Isnin, 26 April 2010

stop pointing fingers!

Last nite aku mengambil sedikit masa untuk bercakap dengan seorang kawan. Kawan rapat lama. Talk everything untuk buat dia faham. Buat dia faham dan buat aku sendiri faham situasi yang sebenar. Di mana silap aku dan di mana semua ini bermula. Siapa kawan yang aku maksudkan tue...sorry aku terpaksa rahsiakan nama dia coz takut ada salah faham dari pihak lain yang mungkin membaca entri ini.

The way i talk. Aku tak tahu macam mana nak cakap yang kadang-kadang aku tersepit ditengah-tengah. Aku dalam side yang sini but mungkin aku setuju kat side yang sana. Aku diberitahu macam nie tapi mungkin aku tak tahu bagaimana dengan yang disana. Dan aku rasa macam hipokrit pun ada untuk puaskan hati semua. Cuma aku lega dengan apa yang aku dah bagitau kat kau malam tadi. Harap-harap kau faham. Harap-harap kau tau betapa susahnya untuk bersikap adil. Harap-harap kau boleh terima dengan setiap persepsi walau dengan cara apa sekalipun. Harap-harap kau tahu...I always here as a FRIEND. Harap-harap kau baca nie.

Dan melalui apa yang kami bualkan malam tadi...aku dapat tahu yang..Ok macam nie. Salah ker kalau aku cloze dengan junior? And salah ker kalau aku memang macam nie? Kenapa nak care sangat dengan siapa aku berkawan dan kenapa perlu benda macam nie merumitkan minda korang. OMG. I guess like.. 'Yul gila pangkat...' 'Yul pengaruh diorang...' 'Yul tu takda kawan yang sebaya dengan dia ker nak diajak berkawan..' Ok. Whatever is...saya selesa dan suka-hati-saya-lah!

Kau sepatutnya tanya kenapa aku tak kawan dengan korang or paling kurang pun kau sepatutnya kira berapa ramai jumlah kawan aku. Yah..maybe kau hanya cakap apa yang kau nampak. Dan aku sangat terbuka dengan segala persepsi korang. Sebab aku-dah-agak-dah.

Khamis, 22 April 2010

akhirnyaa

Last nite tidur dalam pukul 10.30 pm. TER-tidur kat bilik JPM sebenarnya. Dah tak larat nak bangun merangkak ke bilik. Salah siapa? Salah Diah yang mengajak aku ke situ. Die yang beriye nak ambik movie dari Trexx. Last-last aku yang 'Tewas' dalam kepenatan setelah beberapa malam tidur hanya 3-4 jam.

Maaf kepada beberapa individu yang terpaksa melakukan tugas-tugas penting tanpa aku. Siap post kat FB lagi cakap jangan ganggu. Kalau ada yang kata statement tu poyo, sila kan cakap. Aku tak marah coz dulu aku pun pernah fikir macam tue. Tapi once kau rasa di tempat aku, mungkin kau akan faham. Bila kau tengah lepak dengan member-member and dapat mesej, 'yul katne sekarang? Ada benda nak bincang laa. Urgent.' Tak sempat nak fikir, kawan yang duduk kat sebelah plak sindir, 'Biasa laa. Orang penting.' Saya kisah sebenarnya dengan semua benda yang berkaitan dengan saya.

Maaf jugak kepada yang call aku and dengan selamba badak-nya aku ignore call tue. Sebab pada aku, aku dah cakap 'jangan ganggu means JANGAN. Harap sangat faham.

Lepas tidur 12 jam, baru rasa sihat dan bertenaga balik. Ceh. Balik bilik dalam pukul 10.30 am. Kemas bilik, basuh baju and mandi. Pastu terus pergi ofis jumpa Abang Mizi untuk update ape yang perlu. Masuk jer ofice Kak Liza terus cakap, 'Lama tak nampak...Mana pergi?' Jawab simple, 'Ada exam la kak...' Then abang Mizi pun cerita pasal kes TER-ambush aku yang masih dalam selimut masa kat JPM tadi. Dah la datang dengan pengetua plak tue. Malunyaaaa. Nasib baik la masih tertutup apa yang patut ditutup. Thanks kepada pemilik selimut tue.

