Khamis, 20 September 2012

bahagia kita

Pilihan itu tidak semestinya mengembirakan kita. Tetapi jika itu yang terbaik, maka ambil lah.

Aku ambil. Peluk kuat hingga ia sebati walau terasa juga peritnya.

Dan aku layangkan satu harapan. Hanya satu harapan. Semoga pilihan ini adalah yang sepatutnya. 

Andai, redhaku tidak menyusul jua maka aminkan doaku wahai kalian. Semoga aku tenang sahaja menghadapi perit ini. 

Harapan yang dulu aku agung-agungkan gugur begitu sahaja di depan mata. 

Walaupun air mata tidak kelihatan mengalir, namun ketahuilah hati tetap menangis.

Berbahagia kita.

Selamanya.

Isnin, 17 September 2012

kesibukan yang tenang

Sejak 10 hari yang lepas, baru hari ni ada waktu untuk mengetik papan huruf ku ini.

Terlalu sibuk mengurus pelatih baru. Letih yang teramatt.

Dan.

Kesibukan ini ibarat painkiller. Entah bagaimana, ia seperti pelali bagi memberi laluan untuk aku merawat luka. Alhamdulillah, aku tenang. Redha.

Mindaku hanya terfikir untuk menyusun agenda menyampaikan dan melatih.

Untuk itu, terima kasih Allah.

Isnin, 3 September 2012

kalau dah tak boleh, lepaskan

Mata sembab.

Tak terkata.

Tiada lagi perkataan untuk diluahkan.

Maaf jika ada sekelumit kesal. Aku tidak berniat untuk menyakiti.

Namun,

Terima kasih kerana pernah hadir dan singgah direlung hati ini. Menjadi yang terindah dan melakar ketawaku yang paling bahagia.

Teman, tidak akan pernah ada kesal mengenalimu kerana aku sudah terlalu banyak belajar darimu. Dan semua itu akan aku simpan menjadi pengajaran dihari muka. Semoga ianya berguna. Atas semua yang kita telah lalui, nampaknya aku tewas lagi.

Seperti katamu, aku telah terlalu banyak mencuba. Aku cuba memulihkan. Tapi untuk mengelak ianya dari runtuh, aku perlukan tanganmu namun kau enggan.

Sudah.

Kalau tak boleh, lepaskan. Usah memberi harapan.

Sometimes we just miss the memories, not the person...

Rabu, 22 Ogos 2012

eid mubarak

Assalamualaikum. Aku si Yulie Nurafnie Binti Abd Majid dengan rasa rendah hati ingin memohon kemaafan daripada semua yang mengenali diri ini atas segala khilaf yang telah dilakukan samada sedar atau tidak.

Sebenarnya raya tahun nie bagi aku biasa sahaja. Kalau dibanding tahun lepas, raya lepas lagi terasa nikmatnya. Lagi terasa dekat denganNya. Mungkin time tu agak loser so hati ini menyerah terus pada Dia. 

Tahun nie start Ramadhan lagi dah terasa berat semacam. Tak bersemangatt. Pergi tarawikh pun tak rasa seronok macam tahun lepas. Nak kata setan banyak begantung dekat tangkai hati, bukan setan kena ikat ker time Ramadhan. - -'

Siang bulan Ramadhan aku banyak habiskan beradu di atas katil dek kerana serangan insomnia yang agak dasyat ketika bulan mengambil tempat. 

Menjelang Raya, aku gembira lah jugak sebab emak buat persiapan yang menarik tahun nie. Serba serbi macam baru. Tambah lagi bila kita hulur hasil titik peluh kita. Lain sungguh kepuasannya. Tahun nie jugak, aku dah mula mengisi sampul duit raya. Memang nawaitu sejak tahun lepas lagi. Tahun nie baru berkemampuan. Itu yang sangat aku syukurkan.  InsyaAllah, akan diteruskan. Mudah-mudahan.

Pejam celik pejam celik, cuti dah nak habis. Bulan depan dah start bertugas kalau takda halangan. Tapi peracangannya bergerak ke Kota Kinabalu lebih awal bagi menghadiri majlis pertunangan Niniey. Maknanya aku menyambut hari kemerdekaan di Telipok. 

Terima kasih yang tidak terucap untuk rahmat Allah. Syukur untuk semua yang diberikan.

Isnin, 13 Ogos 2012

my superawecellent friend

Alhamdulillah. Syukur sangattt atas ketenangan yang diberikan.

Seperti biasa, dia selalu tahu bagaimana untuk memujuk hatiku. Selalu tahu untuk menenangkan aku. Dan selalu tahu untuk membiarkan aku masih menyayanginya. Malah, lebih menyayanginya.

Pukul 2.30 pagi menutup perbualan memberi kelegaan yang tidak mampu aku gambarkan.

Sahabat, di saat-saat kau sendiri sedang dilambung badai, kau masih mampu menjadi pendengar yang sempurna malah memberi nasihat yang berguna. Sungguhhh, aku terharuuu. Bukan ringan dugaan yang kau galas. Masih juga kau tegar memelukku dengan lembut bicaramu.

Maaf untuk emosiku yang menekanmu. Maaf untuk ketidaksempurnaanku yang satu ini. 

Dengan mudah kau masih lagi memberitahuku, dear i love you. 

Rozainie Syahrani, semoga Tuhan permudahkan bagimu setiap dugaan yang kau depani. Semoga hatimu dilapangkan menerima setiap ketentuanNya.

Sahabatku Niniey, you are superawecellent! (Super-Awesome-Excellent)

p/s; lul2. Aku akan menjadi penyeri dihari pertunanganmu nanti sayang. As you said to me, 'kau VIP dihatiku'. And you are VVIP for me.

Khamis, 9 Ogos 2012

serabut

Apakah agaknya yang kau rasa bila saat kau memerlukan seseorang hanya untuk mendengar sesuatu yang paling dalam dari lubuk hatimu namun dia gagal berada disampingmu?

Peritttkah?

Yahh. Amattt.

Kemarin, dia muncul sebagai sesuatu yang terindah dalam hidupmu. Sesuatu yang mampu kau banggakan dihadapan semua. Kau pula sentiasa ada tanpa lelah menemani disisi. Tak akan pernah kurang walau setitik.

Kala, sesuatu yang tidak memuaskan hatimu malah amat meluka-calarkan pula, berbaloikah untuk kau menutup semua kemanisan yang pernah kau cipta bersama hanya kerana satu kekurangannya itu? Berbaloikah???

Aku perlukan jawapan. Segera.

Atau adakah ini ujianNya. Menguji setebal apakah kekuatan yang kau miliki meniti kedewasaan ini? 

Atau.

Atau adakah ini petunjuk untuk kau menamatkan segalanya kerana titik keserasian kelihatan lari saling menjauhi?

Aku tidak tahu. Aku keliru. Aku buntu.

Yang ku tahu, kamu antara yang terindah. 

Selasa, 7 Ogos 2012

didatangi seorang hamba Allah

Waktu aku sedang berbaring asyik menonton telefilem '7 Lagu', aku didatangi oleh seorang hamba Allah. Agak tua kukira layak usianya kerana janggutnya yang berwarna putih. Dia menyapa aku dengan lembut sambil membahasakan aku 'anak'. Dia menatapku dengan senyum tapi matanya yang sayu merenung wajahku dalam. 
Sempat dia berbual dengan mak lalu mengkhabarkan perihal jodohku yang agak 'tertutup'. Aku mahu saja mengiyakan namun entah kenapa aku selalu tewas meluah rasa dihadapan mak.

