Rabu, 31 Mac 2010

try to be...good khalifah

Lama dah tak update blog nie. Bukan dah takda cerita but busy dengan banyak benda. Projek BAKSIS dah semakin menghampiri tirainya. Aku plak setiap kali bangun tidur, akan fikir pasal BAKSIS, BAKSIS dan BAKSIS. Hari nie nak call pihak mana la. Hari nak bincang ape ngan abang Mizi la. Kak Dayah dah setelkan surat ke tak. Biro lain buat keje tak. Hari nie nak jumpa Ketua Biro Penajaan la. Esok nak discus pasal cenderahati la. Semua la.

Yes I’m not the best leader. But, apa yang aku buat hanya la apa yang perlu sebagai seorang ketua. Tipu la kalau hati tak terasa diri sedang diperkata. Ada anak buah yang tak puas hati. Rasa macam pengarah projek diktator. Pengarah projek tegas. Pengarah projek poyo plus sengal. Bajet bagus or whatever la.

Kalau kau tak pernah berada diposisi aku sebagai ketua, ada baiknya kau diam sebab sampai bila-bila pun kau takkan faham. Kalau jari itu sibuk menuding pada kesalahan, aku nasihatkan kau ambikla masa merenung kelemahan diri mu sendiri yah.

Someone said to me, ‘Nak orang suka kita sebab kerja tak jalan or nak orang benci kita tapi kerja jalan?’ Aku pilih untuk kerja jalan tapi kalau boleh tak perlu benci. Aku harap paling jahat pun dihati anak buah aku ada rasa tak puas hati sebab penat mendengar arahan aku tapi dihujung semua ni nanti ada kepuasan dan pengertian. Sebab, selalu saja ada soalan ‘kenapa?’ disetiap arahan aku.

Sejak aku bersetuju untuk pegang tanggungjawab nie, dan sejak aku tahu siapa yang akan bekerja dibawah aku, aku sedar…perkara yang paling perlu ada pada aku ialah kekuatan mental dan keseimbangan emosi untuk berdepan dengan setiap kritikan plus cemuhan.

Aku sedar dengan siapa aku perlu berkomunikasi. Dengan kawan yang komited. Dengan kawan yang sangat teliti. Dengan mereka yang asyik mencari kesempurnaan. Dengan mereka yang aku perlu jelaskan setiap inci supaya tak salah faham. Dengan mereka yang berpengalaman dan serba tau. Dengan orang yang faham setiap tekanan aku. Dengan mereka yang support dan bijak menenangkan aku. Dengan mereka yang banyak songe. Dengan mereka yang asyik nak kondem orang. OMG. Tapi yang aku paling perlu ialah mereka yang selalu mengerti aku dan kerja-kerja aku. Terima Kasih kamu berenam!

Tipu la dan tipu yang amat kalau tak pernah sekali pun aku tak hot dengan Dolly. Ada saja benda yang nak argue. Kadang-kadang aku rasa macam nak sekeh jer dia bila dia reject cadangan aku. But, apa yang penting, jaga komunikasi dan cuba timbal balik setiap percanggahan. Siapa betul, dan mana yang lebih baik, kita proceed. Kadang aku kena dengar pendapat dia. Kadang dia kena setuju dengan cadangan aku. Orang kata kalau takda percanggahan kita takkan nampak jalan kemenangan.

Pada aku kemenangan itu sudah lama jadi milik kamu since idea nie menjadi impian bersama. Yang perlu hanya cara untuk menjulang trofi kemenangan supaya satu dunia tahu…kami la juaranya.

Jumaat, 26 Mac 2010

rasa down la

Apa perasaan korang bila dapat tau kawan korang terlibat dengan kemalangan beberapa minit sebelum korang kena handle meeting? Dalam masa yang sama, ahli korang ada yang buat hal.

Separuh hati cakap, nak cancel meeting. Tapi akal rasional cakap, control yourself!

Apa pulak perasaan korang bila kawan yang accident tue harap korang datang tapi dalam masa yang sama korang ada banyak komitmen kat sini?

