Khamis, 28 Januari 2010

excuse me?

Semalam pergi maen futsal lagi. Even dua-dua lutut rasa lebam, but still bersemangat nak main lagi. Then ikut perjanjian, semua kumpul jam 5 petang kat gelanggang. And macam biasa lah, aku yang jadi orang pertama tercanguk kat gelanggang tue sorang-sorang. After 15 minit, Zaza and Zila datang. Kami menyembang sambil begelak ketawa. Tak lama pastu, Amy plak menyusul. Then Nadie. Disebabkan cahaya matahari yang masih terik, kami pun lepak sebelah pintu belakang blok A sementara menunggu yang lain.

Kami menyembang pasal assignment. Dan entah macam mana telinga aku rasa macam panas when some of them said pasal class project. Sounds like aku terhegeh-hegeh nak jadi group partner dia. Excuse me??? Satu semester aku melarikan diri rupanya masih tak cukup untuk sedarkan kau eak? If I really enjoy with your company…. Owh. Kalau nak menyentuh pasal carry mark, bukan kita selevel kah?

Well, almost forget she memang paranoid. But whatever is… Diam lebih baik dari nak betelagah macam budak kecik kot. Jujur, dia memang komited but itu bukan kriteria utama yang aku perlu untuk bersama kau. Maaf. Rasa macam menyesal plak jadi partner dia once bila dengar dia cakap macam tue. Like she’s the best. Owh ok. LIC.

After dengar dia cakap macam tue, aku mula rasa bengang sikit and aku rasa aku cakap something yang cuba membalas serangan psiko dia. Something yang aku rasa melukakan dan mengguris maybe. But, hati jahat aku kata….PUAS!

Masa tengah maen tue, kami lain-lain team. Soooo. Aku pun buat perangai. Mengganas secara tiba-tiba. Rasa macam berkesan bila ada teammate dia yang cuba mengawal pergerakan aku. I thought dorang dah FAHAM.

Lepas penat bermaen, aku, Dolly, Trex, Yani and Amy pergi mall beli minuman. Dolly and Amy pesan butter rice. Then, kami singgah melepak kat bilik Cuya. Tefikir untuk mengenakan Mai via message. But malas nak story.

Then balik bilik and fikir matang. Aku tak patut cakap benda yang tak matang sebelum maen tadi. So, aku call la diaaa. Said sorry. But she said, never mind. ‘aku tahu kau nie kadang-kadang suka merapu jer…’ Rasa lega lepas tue.

Moralnya disini. Yang pertama, siapa pun kita dalam dunia nie, jangan rasa bangga diri. Just show don’t say. Yang kedua, berfikirlah secara matang apabila mendengar perkataan yang mengguris hati. Yang ketiga, tiada manusia yang sempurna dan kita akan saling memerlukan. Jadi jangan sesekali rasa diri kita diperlukan tapi anggaplah diri kita yang memerlukan. Dan yang keempat, baik buruk seseorang itu, dia tetap kawan kita. Jika kita sibuk menanti yang baik-baik belaka sahaja, sampai bila-bila pun kita akan keseorangan sebab manusia ada sifat pro and contra. Yang paling penting ialah keserasiaan dan dalam hati ada pengertian.

Rabu, 27 Januari 2010

together with me

Ok. Dah lama tak update blog nie. Rindu plak. Actually nak tulis tapi takda kesempatan. Ok lah, terus cerita pasal apa kejadian yang telah berlaku. Kunun. Dalam dua minggu nie memang agak busy mengurus program BAKSIS ke Ranau Sabah. Dan yes, sebagai kepala dalam program nie memang kena kuat kat mental. Kene monitor 32 orang under aku tolak kak Fina selaku ex-oficio coz pangkat dia kat atas pangkat aku. Hee. Dan sekali lagi yes, mental aku teruji mendengar rungutan kat sana, rungutan kat sini. Tak puas hati itu la, tak puas hati ini la. Keje aku banyak la, keje aku sikit la. Semuaaa lah.

Aku pernah berada di bawah dimana aku mengkritik ketua yang pangkatnya atas aku. So, bila roda dah bertukar tempat aku merasa apa itu makna di kritik. Tak salahkan sesiapa sebab mungkin kalau aku ditempat mereka, mungkin aku juga akan mudah melatah. Tapi dari awal lagi aku dah siapkan mental. Yah sejak dari proses mendapatkan kelulusan paperwork lagi dimana tika itu hanya aku dan Dolly yang merasa tertekan. Pernah sekali aku cakap kat Dolly, ‘Dolly, jangan heran la kalau time kita jalankan projek nie, saya dengan kamu akan begaduh.’. Time tue tengah makan kat mall.