Katanya lagi sambil menafsir, 'Dia ramai kawan tapi tiada yang dia suka.' Aku kurang jelas dengan ayat seterusnya kerana suaranya yang mendatar dan perlahan tapi aku mengagak dia mengatakan yang hati aku tertutup. 

Senyum.

Mungkinkah apa yang dikata itu benar? Hati ini tahu jawapannya. Yang di 'atas' lebih tahu apa hujungnya takdir aku.

Hamba Allah itu sempat juga bertanya perihal aku serba sedikit berkenaan kerja aku lalu dia mendoakan semoga 'jodohku terbuka'.

Sebaik dia melangkah pergi, aku menyambung pembaringanku dengan telefilem tadi tapi fikiranku masih menuntun kata-kata hamba Allah itu.

Sungguh berbekas.

maaf ku tak bisa

Diam.

Sepi.

Sunyi.

Bisu.

Tanpa suaraku.

Kerana egoku kah? Tidak.

Kadang rindu menerjah jua namun aku memilih memberi diri ini ruang waktu bertanya pada kau yang bisu, setebal apakah sakit yang kau mungkin rasa tanpa kehadiran aku.

Dan,

Seandainya kita masih kuat melangkah jauh, ketahuilah kita sedang meniti denai yang tercipta buat kita masing-masing.

Mungkin berat,

Hati ingin berkata tidak.

Aku teringin beriringan denganmu. Selamanya. Sehingga hari tuaku. Kita saling menghadiri detik indah.

Beri aku sedikit lagi ruang. Berfikir dimana letakku. Dihatimu yang satu.

Setakat ini,

Maaf ku tak bisa.

Ahad, 5 Ogos 2012

our promise

In our friendship, there’s some part I found too hard for me. There are some promises almost being broken. Even though my heart still there, I felt like uneasy.
Something like missing.
And you know what, a promise made by two hands. Your hand still there but I can’t feel it. All I need is, hold mine tightly, make me feel yours and pull me out.
People used to say, a thousand sorry doesn’t enough to forget one mistake. Then all we can do is let the mistake make us even stronger.

bicara jiwa

Sudah hampir dua minggu mata ini sukar sekali mahu lelap. Paling awal pun selepas sahur. Kalau tidak tunggu lepas subuh. Entah. Insomnia menyerang lagi. 

Hari ini berangan-angan ingin bermimpi awal kerana sudah terasa letihnya. Hati pun berkompang gembira   tidak sabar mahu beradu. Namun, keriuhan yang menjengkelkan kedengaran. Terkadang aku bertanya, mengapa perkara yang bukan isu dijadikan alat pertengkaran lidah. Dimana kematangan? Tidakkah mereka sedar tentang telinga-telinga yang mendengar? Tidakkah mereka sensitif pada perasaan ini?

Dan aku, mengapa sering memilih untuk diam? Padahal di dalam hati sedang histeria yang tidak tertanggung. 

Waktu-waktu begini sering membuatkan aku merasa tidak betah disini. Ada sesuatu yang terpendam yang kadang kala tidak tertahan. Hanya air mata yang berbicara.

p/s; I need to speak with someone. Sesungguhnya... sebelum aku tidak siuman.

Jumaat, 3 Ogos 2012

izinkan kaki melangkah pergi

Mengenalimu adalah satu ketentuan
aku menerimanya dalam keterbukaan

Menyayangimu bukanlah apa yang aku inginkan
Ia diluar kawalan

Maafkan perasaan ini.

Terima kasih kerana merinduiku
Ketahuilah
rindumu sentiasa bersambut

Hambatan takdir tidak menuju kita
Tuhan punya aturannya yang tersendiri
yang terbaik untuk kau dan aku

Aku tinggalkan segala tanda sayang
penghargaan agungku buatmu
dan
Izinkan kaki melangkah pergi
I never stop loving you, I just stop showing it...

Rabu, 1 Ogos 2012

puisi buat teman

Berikan dia coklat dan dia akan memelukmu terharu
Berikan dia bunga dan dia akan senyum ketawa
Berikan dia nota dan dia akan merasa gembira
Saat dia sedih
Tak perlu kata apa-apa
Cuma katakan padanya, aku kan ada…
Saat dia merajuk
Memujuknya tidak perlu lama
Cuma yakinkan dia dengan tulus hatimu, kau tetap akan setia dan rela
Saat dia marah
Jangan berlalu pergi
Cuma tunggu dan dengar hingga dia habis bicara
Biarkan dia merasa lega…
Fahamilah
Dia manusia biasa
Dia mungkin berbeza
Tapi punya hati juga
Yang ingin dimengerti

Sayangnya,
Walau seribu janji untuk aku tetap menemanimu teman
Terkadang aku terhalang juga oleh jarak dan waktu
Diluar kemampuanku aku cuba untuk membuat kau tidak merasa sendiri

Andai jari ini tidak sampai untuk menghapus airmatamu
Maka katakan padaku kau tidak akan sesekali menangis…
Andai hati ini tidak pernah menyayangimu seperti apa mahumu
Maka katakan padaku kau tidak akan sesekali rasa sunyi…
Andai kehadiran diri ini tidak bermakna apa-apa
Maka katakana padaku bahawa kau sedang bahagia…
Terlalu perlu bagiku untuk merasakan kau sedang senyum dan ketawa
walaupun aku tiada..

Tuhan,
Tenangkan hati sahabatku,
Lapangkan dadanya menghadapi saat-saat sukarnya
Permudahkan untuknya melalui ujianMu,

Sesungguhnya dia adalah sebahagian dariku.

coretan aku Yulie Nurafnie

Isnin, 30 Julai 2012

terima kasih JPM

Aku selak-selak entri lama dan cuba selam balik perasaan aku saat menulis entri-entri itu. Aku masih ingat manusia yang bertanggungjawab menjerumuskan aku ke dunia blog ini. Trexx. Aku masih ingat blog siapa yang aku wajib bukak setiap hari. Kak Fina. Zaman-zaman menyandang jawatan JPM adalah moment yang aku rindu sebenarnya. Rindu melepak dekat bilik tu. Amy, Kak Dayah, Dolly dan Cuya. Apa kalian sedang lakukan sekarang? Masing-masing agaknya sedang sibuk bekerjaya dan membina tiang-tiang untuk rumah tangga. 

Saat-saat kita berselisihan sesama kita di atas kapal yang sama adalah kepahitan yang aku ingin kita ubah. Tapi apalah dayaku teman. Kamu tidak mengerti. Malah disalah tafsir pula. Dan kita masing-masing memilih masa untuk melupakan segala. Yah, kita tiada lagi rasa-rasa sakit hati itu. 

Zetty, maaf yang tidak terucap untuk semua kesilapan. Satu ketika dulu, kita pernah akrab. Kita berlari-lari seperti kanak-kanak ribena. Kita bercerita tentang banyak perkara. Namun segalanya tiba-tiba musnah. Mungkin bukan salah siapa-siapa. Alhamdulillah, walaupun kita tidak lagi seakrab dulu, namun kita masih memilih untuk kekal berkawan.