Perasaan aku…down yang sangat.

Rasa tertekan sedikit dengan apa yang jadi malam tadi. Tengah hari semalam, aku dapat berita pesawat crash masa buat pertunjukan perasmian konvokesyen. Tergamam sekejap bila dengar diorang cerita. Syukur tak jadi apa-apa kat student yang terlibat dengan perarakan tue.

But now. Aku dalam delema dan kebingungan. Lemas nyer.

Selasa, 23 Mac 2010

malas nak peduli

22 hb Mac… Isnin.

Tak tau kenape tiba-tiba aku macam marah dan sangat marah after on-line hari nie. Eh, marahnya aku. Kepada yang berjaya buat aku marah, congratz babe! You did it.

Ada yang cakap aku nie baik sangat. Tapi tak kira la baik atau tak, aku dah malas. Sekarang aku nak slow down jer. Lantak kau la.

Jangan tanya kenapa aku tak senyum. Jangan tanya kenapa muka aku ketattt. At the time bila kau perasan semua tu nanti, kita seri satu sama!

Yes, I’m not the best. Yes, aku tak sempurna. Yes, I’m not the top one. Yes!

Balik dari campus dengan mood yang sangat penat. Balik bilik nak rest kejap and nak mandi plus solat. Pastu dapat call dari kawan sorang tue suruh pegi office. Dan friend…tolong tahu aku tak suka perkataan ‘terhegeh-hegeh!’. Apa lagi kalau aku dah jelaskan keadaan aku time tue. Aku penat tapi aku takmau merungut. Aku penat dan aku just bagitau dengan harapan ada sedikit pengertian sebab kau kawan aku. Dear friend, kalau baca nie. Pliz pliz pliz, jangan sebut lagi.

Balik dari office aku tidur kejap. Baru nak lelap, dapat call lagi. Tapi takpala, since orang tue penting dan bermakna. Menyembang macam selalu then suddenly kami argue with something. Shit!

Then dia sent message.. said sorry and so on. Bila aku marah, aku malas nak tuang minyak. So, aku diam. Pastu message lagi. Erghh. Can you please just shut up?!

Kenapa marah sangat nie yul? Cuba belembut sikit. Aku cari message yang dia pernah sent before;

Aku lebih suka menghargai kejujuran, keranan disitu tercipta kemesraan…Dan sayang pada kesetiaan kerana di situ tercipta kerinduan dan setia pada kepercayaan kerana disitu ada dia…

Message sending……

After satu minit, aku dapat message yang sama. Then dia call and said sorry dengan serendah-rendah egonya. Owh. Tak touching pun cuma malas nak memanjang dan melebarkan cerita. Let it go. Ok, deal. Jangan buat lagi!

Fuh! Nampaknya hari nie bukan milik aku. Banyak yang tak kena. Start from malam nie, rasa macam nak bertapa kat bilik jer. Nak baca buku and buat benda-benda yang tak perlu melibatkan ramai orang.

Nak fokus pada study and BAKSIS jer. Selain tue, pliz jangan menyelit dalam episod cerita ini. Aku bosan! Nak merajuk, sila merajuk. Nak marah, sila marah. Nak menjauh, ar.. dipersilakan dengan segala hormatnya. Aku dah penat nak depend kau.

Sekarang, ikut group masing-masing. Yang tua, berdiri kat belakang sikit. Tepi kak..tepi kawan-kawan. Bagi laluan. Bagi orang muda yang sempurna dan cukup sifat lead kita kat depan. Takyah nak menyibuk dan tak payah ambik tau. Kalau nampak, buat-buat BUTA. Kalau dengar, buat-buat TULI. Kalau simpati, buat-buat TAKDA PERASAAN.

Titik. Bye.

Sabtu, 13 Mac 2010

Salam Kasih Dari Borneo. Athina, we did it!

4 hb Mac hingga 6 hb Mac adalah tarikh penting untuk Athina, Suan, aku dan Dolly. Why? Coz kami la yang berhabis cara berdepan dengan setiap masalah untuk makesure program nie tetap jalan even Tuhan jer la tau macam mana kitorang tertekan.

