Sabtu, 24 Disember 2011

kawan-kawan aku yang hebat

Ketika aku menulis entri ini, perasaan aku sangat bercampur baur. Ada rasa bangga. Ada rasa terharu. Ada rasa bersalah. Dan ada rasa sayang yang kian bengkak menebal. Pada siapa? Pada kawan-kawan aku yang sangat hebat.

Aku mengaku aku pernah melakukan kesilapan. Tak sangka aku jadi femes hanya kerana itu. Tanpa aku sedar pulak tu. Pertama, aku menyesal atas tindakan aku. Kerana itu aku meminta maaf. Tiada paksaan untuk memaafkan diri ini cuma mohon dipertimbangkan kerana sesungguhnya manusia tidak lari dari membuat kesilapan. Lagi pula, apalah untungnya jika kita berdendam?

Bak kata Abah, memang mudah untuk memaafkan tapi itu tidak bererti kita mudah melupakan. Betul lah tu. Tak apa lah. Janji aku dah buat bahagian aku. Bahagian kamu? Aku tak mahu komen apa-apa kerana ini memang salah aku. Aku tahu.

Tapi apa yang buat aku terlalu rasa terharu dan bangga adalah pengertian kawan-kawan rapat aku. Kawan-kawan group OMG aku. Yang sanggup membenci mereka yang membenci aku. Tanpa aku tahu sehinggalah petang tadi. Agak terkejut tapi lebih terbuka mendengar cerita-cerita mereka. Thanks Suer. Thanks Kasmah.
 
Kedua, aku mendengar perkhabaran kurang enak dari seorang kawan yang aku sayang. Tentang masalah dia. I wish, I were there for her. Oops. Aku rasa apa masalah dia adalah rahsia kami. Dan yah, aku nak mention yang dia adalah orang yang berjaya kembalikan kepercayaan aku pada persahabatan. She is. She is. Dia yang berusaha sedaya upaya setiap hari berkata itu, berkata ini supaya aku melihat kawan itu tidak semua jahat. Dia ajar aku, kalau kita sayangkan seseorang kitalah yang perlu korbankan perasaan marah dan rajuk.

Good bye kawan lama yang membinasakan aku dan selamat datang Niniey. Thanks coz remember me always. Thanks coz keep me in your heart all the time. Thanks for showing me how much I meant to you. Thanks for being my friend and be there when ever I need you.

Tiba-tiba aku terpujuk dengan amuk dunia yang membenci aku kerana memiliki kawan-kawan seperti mereka.

Khamis, 8 Disember 2011

aku sayang kau

Aku tahu dan aku sedar yang aku sedang menafikan perasaan sendiri. Aku tahu aku sedang menyiksa perasaan sendiri. Aku tahu itu. 

Yalah, memang aku sayang kau. Yalah, memang aku fikir pasal kau. Yalah, memang aku selalu mahu cari kau. Kenapa ya? 

Tapi aku rasa kau sayang aku lebih banyak dari aku sayang kau.

Apapun, terima kasih sayang. 

p/s; sayang?

Ahad, 4 Disember 2011

kawan sekejap

Aku kenal seseorang di sini. Yang selalu ingatkan aku untuk senyum. Yang selalu memuji walaupun hanya pada sekecil kejayaan. Yang buat aku rasa, wahhhh (dalam hati). Sebab seumur hidup aku, belum ada lagi yang pernah mau mengambil berat sebegitu. Pada perkara yang remeh begitu. 
 
Aku juga kenal seorang kawan di sini. Yang punya perangai pelik dan kegilaan yang sama. Yang ingatkan aku pada kawan yang lama. Cuma dia lain. Lain sebab dia adalah dia. Yang tahu untuk bertolak ansur dan seakan mampu membaca apa yang aku fikirkan. 
Mereka kawan sekejap aku. Hanya tinggal sebulan. TT

p/s; sedang rindu kamu tersangat.

Selasa, 29 November 2011

aku rindu

Aku rasa macam nak marah. Tapi rasa sayang dan malas nak merumitkan keadaan tu lagi tebal kot. So, kena abaikan perasaan sendiri walaupun rasa macam nak nangis sangat-sangat. 

Penat yang amat sangat nieh. 

Letih.

Boleh tak minggu nie berlalu dengan cepat? Dengan pantas? Kalau boleh macam dalam mimpi. Bila aku celik esok pagi, semua nie hilang. Semua nie takda. Boleh?

Aku rindu lah pada ketenangan-ketenangan itu. Yang selalu memberi aku ilham. Yang selalu menjadi satu-satunya sebab aku mensyukuri hidup ini. Sekarang, mana hilangnya?

Isnin, 28 November 2011

aku sayang kamu

Sudah dua minggu berada di Borneo Paradise Sabah mengemudi bahtera yang kami panggil 'Pearl's Corporation'. Macam-macam rasa yang ada. Entah. Tak tau nak luah macam mana.

Minggu lepas aku ter-marah anak buah sebab lambat datang mesyuarat. Mis-communication katanya. Entah kenapa darah tiba-tiba naik ke kepala. Jantung berdegup laju. Dan semua perasaan itu terlontar seketul-ketul kepada mereka. Suasana tegang. Hingga mungkin suara cicak pun boleh kedengaran.

Cukuplah dengan pengalaman yang sudah-sudah. Tak mahu diulang lagi.

Semua orang aku balun. Dari yang jawatan jauh hingga yang paling dekat dengan aku. Masing-masing diam membatu. Mungkin mengakui kesilapan. Mungkin juga tak mahu menuang minyak. Hanya seorang dua yang berani bersuara cuba merungkai ketegangan. 

Sebenarnya aku tak garang. Sebenarnya hati ini sayang. Cuma entahlah. - -'

Malam tu, aku berfikir semalaman. Mungkin aku tak patut marah sampai macam tu. Tau-tau je lah. Kalau ikut pengalaman yang sudah, sekali aku dah marah komfem orang bawah dah jadi takut-takut. Kalaulah aku boleh buat dorang baca isi hati aku kan senang. Nah, tengok sendiri hati aku. Berapa banyak rasa ambil berat dan berapa banyak rasa sayang pada kamu. Tapi yang kamu nampak hanya ketegasan dan keseriusan pada wajah aku. Eh, muka aku memang dah natural ketat macam nie ok.

Ain, sorry dah marah anak-anak buah kat belakang kau. But thanks sebab bagi penjelasan kepada diorang sebab aku marah. 

Niniey, mungkin ramai yang tak sangka aku akan marah jugak dekat kau kan. Sebab orang nampak kita terlalu rapat. Tak mungkin la kawan baik nak marah kawan dia sendiri kan? Padahal petang tu kita gelak sakan dekat Dining Hall, padahal maghrib tu kita sama-sama pergi jemaah dan baca yasin dekat surau. Lepas keluar dari pejabat, aku sendiri nangis. Menyesal mungkin. Entah. Perhaps, I need you more than you need me. But Alhamdulillah sangat-sangat sebab semuanya under control. I thought, kita akan jadi dingin. 

Salmie, sorry jugak eah pasal malam tu. Teruk kena tegur pun still boleh senyum. Ya Allah, leganyaa.

Kepada korang semua, thanks sebab still boleh pujuk aku balik walaupun sepatutnya aku yang pujuk korang. Kepada guys, kalaulah korang tau betapa aku teramat bersyukur dapat anak buah yang supportive macam korang. You are the best guys in my team so far. Serious!

p/s; aku sayang kamu

Isnin, 21 November 2011

ambil lima

Tengah 'ambil lima' (take fives) dari latihan debat. Penat. Letih. Serabut. Dan agak kasihan dengan anak buah yang sedang bertungkus lumus menghias pejabat. Hanya kerana mereka 'yang menurut perintah' dan kerana kami berempat yang juga mahukan yang terbaik. Kerana sama-sama ada maruah untuk dimartabatkan.

Tak sabar tunggu kedatangan Jumaat. Tak sabar nak mengakhiri minggu penat ini. Tapi dalam tak sabar itu, masa aku dan kawan-kawan tersayang disini semakin singkat.

Entah kemana hala tuju entri ini. Aku cuma merasakan mula ada hati yang terguris.

Ahad, 20 November 2011

sekali lagi

Sekali lagi ia terjadi. Seperti kala-kala itu. Kita bertemu untuk yang pertama kali dan naluri bersuara kita akan menjadi rapat. Naluri aku selalu tepat walaupun terkadang aku cuma ingin persetankan ia. 

Waktu kita bicara tentang diri sendiri, kita temui titik persamaan dengan cepat. Kita bicara tentang peribadi. Kita mendengar dengan telinga hati. Kerana disitu ada rasa keterbukaan dalam memberi dan menerima. Kita ketawa dengan ikhlas kerana kita menjadi diri kita. 

Aku cuma ingin suarakan rasa terharu yang paling dalam bila mana kau kata, 'you will be the most listed in my memory'. Tapi aku tidak suarakan ia. Kerana... Kerana aku senang bersembunyi. Kerana aku suka membuat orang lain penasaran ingin mengerti. Walaupun aku tidak mahu kau tahu. 

Teman yang mudah aku sayang, akan pergi dengan sangat cepat. Sangat cepat dan cuma mendera aku dihujung silaturrahim ini. Lalu, aku memilih untuk mementingkan perasaan ini. 

Khamis, 17 November 2011

yang terkini

Sudah lama rasanya tidak terasa penat sebegini. Letih hingga aku tidak sempat bermimpi. Tidak sempat bersenggang-senggang. Barulah terasa sangat menghargai nikmat berlapang-lapang.

Namun, tatkala aku begini jauh disudut kepenatan ini ada rasa kepuasan. Kepuasan kerana rindukan kesibukan seperti kala-kala itu. Seakan serupa walaupun tidak sama.

Menghidupkan kembali enjin kepimpinan bukanlah mudah apalagi kalau situasi dan penerimaannya berbeza. Setiap cabaran pasti berbeza. Dan setiap cabaran itu aku janji untuk hadap. Sedaya upaya.

Kerana ini adalah bukan tentang aku. Bukan tentang dia. Tapi tentang kami. 

p/s; di Borneo Paradise Sabah

Ahad, 23 Oktober 2011

kita pernah macam adik beradik

Aku pernah cerita pasal dia sebelum ni. Kawan yang pernah berkongsi cerita. Kawan yang aku anggap seperti kakak. Sangat memahami. Kerana kami punya keserasian. Dan segalanya berubah pantas kerana hanya terguris sedikit pada hati. Lalu aku menjauh. Semakin jauh. Kejauhan yang jauh. 

