimana teman?

Penat rasanya. Letih rasanya. Akukah yang tidak mengerti kau atau kau yang tidak cuba menyelami maksud 'kita'. Aku mendayung ke depan, tapi kau ingin berenang ketepian. Aku harus bagaimana teman?

Alasan akan kekal alasan dan kita mudah untuk beralasan. Tanyalah hati. Apa yang kau mahu dan apa yang kau perlu. Fikirkan. Fikir!

Rabu, 18 Januari 2012

biarkan rindu terhenti

Tengah belajar melepaskan rindu itu berlalu. Tengah belajar meneguhkan tembok ingin tahu.
Aku tahu kau baik-baik sahaja disana.
Aku tahu tidak mudah bagi kau untuk membiarkan hari itu berlalu tanpa mengingat aku di sini.
Cukup kau tahu, aku juga sedang mencuba sedaya upaya.
Memang ia terlalu perit di awalnya.
Lama-lama kita akan terbiasa juga.
Sampai bertemu.

Selasa, 17 Januari 2012

sepi tapi masih mengisi

Aku baca kamu namun aku sepi. Kenapa? Sebab itu adalah azam baru aku untuk tahun 2012. Lebih diam menyepi namun cuba mengumpul isi. Lebih fokus. Dan lebih mendalami psikologi diri sendiri. 

Hampir aku terasa tahun 2011 itu satu tahun yang sia-sia namun bila aku berjumpa dengan orang-orang yang memotivasi dan menginspirasi diri, aku mula rasakan sebenarnya sudah terlalu banyak yang aku kutip. Cuma ianya terlalu kecil. Padahal, kita selalu mengimpikan yang besar-besar sahaja.

Tiada lagi update status Facebook. Kalau ada pun, hanya untuk perkara yang penting sahaja. Kalau ingin berhubung dengan kamu, kamu dan kamu, aku akan mesej secara peribadi.

Tiada lagi istilah ingin tahu gosip artis sana-sini. Hidup aku lebih menarik lah! Kan Mr. Abah? (trainer GEMS)

p/s; Thanx Abah. Thanx Niniey.

Isnin, 16 Januari 2012

andainya itu adalah hari terakhir

Andainya itu adalah hari terakhir aku melihat kamu dan kamu melihat aku,
Andainya itu adalah hari terakhir dan kita masih cuba mengaku ia masih belum berakhir,
Andainya itu adalah hari terakhir dan kita berpura cuba untuk mempertahankan kerana rasa bersalah,
Andainya itu adalah hari terakhir dan rindu itu sudah tiada di hati masing-masing,
Andainya itu adalah hari terakhir dan kita sama-sama sedang bertemu yang lain,
Andainya itu adalah hari terakhir dan itu adalah yang terbaik,
Maka
Kita leraikan saja lah,
Tak usah ungkap apa-apa,
Tak perlu kita saling menoleh lagi,
Kita ikutkan kemahuan hati ini.

Ahad, 15 Januari 2012

maaf, 'sayang' bukan untuk semua

Aku sedang cuba yang sehabis boleh untuk memenuhi keinginan semua yang tersayang dan yang selalu mengambil berat tentang diri ini.

Sungguh, hati aku terlalu kecil untuk menyayangi kalian. Lalu Tuhan berikan aku rasa fokus pada segenap individu sahaja. Supaya aku lebih komited dalam memberi.

Aku tidak mampu memilih semua. Dan aku tidak terdaya rasanya menipu hati sendiri. Aku juga tidak bijak bermain kata dengan mudah menyebut 'sayang'. Maaf, bagiku ianya hanya dilafazkan apabila ia selari dengan apa yang ada dihati.

Maaf aku memang begini.

untuk teman yang ku sakiti hatinya

Untuk teman-teman yang telah ku sakiti hatinya,
Maaf kerana diri ini terlalu banyak cacat celanya...
Aku terlupa bahawa kamu adalah semangat aku,
aku terleka dan hanya menurut amarah hati.
Ku hanya tersedar saat ku rasakan seperti ada sesuatu yang mulai hilang,
dan yang hilang itu rupanya adalah kamu...
Aku tidak mengharap dimaafkan segera,
cuma yang aku perlu
hanya satu peluang.
Sekali lagi.

Sabtu, 14 Januari 2012

khabar seperti biasa

Sudah seminggu balik dari BPS mengikuti program GEMS. Demam sejak dari hari pertama sampai di rumah hingga hari ini. Demam selesema. Kejutan cuaca barangkali.

Sepanjang seminggu ini sementara menunggu berita tempat praktikal, aku menghabiskan hari dengan menulis. Kembali kepada minat utamaku. Menulis. Kali ini, menulis tentang seorang teman. Atas permintaannya. Tapi, kalau bukan kerana permintaannya, mungkin aku akan tetap menulis juga kerana sudah memang ada memasang niat sebegitu. Cuma, permintaan itu menjadikan aku lebih termotivasi. Sudah siap dalam masa tiga hari dan sudah dihantar melalui emel untuk pihak yang meminta itu - kawan aku -

Khamis lepas, aku menghabiskan hari siang dengan rakan-rakan GEMS dari Tawau untuk aktiviti mandi-manda. Tak padan dengan demam, gian juga terjun ke sungai. Padahnya, balik dari sungai aku dapat demam berganda. Hadiah istimewa mengajar aku supaya beringat dan sedar lah diri tu sikit. Apapun, aku enjoy dan tidak menyesal.

Now, baru ada kelapangan dan peluang untuk update blog nie. Sebenarnya aku ingin meng-update sesuatu untuk kawan-kawan yang telah ku sakiti hatinya, cuma entah ke mana buku conteng itu hilang. Buku conteng dimana aku selalu draftkan segala isi idea penulisan aku. 

p/s; kawan-kawan yang telah ku sakiti hatinya (Gja, Suer dan Kasmah)