Sepanjang tempoh aku tak update blog nie, beberapa aktiviti adalah seperti senarai di bawah ;

  • Yaya ajak pergi mandi sungai kat Bukit Wang bersama Diah, Yani and Ninie. Berangkat seawal 7.30 am. Siap beli Nasi lemak and roti canai lagi. Seronok! Balik dari Bukit Wang singgah C-Mart beli barang. Then bergegas balik untuk hantar assignment. Thanks Yaya coz hantar akak. Lepas tue balik bilik gunting rambut Yani. Takkan lupa detik itu.
  • Exam aku start 17 hb. So sepanjang tempoh sebelum tue, aku dihantui dengan kerisauan plus sedikit stress. Tapi ada dua orang budak yang selalu buat aku lupa apa-itu-stress? Yaya dengan Diah. Datang bilik lepak layan cerita korea plus gelak-gelak. Owh ya, pagi tadi Yaya ada exam. Malam nie Diah plak.
  • Kak Dayah ada ajak pergi Danok. Warghhh. Mereka pergi pada waktu aku nak exam. So, aku terpaksa lupakan impian tue.
  • Paper exam Network Security yang susah! Rasa macam sia-sia study. Ini bukan statement aku semata-mata. Tapi jugak diakui ramai. Kita serupa. Mr Ali Yusny, lain kali tak payah susah-susah bagi tips. Lagi susah aku rasa soalan tu lepas compare dengan tips yang sir bagi..
  • Petang semalam got presentation Network Project. We did well walaupun aku rasa aku tengah present dalam mamai plus sakit hati dengan soalan Network Security. Thanks Zaza. Thanks Ririn.
  • Lepas presentation, Mr. Tajudin ajak pergi Jitra. Secret Recipe. Sedap! Lagi sedap sebab kena belanja. Balik kolej lepak kat JPM sebab hantar order Yaya dan Trexx. Continue dengan cerita kat TV3 AdamMaya.
  • Then....malam tadi Diah datang masak maggie. Sambil mengumpat tengok FB. Tengok web gambar kawin. Maklumlah. Diah kan bakal ratu-sehari. Korang patut tengok perangai dia kalau tunjuk gambar kawin. Aku dah naik risau. =P.

Dan begitulaaa. Sekian.

Selasa, 13 April 2010

tolong faham laa

Jam dah tunjuk 12.47 pagi. Aku kat bilik JPM. Why? Nak cari bahan untuk project dan baru selesai menyiapkan report. Bila dah penat-penat, aku akan bukak FB and page yang aku minat then..... aku ter-bukak page yang sememangnya ada menyentuh pasal aku dan menyebabkan aku menulis ini.

Lately aku terasa hati dengan seorang teman. Bermula dengan sikapnya dan caranya dan kata-katanya yang mengguris hati. Aku sabarkan diri dan kuatkan iman. But, kesabaran ada tahapnya. Dan cara yulie untuk mengajar plus 'menegur' sebagai tanda protes ialah dengan bersikap dingin dan cuba untuk berfikiran positif sebab aku avoid dari bergaduh or aku terlepas cakap plus ter-kurang-ajar.

So, apa-apa jer kerja yang sepatutnya melibatkan dia aku buat-buat tak peduli. Aku cuba buat semua. Dan aku rasa dia dah sedar dengan sikap dan cara aku. Terima kasih sebab buat aku sedar yang rupanya kau pun ada perasaan ea. Sekarang rasa apa yang aku rasa. Bukan nak balas dendam cuma nak buat kau ingat, apa sahaja perkara ada limitnyaa.

Siang tadi aku suruh dia setelkan hal-hal yang bersangkut-paut dengan tugasnya. Cara aku bercakap dengan dia agak menekan apa lagi bila aku dah dapat point yang menunjukkan kau salah! Sumpah aku puas. But......ada satu part bila aku tengok dia berlari untuk menyetelkan tugasnya, aku rasa guilty yang teramattt. Perlu kah begini yul....? Then aku berlari masuk bilik JPM ambik kunci bilik and ambil detail tiket penerbangan BAKSIS.

Demi untuk tidak menyusahkan, aku padam segala contengan detail flight untuk difotostat sebelum terlambat dan sebelum kamu dipersalahkan. Dolly, cerita ini memang tentang kamu. Silap saya sebab tidak berterus terang kenapa saya berkecil hati dan kamu ada hak untuk mempertikaikan ini nanti. Cuma bukan sekarang waktunya untuk meluah. Selagi masih rasional, saya akan jadi se-profesional yang mungkin.

..................................

Dan aku juga semakin mengerti siapa yang terasa dilupakan..diabaikan..Owh. Tidak. NEVER. Macam mana nak cakap ea? Isu kecil ker, isu besar ker....its okey. Jika itu silap aku, aku patut mendapat teguran dan diberi peluang untuk membuat pembetulan.