Mira pernah cakap, '...kalau ingat dulu, bukan main lagi korang berdua. Siap kanda adinda. Tapi sekarang?...' Waktu tu aku sibuk dengan dunia lain. Tapi sekarang, kalau ingat-ingat balik. Kalau difikir-fikir balik, aku hanya marah untuk sesuatu yang tiada apa. Just for nothing. 

Waktu konvo terselisih dengan dia. Aku cuma nak cakap tahniah. Tapi semua orang sibuk nak ambik gambar. Tak sempat.

Dan begitulah.

Gambar kenangan dengan Wani

Sabtu, 22 Oktober 2011

biasa-biasa sahaja dulu

Ku ingin menjadi seperti biasa-biasa sahaja. Secukupnya yang cukup. Andai kurang, aku meminta lagi dan andai lebih, aku rela berkongsi. Pujian itu kalau diberi padaku kerana penilaian sepasang matamu, maka cubalah menilai dari hati pula. Takut-takut kau tersalah menduga.

Amanah yang tergalas ini akan aku pikul selagi ia tetap menjadi amanahku. 

Mereka mendidik aku sebaiknya. Menemani aku tika aku ragu-ragu mengatur langkah. Memapah tika aku mula goyah. Malah menghulur tangan tika aku jatuh. Dalam-dalam hatiku ini ada rasa tidak percaya pada diri. Aku takut andai harapan mereka berbuah kekecewaan.

Aku akan terima dan pergi andai penggantiku mampu menggalas beban tugasku dengan baik. 

p/s; masih terlalu awal.

Jumaat, 21 Oktober 2011

bertenang

Kerana mulanya dan aku rasa lahiriahnya aku adalah seorang yang mudah gabrah. Cepat panik tapi berlagak cool. 

Hari ini rutin biasa tanpa Kak Mulyanti (lebih mesra dengan panggilan kak Molek). Pada aku, tanpa dia aku goyang. Dan bertuahnya aku kerana dikurniakan rakan sejawat yang cepat mengerti kegusaran hati menyebabkan kak Molek tidak jemu mengajar tanpa sedikit pun keluhan. Berulang-ulang kali. Tanpa jemu. Aku terharu. Selalu.

Ketiadaannya akibat desakan masalah cawangan yang lagi satu menuntut bantuan kak Molek berada disana seharian. Orang yang paling risau sudah pastilah aku. Ilmu didada masih tidak cukup untuk meneraju tugas rutin yang berisiko tinggi. Namun, kami akur dengan arahan dan kak Molek persiapkan amanah yang bermacam-macam untuk diselesaikan hari ini. Terlalu banyak untuk aku bereskan seorang diri.

Tapi kata orang, kalau bertenang pasti menang. Kalau gopoh-gapah dekat pada kalah. Dan begitu lah pepatah itu terbukti hari ini. Kerana aku bertindak tenang sahaja. Agak kelakar juga mood di tempat kerja hari ini. Agak sepi dari menghimpit aku dengan bebanan. Sepertinya semua staff tahu aku sedang berperang sendirian. Jangan diganggu dan jangan diusik. 

Aku selalu memerhati cara kak Molek berhadapan dengan tugas-tugasnya. Sentiasa ada senyum. Sentiasa nampak tenang. Dan itu antara ilmu terbaik yang aku curi dari dia. Dia ya dia adalah sebab aku sentiasa mengikhlaskan hati dengan lambakan kerja. Kalau kak Molek boleh, kenapa aku tidak?

p/s; kredit untuk teman bernama Kasmah. Untuk semua waktu yang aku perlu dia dan dia ada. Untuk semua waktu yang dia perlu aku tapi aku selalu tiada.

Khamis, 20 Oktober 2011

nikmat

Ada orang dikurniakan nikmat lebih awal. Dan ada pula sesetengahnya diuji terlebih dahulu. Percaturan hidup ini mudah. Kalau usaha pasti dapat. Kalau doa pasti berkat. Kalau redha pasti rasa bahagia. Pasti. Yang membezakan kita dengan manusia yang lain ialah pemikiran. Cara kita memberi nak menerima. Dan cara kita bertindak.

Pernah aku rasa takdir seolah-olah mempersenda aku. Tapi syukur kerana diri ini sentiasa percaya Tuhan tidak akan sesekali menganiaya hambaNya. Tidak akan sesekali.

Peluang datang dan aku lepaskan pergi. Hidup dalam lautan persepsi manusia adakalanya merimaskan. Sesak. Mulut mudah untuk berkata, ‘pandangan orang tak penting’. Kalau saja ia semudah itu, tidak adalah yang namanya tertekan kerana kita bebas melakukan apa saja dan bebas menjadi sesiapa. Namun lumrahnya manusia, hidup perlu bergalas tanggungjawab. Hidup perlu bersantapkan iman. Hidup perlu menyelaraskan akal. Supaya semuanya membentuk satu hala tuju. Dan kerana itu, aku melalui semuanya dengan perasaan yang hanya Tuhan tahu.

Terima apa yang diberi olehNya. Terima saja. Sedikit atau banyak tidak perlu dijadikan isu sangat. Bila kita terlalu memandang orang yang lebih atas dari kita, kita tidak akan pernah berasa cukup. Tapi bila kita lihat mereka yang jauh di bawah kita, perasaan syukur itu pasti ada. Kan aku dah cakap tadi, yang membezakan manusia hanyala pemikiran. Nampak?

Dan lama tak update tiba-tiba cerita pasal pemikiran. Penuh kiasan pulak tu. Tak faham? Tak apa. Jangan nangis. Satu saat aku akan merungkai cerita. Aku cuma sibuk setakat ini.

ada ketikanya

Ada ketikanya, perkara yang kita tidak mahu itulah yang akan datang betubi-tubi pada kita. Ada ketikanya, kita sendiri tidak sedar apa yang kita mahu. Terlalu memberi alasan dan terlalu mengimpikan kesempurnaan sedangkan diri sendiri juga tidak seberapa.

Satu saat, bila kita cuba membuka hati dengan redha, InsyaAllah semuanya akan tampak mudah untuk dijalani. Bila kita membanding bezakan antara kelebihan dan kelemahan diri, kita akan jumpa jawapan yang terbaik.

Hidup ini sentiasa ada pilihan. Sentiasa ada. Dan keraguan itu akan ada pada setiap pilihan bilamana kita terlalu sibuk mencari kesempurnaan. Pilihan yang terbaik itu datang dari hati kita yang paling dalam. Dimana pilihan itu datang setelah kita rasakan mimpi itu akan menjadi realiti walaupun bukan dalam cara yang kita mimpikan. Apa yang pasti, mimpi itu akan menjadi realiti.

Penyesalan itu biarkan saja kekal sebagai penyesalan. Jangan tukar ia menjadi kekecewaan.
Syukur ke hadrat Allah. PerancanganNya yang maha sempurna. Aku diuji dengan kesakitan. Aku diuji dengan keperitan. Sungguh, aku belajar banyak perkara dariNya. Pertama, bersabar dan terus berdoa. Kedua, yakin dan jangan putus asa. Ketiga, kenali siapa yang dekat saat-saat aku sedang begini. Mereka kawan yang. Walaupun aku tidak layak digelar sahabat mereka namun mereka sentiasa memainkan watak lebih dari sekadar sahabat yang hebat.

Selasa, 4 Oktober 2011

terlalu banyak cerita

Mood menyepi dalam blog kembali lagi. Ada sesuatu yang terjadi. Ya memang ada dan terlalu banyak. Tidak hanya akan disimpan di dalam dada malah bakal dibentangkan kelak. InsyaAllah.

Setiap orang yang bergelar hamba Tuhan pasti akan diuji. Kesusahan itu ujian malah kesenangan itu juga sebenarnya ujian. Sesungguhnya hidup ini adalah ujian belaka.

Aku? Masih hidup. Dan pengajaran demi pengajaran adalah teladan terbaik yang terkutip selama hampir setahun ini. 

Itu saja untuk ringkasan yang terpaling ringkas.

p/s; Jemput datang ke majlis graduasi aku kepada Diah, Yaya dan Yani. Yang lain??? (senyum)


Ahad, 11 September 2011

dedikasi 24 tahun

Alhamdulillah, semalam genap sudah umur aku 24. Tidak ada apa-apa yang istimewa pada tarikh 10 September tahun ini melainkan peningkatan angka pada usia sekaligus mengingatkan diri sendiri tentang kedewasaan. Justeru, banyak mimpi yang perlu direalitikan.

Terima kasih kepada semua yang wish semalam menerusi apa sahaja medium. Ada yang post dekat FB. Ada yang mesej dan ada yang call. Ada jugak yang ingat tapi sengaja tak mahu wish katanya. Dan ada jugak yang pernah ingat tapi sudah enggan mengingat. Tidak apa. Tidak apa. Terima kasih untuk apa sahaja cara kalian mengenang diri ini.

Tidak lupa kepada Suer yang sudi membuat entri istimewa menerusi blognya. Terangkat sekejap. Kepada Gja yang menghadiakan sebuah buku motivasi bertajuk 'Membina Rasa Cinta' hasil tulisan Dr.HM Tuah Iskandar, buku itu sangat membulukan aku saat terbaca tajuknya. Kononnya tajuk buku itu sesuai dengan status terkini aku. Whateverrr. Apapun, semalam aku sempat membaca sehingga bab 10 dan yah, menarik! Aku akan habiskan. Lagipun buku yang berunsurkan motivasi adalah antara hadiah fevret yang mengujakan untuk dibaca.

Semoga yang baik menyusul.

p/s; Allah selamatkan aku.