Dolly, aku rindukan kesengalanmu dalam semua perkara. Kau adalah penyembuh yang melegakan. Kata-katamu memberikan aku semangat. Terima kasih.

Kalian semua, Kak Faiza, Kak Dayah, Cuya, Afni, Shella, Intan, Eqa, Amy, Nabil, Lean, Dolly, Nadia, Ira, Nabil, Zetty, Trexx dan mereka-mereka yang aku terlupa namanya... Terima kasih kerana menjadi sebahagian metodologi yang telah mendewasakan aku.

Ahad, 29 Julai 2012

rapuh

Satu ketika dulu, aku pernah terluka dalam. Perihnya Tuhan saja yang tahu. Entah berapa hari aku menangis semahunya. Aku cuma perlu penjelasan untuk soalan yang menjadi kekeliruanku waktu itu. Tapi kamu tidak datang. Kamu tidak peduli. Sungguh. Ia menyakitkan. Perit. Amat perittt.

Masa yang berlalu seolah menjadi penawar. Walaupun ianya meninggalkan kudis, tapi sakitnya sudah tidak terasa. Setidaknya, aku rasa jiwa aku kembali sembuh.

Kala ini, perkara itu seakan mahu berulang lagi. Sungguh, aku takut memikirkannya. Sungguh, aku rapuh untuk menghadapinya sekali lagi. 

Entahla, mungkin ini cuma mainan perasaan. Aku terlalu terbawa-bawa padahal ia tiada apa. Kerana dihujung-hujung sapuan tangisanku, kamu akan datang dan mengatakan sesuatu yang indah. Cukup indah sehingga aku terbuai lagi. 

Jika diberi pilihan, aku lebih rela tidak mengenalimu daripada melupakanmu...

Sabtu, 28 Julai 2012

aku tak akan berhenti menemani dan menyayangimu

Maaf sayang,

Bukan begitu apa yang terjadi. Bukan begitu. Dengar aku dulu.
Melihat kau gusar dan curiga, aku jadi risau.
Mendengar kau bersuara tiada mood, menjadikan aku tidak ketentuan.

Mungkin yah.
Hatiku sedikit telah berubah.
Tapi bukan sepenuhnya.

Aku mahu kita masih saling percaya.
Masih saling mengerti dan memahami.

Selamanya.

Selasa, 24 Julai 2012

alhamdulillah, sikit pun rezeki jugak

Dah masuk 4 Ramadhan. Esok, 5 Ramadhan. Cepatnyaa. Rasa macam baru bulan lepas aku, mak dan adik kecilku Ira melangkah bersama mengisi malam menuju Tarawikh. Dan, moment itu kembali lagi. Sekarang.

Kalau dilihat siapa aku pada Ramadhan yang lepas dan siapa aku pada Ramadhan yang ini, memang tiada bezanya. Masih lagi hamba yang berpijak di tanah. Tapi, Ramadhan lepas memang agak sugul juga kerana masih banyak impian yang tidak tercapai. Namun, tidak dinafikan Ramadhan lepas tersangat indah aku rasakan.

Ramadhan kali ini, alhamdulillah, sudah boleh berbakti pada keluarga. Sudah boleh tunjuk muka tanpa malu-malu. Impian kecil pun sudah tercapai. Syukur sangatttt.

Mungkin aku tak kaya. Tapi kepuasannya bekerjaya memang terasa. 

Baiklah. Siapa nak kad raya? (tiba-tiba)

dear, smile

This is not good.

Ini bukan perasaan yang aku gemar. 

Aku cuma ingin kau senyum dan ketawa seperti selalu-selalu. Kita bercerita dalam bahasa kita. Hanya kita yang mengerti.

Dunia, jangan lukakan hatinya. Tidak sukar untuk mengerti dia. Permintaanya mudah. 

Mendengar kau berdukacita memberi suram yang dalam di dalam dada. 

Dear, smile.

Isnin, 16 Julai 2012

10 minggu yang penuh nilai

Akhirnya aku kembali juga ke bumi Tawau ini sejak aku tinggalkan pada Febuari lepas. Tujuan meninggalkan Tawau pada saat itu berbeza sekali dengan sebab kepulanganku. Errr. Tak faham ea? Macam ni, hari tu aku datang KK sebab training under GEMS tapi bulan Mei lepas aku join perkhidmatan awam. Now, tengah bercuti dan akan kembali menyambung tugas pada September depan. InsyaAllah.

Banyaknya yang tak terkira nilai yang telah aku pungut sepanjang keberadaanku disana. Suasana baru, teman baru dan cerita-cerita baru yang menjadi bahagian dari cerita hidup aku.

Selepas setahun merangkak bangun yang kurasakan aku sudah hampir berputus asa dengan hidup ini, akhirnya Tuhan memberi kemudahan secara perlahan. Syukur.

Menjadi jurulatih bukanlah mudah. Membentuk orang lain bermakna perlu membentuk diri sendiri menjadi yang lebih baik. Yang terbaik yang kau boleh tampilkan. Ingat lagi masa kursus di Papar hari tu, satu perkataan mampu mengubah masa depan seseorang. Dan sebagai jurulatih, everything speaks. Karakter akan melambangkan peribadi. Jika kau keanak-anakkan, maka kau belajarlah supaya dilihat matang. Jika kau manja, maka kau belajarlah supaya dilihat profesional. Jika kau beremosi, maka kau belajarlah supaya kau dilihat tenang dan bersahaja. Masa membimbingmu tidak hanya terhad di dalam kelas malah diluar kelas kau masih membimbing secara tidak langsung dari tingkah lakumu.

Untuk semua nilai ini, aku tahu aku punya mereka yang sentiasa ada walau jauh dimata. Mak bapak aku, adik-adik aku, nenek aku, makcik aku, rakan-rakan OMG (Gja, Qakaq, Suer dan Kasmah), sahabat tersayang Niniey, dan dia wajah kesayangan hamba. Walau dimana saja kamu berada, jauh-jauh dihati ini mengatakan aku tetap ada kerana kalian. Terima kasih.

Rabu, 4 Julai 2012

seberapa banyak nilai

Walaweh. Aku baru balik dari berkursus selama 22 hari. Dan selama banyak hari itu lah aku tidak tahu apa sandiwara dunia di kaca tv. Aku cuma fokus untuk mendapatkan nilai dari kursus Pembinaan Karakter.

Jujur, kursus ini memberi impak besar kepada kami pesertanya. Air mata kalau ditadah sejak hari kedua kursus itu, aku syak cukup beberapa baldi untuk samak apa yang patut. Serius.

Kenapa aku bicara seperti itu, aku tidak punya perkataan yang jelas untuk menggambarkannya melainkan meminta kamu mentafsir sendiri berdasarkan nama kursus itu sendiri.

Disana, aku dipasangkan dengan June sebagai buddyku. Mulanya agak kekok juga. Namun hari demi hari dia seperti bayangan sahabatku Niniey. Bau perfume dia dan warna kegemaran memang sama. 

Sepanjang kursus, aku dan June selalu saja mengenakan warna pakaian yang sama walaupun tanpa dirancang. And this is we call psikik! =)

To my Horey-horey Team, you guys are super duper awesome!


Gonna miss you so strong! - Barb said.