Salam Kasih Dari Borneo. Program nie sangat bermakna buat aku. Ini idea aku dan Dolly. Tapi kami serah kat Athina dan Suan. Budak bedua tue memang ada chemistry bila buat kerja. Congratz girls.

Petang tue, kami bertolak agak lambat coz ada masalah tranport. Owh God. Pliz not this time. But, itu lah yang terjadi. Pada awalnya aku memang dah rancang nak belakon muka stress sepanjang perjalanan ke Kulim coz keesokannya birthday Dolly. Biar dia pun tension tengok aku. Dan memang menjadi dengan masalah yang datang bertimpa-timpa sebelum kami bertolak. Masa tue, aku sangat respect dengan Afni and Mimi. Aku takkan lupa ayat Afni, ‘Sekarang yang penting solution.’ Yes. Just imagine, kalau aku betul-betul tertekan time BAKSIS nanti, aku harap Dolly akan cakap itu.

Thanks to Kak Fina yang terpaksa jadi driver terjun. Why? Nie la aku nak story. Van tak muat. So terpaksa guna kereta Kak Fina. Dah la kitorang bertolak lambat, sesat plak tueeee. Arghhh! Tidak!

Tindakan nekad Athina tahan kereta kat tepi jalan untuk tanya jalan. Dah dapat direction, tetiba plak kereta Kak Fina takleh start. Nasib baik ada abang hensem tolong. Ceh ceh ceh. Kak Fina, bawak bertenang yer. Hehehe.

Akhirnya, sampai jugak. Lupa pukul berapa but memang lambat. Semua anak-anak yatim dah tunggu. Once kami turun, semua datang berduyun-duyun salam kami. Macam nie ker perasaan jadi artis bila diserbu peminat? Cah!

Sampai kat sana, first tue letak barang kat bilik Kaunseling then Kak Jah as orang kuat kat Pertubuhan Pembangunan Anak-anak Yatim Bekas Perajurit tue suruh kitorang makan. Athina sempat mintak maaf pada semua AJK diatas segala kesulitan. And thanks pada semua yang sangat tabah sepanjang tempoh kita sesat tue k. You guys…perfect!

Malam tue, Lendee, Suan and Mimi terpaksa balik DPP coz dorang ada aktiviti kat kampus keesokannya. Lendee… you are the best! Sepatutnya letak nama Lendee awal-awal tadi.

Pukul 12 malam, masa untuk nyanyi happy birthday untuk Dolly. Dan aku pun bocorkan rahsia. ‘Kamu fikir saya lupa ka birthday kamu. Saya sengaja jak belakon tension depan kamu.’ But sorry la friend, no birthday cake there.

Ok. Sesat bukanlah masalah terakhir kami sepanjang program. Ketiadaan LCD buat aku pening. Mis-communication dengan pihak pengurusan. Dan ntah kenapa, aku sedikit berkecil hati dengan respon Dolly. But yang aku ingat just satu benda nie, bila program tengah running, jangan marah. Jadi kawan-kawan, tolong tau betapa aku menahan diri sepanjang kat sana. Semua kekuatan tue datang dari kamu jugak. Aku bangga punya kamu disana!

Aku respect dengan Afni. Selama nie, aku selalu berkecil hati dengan Afni. Kadang-kadang ada tindakan dia yang aku tak setuju. Cuma aku sentiasa akan membuka peluang untuk dia buktikan yang aku tak layak untuk CUBA membenci dia walau apa pun tindakan yang pernah dia buat. And, Salam Kasih Dari Borneo buat aku senang dengan Afni. Komitmen yang dia bagi…so thanks!

Aku bangga jugak dengan diri aku sebab tak pernah membenci dia. Yang paling buruk pun, rasa tak puas hati dan pernah jugak hilang respect. Aku bangga sebab kekal dengan prinsip ‘Jangan menilai orang dengan hanya satu kesilapan’ ; ‘Kalau sedar diri tu tak sempurna, jangan sombong untuk memberi peluang kedua. ‘ dan ‘Belajar untuk memaafkan dan berfikiran positif’. Prinsip yang aku pegang utuh ini nampaknya berbaloi-baloi. Tak rugi kalau bersabar. Late is better than never!