Jumaat, 9 September 2011

topeng

Bila aku tiada jangan tanya aku kemana
Aku cuba membuat mata-mata itu melihat
tapi masih jua buta
Aku cuba membuat telinga-telinga itu mendengar
tapi masih jua pekak
Aku cuba membuat hati-hati itu mengerti
tapi masih jua tak berjiwa
Lalu
Hanya ada satu cara
Diam dan berlalu dan pergi dan hilang seketika

Kelelahan yang ku sembunyikan dengan ketawa derai
rupanya terlalu membuat kau percaya aku sedang bahagia
Kesesakan yang aku sorokkan demi membuat kau tidak juga merasa kecewa
rupanya terlalu membuat kau percaya aku sedang gembira
Tidak sedikit pun kau mengambil masa sesaat dua
Merenung mataku yang paling dalam
Menyelam hatiku yang paling lubuk
yang penuh kesakitan dan tangisan

Aku hanya memakai topeng badut
Sembunyi rasa sedih
Sembunyi air mata
Tapi topeng dah lusuh dan mula mengoyak
Semuanya sedang semakin kelihatan
Dan ku sudah tidak tertahan

Andai hilangku tanpa salam terakhir
Andai hilangku tanpa kasih dan restu
Izinkan kaki melangkah
Dan benarkan aku berani bermimpi
Berani memiliki cita-cita

coretan aku Yulie Nurafnie

Khamis, 8 September 2011

cerita biasa

Baru selesai baca blog orang-orang tertentu. Baru terfikir dah lama tak update pasal peribadi sendiri. Mungkin sudah tidak ada cerita yang menarik untuk dikongsi. Lagipun gaya penulisan aku lebih kepada kiasan yang menuntut pembaca membuka akal. 

Bukan aku tidak pernah menulis secara direct. Tapi aku kira, aku memang dilahirkan sebagai seseorang yang suka membuat orang lain penasaran ingin tahu aku ( ayat sengal tak-bleh-blah ).

Khabar aku sekarang, on the way nak demam selesema. Tekak terasa panas. Simptom biasa. Arghh, forget it. Aku tak mintak kesian. Next, umur bakal meningkat lagi ( sigh ). Tak kisah kalau umur yang meningkat selari dengan mimpi yang ingin dicapai. Dan kamu. Ya kamu. Jangan tanya soalan jengkel like, 'bila nak kawin?'. Soalan itu tidak salah cuma aku yang rasa bosan nak jawab. Nanti aku nak kawin, aku bagitau lah. Risau sangat tak dijemput. - -'

Bercakap mengenai persoalan kawin, lately aku nampak dah ramai angkatan aku naik pelamin. Yang junior pun ramai yang dah melangkah bendulkan aku. Adakah aku rasa tergugat? Nop! Jodoh korang. Jodoh aku, akan sampai bila ada serunya. Dan aku tidak menolak sama sekali kalau jodoh aku datang dari pilihan keluarga ataupun dari pilihan aku. Jodoh tetap jodoh walau macam mana cara ia datang menghampiri dan cuba mendekat. Itulah takdir namanya. Yang paling penting keihlasan kita.

p/s ; boleh aku tau sapa yang baca blog aku senyap-senyap? sebab ramai yang sedang membisik. - -'

Selasa, 6 September 2011

secoret kata untuk dirasa 06/09/2011

Kebenaran itu adalah seperti air yang mengalir, macam mana tersekat sekalipun ia tetap akan mengalir juga.

Isnin, 5 September 2011

yang ku ingin katakan

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again

Ahad, 4 September 2011

tersangkut

Tak bisa kah kau nampak apa yang aku rasa? Tak bisa kah kau nampak kesakitanku yang nyata? Tidak banyak yang aku minta. Hanya sokongan tempat aku berpaut. Ku kira ku ada kamu. Ku kira ku tidak sendiri. Rupanya aku silap. Silap yang jelas.

Semua yang aku mahu hanya ingin membuat kau bangga. But I just can't. Stuck. Big stuck. 

Kesialan yang berpanjangan. Kecelakaan yang berterusan. Kesakitan yang tiada perhentian. 

p/s; Let me cry

aku enggan menangis

Untuk yang kali ini, aku seperti ingin nangis semahu-mahunya. Tapi aku tahan kerana aku rasa tangisan ini tidak akan mengubah apa-apa kecuali hanya lega. 

Terlalu sakit rasanya menghitung hari yang perit. Tanpa emosi, aku jalani dengan redha. Satu terowong gelap yang aku lalui masih tidak menampakkan cahaya tanda-tanda untuk ke penghujung. Yang ada masih hanya gelita dan aku teraba-raba menyusur langkah. 

Cukup tabahkah aku sehingga diuji sebegini? Cukup mampukah aku sehingga perlu disakiti sebegini? Terlalu khilafkah aku? 

Kalaulah masalah selesai dengan air mata, pasti aku tidak akan rasa seperit ini. Tapi aku enggan menangis.

Ahad, 21 Ogos 2011

di situ saja

Pada aku, cukup ia di situ-situ saja. Tak perlu dekat lagi. Cukup lah di situ. Aku tak pernah pasti ia akan membaik seperti kala dulu. Air yang sudah keruh, tidak lagi mudah untuk jernih. Kalau jernih pun, jernih nya tidak seperti dulu. Tidak seperti apa yang aku mahu.

Saat aku sudah hambar. Tawar. Waktu aku kepingin mendengar kamu, konflik menjadi tembok. Saat-saat kepingin itu tidak lagi memberontak. Kalau ada pun, hanya pada pinggir tangkai hati yang paling tepi.

Aku benar-benar pasti, aku sudah tidak ingin kamu. Berdiri di situ-situ saja friend-dear. Di situ saja. Jangan hampir walau setapak.

Khamis, 18 Ogos 2011

walaupun sekiranya nanti

Walaupun sekiranya nanti
hidung tidak lagi larat menyumbat udara
jantung sudah penat mengepam darah
Ku harap jiwa ini akan tetap setia dan redha.

Walaupun sekiranya nanti
bibir tidak lagi betah bersuara
akal sudah lelah memikir dunia
Ku harap hati ini akan tetap tabah dan cinta.

Walaupun sekiranya nanti
jari tidak lagi sudi mencoret puisi
perasaan ini sudah tiada bunga-bunganya
Ku harap memori ini akan tetap ada dan berwarna.

Walaupun sekiranya nanti
bayangku tidak lagi mengekori realitimu
jasadku sudah tidak kelihatan depan mata
Ku harap hikayatku akan tetap ikhlas menuntunmu keakhirnya.

Walaupun sekiranya nanti
apa sahaja yang boleh terjadi
dan kau rasa sudah separuh mati
Ku harap kau ingat padaku yang kelemasan di sini.

coretan aku Yulie Nurafnie

Selasa, 16 Ogos 2011

rajuk

Duduk mengadap langit
Tunduk melihat diri.

Aku seperti merajuk dengan Tuhan
tapi merajuk itu harus pada yang sayang
ku tahu
Tuhan mungkin tidak sayang padaku
rajuk ku hanya sia-sia.

Dia uji aku, Dia uji aku, Dia uji aku
pujuk hatiku sendiri.

coretan aku Yulie Nurafnie

Ahad, 14 Ogos 2011

bila roda sedang di bawah

'Kalau kau datang interview, confirm kau dalam list!'

'Aku bukannya ndak pernah tengok cara kau bercakap. Kadang-kadang aku sendiri pun terkedu. High level confident kau kan tinggi.'
-Aida-

Ada masa, orang lain lebih tahu apa yang kita perlu. Ada masa, orang lain lebih nampak apa yang kita ada. Tika dunia ini seakan runtuh, setidaknya kita tahu ada sekeping dua hati yang mengerti. Ada sepasang dua telinga yang mendengar. Ada sepasang dua mata yang turut berair. Setidak-tidaknya ada. 

Aku ini tidak pernah mengharap sedihku ditangisi. Tidak pernah mengharap orang lain terasa berat beban yang aku pikul sendiri. 

Kamu lihat aku sedang ketawa. Ketawa sahaja lah yang menjadi mahuku. Walaupun, setiap hari yang berlalu aku hitung dengan perit. Waktu aku memejamkan mata melabuhkan tirai malamku, aku akan berkata 'Rugi lagi sehari.' Dan waktu pagi menjengah hari baru, hati ini mengharap hari itu adalah milikku, 'Sampaikan berita gembira kepadaku Tuhan.'

Sebab itu,

aku katakan pada Zetty beberapa malam yang sudah, 'Kalau kau rasa hidup kau susah, ingatlah aku yang sedang bertarung hidup ini di sini sebab kau jauh lebih beruntung.

Waktu ini rodaku sedang di posisi bawah.

Sabtu, 13 Ogos 2011

p.s I still love U

Selepas aku bercakap dengan dia, aku duduk seketika diam tanpa kata. Memikirkan semua yang telah terjadi. Dari titik mula hingga ke titik sesudah akhir ini. Bingung. Keliru. Penuh persoalan yang aku ingin tahu tapi aku tak mahu tanya.

Aku suka cara dia mengingati semua tentang aku. Semua yang aku sangka dia sudah lupa.

Kerana itu, mungkin kerana itu aku tak pernah bisa menghapus bayangannya. Tak pernah. Kita padam nama dia macam mana sekalipun, kita buang tanda kenangan dia macam mana sekalipun, tapi kalau dalam hati masih ada, tetap akan ada. 

Akhirnya aku sudah mengerti tentang kejahilan aku sendiri. Tentang pengertian kekejaman dia. Semua berlaku dengan sebab. Hanya mungkin kita yang belum cukup kenal. Kerana kita terlalu mementingkan ego sendiri. Terlalu mendesak untuk kemahuan hati. Sedangkan semua jawapan sudah depan mata.

Penafian akan tetap penafian dari bibir mulus kita. Tapi kebenaran tetap kebenaran yang tercoret dari hati kita. Menafikan kebenaran adalah alasan. Dan aku tidak mahu beralasan lagi. Kerana jelas di sini, aku memang masih sayang. Walaupun tidak seperti dulu tapi ia masih sayang yang itu. Noktah.

p.s I still love You.

Jumaat, 12 Ogos 2011

kemalasan

Tanah yang basah bukti langit telah menangis malam tadi kelihatan saat aku menyelak tirai jendela. Tiada kelibat mentari tatkala mak menyidai kain di jemuran. Mungkin mentari masih merajuk. Mungkin mentari masih tidak punya mood untuk senyum seperti selalu.



Niat hari ini ingin menyelesaikan baki kerja semalam. Namun entah kenapa hati ini seperti ingin berkabung dengan tangisan langit semalam. Tekad hati lembap seperti cuaca yang lembap basah. Ingin saja tidur tapi mata tidak penat. 