Sabtu, 9 Jun 2012

tajamkan skill

Sudah tiba masanya aku dihantar ke langkah pertama bagi menajamkan skill memberi tunjuk ajar. Selama 22 hari untuk mengumpul segala maklumat yang patut. Belajar untuk memberi yang terbaik. Dengarnya kursus itu nanti bakal meletihkan. Lalu persiapan mental adalah yang paling perlu. 

Aku memilih untuk fokus sahaja. Tidak mahu ada sebarang gangguan dari sesiapa untuk 22 hari itu. Pendekkan cerita aku dalam mode Buzy.

Ouh tapi sebelum itu, rakan seperjuangan Shaidatul merangkap cikgu yang paling hot di sini mengajak aku ke Keningau esok. Ada sapa-sapa nak join? Ada? Jommm!

Rabu, 30 Mei 2012

berkhidmat untuk negara

Baiklah. Aku update.

Bukan apa. Aku sibuk dengan tugas baru. Mendidik. Gelaran 'cikgu' itu bukan mudah untuk diangkut. Tidak juga se-gah namanya. Malah aku nyaris-nyaris bengkok. Mujur, rakan seperjuangan banyak membantu. Dari A hingga hampir-hampir Z, semua mereka cuba tadah untuk aku hadap kemudian dibentangkan kembali kepada remaja milik negara kita.

Kepenatan itu berbaloi juga bila segelintir dari mereka mengucap 'terima kasih' dengan nada ikhlas yang selalu membuat aku terus hiba. Setidak-tidaknya ada diantara mereka yang mampu kami sedarkan. Yang mampu kami kejutkan dari mamai yang kian melenakan.

Dan aku, cintakan tugas ini.

Woman very hard at work - Niniey

Not really.

Cuma berkhidmat untuk negara.

Khamis, 3 Mei 2012

mood turun naik

Aku tidak pasti apa yang aku sedang fikirkan sekarang. Aku tidak begitu pasti arah tuju aku untuk beberapa minggu akan datang. 

Kawan-kawan ada mengajak aku berkelah ke pulau Sabtu ini. Rasa tidak dalam mood untuk menghadap laut buat masa ni. Bukan tidak sudi cuma tidak rasa ingin bercuti. Dan aku memang selalu saja begini.

Lagipun, kesihatan tidak begitu mengizinkan aku. Batuk dan demam selesema adalah sakit tahunan yang terpaksa diraikan ketibaannya. Mood aku juga sering turun naik. Entahhh.

Rabu, 18 April 2012

percaya padaku - closer

And when I see you then I know it will be next to me
And when I need you then I know you will be there with me
I'll never leave you
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku kan menjagamu
hingga akhir waktu menjemputku 

Ada dua manusia yang suka menyanyi tatkala kami sedang menyembang di talian. Pertama, Niniey. Kedua, Wawan. Ada sahaja lagu. Healing my stress. Seyes! Itu lagu yang menjadi siulan buat masa ini.

p/s; senyum-senyum sendiri. Entri tiada niat ingin anda ngerti perasaan ini.

Jumaat, 13 April 2012

sayang, what happened

Aku mendengar keluhan sebaik dia menjawab panggilanku. Lalu aku bersuara, 'Aik, mengeluh lagi tu orang call. Sepatutnya senyum la bah.' Dan dia membalas, 'Aku tunggu kau call dari pagi tadi tapi baru sekarang kau call.' Sedikit teruja mendengar itu. 'Iyalahhh tu.' Jawabku ringkas malu-malu sendiri. 'Bah sudahlah kalau ndak percaya.' Mendengar itu aku senyum sendiri.

Rupanya dia ada sesuatu untuk diberitahu. Sesuatu yang orang lain tidak perlu sibuk-sibuk tahu. Rahsia dia. Tapi aku terpilih untuk menjadi pendengar.

Mungkin akan ada air mata namun aku akan cuba untuk menyekat ia dari mengalir banyak. Tell me everything sayang. I can't promise to fix all your problems but I promise you are not alone.

I wonder to know what happened.

Khamis, 12 April 2012

aku pelarian

Aku memang selalu mahu mengelak dari situasi tertekan dan rasa ditekan. Penyelasaian aku mudah, lari dari situ. Bukan bermaksud untuk mengelak tapi lebih kepada memberi ruang pada diri untuk berfikir sendiri. Pemandangan yang baru mungkin mampu memberi ilham. Aku tidak perlukan kemewahan cuma aku mahu ketenangan disaat-saat aku merasakan ketegangan selama 8 jam seharian. Aku cuma mahu itu. Mudah kan? Tidak memerlukan sebarang kos.

Tapi ada orang tidak faham. 

Jadi, kau hambikkk la semua. I'm done. Tired. 

Beri aku masa untuk fikirkan bagaimana caranya agar aku bisa kembali menatap wajahmu dengan ikhlas. Bukan tipu-tipu. Beri aku satu keyakinan kenapa aku masih perlu bertahan dengan kamu. Dan beri kita satu peluang untuk setidak-tidaknya cuba memperbaiki yang rapuh ini. 

Andai ia sudah tertulis begini penghujungnya, maka aku ikhlas dan rela. Sekian terima kasih.

Isnin, 9 April 2012

aku tak berapa nak okey

Aku letih lah sebenarnya. Sudah bercambah rasa tertekan ditempat kerja dan dirumah. Aku rasa jengkel yang ter-amattt. Tapi aku pendam. Dan ia menjadi sakit hingga dada ini terasa mahu pecah. Tolonglah. Jangan jadikan aku mangsa masa silammu. 

Its badly sick!

p/s; persahabatan juga punya peraturan

Khamis, 5 April 2012

I will love you as you are

Dear, no matter wherever you are from. I will love you as you are. No matter who you are. I will hold your hand tightly. I will stay no matter what. Some may not understand the reason why but my heart does.  

kerana mindamu yang kelabu

Kerana aku sudah muak untuk berbalah bicara lalu aku biarkan kau melampiaskan apa saja perkataan yang datang dari mindamu yang kelabu itu (masih suka guna ayat minda kelabu dari Kak Fina ini).

Aku tidak mahu menjadi kau. Aku tidak layak menjadi kau. Kau hebat. Hebat sangat. Dari segi apa? Dari segi menyakitkan hati orang. Syabas. 

Aku hampir membalun dinding dengan buku limaku akibat kata-katamu namun persoalannya, siapa kau untuk mengakibatkan tanganku menjadi sakit? Kau yang aku sayang kah? Kau teman yang cukup sifat kah? Macam tidak saja. 

You know what, you are free to be yourself. Cuma jangan kotori jiwa aku. Jangan cemari pemikiran aku terhadap kau. 

Aku tidak punya banyak kelapangan untuk dibuang demi melayan kerenah mindamu yang kelabu.

Rabu, 4 April 2012

business card


p/s ; Ok. Poyo.

secoret kata untuk dirasa 04/04/2012

Just because someone doesn't love you the way you want them to, doesn't mean they don't love you with all they have

saja-saja bagitau

Malam tadi ter-tidur awal di kusyen. Kepenatan akibat meredah hujan yang lebat. Dan baki kepenatan akibat menemani sahabat malam sebelumnya ber-shopping. Ditambah dengan kaki yang melecet akibat meronda bandaraya Kota Kinabalu dari jam 10.30 pagi hingga 7.00 malam pada Sabtu lepas. Semuanya bergabung menjadi satu keletihan yang agak dasyat untuk ditentang. Lalu aku tewasss.