Aku memang begini. Perlu tapi taknak mengaku. Sayang tapi taknak tunjuk.

Rasa macam nak nangis... Cover sedaya boleh coz Intan duduk kat depan sekarang nie.

Isnin, 12 April 2010

aku menulis bukan kerna nama

This week beban rasa teralih sedikit. Terasa ikhlas untuk ketawa tanpa fikir ape-ape. Mungkin sebab aku dah lepaskan rasa marah pada mereka yang tak reti-reti nak faham bahasa. Bila aku cakap dengan lemah-lembut, disangka aku memberi muka. Dah sampai tahap kemuncak dimana aku rasa aku perlu bertegas dengan keputusan aku. Lantak kau la nak fikir apa.

Malam tadi aku, Kak Dayah, Cuya, Amy and Nadia masuk pejabat untuk buat sijil dan tag nama. Thanks sebab tolong. And Kak Fina datang, ayat dia yang first sekali kalau tak silap, 'Beroperasi senyap-senyap...' Aku pun jawab, 'Ada orang bagitau Kak Fina takda so tak bagitau.' Dengan harapan Kak Fina akan faham yang aku tak pernah lupakan ex-oficio aku. Ada satu lagi ayat Kak Fina, 'Kenapa yulie buat semua nie..?' Maksud pertanyaan Kak Fina ialah kenapa aku yang sibuk-sibuk buat tag nama sedangkan ada biro lain yang sepatutnya buat semua tue.

Ok. Aku pun jawab Erra sibuk kerja kat cafe Mak Ngah. Lagipun aku tak kisah untuk semua nie. Lagi kata Kak Fina, 'Kalau ada orang tanya kenapa yulie suka buat kerja sorang-sorang, apa yang akan yulie jawab?' Sumpah, aku memang pernah tefikir soalan nie dan of course dari cara Kak Fina bertanya, must be something went wrong.
Aku pun tanya, 'Mesti ada orang yang mempertikaikan benda nie kan kak?' Then adalah ayat aku yang menjurus kepada orang-orang tertentu. Kak Fina said, 'No komen.' Kalau takda angin, pokok takkan bergoyang. Aku memang selalu dapat merasa apa yang sedang berlaku walaupun bibir-bibir itu bisu tak besuara.

Terima kasih Kak Fina. Selalu saja cara Kak Fina berkomunikasi dengan aku membuatkan aku senang menerima. Cara dia untuk membuat aku faham.

Dan bila isu 'suka-buat-kerja-sorang-sorang' dipertikaikan nanti, jawapan aku;
  • Aku jenis yang straight dan aku tidak akan mengeluh untuk setiap kepenatan yang aku pilih. Jadi kau tak perlu risau atau menggelabah tak tentu pasal.
  • Kalau kau rasa kau ada niat untuk menolong, kau patut selalu tanya, 'Ada apa-apa lagi kerja yang tak setel?'. Tak perlulah aku nak mention setiap inci sebab aku rasa kau patut ambil tahu bukam mengharap untuk diberitahu selalu.
  • Bak kata Trexx, 'Memang style yulie bekerja dengan muka dia yang macam tue...bukan bermakna dia marah.' Thanks Athirah..:)
  • Ada bunyi 'nyamuk' yang aku kurang gemar. Sebab aku tau 'nyamuk-nyamuk' tu bukan jer membingitkan telinga malah menghisap darah. So aku malas nak tergaru-garu kemudian. Aku pilih untuk ambil risiko yang mampu aku tangani. Tq.

Teman, aku menulis bukan kerna nama. Aku jadi pengarah juga bukan kerna nama. Sebab aku menghargai dan terlalu menghargai persahabatan ini. Tidak mahu ada benci, tidak mahu ada dendam. Jadi aku pilih untuk refresh kan kemarahan ini menjadi yang se-neutral boleh sehingga aku yakin dan benar-benar yakin, tidak pernah ada sengketa antara kita.

Maaf untuk ketegasan ini. Maaf untuk kedegilan ini. Maaf kerna aku selalu begini.

Sabtu, 10 April 2010

network security owh network security

Pagi isnin claz start pukul 10 pagi. Erghh. Rasa hilang mood duk dalam claz tu bila lecturer cakap minggu nie kena buat presentation untuk web. Aku dengar Nadie dah start membebel. Mood Nadie memang tak berapa elok coz beg largage dia hilang masa on the way balik dari KL. Memang kene laa. Before claz finish, ada kuiz. Terbaik. Jawab dengan penuh tak confident.