Khamis, 11 Ogos 2011

teringat balik

Teringat satu ketika tak lama dulu waktu terjebak dengan JPMDPP SME Bank UUM. Ada 22 orang ahli semuanya. Masing-masing ada sifat kepimpinan. Yang mantap, yang tak berapa mantap dan yang buat-buat mantap. Tapi tak kisahlah sebab soal kepimpinan bukan isu untuk entri kali ni. 

Sekarang nie aku terjebak dengan kawan-kawan yang agak sering disebut kebelakangan ini. Organisasi kecil yang masih belum tumbuh sayap yang masih tercicit-cicit mahu terbang. Organisasi yang mengamanahkan aku sebagai penerajunya. 

Selalu jugak buat aktiviti bersama. Tapi memang agak payah jugak untuk dibawa berkumpul akibat ketidaksesuaian masa dan halangan. Fade up? Ouh tidaklaa. Tapi sikit-sikit ada la juga. - -'. Tapi kalau ingat-ingat balik waktu JPM dulu, seingat aku hanya waktu Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) sahaja kami 22 orang dapat berkumpul. Mesyuarat seterusnya dan aktiviti lain yang seterusnya dan yang seterusnya sampai genap setahun memang tak pernah ngam 22. Ada saja yang tidak ada. Macam-macam sebab. Kalau sebab tak apalah juga. Yang macam-macam alasan tu yang jadi masalah sikit. 

.
.
.
JPM. Serius aku rindu kamu.

p/s; Entri ni ditulis tiba-tiba tanpa arah tuju. Sengaja dibiarkan tergantung. Takut-takut kontroversi dibangkit balik. Tak perlu tanya apa-apa. Itu saja. ^^

Rabu, 10 Ogos 2011

seperti bukan aku

Bukan aku yang memilih keinginan hati ini
Bukan aku yang melakarkan mimpi dalam anganku ini
Aku rasa
bukan aku.

Aku ini seperti hanya sesuatu yang aku sendiri tidak tahu
melihat-lihat saja jasadku bertindak
membiarkan semua datang
mengawal semua yang berombak

Sekalian mereka menjadi teman
mengajar aku erti ketawa dan keakraban
Seseorang pula menjadi pujaan
mengajar aku erti sayang dan kesetiaan
Sesuatu yang aku tidak pasti kenapa diantara berjuta
kalian-kalian menjadi pilihan
dan aku rasa
itu bukan aku.

Ianya memang aku
tapi seperti bukan aku.

coretan aku Yulie Nurafnie

Selasa, 9 Ogos 2011

rindu

Pelik. Tiba-tiba ada rindu yang menyapu sawang benci dan sakit hati. Entah. Tiba-tiba aku rasa ingin berbual seperti waktu dulu-dulu. 

Ada keinginan untuk mencari tahu. Ada keinginan untuk berbual kosong. Ada keinginan untuk mengesemes.

Ada perasaan untuk memberi penjelasan. Ada keberanian untuk berdepan kenyataan. Ada kesediaan untuk menghadapi kegentaran.

I miss you. Yes, you.

Isnin, 8 Ogos 2011

saat tak mahu lelap

Hampir pukul 3 pagi saat aku mula menaip entri sengal ini. Mata tidak lalu untuk menyantap mimpi. Padahal siang tadi, sesaat pun kepalaku tidak rebah di atas bantal. 

Kedengaran emak sedang berdendangan di dapur menyiapkan santapan sahur untuk Ramadhan yang menjengah hari ke 8 pagi nanti. Kedengaran juga siaran langsung solat tarawikh dari Mekah di kaca tv yang menjadi peneman wajib emak ketika sedang memasak waktu sahur. Rutin biasanya sejak bertahun dulu untuk mengikuti siaran itu. 

Ramadhan kali ini aku harap ia tidak berlalu pantas. Waktu aku rasa diri sudah hampir dewasa begini, hari raya bukan menjadi yang ku nanti-nantikan seperti kala aku masih budak. Yang selalu beralasan ke surau untuk Tarawikh padahal agenda sebenar berlarian dengan kawan-kawan hingusan. Saat yang aku rindui tetap juga aku rindui. Kerana ia tak mungkin aku miliki lagi. Sudah ada generasi baru yang mengganti tradisi itu saban tahun. Generasi nakal yang akan meriuhkan bunyi mercun saat jemaah mengimarahkan masjid. 

Mata ini masih mengangkang segar.

p/s; Selamat bersahur kalian.

Sabtu, 6 Ogos 2011

kedewasaan

Ketika aku mahu menulis lagi, kepala terasa berat sekali sedangkan jari tergesa-gesa mahu menaip. Terdiam. Lupa pada apa yang mahu ku tulis kerana aku terfikirkan dunia dan penghujung dunia ini. Perihal aku dengan penghuni dunia ini. Sesuatu jalan cerita yang skripnya kita lantun sendiri tanpa hafal. Yang lakonannya realiti belaka. 

Mengingat penghujung itu nanti, kadang-kadang membuat aku berpeluh dingin sendiri. Mengalir air mata tanpa tertahan-tahan lagi. Entah. Dosa dan khilaf ini seperti tidak mahu tanggal. Dihapus bersih ia kotor lagi. Sesuatu yang aku cukup benci dan benci untuk menyesali berkali-kali.

Berhati-hati dengan dunia. Pesan seorang pakcik tua. Aku tidak pernah mengambil masa seminit dua untuk meneliti pesanannya itu namun kalimatnya masih lekat di ingatan. Mungkin menunggu untuk aku jamah dan telan henyuk maksud tersiratnya. 

Kedewasaan hanya ukuran pada angka usia. Tapi kedewasaan yang sebenar-benarnya kedewasaan adalah mentaliti kita yang jauh meninggalkan ketidakmatangan dalam pemikiran.

Dewasa kah aku? Kalau kedewasaan itu bermaksud tentang usia, mungkin. Kalau kedewasaan itu bermaksud pada huraianku tadi, mungkin tidak mungkin sedikit ya.

Rabu, 3 Ogos 2011

saja menyapa

Tengah duduk saja-saja depan laptop sambil menunggu teman yang katanya nak chat di YM kejap lagi. Baru selesai jugak bersolat Tarawikh. Ramadhan yang agak seronok berbanding tahun lepas yang aku rasa terpaksa menanggung banyak 'kerugian'. Mungkin jugak sedang dalam bermuhasabah diri tentang kehidupan sendiri.
.
.
.
Aku perhatikan, bulan lepas adalah bulan paling proaktif selama aku berblog. Ada 31 entri berjaya dipaparkan dalam bulan Julai. Purata 1 entri untuk 1 hari. Wowww. Kebanjiran idea. Kalau banjir macam tu lah. Kalau kemarau, mau berbulan-bulan tak berupdate.

Bulan ni mungkin agak slow sedikit. Tak mau tekan minyak lagi dah. Koleksi puisi yang ada, aku simpan dulu. Koleksi cerita yang ada pun, aku simpan dalam almari. Nanti bila rasa nak papar, aku papar lah.

Apapun, terima kasih kepada korang yang sudi like entri aku. Terima kasih sebab sudi baca coretan sepahan ini.

p/s; U suppor I, I support U =)

Ahad, 31 Julai 2011

marhaban yaa Ramadhan

Bila orang ramai dah sibuk kenduri. Bila bazar dah nak bukak. Bila masjid dibersihkan untuk persiapan Tarawikh. Bila iklan Yusof Taiyob mula menjaja kurma. Itu tandanya Ramadhan hendak tiba. ^___^


Jom perbanyakkan amal ibadah. Ini lah masanya! Syukur masih diberi kesempatan dalam dakapan bulan penuh barakah ini.

p/s; Sapa nak kad raya? :p

Sabtu, 30 Julai 2011

sesetia dugaan

Waktu yang berlari pantas seperti tidak kesian pada aku
yang tersadung mengejar
tergolek terjatuh meninggalkan aku dibelakang
jarang sekali aku mendahului

apa yang dapat
aku harus bawa bersamaku
tak kira
kendong, junjung, pikul, sambut, julang, angkut, sorong, tarik, seret
buatla macam manapun
tak kira
janji
perlu jugak aku membawanya dengan setia
seperti hembus nafas yang setia memberi aku udara
seperti itu aku harus taat pada semua keadaan

Pernah juga ada rasa mual, penat, dan sakit sampai pengsan
Tapi
seperti tiada ampun

Bila tenang tak bergelora, aku lega
Bila ribut berombak, aku jadi sengsara

Tidak mengira waktu dan kesediaanku
Yang pasti aku perlu mencuba bersedia
Mencuba tidak jatuh dan kalah
dan jangan berhenti sampai mati

takdir yang umpama tidak setia
pada harapan dan cita-cita
sedikit menjadikan aku lemah

Adakalanya aku ketawa
Adakalanya aku pura-pura ketawa
Asalkan orang nampak aku ketawa
Asalkan orang percaya aku sedang ketawa
Aku rasa aku menang sudah

coretan aku Yulie Nurafnie

Jumaat, 29 Julai 2011

kerana aku punya hati biasa-biasa

Ada yang tidak kena. Memang ada. Aku diam kerana aku rasa kematangan lebih diperlukan disini. Profesional dan relevan. Perkataan yang sering mahu memujuk aku menggunakan akal realiti. Dan bukan terlalu berpaksikan kepada kemahuan diri.

Adakalanya, hati ini terguris juga. Adakalanya, pendirian ini goyah juga. Tidak selalu tegar. Kerana aku manusia biasa. Yang terlalu lemah dan curiga pada apa yang perlu aku galas.

Bukan niat hati untuk menyisih. Bukan kehendak hati, berperasaan begini. Kalau boleh, aku ingin miliki hati yang suci murni. Tapi aku adalah aku yang ada tompok hitam dihatiku. Yang masih berwarna kelabu.

Berikan aku waktu. Kerana aku semakin keliru pada arah tuju. Tidak tahu apa yang aku mahu dan tidak tahu apa yang aku perlu.

Yang terbaik dariku mungkin menyakitimu. Yang tak baik darimu sangat pula mengguris hatiku. Jadi, berikan aku jawapan yang tepat untuk aku lebih mengerti.

Orang kata, perasaan curiga sangsi ini kerja setan. Yang ingin melemahkan. Mungkin aku setuju. Orang kata, disakiti tidak semestinya perlu menyakiti. Aku setuju. Tapi sejauh mana dayaku? Apakah aku akan membiarkan setan itu bertepuk gembira pada strateginya yang kian mengena?