Even kami hanya ada 10 orang pada hari pertama, but semuanya ok ok jer. Lagi senang nak atur. Anak-anak yatim kat sana suka dengan lagu ‘Sayang Kinabalu’. Ada sekali tue, kami ter-menari sumazau dalam bulatan and benda tue menarik minat diorang untuk follow. Helloooo. Aku taklah ‘kayu’ sangat untuk tarian sumazau nie k.

Petang tue aktiviti sukaneka. Enjoy! Main tiup tepung untuk cari gula-gula. Baling-baling sayang. After selesai main baling-baling sayang, masih ada belon yang bersisa. Aku dan certain ahli terfikir untuk membaling Dolly dengan belon tue and kami plan nak kotorkan dia dengan tepung. Ada sekali aku pun usha la si Dolly nie. Masih teragak-agak nak buat kerja jahat. Dolly angkat kening signal means ‘kenapa?’. But aku just senyum and geleng. Lastly tak jadi coz takut Dolly marah.

Malam tue ada aktiviti Malam Kebudayaan. Setiap group kena buat persembahan. Macam-macam karakter and terserlah bakat-bakat terpendam. Sebelum tue, Lendee, Suan and Mimi sampai. Bertambah meriah.

Malam semakin riuh. Dan aku terfikir untuk mengubah suasana itu menjadi yang lebih serius. Idea spontan untuk buat ‘Malam Penghayatan’. Aku pun tanya semua AJK, sape yang boleh handle sesi tue but mostly tak confident. Tapi dalam hati aku nekad nak buat jugak. Aku suh Yunie bersedia kat suis lampu untuk off. Diah plak get ready dengan lagu.

Tanpa pengalaman aku just cakap dengan seikhlas hati. Orang cakap, kalau ikhlas semua benda InsyaAllah jadi. Sedikit demi sedikit, satu persatu hati mereka luluh. Malu nak mengaku, aku juga sebak. Suasana bertukar hiba. Yang jelas suara tangisan adik-adik. AJK yang pada mulanya berdiri di belakang aku, mula mendekatkan diri dengan adik-adik memujuk mereka supaya bertenang. Para AJK pun nangis jugak. Salah aku ker?

Bila lampu dah on balik, aku tengok Athina dengan mata dia yang sembab. Dolly apatah lagi. Athina datang kat aku after that. She said dia masih nak nangis. Aku tanya why? Then, dia cakap dia mimpi parent dia. Spontan kami berpeluk. Yang lain kehairanan. Aku just senyum menjawab kekeliruan diorang.

Aku masih tak percaya aku boleh buat semua tue. Sampai ada yang tanya, betul ker apa yang aku cakap time ‘Malam Penghayatan’ tue? Betul ker aku nangis or just buat-buat suara sebak? Mungkin yes aku tak nangis gila-gila but honestly and frankly speaking, semua yang aku cakap malam tue tulus dari hati.

Arghhh. Just forget it. Yang penting adalah matlamat kita buat semua tue. Thanks semua. Aku BANGGA dengan korang!!!

Athina cadang nak continue lagi SKDB nie. Aku sangat dan amat sokong! Athina and Suan, korang good!

Lendee. Memang super power! Zila and Afni. Memang komited! Mimi, kau memang sporting! Diah, kau memang the best fasilitator. Tiara. Aku suka komitmen kau. Yunie, Nita and Wati. Kamu adalah tulang belakang. Takl lupa pada Kak Fina and Kak Dayah, thanks a lot lot.

Salam Kasih Dari Borneo ‘Dari Bayu Turun Berbudi, Anak Kenyalang Terbang Berbakti.’ Nak bagitau gak nie, tajuk program nie aku yang pilih. Sedap kan nama tajuk nie??? Hehehehe.

