Isnin, 31 Ogos 2009

think as you want

Ramadhan menjejak angka yang ke-10 hari nie. Terasa damai melaluinya. Well, mungkin inilah yang dikatakan barakah Ramadhan. Tapi yang tak bestnya…bila desas telinga ini mendengar sesuatu yang tidak elok dari sang teman. Ok. Pendekkan cerita, tak semua orang suka kita dalam dunia nie. Dan yang pasti kita takkan mampu puaskan hati semua orang. Yah. Bibir mudah menyebut sabar tapi hati yang terasa pedihnya, mungkin tidak mampu mengerti istilah sabar itu.

Dari eye contact orang tu pun kita boleh rasa ada yang tak kena. Instinct kita juga mampu menafsir bahasa senyap itu. Keraguan still keraguan jika kita terkeliru dan kita akan tersilap tafsir. Perkataan ‘mungkin’ diawal bicara luah hati juga menunjukkan jelas tentang kekeliruan itu. Dan kamu boleh berkata ‘kau suka buat assumption sendiri’. Fine. Mungkin awak-awak semua betul tentang itu. Tapi anda silap dan aku betul bila mendengar ‘alah…yul tu bajet bagus…’. Sekali lagi aku nak pinjam ayat kak Fina, ‘kamu berhak menilai aku diminda mu yang kelabu’.

Hanya kerana aku terlalu berdiam dan kamu menyangka aku berhenti menilai, you totally wrong. Kadang-kadang berdiam lebih baik sebagai tanda mengalah daripada riuh sebandar untuk buktikan diri itu tidak kalah. Come on la. Kenapa nak melatah??? Kenapa rasa diri tu betul kalau tak tahu menerima persepsi orang? Rasa semakin muak melihat mulut lancang itu bermain kata dengan bahasa yang kurang sopan terhadap ketua sendiri. Hey you, aku dah hilang respect pada kau. Be flexible k. For the first time, maybe aku akan cakap kau tak kenal aku. So, warning with bad respon to realize you. But, if still same, trust me…you wont long. My advice, learn to give, learn to get. That’s the key! Take note yah! (oppss. panas pulak bunyi entri nie).

Meminjam kata-kata seorang pengarah filem dalam teks ucapannya semasa memenangi anugerah Pengarah Terbaik, ‘mereka yang suka mengata buruk tentang seseorang adalah mereka yang cemburu dan berkeinginan untuk menjadi seperti orang yang dikatakan. Sedangkan dia tidak ada kelebihan untuk menjadi seperti itu. Kerana dia adalah dia yang suka mengata dan orang yang diperkatakan itu adalah orang yang punyai karakter meyerlah di dalam ramai.’ Owh.. ok. Bukan aku nak kata aku menyerlah or wat so ever. But, the point here is…. Siapa kau untuk menilai aku? Soalan aku lagi satu, dah lama buat kerja macam nie??? ‘Income’ pun mesti dah menggunung kan? (ikhlas menyindir =p).

Bila ada yang tanya, ‘kenapa aku tengok kau slow jer sekarang?’. Statement di atas adalah jawapannya.
Ok. Dah alang-alang buat entri panas nie, baik rentungkan terusss.

Ada tiga jenis spesis manusia yang aku tak suka kat atas bumi Tuhan nie. First, orang yang tak tepati masa. Bukan nak kata time management aku bagus sangat tapi jangan tanya kenapa orang Melayu masih merangkak dalam dunia nie. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Dah janji pukul 10 tu, datang pukul 10 la. Jangan pukul 10 baru nak tekedek-kedek ambil tuala nak pegi mandi!

Second, orang yang suka menipu. Kalau setakat menipu benda kecil dengan alasan untuk bergurau, itu aku terima coz aku pun suka buat untuk kena kan member. =). Tapi kalau dah menipu benda yang serius tahap gaban, itu tidak diterima. Franckly speaking, aku manusia yang particular skit orangnya. Once aku dah kena, jangan harap aku nak pecaya dah. Mula la aku letakkan kecurigaan terhadap orang tue. And don’t say I’m rude when I start ignoring you.

Dan yang last sekali, spesis yang talam dua tiga muka! Tak boleh blah. Bila depan kita bukan main elok lagi bila cakap. Siap ada unsur-unsur kemanjaan yang ala-ala real gitu. Tapi bila kat belakang, perghhh…serabai jer mengutuk. And yang paling best, tak mengaku plak tue.

Pada aku, aku pun jenis manusia yang ‘berlakon’ jugak bila perlu. Nawaitu ku hanya satu, menjaga hati untuk mengelak peperangan.