Kamu senjata aku. Sayap-sayap aku. Teruslah jadi senjataku yang bila ku hunus, semua musuh runtuh depanku. Teruslah jadi sayap-sayapku yang bila aku terasa ingin jatuh, kamu semakin mengepak laju. Terbang tinggi di awan biru. Teruslah disisiku yang bila aku tidak percaya pada diri, kamu selalu ada percaya padaku lebih dari aku pernah mempercayai diriku.

p/s; Sebak menulis ini. *sigh

Rabu, 27 Julai 2011

Adam

Duduk bersembang bersama teman
Cerita-cerita pasal perempuan
Bualkan pasal cinta pertama yang bukan pengakhiran
Cintaku dan cintanya miliki nama yang sama
Adam

Dia punya cerita
Aku punya cerita
Kisah cinta pertama
Pada nama yang sama
Adam
Beza rupa dan kisah
Yang sama tetap pada indahnya
Yang sama tetap pada tapak mulanya cinta
Yang merantai hati sekeping wanita
Yang tidak pernah tahu apa-apa

Cinta pertama takkan pernah dilupa
Seperti mana kita mengingat waktu kita menang anugerah
Seperti kala kita mengingat waktu kita memegang permata
Seperti mana kita akan teruja
Dah hanya ada rasa teruja
Walau muncul kedua ketiga dan keberapa sahaja
Hingga yang terakhir
Yang pertama tetap ada ditempatnya sendiri di ceruk hati kita
Yang terakhir akan bertakhta
Tapi yang pertama masih jua ada disinggahsananya
Kerana hanya nilai istimewanya
Kerana pernah menjadi yang pertama
Adam
Adam pertamaku
Adam pertama sahabatku

coretan aku Yulie Nurafnie

p/s; puisi ini cetusan idea kawan aku. Aku malu untuk publish puisi ini. Sangat malu sebenarnya. Tapi demi kawan yang so-demand dengan coretan aku, aku ikutkan saja. Sebab dia rajin betul bagi aku rasa segala resepi masakan dia yang sedap-sedap. :p

bila hubungan tak membawa makna

Kadang-kadang ada waktunya kita dipersalahkan untuk kesalahan yang memang kita lakukan tapi kita ada penjelasan yang kita tidak mahu ungkapkan. Membiarkan diri dipersalahkan dengan pujuk hati, 'Dia tak tahu. Kalau dia tahu, mesti dia setuju dengan aku.'

Kita punya yang namanya saudara. Kita juga punya yang namanya kawan. Yang rapat dan yang melihat kita tumbuh hingga hari ini. Namun, ada masanya hubungan itu tidak cukup untuk menjadikan kita berani meluah bicara. Kerana terlalu payah rasanya untuk membuat mereka mengerti. Hubungan saudara dan kawan itu adakalanya tidak akan memberi makna apa-apa. 

Disitu bermulanya titik untuk kita menjadi perahsia. Disitu juga mulanya titik meniup semangat berdikari. Mungkin tak betul-betul berdiri di atas kaki sendiri tapi setidaknya menjadikan kita manusia yang keras pada prinsip diri. Yang degil pada pendapat orang. Yang kental pada tomahan orang. Peduli apa orang kata.

Semangat pastikan sentiasa ada.

p/s; Entri nie serabut kalau korang baca time serabut. Aku tulis waktu aku tak boleh lelap.

Selasa, 26 Julai 2011

Tahajud Cinta, Sekali Lagi dan P.S. I Love You

Entri nie sekadar nak berkongsi pendapat. Khamis yang lepas, aku menghabiskan hari dengan menonton dua movie dan satu drama bersiri. 


Sebenarnya aku terlepas episod 2 untuk drama ini yang berjaya menarik minat aku untuk menontonya. Bukan terlepas sebenarnya tapi terpaksa dilepaskan demi memberi laluan kepada kaum lelaki dekat rumah aku yang histeria nak tengok bola. Setakat dua episod yang aku dah tengok, memang menarik dan buat aku nak tau lagi dan lagi episod seterusnya. 


Movie ni cadangan kawan aku. Dia punya la beriya bagitau aku cerita ni sedih sampai dia ter-night mare. So, aku pun excited la jugak nak tau. Dua jam aku tunggu air mata aku menitis, tapi jangankan menitis, bergenang pun tidak. Part mana yang sedih pun aku tak tau. Nak kata aku yang tak faham jalan cerita, faham rasanya. Kisah arwah suami yang meninggalkan surat untuk isterinya supaya teruskan hidup dengan menghidupkan kembali memori cinta mereka. 
Puas aku tenung sampai nak pecah desktop aku tengok movie nie, takda feel sedih pun. (ker aku yang takda perasaan?). Tapi part romantik ada la, itupun aku tak rasa touching sangat. Well, mungkin sebab aku pernah tengok cerita yang lebih sedih dari ni. 


Ha cerita ni aku suka. Walaupun aku tak tau apa yang best sangat pasal jalan ceritanya, tapi aku tengok sampai dua kali dalam sehari. Mungkin sebab nak tengok keletah Mia Sara Nasuha yang comel tu. Dan yes, aku suka penghayatan lakonan Shaheizy Sam dalam cerita ni. Cerita ni memang buat aku bergenang sikit.  Apapun, memang ok la sampai aku nak tengok sekali lagi kan. 

Terima kasih kepada kawan yang baik hati download semua cerita di atas untuk aku tengok. Terutama untuk movie P.S. I Love You yang terpaksa dia download balik sebab dia dah delete. Walaupun terpaksa tadah telinga dengar dia meroyan sekejap, tapi dia download-kan jugak.

p/s; I will think to love you friend :p

mimpi yang sekejap

Diam-diam
Ada rindu datang kadang-kadanag
Pada wangi bunga yang tumbuh tak jadi

Benih-benih bunga yang datang ditiup seperti kemboja
Singgah bertaut di taman yang sudah lama ada
cuma menunggu bunga apa yang mahu ditanam
Aku biarkan
Kalau hujan turun, tumbuhla kau
Kalau ada baja, membiakla kau
Aku biarkan saja
Tunggu dan lihat dan tunggu

Kau takut-takut
Aku malu-malu

Kau tanya, ‘taman ini untuk aku kah? Boleh kah?’
Aku jawab, ‘entah. Kalau bungamu tumbuh, maka taman ini kau punya’

Kau takut-takut
Aku sudah gemuruh
Kau macam ribut
Aku jadi runtuh

Aku macam tak mahu
Tapi mahu
Kau macam mahu
Tapi tak tahu

Wangi tidak lagi sewangi waktu itu
Benih bunga yang kian nampak rupanya takkan berbunga indah

Rindu kasih sepi menuntunku dalam mimpi
Yang sekejap
Yang kadang-kadang
Yang pejam ada, celik hilang entah kemana
mimpi yang sekejap

coretan aku Yulie Nurafnie

Jumaat, 22 Julai 2011

kawan

Assalamualaikum kawan,
Apa agaknya khabar kawan sekarang eak?
Saya sihat jer.

Kawan,
Sebenarnya saya dah lama nak bagitau ini
Nak bagitau dan nak jelaskan semua ni
Tapi kawan tak pernah nak dengar
Kawan semakin menjauh
Saya kejar kawan lari
Saya cakap kawan pekakkan telinga
Saya kuatkan hati kawan lemahkan semangat saya

Kawan,
Saya rasa saya tau kenapa kawan bagi seribu alasan
Untuk semua hukuman yang kawan jatuhkan
Saya tau apa yang kawan rasa
Sebab saya pun rasa benda yang sama

Kawan,
Dengarlah ni
Dua tahun yang lepas saya nak nak mintak maaf
Saya nak bagitau apa yang jadi bukan macam yang kawan sangka
Saya tau itu kesalahan saya
Kawan berhak marah saya
Tapi saya tetap nak kawan berterus terang
Bukan menafikan kebenaran
Bukan mencipta alasan

Kawan,
Saya nak bagitau kawan dua tahun yang lepas
Saya janji takkan buat lagi
Saya nak mulakan semua yang baru
Saya nak betulkan yang silap
Tapi rupanya kawan yang bertindak dulu

Kawan,
Saya faham
Saya faham
Sangat faham
Terlebih dari sekadar faham
Tapi saya cuma nak dengar dari hati kawan
Tapi kawan tak cakap

Kawan,
Sebenarnya saya rindu
Tapi saya nafikan rindu itu dengan benci
Sebenarnya saya mungkin sayang
Tapi saya nafikan sayang itu dengan dendam
Sebab saya memang rindu dan sayang
Kawan,
Maafkan saya hingga akhirnya
Maafkan saya sebab tak berterus terang
Maafkan saya sebab buat-buat tak tahu
Maafkan saya sebab biarkan kawan sakitkan hati saya

Kawan,
Mungkin cara kawan betul
Mungkin cara saya betul
Tak kiralah
Tapi ini jugak yang dah jadi

Kawan,
Saya takkan lupa kawan
Saya tahu kawan takkan lupa saya jugak
Saya tahu kita takkan pernah lupa
Selama mana pun
Kita hanya berpura-pura lupa
Kita hanya mencuba melupa
Tapi kita takkan pernah lupa

Kawan,
Setiap hari yang saya lalui
Saya mesti akan ingat kawan
Walaupun hanya sesaat
Mesti

Kawan,
Tak siapa boleh mengubah sejarah
Jadi doa saya hanya untuk masa depan kita
Yang terbaik dan paling indah
Jaga diri baik-baik kawan
Rindu kawan selamanya
Noktah

coretan aku Yulie Nurafnie

Khamis, 21 Julai 2011

entah

Akal sudah tinggi
Ilmu sudah sampai degree
Cakap pun bunyi maki-maki
Mana silapnya?
Aku mahu kaji
Ouh, mungkin pernah termakan babi
Ouh, mungkin pernah termakan duit judi
Mungkin
Salah diri sendiri
Akal sendiri-sendiri
Pilih sendiri-sendiri
Entah.

coretan aku Yulie Nurafnie

Rabu, 20 Julai 2011

private entri

Entri nie sekadar nak bagitau kepada semua yang baca. Kadang-kadang aku ada coretan yang aku ingin luahkan tapi tidak begitu berani untuk mengongsikan secara terbuka. Maka aku harus mencari solusi yang terbaik dan meminimakan rasa risau dan gundah untuk coretan yang bakal diisi disini.