Then after claz, aku ngan Nadie singgah makan kat Botani Cafe. Makan roti Arab. Apesal semenjak dua menjak nie aku banyak sangat implement benda-benda Arab nie? Last week belajar bahasa Arab dari Yaya. Yaya tunjuk paper exam bahasa Arab dia. Then aku dengan Trexx ajuk dialog dari filem Pendekar Bujang Lapok. ‘Macam mane nak baca nie?’ Tanya ku bingung. Then aku dengan Trexx pun sambung lagi, 'Tumpuk-tumpuk taik unta..’. After tue Diah pun menyampuk, ‘Jin mata tiga..’. Remember skrip tue? Kalau tak ingat cuba tengok balik cerita tue. Sure korang akan faham apa yang aku cakap tadi.

Ok back to before. Aku ngan Nadie balik DPP. Tengahari tu aku setelkan beberapa benda penting. Macam biasa la, aku akan ke hulu ke hilir untuk menyetel semua benda and lepak kat bilik JPM sorang-sorang. Bukan lepak sebenarnya. Ada benda yang perlu diselesaikan lagi.

Actually aku perlukan rest coz aku dah bajet akan stay up untuk buat Network Security Project. Part aku bahagian documentation. Aku la orang yang akan bertanggungjawab buat User Manual untuk presentation. But got some problem dimana our teammate still tak dapat nak run code yang ada. God! Sekali lagi Nadie bengang. But apa yang penting, solution! Yah the only thing is SOLUTION. Ini bukan lagi masanya untuk bertanya kenapa dan kenapa boleh jadi macam nie. Tapi ini adalah masa untuk fikir bagaimana dan bagaimana nak solve.

Masa aku dapat tau sad news tue, aku dengan Yaya tengah on-line kat bilik JPM. Sambil mengumpat plus gelak-gelak. And aku chatting dengan Wong Sze Sze sambil sibuk interframe kat dalam webcame Yaya. Poyo la.

Dapat call dari Lukman, dia cakap nak datang DPP kami. Dengar jer Lukman nak datang aku pun kelam kabut balik bilik tukar seluar yang lebih senonoh coz al-maklum Lukman si budak Thailand nie ala-ala alim la jugak. Honestly, aku pun sembur perfurme coz aku tak mandi lagi and dah takda masa nak bermandi-manda.

Malam tue, Nadie macam stress. Tambah-tambah plak si Monir budak Arab tue taknak dengar arahan dari dia. And….aku terpaksa la berkomunikasi dengan budak Arab sorang nie dengan selembut-lembut bahasa yang aku boleh untuk elakkan ketegangan ke tahap yang maksimum.
Explanation by explanation, aku dengan si Monir nie pun solve the prolem untuk guna sistem security. Satu kerjasama yang bagus. And Nadie said, ‘Kau sorang jer yang boleh buat dia faham.’ Aku pun balas, ‘Actually dia boleh bagi kerjasama if kita dapat jelaskan tugas dia. See? He did very well for documentation. Siap edit guna fotoshop lagi.

Discusion tue habis dalam pukul 3 pagi! Presentation plak pukul 8 pagi. Aku rasa macam terhuyung-hayang masa jalan balik ke bilik. Risau jugak dengan Lukman and Monir yang naik motosikal nak balik DPP dorang. How if pak guard tahan diorang kat gate? Tapi syukur, selamat jugak budak bedua tue.

Aku mengaku pada malam kejadian, aku telah membenarkan Lukman dan Monir masuk ke bilik JPM untuk discusion. Dan aku jugak telah bersedia untuk berdepan dengan risiko kalau hal nie dipersoalkan. Aku bersalah dengan budak-budak JPM coz tak mintak permision. Yes. Saya salah tapi saya perlu untuk melakukan kesalahan ini bagi menyiapkan project kami.

Malam keesokannya, aku cerita kat Na. And Na said takpa dan dia faham. Adalah lebih baik mengaku dari bibir kita sendiri daripada mereka dapat tahu dari orang lain.

Now…bebanan dah semakin kurang untuk project claz.

Jumaat, 9 April 2010

spontan tulis

Bila aku marah
Jangan tegur
Bila aku tegur
Jangan cakap
Bila aku cakap
Jangan bising
Bila aku bising
Jangan buat muka
Bila aku buat muka
Jangan terasa
Bila aku terasa
Banyak yang tak kena.

p/s, this from Yaya Zayra.