Aku puas dengan apa yang kita buat. Aku tak menyesal dengan tekanan yang kita galas jika itu mampu mengajar kita makna ketabahan dan erti sebuah ukhuwah dalam persahabatan. Orang kata kalau nak tahu siapa kawan, lihat dirinya saat kita dalam tekanan. Dan yes… aku lihat itu.

Rabu, 10 Mac 2010

busy plus tension equal to yulie’s life

Dah lama tak update. Aku busy. Busy. Busy. Busy. This simple word yang dorang selalu guna untuk perli aku. ‘Kalau nak jumpa dengan yul, kena buat apoiment dulu…’. Ok guys. Whatever la. Tapi aku bukan sapa-sapa pun. Cuba ganti tempat aku untuk seminggu. Kalau setahun dua nie masih tak mampu buat you all kenal siapa yulie nurafnie yang sebenar, sila take over tempat aku hanya seminggu itu. Ok.

Banyak aktiviti. 28 hb Feb, pergi Gua Kelam dengan Kak Dayah, Kak Fina, Trex, Dolly, Yaya, Yani, Diah, Teh and Ninie. Pergi dengan dua kereta. Aku join kereta Yaya. Yaya driver yang cekap. Rasa selamat dengan dia. Ceh ceh. Bangga la tue orang puji.

Sampai Gua Kelam dengan niat nak mandi. Kunun. Tapi air ada masalah. Maklumlah Kedah tengah panas sekarang. So, tukar plan ke Kaki Bukit. Owh yah, sebelum tue nak cerita dulu, Diah gayattt! Sepanjang dalam Gua Kelam tue, Diah asyik bekepit dengan Yani. Persoalannya disini, kenapa exco Biro Sukan dan Rekreasi selalu ada masalah dengan aktiviti yang bersangkut paut dengan sukan dan rekreasi erk?? Kalau imbas kembali mantan BSR, Emelia Zamuddin, alah dengan air sungai. Sekarang nie, Diah plak ada masalah dengan ketinggian. Mari gelakkan. Hellooooooo. Takda manusia yang sempurna k. Cah!

Sampai kat Kaki Bukit, tetiba aku takda selera nak mandi. Padahal, gian nak mandi. So, aku, Yaya, Diah, Ninie and Kak Fina just menghabiskan masa tengok yang tak disebutkan namanya mandi.

After tue, bala tentera yang join kereta Yaya ke stesen yang seterusnyaa. Padang Besar. Yang join kereta Kak Fina, ke stesen lain. Balik DPP. Hee.

Habis satu Padang Besar kami tawaf. Nak tau..Yaya beli apa?? Betul nie nak tau? Pegi tanya dia sendiri. Hahaha. Kami pun beli barang gak tapi malasla nak mention kat sini. Masa on the way balik DPP, singgah makan kat warung dekat Taman U. Pastu, singgah kat bilik JPM. Excited nak try baju batik. Siap sarung nak pegi café mak Ngah. Ambik kau. Semua orang usha. Macam boria. Malu seh.

Malam tue, kami meting perarakan. Practice selawat. After meeting, boring. Yaya jual baju kurung. Kaya dah budak tue. Then, aku tengok white board sebesar-besar alam nieh. Terus dapat idea main regu. Aku buat gaya and Yani teka. Sengal tak? After tue, Yani plak soal-soal kitorang. Tak bleh blah cara dia bagi clue. Lagi sengal. Tapi yang excited duk meneka tue pun bertambah-tambah la sengal. Korang patut tengok muka kitorang yang bersemangat nak tau jawapan regu dari Yani. Funny. Lagi funny, bila jawapan tue sebenarnya entah ape-ape!

Malam tue, Yani and Diah tidur bilik aku. First tue, dorang makan malam dulu. Kesian. Dah nak tengah malam baru ada masa nak dinner. Duduk la budak bedua tue makan sambil borak-borak. After tue, Bib datang nak key-in SIRA pasal program sambutan Ulang Tahun SME.