Hari ini memulakan rutin kerja seperti biasa. Masih ada yang perlu disetelkan. Masih banyak sebenarnya. Sekarang sedang mahu fokus pada kerja yang satu ini. Kerja di pejabat dan rehat di rumah. Kalau boleh, jangan dihubungi diri ini. Takut-takut aku tidak ikhlas melayani kamu. Ceh!


Isnin, 2 April 2012

baran

Kebelakangan ini aku rasakan aku cepat panas. Semua benda aku rasa hengen melenting. Bermacam-macam benda ada di kepala. Satu-satu dalam proses pelaksanaan. Tapi agak berhambur juga. Lalu kepada mereka yang masuk line tidak kena pada saatnya, akan terkena serpihan baran aku. Kesian.

Dah duduk tenang-tenang begini barulah tersedar sendiri. Macam manusia tiada tamadun saja layaknya perihal aku ini. Semua orang kena sembur. 

Semalam aku ada khabarkan ke Kasmah. Agaknya semenjak aku jadi orang yang tak berapa nak bekerjaya nie aku dah jarang pegang Quran. Pegang waktu malam Jumaat saja. Itupun kalau takda benda menghalang.

Maka dengan ini, haruslah aku refleksi sedikit diri nie. Bak kata Adam malam tadi, 'Macam mana nak berjaya kalau tak minta dari Dia?' Err. Awak betul.

Jumaat, 30 Mac 2012

bahasa jiwa teman

Ketika aku sedang ditimpa bosan barulah timbul mood untuk membuka blog kawan-kawan. Memang ya, aku tak berapa rajin untuk menziarahi blog orang. Tapi tak mengapalah kerana itu bukan isu untuk entri ini. Isunya adalah mata aku berair sebaik membaca entri Suer. Perihal aku yang disangkakan cuba lari dari masalahnya. 

Apapun tanggapan anda berkenaan aku, aku tidak begitu mahu memikirkannya kecuali kamu adalah orang terdekat aku. Dan yah, Suer adalah antara yang terdekat. Tentu sekali aku mengambil kira berkenaan dia. Cuma ada ketikanya bila kawan dalam dilema serabut kepala, aku lebih suka menjauh. Bukan mengelak cuma tidak mampu untuk beriaksi seperti apa. Aku lebih memilih untuk bertindak tanpa perlu bicara yang banyak. Sifatku yang ini memang selalu jadi kepelikan ibuku sendiri. Ini untuk pengetahuan.

Itu satu.

Kedua, aku perhatikan terlalu acap kali nama Niniey disebut-sebut. Yes, I have to admit that she is my amazing friend. Amazing. Tapi aku tidak mahu kamu bicara seolah-olah space of my friendship hanya ada nama Niniey. Ngerti kamu? Aku dan Niniey lain. Aku dan kamu lain. Aku dan kawan-kawan lain adalah kelompok lain. 

Do I love Niniey? Yes. Do I care of you girls? Yes. And do I need you all? Yes. 

Ada masanya aku tidak tahu mengistilahkan setiap perkataan dalam hati ini. Dan aku tidak pasti seperti apa penerimaan kamu. Bahasa jiwa kita kadang-kadang punya tafsiran yang berbeza. 

Kenapa Niniey amazing? Sebab bahasa kami hampir 100% sama. Tapi kamu, ya kamu Suer, Kasmah dan Gja, kamu telah memiliki aku sejak zaman remajaku.  

tiada ruang untuk berkecil hati

Entah kemana rasa rindu ini hilang. Entah kenapa ia seperti kosong sekali. Entah kenapa puisi itu seperti warkah terakhir. Entah.

Aku rasa diri seperti berdosa sekali. Seperti malu pada diri sendiri. Seperti malu pada Tuhan juga. 

Jauh-jauh aku ingin cuba teriak. Jauh-jauh aku mahu kamu dengar satu. Aku bukan seperti apa yang kamu selalu lihat.

Katalah apa saja tapi bukan yang tidak elok. Katalah apa saja tapi jangan melintasi batasan. Katalah apa saja dan aku tiada ruang untuk menyimpan rasa kecil hati.

Khamis, 22 Mac 2012

fokus

Dah masuk minggu ke enam aku di UMS nie. Banyak jugak lah yang aku telah pelajari walaupun aku expect lebih banyak dari itu. Tapi, dari takda langsung kira ok lah jugak.

Aku kena bermandi ilmu IT habis-habisan. Kali nie tekad lebih bulat sedikit walaupun tak berapa nak bulat sangat. Cuma agak membulat lah jugak berbanding sebelum ini. 

Aku ternampak satu maklumat yang menjadikan aku mahu fokus lebih. Walaupun mulanya memang keras jugak nak paksa hati ini tuntun semua. Tapi lama-lama agak lembut jugak.

Faktor sekeliling barangkali. Setidak-tidaknya aku tidak rasa fobia seperti dulu. Nampak coding terus pening. Sekarang ni nampak coding, boleh lagi bertenang. Mind set dah kata, kau cuma ada dua pilihan, take it or leave it. Ambik dan belajar dan kau polish skill kau dan kau bina kerjaya kau. Tinggalkan dan kau tak belajar langung dan tak pening kepala dan takda orang nak ambik kau kerja dan kau tewas tanpa bekalan.

Jadinya, fokus.

secoret kata untuk dirasa 22/03/2012

In love, it is better to know and be dissapointed, than to not know and always wonder.

Khamis, 15 Mac 2012

hari perasaan

Entah apa yang meniupkan kami bertiga (aku, Kasmah dan Suer) malam tadi untuk tiba-tiba meluah rasa. Tentang buruk baik kau dan aku, tentang persahabatan kami dan tentang persahabatan antara kami kami.

Terlalu banyak yang diluah bermula dari pukul 10 malam hingga 1 pagi. Tiada airmata. Tiada drama queen. Ia berkenaan pahit manis, lebih kurang persahabatan di antara Suer dan Gja. Diantara aku dan Niniey. Diantara kami semua.

Siapa aku dihati mereka. Dan siapa mereka dihati aku.

Antara soalan Kasmah dan Suer, ‘Kau rasa kenapa orang menyampah dengan kau?’ Jawapan aku ikhlas dan mudah, ‘Sebab mereka tidak kenal aku.’ Terus Kasmah dan Suer mati ayat. Noktah dan terkesan disitu untuk tidak melanjutkan apa-apa kata.

Antara kami berlima (aku, Gja, Suer, Kaqak dan Kasmah), Gja adalah orang yang dianggap tidak pernah mengguris hati kami. Dia adalah penyejuk, penenang dan penghibur. Manakala kami masing-masing punya sikap negatif tersendiri.
.
.
.
Malas untuk bercerita panjang.
.
.
.
Pada aku, setiap kekurangan kawan kita, itu adalah situasi dimana menguji sejauh mana kecekalan kita menerima kekurangan dia. Samada stay atau stay away atau break. Pilih satu.

