Jumaat, 30 Julai 2010

orang IT dari golongan kaya

Selasa lepas sebelum Seminar ICT di Prominade Hotel bermula, aku menyembang dengan seorang makcik dari Jabatan Hidupan Liar Cawangan Tawau. Bila aku cakap aku ambik bidang IT, dia cakap mcam nie, 'IT dik? susahnya mau dapat kerja tu.' Dalam hati aku cakap, ' Makcik, memang la orang IT mungkin susah nak dapat kerja tapi orang dari golongan kami la yang banyak melahirkan insan-insan terkaya di atas muka Bumi Tuhan ni.'

Nasib jer kau berpangkat makcik, kalau tak, free-free jer kau dapat hujah dari aku.

Makcik lupa kah, zaman sekarang nie organisasi mana yang tak guna komputer? Organisasi mana yang tak guna sistem aplikasi? Organisasi mana makcik???

Mungkin makcik tak tau kot orang paling kaya kat dunia nie si Bill Gates tu dari orang IT tau. Kerja dia bermain dengan bahasa komputer. Setiap saat dalam hidupnya dia dapat duit sebanyak US$250 bersamaan US$ 20 juta setahun!

Makcik mesti guna Facebook jugak kan? Alah zaman sekarang sape takda facebook memang ketinggalan la kot. Ar makcik nak tau sape yang buat facebook tu? Tu la makcik, tau main jer tapi tak tau sejarah. Meh sini saya cerita. Facebook nie diasaakan oleh Mark Zuckerberg masa usia dia 23 tahun pada 2004 di Harvard University. Facebook tu sebenarnya dia buat sebagai salah satu projek tugasan dia. Tujuan Facebook tu adalah untuk memudahkan mahasiswa-mahasiswa Harvard berinteraksi satu sama lain. Harta si Mark tu pun sekarang sebanyak USD$1.5 billion! Dia kaya dalam usia saya sekarang tau makcik.

Lagi satu contoh nak bagi kat makcik. Google. Tau Google tu ape? Mesti tersengguk-sengguk makcik ni kalau aku tanya apa itu Google. Ntah ape la jawapan makcik agaknya. Aku imagine makcik ni jawab macam nie, 'alaaaa, Google tu yang kita guna kat intenet tuuuu, yang kalau kita nak cari maklumat tuuu.' Heh! Daripada 5 markah, aku bagi 2 markah jer. Google tu makcik merupakan enjin pencarian. Dua perkataan untuk 5 markah!

Ok makcik ye. Untuk pengetahuan makcik, Google ni pun dicetuskan oleh Larry Parge dan Sergey Brin pada ketika mereka sedang menuntut sebagai mahasiswa PhD di Stanford University. Nak cerita pasal kaya tak kaya nyer dorang sekarang nie, molek la kiranya makcik cari sendiri info guna Google tu ye.

So makcik. Sekarang macam mana? Dah sedar tentang kuasa orang-orang macam saya nie. Kami guna jari jer tau kat keyboard untuk kaya.

Walaupun tak minat sangat dengan dunia IT nie, tapi itu tidak bermakna ada sesiapa yang boleh mempertikaikan arah tuju orang-orang macam kami nie. Kalau PC kena virus, menggelabah jugak cari golongan kami kan. Jaga-jaga tau makcik, kami boleh hasilkan virus ringan untuk porak-perandakan sistem kat jabatan makcik nanti. Masa tu kita tengokla siapa akan cari siapa.

Jadi renung-renungkan la. Dan selamat beramal.