Rabu, 17 Februari 2010

pesanan buat yang dalam ingatan

Banyak kerja nak kena setel by this week. Tapi tak tau nak start yang mana dulu. Bila bler, aku akan automatik dengar lagu. Bila tension, buat air. Air pape lah. Milo ker, Neslo ker, Nescafe ker.
Cuti nie rasa tenang sikit. Rasa bebas nak buat apa pun. Cuma tinggal beberapa hari jer lagi. Cepatnya masa berlalu dan aku akan kembali ke saat-saat busy itu. I love busy actually. Aku suka buat something yang aku minat. Tak kisah la penat pun janji puas.

Hari nie hari rabu. Rasa macam baru semalam say bye to Dolly, to Yaya, to Diah, to Mai and to Yani. Lagi dua hari, wajah-wajah nie akan balik. Semoga korang puas berfoya-foya kat rumah masing-masing walaupun aku sedia maklum, korang tak pernah puas. Memang tak tau syukur. Hehehe.

To Athina. Wish the best of luck! Athina masuk competition NCC 18 and 19 hb nie. Budak tue protes habis sebab terpaksa cut cuti dia.

To Yaya, kalau baca nie. Pesan akak, drive elok-elok. To Diah, jangan sibuk pikir pesiapan nak kawen. Lambat lagi dik oi. Biar orang kampung yang uruskan. To Adik ipar, cepat balik. Awak tue anytime jer boleh balik SP. Rumah sekangkang kera jer. Takyah nak excited sangat. Hehehe.

To Dolly, cepat la sampai. Miss you like crazy. Eceh. Aku tipu jak tue. Hahaha.

To diri aku sendiri. Jangan berat kan otak sangattt. Study beb study. Ingat empat goals. Ingat pesanan nie. Kau adalah kau. Ada yang suka. Ada yang benci. Tapi yang mengerti kau akan kata sayang. Yang mengharap untuk difahami, akan kata kau poyo. Buat apa nak pikirkan sangat pandangan orang. Mana pendirian kau? Semua yang kau buat ada sebab. Ada sebab. Itu yang selalu kau cakap. Jadi buktikan ianya sebab yang relevan. Go go yul!

Walau dicaci dan rela untuk diuji. Aku takkan membenci apatah lagi terfikir untuk berhenti. Sebab aku memang begini. This is real. This is me. Ke hujung aku bermimpi. Ke puncak menjadi realiti!

Ahad, 14 Februari 2010

aku menulis bukan kerna nama

This week beban rasa teralih sedikit. Terasa ikhlas untuk ketawa tanpa fikir ape-ape. Mungkin sebab aku dah lepaskan rasa marah pada mereka yang tak reti-reti nak faham bahasa. Bila aku cakap dengan lemah-lembut, disangka aku memberi muka. Dah sampai tahap kemuncak dimana aku rasa aku perlu bertegas dengan keputusan aku. Lantak kau la nak fikir apa.

Malam tadi aku, Kak Dayah, Cuya, Amy and Nadia masuk pejabat untuk buat sijil dan tag nama. Thanks sebab tolong. And Kak Fina datang, ayat dia yang first sekali kalau tak silap, 'Beroperasi senyap-senyap...' Aku pun jawab, 'Ada orang bagitau Kak Fina takda so tak bagitau.' Dengan harapan Kak Fina akan faham yang aku tak pernah lupakan ex-oficio aku. Ada satu lagi ayat Kak Fina, 'Kenapa yulie buat semua nie..?' Maksud pertanyaan Kak Fina ialah kenapa aku yang sibuk-sibuk buat tag nama sedangkan ada biro lain yang sepatutnya buat semua tue.

Ok. Aku pun jawab Erra sibuk kerja kat cafe Mak Ngah. Lagipun aku tak kisah untuk semua nie. Lagi kata Kak Fina, 'Kalau ada orang tanya kenapa yulie suka buat kerja sorang-sorang, apa yang akan yulie jawab?' Sumpah, aku memang pernah tefikir soalan nie dan of course dari cara Kak Fina bertanya, must be something went wrong.
Aku pun tanya, 'Mesti ada orang yang mempertikaikan benda nie kan kak?' Then adalah ayat aku yang menjurus kepada orang-orang tertentu. Kak Fina said, 'No komen.' Kalau takda angin, pokok takkan bergoyang. Aku memang selalu dapat merasa apa yang sedang berlaku walaupun bibir-bibir itu bisu tak besuara.