Cuba perbaiki kekurangan dia dan jangan terlalu mendesak dia menjadi seperti apa yang kita mahu. Sama-sama fikirkan kebaikan. Sama-sama menjaga perasaan. Siapa kata dalam persahabatan tiada peraturan? Awak hipokrit la kalau cakap tiada peraturan.

Itu satu.

Kedua, aku ini terus terang saja bukan yang terbaik dikalangan yang ada singgah dihati kamu. Jujur saja aku tidak berani mengakui aku sayang kamu tapi aku benar-benar perlu kamu. Benar-benar perlu saat-saat keyakinan ini luntur, aku mahu ada kamu.

Hati aku ini terlalu kecil untuk menyayangi semua. Jadi mungkin perasaan ini terlalu memilih. Aku mampu memberi perhatian kepada semua. Tapi mungkin tidak tercurah rasa sayang. Andainya, perhatianku itu membuat hati kamu berbunga dan rasa disayangi maka anggap saja ia begitu. Mungkin aku yang kurang berani meluah rasa. Mungkin. Jangan disalah tafsir tentang hati ini. Nanti terkeliru sendiri.

p/s; kata suer, malam tadi adalah sesi feeling day.

Selasa, 28 Februari 2012

sedia maklum aku budak IT

Semua mungkin sedia maklum aku lulusan Teknologi Maklumat. Semua sedia maklum itu maksudnya aku orang IT. Semua mungkin sedia maklum aku bijak lah sangat dalam perihal komputer (padahal). Tapi adakah semua sedia maklum bidang sains komputer terbahagi kepada dua? Software dan hardware. Dan adakah semua sedia maklum bahawa aku lebih tertumpu kepada software sahaja? Dan adakah semua sedia maklum aku tidak begitu menggemari bidang yang aku telah pelajari?

Tahukah kamu bahawa setiap kali kalian berprasangka aku bijak format labtop, bijak photoshop, bijak movie maker dan seumpamanya lah yang berkaitan skill komputer yang kalian anggap aku miliki, itu adalah satu beban dan sepertinya membogelkan diriku jika aku menjawab, 'tidak tahu' atau 'tidak pandai'?

Tahukah bahawa itu beban bagiku?

Tahukah bahawa aku sentiasa mahu mengelak dari membangunkan sebuah sistem? 

Bila Kasmah memerli aku, aduhhh 'terbakar' akal warasku. Tengoklah, nanti aku akan belajar semua. Tengoklah. Nanti aku akan tajamkan semua skill aku. Tengoklah.

Si Niniey yang lulusan Business Management itu sendiri sibuk belajar itu, belajar ini pasal IT. Malah dia lebih tahu pasal software yang aku miliki. Bukan kah itu sangat memalukan? Eh, tapi kerana minatnya itu juga telah membakar dan menyuntik aku untuk lebih maju dalam bidang aku sendiri.

Aku sudah tidak boleh lari. Ter-ikattt. Ketat.

Isnin, 27 Februari 2012

tak perlu banyak bicara

Kita tak perlu banyak bicara rupanya. Kita sangat berbeza. Kau ajar aku itu. Tentang percaya dan setia. Terima kasih.

Keras hati yang tidak mahu mengerti akhirnya lembut sendiri. Degil kan? Kau pun. Tapi aku menghargai kau kerana itu. Kerana kau selalu tahu untuk membuat aku mengerti.

Lucu. Seorang budak nakal mampu mengajar aku erti sabar dan bertenang. Yang sanggup mendengar semua keluh kesah aku.

Ya Allah. Sayangnya aku pada kau. Kurniaan apakah ini? Terlalu sayang hinggakan sangat berat untuk ku lepas. 

Jumaat, 24 Februari 2012

ironik

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi manusia yang berpura-pura kalau dalam hati itu masih ada rasa-rasa baik dan rindu. Berpura-pura menghambur ketawa di depan semua. Sukar.

Rutin harian aku seperti biasa sejak minggu lalu. UMS dari 8 pagi hingga 5 petang. Balik rumah, mandi, basuh baju, dan aktiviti rutin mengemas. 

Kelmarin sebaik selesai mandi, aku masuk ke bilik. Aku melihat Kasmah dan Suer sudah ada di situ. Bersembang seperti selalu. Suer terlebih dahulu meminta maaf kerana telah menghabiskan pisang goreng.  Aku hanya senyum seperti tiada perasaan. Tiba-tiba, Suer dan Kasmah 'mengayat', 'yul, I love you..' 'yul, I miss you..'. Tika itu aku sedang bersiap menyarung pakaian. Terasa ironik. 'Apa hal kamu dua nie? Tiba-tiba plak.' Kataku hairan.

Kasmah menjawab. 'Aku gembira sebab kau tukar line Celcom'. Suer menyampuk, 'Jimat kos kami.'

Sengal.

Malam akan mengambil tempat. Lalu aku mencari bulan. Bulan tidak kelihatan semalam. Aku kembali ke ruang tamu dimana ada wajah-wajah rakan serumah sedang rancak berbual sambil menikmati cempedak goreng dan ubi goreng. Riuh suasana sebaik kami mula bergurau sambil menonton tv. 

Seketika kesakitan itu hilang juga.

Walau sementara.

p/s; entri terabur

Rabu, 22 Februari 2012

kerana merah jambu itu menyerlahkan ke'ayu'an ku


Di pejabat bersama rakan ketika sedang menjalani rutin. Kebetulan dalam tema warna ayu yang sama.

Selasa, 21 Februari 2012

fikir

Duduk di satu sudut sofa. Melayari dunia maya ini sambil memerhati gelagat rakan dalam suasana sepi yang tidak ramai kelibat manusia. 

Pelik.

Di rumah sewa aku lain pula riuhnya. Wajah-wajah ceria dan tebaran gurau senda cukup untuk menjadi penawar kala rindu bertamu pada mereka-mereka yang terlekat namanya di hati. 

Kecewa.

Kerana yang serasi bukan disisi. Masih cuba untuk dekat walaupun sudah lama selalu berdampingan. Namanya juga tidak kena di hati. Jadi, segalanya nampak lebih sumbing disana sini.

Terpulang lah.

Aku masih memikirkan kata-kata kawan aku tentang perangai temannya. Apa yang keluar dibibir itu 80% datang dari hati. Kau percaya? Siapa yang mampu memendam rasa terlalu lama? Wah, hipokrit atau berpura-pura?

Fikir.

p/s; aku lihat tanda soal di kepala mu kerana baca entri ini.

Isnin, 20 Februari 2012

IT lagi

Seminggu sudah aku di sini. Di KK ini. Bukan Kuala Kangsar tapi Kota Kinabalu. Menjalani fasa baru, menggilap bakat dan skill yang ada. Ini lah masanya untuk mempraktikkan segalanya.

Aku. Kelihatannya belum mampu lagi lari dari latar belakang aku. Information Technology. Sekali lagi menggalasi tugas programmer. Kononnya lah. Bunyi macammm minta-puji. 

Kali ini bergandingan dengan Dyg Atiqah. Rakan Sarawakian yang aku kenal waktu program GEMS hari tu. Seorang teman yang mengajar aku mengimplementasikan makna 'laju' dan 'proaktif' bila bekerja. 