Sepanjang aktiviti pelaksanaan program nie, hanya Dolly tempat aku melepaskan rasa tak puas hati, rasa confius or sometime bler-bler nak buat keputusan. Dolly timbalan ku yang setia. Latest meeting hari tue, aku suruh Dolly yang handle part nak mention pasal tiket. Memang itu strategi aku untuk buat sume ahli hilang tension dengan sikap tegas aku time meeting. Coz aku percaya Dolly si sengal tue mampu hilangkan sedikit ketegangan. Dan yes, memang menjadi bila dia melawak spontan. Suasana bertukar ceria. Ada ketawa. Ada senyuman. Itu yang aku mahu. Aku mahu mereka tahu mungkin as a leader aku agak tegas but dorang sume mesti kenal sikap pro and kontra antara aku dengan Dolly. Supaya semua sedar, program nie bukan idea aku semata-mata. Tapi sebenarnya original dari Dolly. Dan kami sama-sama kembangkan idea tue sehinggalah ke tahap sekarang nie.

Aku mahu yang lain sedar kewujudan Dolly. Sebab Dolly selalu senyap time meeting padahal semua keputusan datang dari kami para MT. Jadi, arahan tidak hanya dari aku. Owh yaa. Menyebut tentang MT, dengar-dengar ada MT yang terasa hati. Benarkah? Mungkin perasaan itu patut tapi duhai MT-MT yang ku sayang, bukan begitu maksud dihati. Mungkin aku perlu clearkan hal nie. Sebab aku rasa mereka masih tidak mengerti cara aku. Bak kata Athina, ‘Never mind la… yang penting Tuhan faham.

So, InsyaAllah. Semua nie akan clear masa meeting MT malam esok k. Cuma satu yang aku perlu kamu tahu, setiap MT ku amat penting nak-nak lagi Kak Fina. Sape kata kerja ex-oficio just duduk memantau? Kat program BAKSIS kali nie, Kak Fina la ‘kabel’ kami. Tapi, mungkin tugas dia slow lagi setakat nie. Belum ke tahap yang kritikal. Cehhh, macam betul.

Support dari Kak Dayah and Cuya memang cukup kuat. Gabungan Ira dan Nadia menjadi pelengkap. Kombinasi kami bertujuh ku lihat cukup hebat. Setiap satu umpama anggota yang takkan sempurna tanpa salah satunya. Aku bangga punya mereka. Aku bangga punya supporter yang kukuh.

Aku akui kelemahan aku sebagai ketua yang cetek pengalaman. Dan kelebihan aku adalah mereka yang disekeliling ku. Aku la ‘Otak’ dan mereka ibarat ‘Otot’.

Kepada mereka yang masih memendam rasa, apa kata beranikan diri untuk face-to-face dengan aku directly? Rasanya, aku tak pernah berniat nak makan orang dan sekali lagi rasanya, kalau meluah kat belakang takda apa-apa yang berubah kecuali jumlah dosa yang akan meningkat kot.
‘Bekerjalah bersama-sama saya bukan bekerja untuk saya.’ Peaaaaceee. Y.

Rabu, 13 Januari 2010

yeh!

Minggu nie rasa happy coz paperwork aku untuk BAKSIS Ranau dah lulus! Orang yang pertama aku bagitau of course la Dolly. Sebab kami berdua la yang pulun benda tue akhir sem lepas. Tension giler-giler kami berdua disebabkan system SIRA yang problem kat sana and kat sini and besepah-sepah kat mana-mana. Aku rasa kalau aku sorang yang buat, mungkin aku dah give-up. Tapi Dolly yang besemangat dan dia bersama-sama aku mengharungi detik-detik yang memberi ketegangan tue. Dahla time tue minggu final exam. Syukur, semuanya lancar setakat nie.

Lepas bagitau Dolly, aku terus mesej Nadia. Sebab dah janji dengan dia hari tue. Aku rasa aku berjaya tunaikan janji aku. Then, mesej plak Kak Fina sebab dia ex-oficio proram nie. Aku rasa pilihan aku dan Dolly melantik Kak Fina sebagai ex-oficio nie memang tepat coz memang banyak urusan yang melibatkan Kak Fina sebagai kabel untuk menjayakan program nie kat kampung dia tue.

Lepas mesej Kak Fina, aku mesej Kak Dayah and Amy. Sebab mereka adalah insan-insan yang follow perkembangan paperwork. Kak Dayah tolong mintak sign kat En. Mus dan Amy tolong hantar kami pergi COLGIS untuk submit paperwork kat Kak Ila.

Nama lain yang tidak disebut diatas seperti Cuya, Ira dan Intan bukan bererti aku lupa tapi sebab dah pasti kamu dah tau dari mereka yang terdekat.