Ntah pukul berapa, Yani tertidur. Korang pun patut tengok gaya dan aksi Yani tidur. Nak marah pun, boleh hilang nak marah tengok dia tidur. Diah ntah sibuk buat ape kat meja sebelah. Aku ambik peluang study and buat proposal memandangkan aku dah kesuntukan masa dengan aktiviti lain.

Malam tue jugak aku tak dapat tidur. Sesekali memerhatikan Yani dan Diah yang tidur kat bawah. Sesekali aku suruh salah sorang tidur kat katil aku since aku pun tak dapat tidur. But dua-dua layan mimpi masing-masing. Dua-dua sebenarnya sedang mencari keselesaan sebab suhu panas la kunun.

Pagi perarakan. Memang seronok walaupun aku risau kalau-kalau aku terpengsan sebab tak tidur semalaman. But, Alhamdullilah. Semuanya selamat dan DPP SME Bank menang anugerah khas juri! Caya lah!

Balik terus singgah cafe. Makan dengan dorang. Then berbual pasal something. Aku cepat-cepat blah dengan alasan nak study untuk midsem. Actually sebab utama ialah……ehmmmm. Biarlah rahsia. Nanti jadi isu lagi.

Kat bilik aku terus kemas apa yang patut. Macam tongkang pecah dah aku rasa bilik aku tue even mungkin pada pandangan orang lain still look ok jer. Yalah-yalah, sebenarnya nak cakap aku pengemas sikit. Sikittt jer.

After kemas, Yani and Diah datang. Yani said nak lepak kat bilik aku and siap cakap lagi takkan ganggu aku study. Hek eleh. Lepak jer la adik ipar oi. Si Diah plak mintak diri nak balik tidur coz petang tue dia nak turun gelanggang untuk projek BSR, Net Ball inter-Blok. Alasan dia lagi, malam tue ada kelas malam.

Masa tengah study, aku rasa kepala aku sakit. So, aku decided baring kejap. Macam terlupa ada Yani kat bilik tue tengah on-line. Berkali-kali handphone berbunyi. Semuanya tentang projek. Lagi dan lagi about projek. Tak mengeluh dan tak menyesal. But dalam tengah aku sakit kepala, tolong tau aku rimas dengan tekanan dan cuba lari sekejap dari tanggungjawab. Aku pass handphone kat Yani. Aku cakap kalau ada panggilan cakap akak tidur. Ok. Yani yang menurut perintah.

Tapi, rasa bersalah plak. So, aku lelap tak lama. Ada sedikit masalah yang mengganggu tumpuan aku pada study. Aku terus tukar seluar and bergerak ke ofice. Kat sana ada Dolly, Athina and Suan. After bincang-bincang, Yani plak datang nak print paperwork dia. Dia pun tanya apa yang patut diprint.

Then singgah café beli pisang goreng. Yani ada aktiviti makan-makan dengan Kak Nurly. Petang tue, aku tension sebenarnya. Memang tak boleh fokus dengan study. Jadi, aku turun gelanggang tengok program Diah. Dengan harapan rasa stress tue hilang.

Pukul 6.45 petang, aku dengan Diah balik bilik masing-masing. Aku mandi and besiap nak solat maghrib. Aku takkan lupa solat maghrib hari tue. Why? Rasanya Diah tau kenapa coz dia dengan tak sengaja ter-ambush aku. But, after tue, aku rasa legaa yang amat. Terima kasih ya Allah.

Aku tension sebenarnyaa. Aku tak tipu. Cuma once kita melangkah kedepan, cuba untuk tidak tidak terfikir berundur ke belakang. Aku akan relakan diri aku untuk jatuh dan tersungkur. Tapi bukan berundur. Sebab aku sangat tau…Tuhan takkan uji aku kalau aku tak mampu. Hanya mungkin, aku tak nampak jalan penyelasaian dan aku perlu kuat untuk berperang dengan emosi.

Sedaya upaya aku akan masih senyum untuk bagitau dunia nie, masalah yang datang bukanlah jalan penghabisan.

Tq sebab baca. Tq banyak-banyak kalau dapat faham.