Terima kasih Kak Fina. Selalu saja cara Kak Fina berkomunikasi dengan aku membuatkan aku senang menerima. Cara dia untuk membuat aku faham.

Dan bila isu 'suka-buat-kerja-sorang-sorang' dipertikaikan nanti, jawapan aku;

  • Aku jenis yang straight dan aku tidak akan mengeluh untuk setiap kepenatan yang aku pilih. Jadi kau tak perlu risau atau menggelabah tak tentu pasal.
  • Kalau kau rasa kau ada niat untuk menolong, kau patut selalu tanya, 'Ada apa-apa lagi kerja yang tak setel?'. Tak perlulah aku nak mention setiap inci sebab aku rasa kau patut ambil tahu bukam mengharap untuk diberitahu selalu.
  • Bak kata Trexx, 'Memang style yulie bekerja dengan muka dia yang macam tue...bukan bermakna dia marah.' Thanks Athirah..:)
  • Ada bunyi 'nyamuk' yang aku kurang gemar. Sebab aku tau 'nyamuk-nyamuk' tu bukan jer membingitkan telinga malah menghisap darah. So aku malas nak tergaru-garu kemudian. Aku pilih untuk ambil risiko yang mampu aku tangani. Tq.

Teman, aku menulis bukan kerna nama. Aku jadi pengarah juga bukan kerna nama. Sebab aku menghargai dan terlalu menghargai persahabatan ini. Tidak mahu ada benci, tidak mahu ada dendam. Jadi aku pilih untuk refresh kan kemarahan ini menjadi yang se-neutral boleh sehingga aku yakin dan benar-benar yakin, tidak pernah ada sengketa antara kita.

Maaf untuk ketegasan ini. Maaf untuk kedegilan ini. Maaf kerna aku selalu begini.

novel cinta islamic

Bila yuyul boring tahap gaban, dia akan cari novel. Tapi bila baca novel, kebanyakannya boring. Kecuali novel yang ditulis oleh Habiburrahman El-Shirazy. Sejak baca novel Ayat-ayat Cinta, aku dah mula tertarik untuk baca novel lain dari beliau. Memang best! Itu pada pendapat aku laa. Tak tau la korang macam mana kan.

Sape dah tengok movie Ketika Cinta Bertasbih? Best tak? Aku dah tengokkk. Tapi kalau you all tak baca novel dia, mesti korang konfius skit coz movie dia tak adapt semua dari dalam novel. So aku advice baca novel dia dulu.

Ape? Takda?? Jangan risau. Jangan pening kepalaa. Jangan garu kepala. Meh sini. Aku adaa. Rugi tau tak baca. Rugi sangat-sangat.

Menurutku, cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri jadi mawar, mengubah cuka jadi anggur, mengubah malang jadi untung, mengubah sedih jadi riang, mengubah setan jadi nabi, mengubah iblis jadi malaikat, mengubah sakit jadi sehat, mengubah kikir jadi dermawan, mengubah kandang jadi taman, mengubah penjara jadi istana, mengubah marah jadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah, itulah cinta!

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar. Namun jika kudatangi ak jadi malu pada keteranganku sendiri. Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang. Namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya bagaikan keledai terbaring dalam lumpur cinta sendirilah yang menerangkan cinta dalam percintaan!

-dipetik dari Ketika Cinta Bertasbih 2-

broken friendship

One talk
Turned into shouting
We can’t agree
On one thing

I wanted to repair it
But now I know
There no point of everything
Because our friendship is now very low

I wanted to know if our friendship really mattered
Then I saw you walk into different direction
Then I saw our friendship
Suddenly shatter into zillions

All I wanted to do is repair it
But I know
None of you really want it
So I give up

I guess our friendship
Can’t really last forever
There’s no such thing as
‘It really matters'

p/s; Poem ni special untuk Amiey

Khamis, 11 Februari 2010

tidak pernah dan takkan

Sumpah sekarang aku dah semakin kurang ajar. Aku sedar tue so tak perlu ada sesape datang lepas nie and cakap, ‘yul mulut kau nie jahat laa’. Nasihat aku, boleh blahhh. Shuh! Sebab bila kita baik, orang ingat kita takut. Bila kita diam, orang ingat kita tunduk. Tapi selagi aku disini, aku tak kan biarkan ituu. Takkan!