Entri yang mempunyai kriteria seperti yang dinyatakan tadi, akan diprivatekan dan HANYA mereka yang tersenarai dalam follower sahaja yang akan diberikan password untuk membacanya itupun kalau mereka mintak dengan meninggalkan pesanan di inbox FB aku. Kepada mereka yang tidak tersenarai dan ada niat untuk meminta password, ugutan bunuh diri sekalipun, aku takkan layan.

Ouh ya. Satu lagi, kepada yang dibenarkan acces ke entri tersebut, aku harap sangat korang tak kecewa bila baca dan rasa macam err takda-point-pun-sampai-nak-kena-privatekan. Sebab kemungkinan entri yang diprivatekan hanyala entri peribadi yang bosan. Mungkin. (Maaf aku tak tau penerimaan korang macam mana)

Maaf. Syarat adalah tetap. Maaf kalau dah buat korang tersentap.

Sebenarnya kalau ikutkan, puisi aku yang aku kongsi disini pun nak diprivatekan. Tapi atas nasihat kawan, aku relakan sajala. Lagipun, bukanlah bagus sangat puisi tu kan.

Jadi itu saja. Aku rasa macam sengal pun ada nak kena buat macam nie kan. So what?

p/s; entri ni tak ada kena mengena dengan entri sebelum ni sebab entri ni telah ditaip malam semalam.

seperti dibogelkan

Hari ini aku dan empat orang kawan (Gja, Kaqak, Suer dan Kasmah) berjumpa untuk mesyuarat bagi satu cadangan yang mudah-mudahan menjadi. Sebelum tu aku nak bagitau, entri ini bosan dan sekadar meluah rasa seperti tajuk di atas. Aku juga tak mahu menjadikan entri ini panjang.

Direct to the point.

Selesai mesyuarat dan menyelesaikan kehendak hati masing-masing, kami berempat singgah bertandang ke rumah Gja untuk satu urusan yang malas aku nak cerita di sini. Dalam pada itu, kami sempat minum petang sambil berbual biasa. Gosip lah. (well, ladies :p). Dan entah macam mana, isu puisi aku mula dibangkitkan. Aku lupa siapa yang mula. Puisi yang bertajuk 'puisi untuk teman' menjadi bualan buat aku rasa ingin menyorok entah dimana saja asal tak nampak rupaku. Sungguh memalukan ok. Yang buat aku rasa seperti dibogelkan bila Kasmah menghafal bait puisi setiap mereka berempat. Omaigod Kasmah. Suer dan Kaqak yang belum sempat membaca puisi itu jadi penasaran ingin tahu. Memang rasa dibogelkan. Memang sangat.

Tapi aku tak marah.

Tapi aku sangat malu. Tolonglah jangan cerita pasal isi blog aku depan aku. Nak cerita sangat, tunggu aku takda. Tolong. Atau aku akan private-kan blog ini. 

Amaran keras.

mereka ni lah

p/s; Nasib baik takda cili time sembang tadi. Kalau tak, komfem aku suap sorang-sorang. Rasa nak delete jer puisi tu. Tapi kenapa perlu malu pada suara hati sendiri kalau memang ikhlas?

Selasa, 19 Julai 2011

rusuk kiri

Tercari-cari
Tertunggu-tunggu
Jangan cari tapi tunggu
Jangan tunggu tapi cari

Aku hanya senyap sepi
Bolak balik ditanya lagi-lagi
Ada bunga dalam taman hati?
Aku geleng sendiri

Sujud istikharah menunggu mimpi
Siapa yang punya rusuk kiri ini?

Jangan tanya balik-balik
Aku malu
Merah sudah muka aku

coretan aku Yulie Nurafnie

Isnin, 18 Julai 2011

jangan dipulaukan

Entri nie cuma sekadar pandangan. Kalau ada yang tak suka dan tak setuju, aku betul-betul mintak maaf. Yang setuju, terima kasih sebab mungkin korang faham maksud aku atau mungkin korang datang dari kelompok aku.

Ok macam ni ya (tiba-tiba bingung nak mulakan ayat - -'). Aku takmau la canang rupa aku, amalan aku dan apa saja yang bersarang dari lubuk hati aku secara terbuka sangat. Aku memang tak secantik Zulaikha, tak sebijak Aisyah dan tak seteguh Sumaiyah. Langsung tak. Aku adalah aku yang segelintir kenal tapi tak tahu. Yang segelintir tahu tapi tak berapa nak kenal. Pokok pangkalnya, hati kita memang perkara yang kompleks untuk dizahirkan dengan bentuk nyata. 

(jangan pening dulu)

Aku nie bukanla muslimah sangat. Bak kata pujangga, sebaik-baik hiasan dunia adalah perempuan yang solehah dan aku bukan hiasan itu. Bukan. Dan aku pasti ramai diluar sana seperti aku yang terkapai-kapai mengejar nur Allah. Aku sangat faham hati mereka yang ada sekelumit kesedaran cuma tidak ada keberanian untuk membulatkan tekad. Kadang-kadang kalau orang cakap aku ni pandai becakap, aku jadi malu pada diri sendiri. Aku jadi takut pada diri sendiri. Sebab aku takut kalau-kalau aku dijadikan ikutan. Sebab aku tidak sempurna. 

Satu perinsip aku, buruk macam mana pun seseorang itu, ambil yang baiknya. Ambil yang baiknya. Sebab kalau kerana sedikit ulat yang kita lihat, kita buang yang banyak yang masih elok, rasanya kita sendiri yang rugi.

Aku pun orang Islam. Aku bangga dengan agama aku. Aku betul-betul praktik Islam dalam amalan aku atau tak, itu soalan yang aku segan nak jawab. Kalau jawab, takut-takut ada bunyi riak. Takut-takut terbukak aib sendiri yang menjadi sebab Allah takkan terima taubatku kelak.

Siapalah yang sempurna dalam hidup ni kan? Siapa kita untuk mencemuh orang yang pakai tudung tapi tak solat dan kutuk orang yang solat tapi tak pakai tudung sedangkan kita sendiri tak tau solat kita diterima atau tak. 

Aku pun ada sekelompok kawan yang pelbagai ragam. Yang suarakan rasa nak tutup kepala tapi takut-takut nak mula. Yang fesyen terdedah tapi dalam hati ada setompok wangi keinsafan yang malu untuk disuarakan. Malu untuk diamalkan. 

Pada aku, janganla jadi manusia yang tipikal sangat. Yang sibuk nak mengubah luaran. Sibuk nak melihat kesempurnaan luaran tapi kesempurnaan dalaman dibiarkan kosong tanpa hiasan. Kalau kita ada rasa nak membimbing, bimbingla dengan cara yang mudah-mudahan berkesan. Pesan aku, jangan dipulaukan. Sebab setiap manusia ada hati yang ingin berubah. Penerimaan kita akan mempengaruhi rangsangan perubahan mereka. Jangan terlalu dipaksa dan jangan terlalu mendesak. Doakan semoga perubahan sempat sebelum Allah mencabut nyawa. Terus-terusan memberi pesanan. Mudah-mudahan dianggap perjuangan jugak.  InsyaAllah.

p/s; Maaf aku tak pandai nak memotivasikan orang sangat. Maaf kalau ayat aku sukar difahami. Maaf kalau pandangan aku terpesong dari mana-mana mahzab yang aku tak tau. Boleh herdik aku diruangan 'teguran dan pendapat'. InsyaAllah aku terbuka menerima. Sila la. =)

seni dari hati

Kalau ada melodi, kita akan nyayikan
Nyanyian itukan seni
Kalau ada skrip, kita akan lakonkan
Lakonan itukan seni
Kalau ada lakaran, kita akan lukiskan
Lukisan itukan seni
Kalau ada rentak, kita akan tarikan
Tarian itukan seni
Kalau ada puisi, kita akan tuliskan
Tulisan itukan seni

Seni itu banyak caranya
Terlalu samar walaupun ia pegun depan mata

Bagiku seni itu indah
Menyampaikannya juga mudah
Muntahkan yang betul-betul dari hati

coretan aku Yulie Nurafnie

secoret kata untuk dirasa 18/07/2011

Orang yang kuat adalah orang yang menyembunyikan rasa marahnya dengan senyuman.

Ahad, 17 Julai 2011

puisi-puisi murah

Buku-buku nota
isinya ada puisi-puisi murah
Sudah entah kemana-mana
Aku tulis lagi
capai pena capai nota
coret-coret saja
suka-suka rasa
sapa-sapa suka boleh baca percuma
sapa-sapa menyampah, aku senyum saja
pedulikan apa orang kata
Ini suara jiwa aku

Perah-perah idea
fikir-fikir pandang siling
golek-golek pen celah jari jemari
tunggu idea turun menari
Kadang-kadang menari tanggo
Kadang-kadang melenggok inang
Kadang-kadang hanya goyang-goyang
Kadang-kadang tunggul

Aku coret-coret saja
Puisi-puisi murah

coretan aku Yulie Nurafnie

jengkel

Antara benda yang menjengkelkan aku adalah bila aku marah seorang saja, dan yang lain akan terus senyap bisu macam tikus mondok. 

Muka aku memang agak garang. Itu hakikat. Muka yang sangat ketat kalau tak senyum. Itu aku mengaku. So? Adilnya penilaian orang terhadap aku kan?

Benda yang annoying macam ni yang pertama aku selalu risaukan bila aku jadi ketua. Sebab memang dah selalu jadi. (mengeluh)

Sabtu, 16 Julai 2011

Nur Kasih The Movie


Aku dah mula meroyan pasal drama siri Nur Kasih sejak iklan drama tu start dipaparkan. Ada sesuatu yang menyentap minat aku untuk mengikuti drama siri 'berhantu' ini. Jalan cerita yang menarik dan penghayatan watak yang cukup berkesan dari barisan pelakonnya merupakan kekuatan utama yang menjadi penyebab drama ini digilai ramai.

Kemunculan filem Nur Kasih memang sudah lama dinanti-nantikan. Termasuk aku sendiri. Menonton lakonan mantap Tiz Zaqyah berjaya membutakan minda aku sekejap pada kontrovesi peribadinya. Secara peribadi, aku memang tak berapa minat Tiz Zaqyah tapi aku terpaksa tunduk dengan bakat yang dia ada. Bintang penuh! Tak lupa kepada Remy Ishak dan Fiz Fairuz. Lakonan Fiz buat mata aku berkaca-kaca sepanjang cerita. 