Masih belum cukup layak untuk menilai tahap keserasian kami kerana tugas belum sampai ke kemuncak. Belum sampai di bawah tertekan. Jadi tunggu saja waktu itu tiba. Kerana mengikut pengalaman aku yang sudah-sudah, gandingan sepadanku adalah mereka yang punya sifat 'sejuk' seperti Biha, Gja dan Niniey. Yang hanya diam dan mendengar percikan 'api' dari aku. 

Kalau kenal aku, masih ingat apa jadi antara aku dengan Zetty? Antara aku dengan Dolly? Antara aku dengan Nadie? 

Senyum saja lah.

Isnin, 6 Februari 2012

wajah baru sentuhan kawanku, suer

Senyum aku melihat wajah baru blog aku nie. Sesungguhnya wajah baru ini hasil sentuhan kawan aku si Suer. Kerana katanya, blog aku harus dikenali. Harus punya follower yang ramai barangkali. Tapi pada aku, aku menulis bukan kerana mahu perhatian. Aku menulis kerana luahan akibat pemikiran yang ingin dikongsikan kepada sesiapa yang benar-benar mahu tahu.

Apapun, aku relakan Suer untuk redesign blog aku ini sebagai tanda penghargaan kerana dia betul-betul mahukannya.

Lihat saja pada wajah baru ini menjadikan aku sedikit janggal. Terasa blog ini bukan aku yang punya. Sudah sedikit lari dari 'sifat' aku yang lebih sederhana. Jelas memaparkan ia bukan aku. Cuma coretannya sahaja yang menunjukkan itu.

p/s; thanks Suer 

Sabtu, 4 Februari 2012

kerana mata tidak mahu lelap

Saat aku mengetik papan kekunci, jam sudah menunjukkan 1.49 pagi dan mata masih mahu mengangkang. Mungkin terlebih minum nescafe. Tapi ada sesuatu yang berlegar-legar didalam fikiran. Tentang placement GEMS, tentang masalah baru-baru ini dan tentang dia si kawanku itu.

Semua yang berkecamuk ini menghalang minda aku dari berehat. Aku jadi gundah sendiri. Inginku khabarkan kepada teman, namun siapa lah yang sudi mendengar keluh-kesah ini.

Ada juga sedikit-sedikit rasa berkecil hati namun tidak tahu untuk memprotes rasa seperti apa. Orang kata, kalau merajuk biarlah pada yang sayang. Lalu, pantas atau tidak aku merajuk pada seseorang yang aku tidak tahu setebal apakah sayangnya pada aku. Atau tersenarai kah aku sebagai yang disayang dihatinya? 

Permasalahan keluarga pula kian selesai. Cuma yang tidak akan hapus adalah kudisnya. Dan itu menjadikan aku lebih termotivasi untuk menjadi penawar bagi menghilangkan kudis itu. Kata pepatah, 'Bila kita buat baik, belum tentu orang akan ingat tapi bila kita buat jahat, orang takkan pernah lupa'. Ini lah hidup.

Setiap yang pahit mengambil masa yang panjang untuk ditelan. Hanya masa dan cara kita untuk mengubahnya. Aku masih perlukan waktu untuk semua ini. Moga-moga kalian faham dan terus menunggu aku. Aku pasti tiba. Pasti. Bersabar lah.

Khamis, 2 Februari 2012

sebenarnya aku sayang

Sudah masuk tiga malam. Aku cuba menahan dan cuba menegaskan dia lebih baik berada di situ. Tidak perlu di sini. Benci? Tidak. Marah? Mungkin. Kecewa? Itu pasti. Lebih kecewa kerana dia adalah yang paling disayang. Semua mahu ambil peduli. Orang sanggup berbalah kerana dia seorang. Tapi ini yang dia lakukan.

Semalam, entah kenapa semua memori dan kelibat dia seolah-olah menerjah pandangan. Dalam-dalam ada rasa sayu kasihan mengenangkan nasib dia disana. Aku menangis sendiri sebelum melelapkan mata. Jalan ini yang kau pilih. Kenapa lah? Dan di situ lah pengajaran yang kau terima. Semoga ada penyesalan dan yang lebih baik menyusul kemudian.

Hati bonda sangat kecewa. Hati Nenda terluka. Hati ayahanda marah. Hati aku bertanya aku harus bagaimana?

Walau apapun, air dicincang tidak akan putus. Bangun dan sedar lah! Bina masa depanmu. Aku doakan.

Selasa, 31 Januari 2012

kalau ini yang terbaik maka lapangkan lah dada kami

Hari ni ujian datang lagi. Menguji kami dengan mempertaruhkan maruah. Salah siapa? Bagi aku itu bukan persoalan. Air mata? Bagi aku itu bukan penyelesaian. Tipu lah, kalau aku tidak goyah. Hati berdebar. Perasaan berkecamuk. Namun, aku memilih untuk diam. Kenapa? Kerana aku mahu berfikir dalam-dalam. 
Sebak yang amat saat seorang sahabat menelefon dan ingin bertanya. Tidak tahu untuk berkata bagaimana. Kerana itu merupakan maruah. Maaf teman. Belum tiba waktunya.

Aku cuba untuk berfikir sedalam-dalamnya. Setenang-tenangnya. Semua ilmu hasil bacaan buku motivasi seakan menari menerjah arus lorong-lorong minda aku. Ujian Tuhan. Mungkin aku patut melihat dari sudut baiknya. Tuhan masih mahu mendekat aku. Memeluk aku dengan cara ini supaya aku sentiasa dekat denganNya. Yah. Itulah.

Cuma aku terasa bodoh sedikit. Kerana tidak mampu untuk bersuara. Padahal aku sulung. Mungkin yang lain mengharap suara aku untuk menjadi penenang. Penyejuk hati yang resah itu. Tapi aku diam. Aku tidak punya perkataan yang tepat untuk aku lontarkan pada mereka yang ku rasakan lebih tua dari aku. Hati tengah kecamuk. Takut-takut aku menambah gusar pula.

Lalu, diakhir-akhir rundingan, aku bersuara rasional. Ayatku tidak panjang cuma itulah yang paling tepat saat    itu. Dengan melihat mereka diam sejenak seolah berfikir, aku menganggap mereka mendengar dan menerima dengan hati yang terbuka.

Dari Dia musibah itu datang, dan kepada Dia jugalah kita mengadu dan memohon. Dan kalau ini yang terbaik maka lapangkan lah dada kami ya Allah.

Isnin, 30 Januari 2012

rindu kau sengal

Siang. Tidak tahu untuk berperilaku bagaimana. Menghadap dunia maya. Bosan. Ada masa kawan mengajak berbual menerusi YM. Borak punya borak hingga larut malam.

Bercerita kami tentang kehidupan, pandangan dan persekitaran. Tentang teman-teman. Hingga perbualan itu mengheret kepada peribadi dirinya. Terharu pun ada. Kerana aku terpilih untuk mendengar itu diantara beribu dan diantara yang akrab. Aku yang menjadi pendengar.

Kau, aku janji pada apa yang aku telah janji. Rahsia kita sahaja. Kau, jaga diri. Aku rindu kau sengal.

Jumaat, 27 Januari 2012

in-between



You are not perfect and never be perfect. But you complete me and make me feel perfect enough.

Jumaat, 20 Januari 2012

siapa kau dihati aku?