Setiap sem yang aku lalui di UUM nie mengajar aku menjadi perempuan yang tabah. Tabah dari semua sudut. Setiap kekuatan itu juga terkumpul dari mereka yang merasa akan perit dan tekanan yang sama.

Aku takkan menyesal.

Aku takkan tunduk.

Aku takkan kalah.

Sebab aku tak benci kau. Aku bukan tak sayang. Cuma kamu mengajar aku erti lebih kuat bertahan. Lebih mahu untuk memahami mereka. Lebih menyanyangi mereka. Aku tak tau sejak bila sebab memang tak pernah ada tarikh rasmi. Cukup la kamu tau, setiap tarikh yang kamu calarkan dengan tekanan yang seakan tidak tergalas olehnya adalah hari dimana aku semakin membenci kamu. Semakin sudah tidak mengerti kamu. Semakin mahu menjauhkan diri.

Tuhan. Jika ini satu lagi perjuangan yang Kau mahu aku depani, berikan la aku senjata unggul untuk menjatuhkan mereka. Jatuh sehingga mereka sedar tanah dimana mereka berpijak. Jatuh sehingga mereka terjaga dari tidur yang telah lama.

Jika aku berada ditempat yang salah, letakkan aku jauh dari semua mereka. Tapi aku yakin. Hati ku tak pernah silap untuk mengerti pada yang lebih pasti.

Aku tidak pernah mahu apa-apa.

Aku tidak pernah menduga ini.

Aku tidak pernah rasa bimbang sebegini.

Cuma yang aku tahu. Aku tidak pernah kalah pada jalan yang benar bermula sejak 10 september itu.

Kalau berani, face-to-face laa. Bukan face TWO face jerrr. =p (memang jelas ada unsur kurang ajar kat situuuu). Memang nak kena si yul nie. Owh. Like I care!

Rabu, 10 Februari 2010

penattt

Jam dah tunjuk angka 1.33 am. Masih tak tidur lagi. Baru siapkan assignment. Erghh. Sepatutnya kalau ikut schedule aku, siap lebih awal. Sepatutnya sekarang aku tengah membuta. Sepatutnya sekarang, aku tak gatal tangan nak menulis.

Hari nie rasa penat. Bukan tubuh nie yang letih cuma otak penat pikir banyak benda. Macam tak tergalas. Dua hari nie aku sedihhh. Yang teramatt dalam sejarah aku sebagai seorang kakak. Aku mau you all faham satu benda jer. Cukup yang satu nie korang dah boleh faham, aku akan rasa lega dan bebas. Aku tak suka… Aku tak mau… ada sesiapa. Sesiapa sahaja mengusik atau menjentik tak kira la dalam bentuk soft skill ker, hard skill ker… pada orang-orang yang aku sayang!

Yes aku senang nak nangis. Boleh la korang nak kata cengeng punnn tapi aku susah nak tunjuk. Sebab aku belajar apa itu makna tabah walau pun mungkin hanya untuk seminittt. Jika dengan tabahku yang seminit itu mampu memberi ketabahan yang lama pada yang lain, aku akan terus berusaha untuk terus tabah ke setiap minit yang lain.

Yes aku nakal. Kadang-kadang tak boleh jadi contoh yang baik untuk adik-adik. Cakap maen lepas jer. Tapi jika nakal ku itu mampu menjadi tembok setiap duka mereka, mungkin satu hari nanti aku akan belajar untuk jadi jahat. Sejahat yang boleh sampai setan pun takut nak dekat.

Yes aku sayang. Sayang yang tak tau macam mana nak tunjuk. Sayang pada kamu yang selalu menemani aku. Adik-adik ku.

Ahad, 7 Februari 2010

mencapap

Hari Sabtu yang muram. Aku tak tau dan mungkin aku tak mau tau. Why? Tapi lumrahnya, pasti ia ada kaitan dengan hari semalam. Takpe la. This time aku pilih untuk jadi sesenyap yang boleh. Sesenyap yang mampu jika itu mampu memberi damai pada semua.

Just forget it.

Last nite, aku masuk bilik JPM. Bilik yang ku sayang, bilik yang banyak meninggalkan kenangan. Disatu sudut bilik itu, aku pernah lari berkejaran macam kanak-kanak Ribena. Disatu sudut itu, aku pernah bengang dengan Kak Fie sebab dia reject paperwork aku. Disatu sudut itu, aku pernah duduk sambil Lian membersihkan luka kat lutut akibat jatuh kat tepi dewan kachi. Masih berparut hingga hari nie. Disatu sudut itu, aku dan mereka ketawa bersama. Disatu sudut itu, kami sama-sama meluahkan rasa tak puas hati. Dan setiap sudut bilik itu menjadi saksi pada setiap kejadian. Yang pahit dan manis.