Macam tak percaya paperwork tu boleh diluluskan tanpa ada sesi ‘perdebatan’ dengan PNC. Thanks prof!

damai di hati

Cuti final sem lepas memang banyak benda yang telah aku refleksi. Dan macam yang aku pernah cakap, aku nak balik dengan diri yang baru. Yulie yang lebih matang dan terbuka. Dan since, Dolly menyedari tentang itu, aku gembira.

Sem nie aku dah kembali se-group dengan rakan-rakan lama untuk assignment dan projek claz. Setelah satu semester aku menjarakkan diri mencari keyakinan yang hilang, kini damai telah pun pulang.

Sem nie jugak aku nak manage projek BAKSIS yang dikepalai oleh aku sendiri. Motivasi semakin bertambah dengan kerjasama para MT macam Nadia dan Ira. Malam tadi kami bertiga sibuk mengurus jumlah peserta yang terlalu ramai gara-gara aku buat announce pada malam sebelumnya.

Tapi keutamaan aku berikan kepada AJK tetap dan para adik-adik JPM yang baru. Sebab aku nak bagi diorang belajar manage something. Pada aku, sebelum dan jadi ketua, kita kena rasa jadi anak buah terlebih dahulu. Baru la kita tau macam mana nak membentuk diri menjadi ketua yang dedikasi dan dihormati.

Owh ya, semalam aku pergi changlun coz beli sim card baru. Sem nie memang dah niat nak pakai number DiGi memandangkan orang-orang terdekat semua pakai line DiGi like Mak, bapak, Dolly, Wadi, Gja, Aida and Athina. So, lepas nie kita boleh borak lama-lama yah. =)

Sabtu, 2 Januari 2010

aku dah tahun baru

Hari nie 1 hb Januari 2010. Tahun yang ku tunggu. Tahun penghabisan untuk aku di UUM nie. InsyaAllah. Azam baru tahun nie pastinya ada harapan baru yang ingin di gapai. Nak jadi lebih matang dan lebih proaktif dalam semua benda. Harap-harapla.

Petang tadi mengemas bilik. Baru nak kemas ker??? Hek eleh. Relek la, datang kolej 27 hb tapi takkan tak kemas lagi kan. Jangan tak tau roommate aku dah pindah bilik. Masih kat blok H nie jugak and masih paras yang sama gak cuma wing yang satu lagi. Bawak betenang sume. Kami tak gaduh sebab dia sendiri pun sebenarnya terpaksa tolong kawan dia. Kawan dia tu nak pindah bilik paras bawah tapi orang pejabat tak benarkan kalau dia pindah sorang-sorang so terpaksa la roommate aku jadi partner dia.

So, tadi aku pun mengemas barang-barang aku yang agak padat di ‘area’ aku ke ‘area’ roommate aku. Eh silap, ex-roommate aku. Hee.

Duduk sorang-sorang memang rasa bebas sikit contohnya bila nak salin baju. Itu kah contoh yang paling sesuai?

Lepas kemas-kemas, aku pun tidur. Termimpi something. Taknak mention nama tapi clue nya is ‘her’. Dalam mimpi tu dia datang kat bilik memberi sesuatu yang tak jelas. Pelik. Adakah….? Arghhh. Boleh blah la kau!

Pastu, sebelum maghrib tadi aku lepak kat bilik depan. Menyembang sikit. Then masuk bilik coz nak mandi sebelum solat and singgah menjenguk handphone. Dapat mesej dari mak. Bunyinyer,
‘Mekum slmt tahun baru bina azam baru dpt kwn baru jgn lpa kwn lama ingat asal dr mana!!.’

Aku terkedu. Apa yang cuba mak aku sampaikan nie? ‘dpt kwn baru jgn lpa kwn lama ingat asal dr mana!!.’ Rasanya cuti lepas aku tak crita apa-apa pasal kawan aku kat sini tapi kenapa bunyinya macam dia tau something. Benarkah naluri seorang ibu sekuat itu??

Bukankah aku dah ‘belakon’ dengan baik cuti baru-baru nie? Tak bekesan eak lakonan aku? Memang tak ‘box-office’ la nieee.

Macam nak reply jer mesej mak tu tanya pehal tapi malas la. Nanti panjang lebar dan berbelit-belit plak jadinya. So, aku ignore jer laa.

Apapun, aku dah tak mau pikir pasal benda-benda yang mengarut macam sem lepas-lepas. Sem nie nak pikir pasal benda yang lebih penting. Yang penting-penting jer. Since aku dan si dia dah semakin cloze dan saling mengerti sekarang so aku rasa lebih tenang. Setakat nie la. Tapi Tuhan lebih mengetahui.

Semoga yang baik berterusan! Cau cincau.