Aku tak tahu apa yang aku mahu dari kau. Aku rasa aku tak cukup rindu kau. Tapi, aku sentiasa ingat-ingat kau. Bila kau tak call, aku tunggu. Aku tunggu dan aku tunggu. Aku teruja menerima panggilan dari kau. Tapi bila bercakap, aku harap kau ada depan mata. Aku mahu lihat kau. Tapi, bila aku lihat dan kau ada depan mata aku, aku rasa biasa. Aku rasa selesa saja. Seperti tiada apa yang istimewa. Aku bebas saja menjadi aku tanpa segan, silu dan malu. Kita cerita dan kita bicara. Sebenarnya, kau siapa dihati aku?

secoret kata untuk dirasa 20/01/2012

If you spend too long holding on to the one who treats you like an OPTION, you'll miss finding the one who treats you like a PRIORITY 

Khamis, 19 Januari 2012

aku harus bagaimana

Bila kita dalam ketegangan, kita nampak siapa diri kita. Rapuh atau tidak. Kukuh atau bakal runtuh.

Aku cuba. Aku cuba sedaya upaya untuk bisa menjadi seperti yang kau mahu. Tanpa memakai topeng. Aku bukan lari dari kenyataan. Aku cuma tidak suka menipu perasaan. Lalu mana yang kau pilih teman? Aku atau diriku yang kau mahu? Katakan pada aku. Segera. 

Hidup ini terlalu singkat untuk kita cuba melerai satu-persatu maksud yang ada dihati. Kau mahu yang biru tapi aku memilih merah. Sedangkan aku suka yang hijau. Jadi aku harus bagaimana teman?

Penat rasanya. Letih rasanya. Akukah yang tidak mengerti kau atau kau yang tidak cuba menyelami maksud 'kita'. Aku mendayung ke depan, tapi kau ingin berenang ketepian. Aku harus bagaimana teman?

Alasan akan kekal alasan dan kita mudah untuk beralasan. Tanyalah hati. Apa yang kau mahu dan apa yang kau perlu. Fikirkan. Fikir!

Rabu, 18 Januari 2012

biarkan rindu terhenti

Tengah belajar melepaskan rindu itu berlalu. Tengah belajar meneguhkan tembok ingin tahu.
Aku tahu kau baik-baik sahaja disana.
Aku tahu tidak mudah bagi kau untuk membiarkan hari itu berlalu tanpa mengingat aku di sini.
Cukup kau tahu, aku juga sedang mencuba sedaya upaya.
Memang ia terlalu perit di awalnya.
Lama-lama kita akan terbiasa juga.
Sampai bertemu.

Selasa, 17 Januari 2012

sepi tapi masih mengisi

Aku baca kamu namun aku sepi. Kenapa? Sebab itu adalah azam baru aku untuk tahun 2012. Lebih diam menyepi namun cuba mengumpul isi. Lebih fokus. Dan lebih mendalami psikologi diri sendiri. 

Hampir aku terasa tahun 2011 itu satu tahun yang sia-sia namun bila aku berjumpa dengan orang-orang yang memotivasi dan menginspirasi diri, aku mula rasakan sebenarnya sudah terlalu banyak yang aku kutip. Cuma ianya terlalu kecil. Padahal, kita selalu mengimpikan yang besar-besar sahaja.

Tiada lagi update status Facebook. Kalau ada pun, hanya untuk perkara yang penting sahaja. Kalau ingin berhubung dengan kamu, kamu dan kamu, aku akan mesej secara peribadi.

Tiada lagi istilah ingin tahu gosip artis sana-sini. Hidup aku lebih menarik lah! Kan Mr. Abah? (trainer GEMS)

p/s; Thanx Abah. Thanx Niniey.

Isnin, 16 Januari 2012

andainya itu adalah hari terakhir

Andainya itu adalah hari terakhir aku melihat kamu dan kamu melihat aku,
Andainya itu adalah hari terakhir dan kita masih cuba mengaku ia masih belum berakhir,
Andainya itu adalah hari terakhir dan kita berpura cuba untuk mempertahankan kerana rasa bersalah,
Andainya itu adalah hari terakhir dan rindu itu sudah tiada di hati masing-masing,
Andainya itu adalah hari terakhir dan kita sama-sama sedang bertemu yang lain,
Andainya itu adalah hari terakhir dan itu adalah yang terbaik,
Maka
Kita leraikan saja lah,
Tak usah ungkap apa-apa,
Tak perlu kita saling menoleh lagi,
Kita ikutkan kemahuan hati ini.

Ahad, 15 Januari 2012

maaf, 'sayang' bukan untuk semua

Aku sedang cuba yang sehabis boleh untuk memenuhi keinginan semua yang tersayang dan yang selalu mengambil berat tentang diri ini.

Sungguh, hati aku terlalu kecil untuk menyayangi kalian. Lalu Tuhan berikan aku rasa fokus pada segenap individu sahaja. Supaya aku lebih komited dalam memberi.

Aku tidak mampu memilih semua. Dan aku tidak terdaya rasanya menipu hati sendiri. Aku juga tidak bijak bermain kata dengan mudah menyebut 'sayang'. Maaf, bagiku ianya hanya dilafazkan apabila ia selari dengan apa yang ada dihati.

Maaf aku memang begini.

untuk teman yang ku sakiti hatinya

Untuk teman-teman yang telah ku sakiti hatinya,
Maaf kerana diri ini terlalu banyak cacat celanya...
Aku terlupa bahawa kamu adalah semangat aku,
aku terleka dan hanya menurut amarah hati.
Ku hanya tersedar saat ku rasakan seperti ada sesuatu yang mulai hilang,
dan yang hilang itu rupanya adalah kamu...
Aku tidak mengharap dimaafkan segera,
cuma yang aku perlu
hanya satu peluang.
Sekali lagi.

Sabtu, 14 Januari 2012

khabar seperti biasa

Sudah seminggu balik dari BPS mengikuti program GEMS. Demam sejak dari hari pertama sampai di rumah hingga hari ini. Demam selesema. Kejutan cuaca barangkali.

Sepanjang seminggu ini sementara menunggu berita tempat praktikal, aku menghabiskan hari dengan menulis. Kembali kepada minat utamaku. Menulis. Kali ini, menulis tentang seorang teman. Atas permintaannya. Tapi, kalau bukan kerana permintaannya, mungkin aku akan tetap menulis juga kerana sudah memang ada memasang niat sebegitu. Cuma, permintaan itu menjadikan aku lebih termotivasi. Sudah siap dalam masa tiga hari dan sudah dihantar melalui emel untuk pihak yang meminta itu - kawan aku -

Khamis lepas, aku menghabiskan hari siang dengan rakan-rakan GEMS dari Tawau untuk aktiviti mandi-manda. Tak padan dengan demam, gian juga terjun ke sungai. Padahnya, balik dari sungai aku dapat demam berganda. Hadiah istimewa mengajar aku supaya beringat dan sedar lah diri tu sikit. Apapun, aku enjoy dan tidak menyesal.

Now, baru ada kelapangan dan peluang untuk update blog nie. Sebenarnya aku ingin meng-update sesuatu untuk kawan-kawan yang telah ku sakiti hatinya, cuma entah ke mana buku conteng itu hilang. Buku conteng dimana aku selalu draftkan segala isi idea penulisan aku. 

p/s; kawan-kawan yang telah ku sakiti hatinya (Gja, Suer dan Kasmah)