Filem ni dapat ranking pertama dalam senarai aku. Korang, kena tengok!

puisi untuk teman

Tuhan,
andai esok lusa Kau ingin mengambil nyawaku
tolong berikan aku bayangan
dan tolong berikan aku kesempatan
dan tolong berikan aku kekuatan
untuk melafazkan segala isi perasaan
kepada semua teman-teman
yang sentiasa dalam ingatan

Aku ingin katakan kepada mereka
Kalau-kalau mereka sering bertanya
seberapa penting mereka dihatiku
Aku ingin suarakan

Jika ada teman yang aku ingin tuju untuk meluah rasa
temanku itu adalah Kasmah
Jika ada teman yang aku ingin miliki tenang wajahnya
temanku itu adalah Nuraziza
Jika ada teman yang aku ingin fahami isi hatinya
temanku itu adalah Emelia
Jika ada teman yang aku ingin selalu dampingi
temanku itu adalah Nurul Nadia
Jika ada teman yang aku ingin anggapnya kakak
temanku itu adalah Salwani
Jika ada teman yang aku ingin kembalikan kepercayaannya
temanku itu adalah Zetty
Jika ada teman yang aku ingin buangkan kesakitannya
temanku itu adalah Nur Rasyiqah
Jika ada teman yang aku ingin berikan kekuatan
temanku itu adalah Suriani
Jika ada teman yang aku ingin ada tika susah
temanku itu adalah Aida
Jika ada teman yang aku ingin dia terus mengingatiku
temanku itu adalah Dolly

Tuhan,
Andai mungkin Kau tidak berikan aku kesempatan
untuk melafazkan ini
Berikan teman-temanku umur yang panjang
dan tiupkan dihati mereka satu naluri
untuk membaca puisi ini

Aku hanya ingin mereka tahu
Aku hanya ingin mereka tahu
dan
Aku hanya ingin mereka tahu

coretan aku Yulie Nurafnie

Jumaat, 15 Julai 2011

karya murah

Waktu aku menulis entri ini, aku sedang meniarapkan tubuh sambil dagu menempek atas bantal. Baru selesai mengarang beberapa puisi untuk kompilasi blog ini nanti. Entah publish entah tidak.

Sebenarnya aku tak tahu nilai karya aku. Aku tak tahu berapa sen harga tulisan aku. Yang aku tau, itu luahan hati aku. Coretan aku yang betul-betul takda tipu-tipu.

Ada yang kata boleh tahan. Ada yang cakap bila baca umpama malam terhenti seketika. (ayat tak boleh blah)

Aku ada seorang kawan ni. Dia pembaca setia coretan murah aku. Baru baca beberapa puisi, dah sibuk suruh aku buat cerpen (angkat kening sebelah). Katanya nak cerpen yang sedih-sedih. Apa dia ingat idea menulis nie macam masak maggie?

Aku senyum sajalah. Dia cakap, aku mesti tunaikan permintaan pembaca. Syukurlah dia seorang saja pembaca yang so-demand.

Semalaman aku terfikir. Bukan aku tak pernah menulis cerpen. Bukan aku tak pernah buat orang nangis dengan tulisan aku. Bukan aku takda skill sangat nak menulis. Cuma perigi idea aku dah kering. Hampir kontang. Dah tumbuh lumut-lumut gamaknya.

Tengoklah pengikut blog nie, jari tangan dan kaki lebih meriah banyaknya.

So, aku rasa nak buat perhitungan dengan kawan aku tu. Kalau pengikut dah ramai sampai 50-70 orang, baru aku akan tulis cerpen. Macam mana? Brilliant tak strategi marketing aku?

Nak glemer? Eh bukan. Bukan. Kalau nak glemer sangat, dah lama aku sharekan setiap entri dekat status FB. Aku taknak paksa orang yang tak sudi baca follow aku. Aku nak orang cari tulisan aku. Nilai aku dengan akal sendiri-sendiri. Dan dengan sendiri-sendiri rela hati klik butang pengikut.

Setakat hari ini tak termotivasi nak mengarangkan cerpen walaupun idea samar-samar dah muncul malu-malu dalam kepala.

So? Cik Aziza, inilah deal antara kita.

Khamis, 14 Julai 2011

menunggu

Air mata ini
entah yang berapa juta sudah
Kalau ku tadah mungkin cukup untuk mandi
Aku sebenarnya malu
Aku sebenarnya sakit
Aku sebenarnya sengsara
tapi aku ketawa-ketawa juga
sebab
semua orang lain caranya
untuk sembunyi rasa-rasa yang ada

Panjangkan umur aku Tuhan
Bukankah Kau tahu aku punya impian?
Bagi aku kesempatan
capai semua dalam tangan

Aku lalui lorong-lorong gelap
yang tanpa cahaya
yang macam tiada udara
yang bikin aku lelah
Apakah hujungnya ada sinar
jalan keluar mencapai keinginan!
Aku tak tahu
Aku tak tahu
tapi aku sabar-sabar menunggu

coretan aku Yulie Nurafnie

Rabu, 13 Julai 2011

berikan

Berikan aku pena
aku akan coret-coretkan
Berikan aku warna
aku akan corak-corakkan
Berikan aku dansa
aku akan tari-tarikan
Berikan aku melodi
aku akan nyanyi-nyanyikan
Berikan aku hati
aku akan jiwa-jiwakan
Berikan aku mimpi
aku akan realiti-realitikan
Berikan aku karya
aku akan agung-agungkan
Berikan aku apa saja
aku takkan sia-siakan

coretan aku Yulie Nurafnie

Isnin, 11 Julai 2011

anda cintakan KEAMANAN, saya mahukan KEBENARAN

Masih belum sejuk dengan isu perhimpunan. Masih ada suara-suara sumbang yang mahu menghakim dengan satu mata. Ada jugak yang guna dua mata tapi tinggalkan akal dekat katil. Lupa nak ambil bangun tidur tadi.

Aku turut tidak lari dari menjawab isu ini. Berbincang isu ini. Kata 'mereka' aku ada hak mengundi. Kata 'mereka' aku ada hak bersuara. Tapi kenapa ambil hak aku kalau kata itu hak aku. Hak aku, hak aku lah.

Umur macam aku nie ada hak untuk memilih. So, aku kena pilih yang terbaik untuk bangsa aku. Tapi aku hanya mewakili satu kawan-kawan. Sayang, kalian memilih untuk tutup mata. Kalian pilih untuk mamai-mamai dalam mimpi. Alasan, tak minat berpolitik tapi minat pulak bergosip sana-sini. Minat pulak tentang itu dan ini. Padahal darah sendiri tengah disedut rakus. Kesian. 

Aku tidak menulis ini untuk memaksa. Tidak. Tidak. Kamu benar dengan pendirian kamu. Kamu benar dengan hak kamu. Aku? Aku cuma cuba mengubah mentaliti. Aku pilih untuk mencuba dan tidak kisah andai tak berjaya dari memilih untuk ter-menyesal tua nanti dengan perkataan, 'kalaulah dulu....'. Ouh aku tidak mahu itu. 

Kamu memilih dunia selebriti untuk bibir kamu. Kamu memilih kecantikan untuk diri kamu. Tapi kamu tidak memilih yang lebih PERLU untuk generasi kamu (tepuk tangan).

Dulu, aku juga tidur. Dulu, aku pun tidak kisah. Dulu, aku pun buat-buat tak nampak. Tapi, 'pukulan' dan 'tamparan' yang merentap maruah aku memaksa aku untuk menjerit begini. 

Aku tidak pernah mengambil tugas Tuhan dengan menentukan dosa pahala. Tidak! Seseorang berkata kepada aku semalam, 'Nabi tak pernah ajar kita praktik rusuhan dan rosakkan harta benda. Nabi suruh kita bermusyawarah untuk selesaikan masalah.' Wah! Lebai sesat kalau bersuara memang bukak selembar Quran terus berani bersuara. Soalan. Siapa yang rosakkan harta benda? Musyawarah? Siapa yang menentang musyawarah dalam perjuangan ini? Siapa yang membolak-balikkan isu dalam musyawarah untuk santapan mata kami? Siapa?

Pandangan. Kalau kau ingin membangkitkan Agama dan Nabi dalam isu ini, suka untuk aku tegaskan perjuangan Nabi yang paling besar ialah menyampaikan dakwahnya. Aku tegaskan disini, Baginda 'BERJUANG'!. Dan kau meminta aku berdiam dan menunggu semua runtuh? (terima kasih dengan nasihat bodohmu itu)

'Ayuh merakyatkan Malaysia!' - Nur Hikmah Mubarak Ali

p/s; Blog Coretan si Penulis Sepahan bukan untuk propaganda politik. Ini hanya luahan aku yang aku coretkan disini. Semoga termotivasi. (jom! cari baju kuning! :p)

keamanan yang kesian

Mereka janjikan sejuta mimpi kami jadi realiti
Mereka suap kami dengan roti hapak
Mereka telan semua kek dan spageti

Yang tidur enak dimimpi-mimpikan
Sudah dipukau dibius ubat pelali
Supaya tak bangun-bangun
Tapi dosnya tak cukup untuk lalikan aku
Aku tidur bila aku mati

Yang di bawah payung duduk diam-diam
Kunyah apa yang dapat
Kenyang sikit senang hati
Bertepuk tangan sambung bermain lagi

Jangan sebut kalimah Allah kalau perangai nauzubillah
Jangan ungkit perjuangan Nabi kalau hidup serupa babi
Berak makan taik sendiri
Orang luar tercium bau
Kita semua dapat nama di CNN
Siapa yang punya angkara?
Ha kau jawablah!