Sekarang, bilik tue masih setia merakam setiap memori walaupun penghuninya bertukar wajah dan karakter. Ada watak baru. Cara baru. Transformasi baru dari adik-adik junior ku.

Malam tadi bilik tue agak sepi sedikit. Memang aku tak suka keadaan macam tue. Aku suka pada suasana gurau senda. Well, malam tadi kan budak-budak Law ada dinner kat Sungai Petani. Bila keadaan dah jadi sunyi baru perasan, hidup aku kat sini memang dikelilingi dengan budak Law eak? Memang efect sangat. Dik ija, Athina, Yani, Mai, Cuya, Na… Then kena plak Diah pun takde coz program HIMPUN. Mari sama-sama gelakkan Diah. Hahahaha. Kak Long plak dengan kerja part time.

Siang sebelum tue, ada mesej dari Yani si adik ipar. Tengah mesej-mesej tue, dia pun bagitau , ‘mak Yani belikan baju kat Yani untuk dinner. Dhoti kak oi. Hindustan la saya malam nie.’ Dalam aku tengah mamai, spontan aku tegelak membayangkan Yani dengan pakaian dinner dia tue. Whatever la dik. Janji awak pakai baju. Aku pesan jangan lupa ambik gambar cun-cun. Nanti boleh tunjuk.

Karakter Yani mengingatkan aku pada Gja. Karakter seorang yang susah nak marah. Selama aku berkawan dengan Gja, memang susah nak tengok dia tension. Muka dia buat aku rasa sangat tenang.

Hemh. Nama tajuk pun dah tau aku sebenarnya tak tau nak tulis benda apa. Just nak tulis. So, k la eak.

Owh ya. Kawan saya si Dolly yang sengal tue akan balik Sabah hari Isnin nie. I’m gonna miss you friend! Take very very care yah. Have a nice holiday Dolly! Cau cincau.

seuntai kata untuk dirasa

Kata nenda,
Kawan umpama lebah…
ada madu dia muncul.

Kata bonda,
Kawan bagai kumbang…
habis madu terbang pergi.

Kata ayahanda,
Kawan cuma merpati…
disiul tidak mungkin datang.

Tapi aku bukan seperti itu,
Aku mahu jadi kemboja yang memberi rendang pada pusara
dan menabur wangi di atas Bumi

Walaupun aku tidak mampu jadi Matahari
mengeringkan ikan dijemuran.
Tapi…
Aku tidak mungkin akan jadi lalat yang merosakkannya!

Jumaat, 5 Februari 2010

bibir berat mengatakan ya hati sakit mengatakan tidak

Bila kita mahukan sesuatu dengan niat lain tapi yang melihat dan mendengar menafsir pada firasat yang berbeza, mungkin kita nampak ketidakseiringan dalam perjuangan walaupun pada dasarnya matlamat kita sama.

Aku tidak berkecil hati, cuma kesal dan sedikit rasa tercabar. Rasanya ada yang mengerti bila yulie sudah rasa tercabar, apa yang dia akan jadi.

Apapun, keputusan bukan ditangan aku. Sebab janji adalah janji dan perlu dikotakan. Dan aku perlu lebih bersedia dari segi mental dan gangguan emosi. Biar apa orang kata, kita perlu pandang ke depan. Sebab bila kita asyik menoleh kebelakang ketika kita sedang menuju kehadapan, mungkin kita akan kemalangan.

Siapa tahu kemampuan mereka dan siapa tahu mereka lihat apa yang kita tak pernah nak pandang. Siapa kita untuk menentukan itu baik dan ini buruk. Persoalannya disini, kita bukan mahu mencipta kesempurnaan tapi lebih kepada apa yang terbaik. Sempurna itu datangnya dari keikhlasan kita untuk menunaikan tanggungjawab.

After this, aku akan menahan diri dari mengeluh sebab sumbangnya sedikit rentakku akan menyebabkan pincangnya sebuah tarian.

Arghhh. Aku tahu, yang membaca ini tak faham. But whatever laa. Ini blog saya. Saya ada hak untuk menulis dengan gaya saya. Kalian dipersilakan menafsir dengan warna mindamu. Tapi awas. Jangan sampai jadi isu lagi. Bertanya jika mahu.