Yang berudu dengan prinsipnya jangan ada dosa (konon)
Eh! Yang menipu la yang berdosa
Yang keldai berkawal sembur pemedih mata
Entah apa-apa aku rasa

Kau takut orang kumpul-kumpul
Kenapa?
Takut sejarah berulang?
Kau takut lima bertukar sepuluh?
Aku tau kau takut (nampak sangat muka kau biru pucat)
Sebab yang sakitlah yang akan jerit-jerit
Aku nampak kau yang jerit-jerit (kesian)
Baru semalam perhimpunan
Hari ni dah siap iklan perhimpunan haram (cepatnya)
Kau nampak terdesak lah

Kau kata kami ada hak bersuara
Jadi kami mahu teriak
Kau kata mereka janji tak kota
Sebab kau sekat segala
Aku tahu sebab aku nampak guna mata kepala

Kami bagi menang majoriti
Orang lain kau bagi imuniti
Kami hidup serupa anak tiri
Sengsara dieksploitasi

Aku tak bodoh
Kau lupa kasi bomoh aku
Kau lupa suap aku

Kau bijak dengan propaganda
Kau bijak dengan isu zina
Kau bijak kau bijak (tepuk tangan)

Kau perdaya guna konsep keamanan yang kesian
Aku hidup dahagakan kebenaran
Dan kebenaran akan terus diperjuangkan
Pembohongan akan bungkus dengan kekalahan

Hoi orang seberang sana
Lihat la kami
Kami ada disini
Rasa la kami
Kami kesian disini
Kau makan minyak sawit kami
Kami yang kurus melidi
Kami telan liur sendiri
Kami gigit-gigit jari
Terima kasih buat kami macam ni (sinis)

coretan aku Yulie Nurafnie

Ahad, 10 Julai 2011

fikirlah

'Enjit-enjit semut siapa polis naik atas; enjit-enjit semut siapa Bersih kena cantas!'. Itu mukadimah hari ini yang aku pinjam dari status A.Samad Said menerusi Twitter nya. 

Rasanya kalau korang bukak telinga semalam, bukak mata semalam dan bukak minda yang paling penting mesti korang tau apa yang jadi kat Kota Lumpur tu kan? 

Wooo. Sebelum aku lanjutkan bicara, mohon pengertian entri ini tidak berbau propaganda politik. Cuma sekadar ingin bersuara juga. Kerana aku sudah dewasa untuk cari faham apa yang berlaku di sekitar aku. Apa yang betul-betul aku sedut ke ruang hidung aku. Apa yang aku betul-betul hadam ke usus perut aku. Aku perlu tahu itu. Aku perlu tahu.

Korang pulak? Apa yang korang tahu pasal kejadian semalam? Bunyi orang yang kondem perhimpunan sebab ganggu lalu lintas? Bunyi orang yang meroyan sebab bisnes SEHARI tak jalan? (angkat kening sebelah). Soalan. Kenapa takda bunyi dari orang yang buat perhimpunan pasal pecah kedai ker? Belasah orang awam ker? Ada sapa-sapa dengar? Tak tau la pulak. Tapi aku memang tak dengar. Yang aku dengar pun aku buat-buat tak telan. (sinis)

Anak bangsa disekolahkan tinggi-tinggi. Kita bangga pegang degree. Tapi masih jua tak ada mentaliti. (kesian). Kesian korang yang macam tu. 

Aku lihat manusia yang lapar
Aku lihat manusia yang haus 
Dia dilempar roti, dia telan sampai habis 
Dia dijirus air, dia sedut sampai habis
Dia lupa baca bismillah
Dia lupa
Dia lupa guna otak
Fikirlah 
Kalau yang melempar itu dermawan, dia tak lempar tapi dia hulur
Fikirlah 
Kalau dia simpati, dia tak baling tapi dia hulur
Yang aku nampak dengan kaca mata aku, dia tak pernah hulur tapi dia julur
Dia julur
Fikirlah

coretan aku Yulie Nurafnie

p/s; Sembilan puluh satu watak disekat; tiga puluh dua laluan ditutup. Demokrasi tampaknya mula mangkat; negara polis kini mula termaktub - A.Samad Said

Sabtu, 9 Julai 2011

puisi dan aku? suam-suam suku la

Sebelum nie aku jarang sangat kongsikan puisi-puisi yang aku ada. Tak tahu kenapa. Malu mungkin. Sebab aku punya bakat sangat tumpul rasanya. Jadi semua puisi aku simpan sendiri-sendiri. Yang tak syoknya bila puisi tu aku tulis bersepah-sepah ntah kat mana-mana. Memang merata-rata. Aku tulis guna tangan bukan guna butang-butang. Ada jugaklah yang tulis dekat labtop tapi berapa la sangat. 

Sekarang nie dalam proses mengabadikan puisi dekat blog nie. (malunya -_-')

Aku cuma nak bagitau korang awal-awal;
Pertama, puisi yang aku tulis adalah original dari tangan aku mesti aku mark nama aku dekat bawah puisi. Kalau puisi orang lain, aku takkan curi okey. Aku kongsi dan aku bagitau. Tak berminat nak curi-mencuri puisi ni.
Kedua, jujur aku cakap semua puisi yang aku tulis bukan lah bagus sangat. Aku pun tak tau menahu tentang tokoh puisi yang otai (serius). Aku tulis puisi saja-saja suka-suka. Luahan rasa-rasa.
Ketiga, kalau anda berminat dengan puisi aku yang tak seberapa tu, aku cuma harap korang tinggalkan izin. InsyaAllah aku bagi. Setiap puisi yang korang rasa sampah takda harga sekalipun, bagi aku itu catatan aku yang ada nilainya sendiri. Jadi jangan curi peribadi aku suka-suka. 

Itu saja.

benar-benar cinta

Kalau dapat aku tuliskan tentang makna cinta, seribu keping kertas mungkin tidak cukup untuk aku menerangkannya.
Kalau aku dapat melafazkannya, aku takkan jumpa ayat yang sesuai untuk mengungkapkannya.
Kalau aku dapat memperdengarkannya, tiada melodi yang paling merdu untuk aku bunyikannya.
Kalau aku dapat memperlihatkannya, tiada pemandangan yang paling indah mampu untuk aku tunjukkan.
Kerana cinta tak perlukan pena untuk aku menulis
Kerana cinta tak perlukan bibir untuk aku bicara
Kerana cinta tak perlukan telinga untuk aku mendengarnya
Kerana cinta tak perlukan mata untuk aku melihatnya
Tapi
Cinta hanya perlukan hati untuk merasanya
Dan cinta perlukan keikhlasan untuk meneguhkannya
Dan cinta perlukan ketulusan untuk menghangatkannya
Dan cinta perlukan kesetiaan untuk menyempurnakannya
Dan cinta itu hanya perlu untuk mencari redhaNya
Hanya itu yang benar-benar cinta.

coretan aku Yulie Nurafnie

masih sayang yang lama

Sebenarnya aku nie bukanla bagus sangat dari segi penulisan. Apa yang aku tulis dalam mana-mana buku nota aku, dalam kertas conteng saja-saja atau mana-mana medium, semuanya hanyalah contengan biasa.

Sampailah aku menulis di blogspot dan Alhamdulillah ada yang puji. Ingat lagi dengan blog lama aku yang sarat dengan coretan lara hati sepanjang menghabiskan pengajian di UUM. Coretan-coretan yang kadang-kadang diiringi air mata. Tapi ada rasa puas bila meluah rasa dekat blog.

Selepas melangkah keluar dari UUM, semua yang lepas aku anggap sampah. Termasuk blog lama tu yang buat aku erhhhh buat malu jer tulis semua nie. Jadi aku buat blog baru. Cerita-cerita baru yang tidak mahu menyentuh cerita lama.

Jujur saja aku katakan, blog baru itu tidak berjiwa. Umpama masakan yang kurang perencah. Entah dimana silapnya. Tapi aku pasti blog baru memang tak best. Kalau blog lama aku anggap sampah, blog baru aku rasa macam menyampah plak. Tak sampai setahun, aku padam blog tu.

Sekarang kononnya menulis dekat Tumblr. Yah, tumblr memang best tapi masih ada rasa cinta pada medium blogspot.

Dalam pada aku menulis secara sepahan, ada kawan yang setia saja membaca. Ada jugak setia nak tahu apa lagi cerita. Aku senyum saja.

Khamis yang lepas entah macam mana, jari ini gatal membuka semula blog lama. Aduh rindunya cerita itu. Memang ada sebab kenapa blog itu tidak pernah aku buang. Seolah-olah ada denyut nadi disana yang takut ku cabut nyawanya.

Blog ini aku buka kembali dengan entri-entri baru. Kawan yang setia Kasmah berkata jujur tentang beza blog lama dengan blog baru si merah jambu yang sudah aku buang itu. Kasmah nyata juga sependapat. Kasmah sarankan aku kutip semua entri dari blog lama untuk disimpan ke blog baru ini. Aku setuju tapi aduh banyaknya entri disana. Kasmah cakap, pilih saja mana yang paling best. Ouh ya?? Okeh . Tapi masih aduhhh, banyak jugak lah nak kena baca.

Aku jadi malas.

Akhirnya Kasmah aku amanahkan untuk memilih entri yang dia suka. Pilih saja yang mana dia suka. Berikan aku tajuknya dan tarikhnya. Itu saja.

Kasmah seolah terkejut. Tapi itu amanah. Bukan juga amanah, cuma tapi lebih kepada penghargaan kecil untuk dia yang sudi membuang waktu membaca coretan-coretan sepahan aku.

Terima kasih kawan. Aku sentiasa perlu orang seperti kau.

So kepada anda yang sudi jugak membaca, aku cuma nak bagitau entri yang sekitar tarikh 7 Julai 2011 ke belakang adalah entri lama yang dipilih oleh kawan aku Kasmah dari blog lama ke blog ini. Ada jugak entri yang aku pilih sendiri yang mungkin tidak ada dalam senarai Kasmah. ^__^

Tiada apa yang indah. Cuma coretan-coretan biasa yang agak sepahan. Terima kasih kerana sudi baca.

Khamis, 7 Julai 2011

bukan matahariku

Aku duduk jauh-jauh
Aku tak peduli apa dorang cakap
Sembanglah korang
Aku ingin mengelamun saja

Aku kejar matahari
untuk peluk cahayanya
untuk rasa hangatnya
Tapi
aku tak pernah dapat
jangankan peluk, pegang pun tidak

Aku tengok diorang
masih sembang-sembang
masih ajak aku
aku malu-malu
Tapi aku mahu
sekarang aku tahu
Matahari untuk semua rasa
sekarang aku tahu
mereka tulang belakang aku
marilah kita sembang-sembang
bagaimana untuk ubah dunia.

coretan aku Yulie Nurafnie

p/s Diam. Tak perlu kata apa-apa. Tak perlu tanya apa-apa. Tak perlu tafsir apa-apa.