Bukan nak kata aku perfect. Sebab kita tak ada satu formula pun untuk menjadi sempurna tapi kita ada sejuta cara untuk menjadi yang terbaik. Yang paling penting, kita tahu untuk timbal balik setiap kelakuan dan pertuturan kita dalam masyarakat. So, aku agak kurang setuju bila ada yang keluarkan statement ‘kenapa nak pikir pasal orang?’. Nama pun dah hidup dalam masyarakat, so that thing mesti diambik kira sama ada nak atau taknak. But, macam yang aku cakap tadi, agak kurang setuju. Means, kalau dalam situasi tu persepsi orang tu tidak penting… beter ignore jer. Dan kadang-kadang kita perlu membuat pilihan samada menjaga perasaan orang lain atau puaskan hati sendiri. Aku yakin, kita semua pernah berada dalam situasi ini. Jawapannya adalah, do the right thing first.

So, kepada mereka-mereka yang semakin menularkan budaya cakap-cakap belakang pasal aku tapi takut nak berterus terang nie…wish the best of you.

Sebelum mengakhiri entri nie, mohon maaf terkasar bahasa dan terlancang bicara. Kenapa aku memilih blog ini untuk meluah? Kerana aku percaya mata pena ku lebih tajam dari lancang lidah mu.

Jumaat, 28 Ogos 2009

bersuara la

Aku perasan dia cuba mencuri perhatianku. Aku perasan dia lebih alert tentangku. Aku perasan dia ingin menjadi sebahagian dari tawaku. Dan aku mendengar ceritaku dari temannya. Aku perasan dia cemburu melihat aku dengan yang lain.

Aku tahu dia membaca kisahku. Aku tahu dia mahu menjadi kisahku.

Tuhan, buka kan la pintu hati ini sekali lagi. Berikan aku peluang untuk memberi dia ruang. Teman tawa ria ku. Jangan biarkan aku mengecewakan hanya kerana aku pernah dikecewakan. Jangan musnahkan impiannya hanya kerana impianku yang telah musnah.

Berikan aku ruang untuk memilih yang terbaik untuk kita. Dan berikan aku masa mengumpul kekuatan memekakkan telinga mendengar cerita hitam mu. Tuhan lebih mengetahui hatimu dan hatiku. Mereka mampu membaca namun gagal untuk mengerti. Tersilap tafsir, permusuhan terukir.

Dalam ramai, aku sendiri. Ku sangka aku sendiri. Rupanya, dalam dekat kau memerhati. Kenapa berdiam? Bersuara la. Aku tak mampu menafsir isyarat bahasa senyap mu. Aku ingin dengar supaya ada keyakinan. Aku ingin rasa supaya ada keberanian.

medley kata si hati

Bila terasa rindu, sebutla aku. Bila terasa pilu, panggil la aku. Bila terasa sayu, dengarla aku. Itu yang aku mahu. Yang terbaik dalam semua. Membuat kau mengerti terlalu payah. Dan terkadang aku terasa penat. Kata dia, ‘adakah kau pasti penantianmu ini berbaloi?’. Lagi kata dia ‘dimana hujungnya?’. Jawapan aku, aku tak pasti. Yang pasti, takdir itu dihujung usaha kita. Dan aku berusaha mencari hujung takdir itu.

Sesaat membuat aku terasa hilang. Dalam kekeliruan. Dalam seribu pertanyaan. Dalam seribu harapan dan keinginan. Penantian. Bukan sekadar satu penyiksaan tapi penantian juga satu tangisan. Kata seorang pujangga, perasaan sering mengelirukan kita tapi hati tak boleh ditipu. Tapi, apa pula kata hatiku??? Yes, rindu. Mahu. Dan perlu. Ya, aku rindu kamu. Aku mahu kamu. Dan aku perlu kamu. Itu kata hatiku. Kata hati mu? Kata hati mu sesuatu yang selalu mendera aku untuk membacanya. Untuk mengertinya.

Embun dipagi buta menebarkan bau basah. Detik demi detik. Ini kah saat aku pergi??? Kata kan iya jika aku siksa kamu. Kata kan tidak jika aku sebahagian dari kamu.

Ku punya rasa tak terungkap kan. Hanya sebuah memori membuat aku tegar. Apakah ku amat bererti dimata engkau?? Ku merasa sepi aku sendiri. Beribu senandung yang ku nyanyikan. Kata termanis hanya untuk kamu. Dan ku masih merindukan mu. Namun kau hilang…

Ku pernah menyendiri. Disini waktu terasa sepi. Walaupun bibir penuh gelak tawa.
Ku mencari. Ku mencari apakah salahku. Kau buat ku termenung seorangan. Ku megerti ku fahami keputusan diri. Permintaan terakhir ku jangan kau lafazkan selamat tinggal.

Bintang terlihat terang saat dirimu datang. Cinta yang dulu hilang kini kembali pulang. Lihat la ia mula bernyanyi cuba merangkai mimpi. Cinta yang dulu pergi kini datang kembali. Mahligai yang sejati ku rasa aku cinta lagi. Sudah la. Jangan menangis lagi. Dengarla kekasih. Aku di sini. Sudah la. Lupakan masa lalu. Ku bersama mu. Malam telah berganti. Ku lihat sempurna bentuk bulan. Aku telah cuba berdiri tegar menunggu mu. Cerita tentang bintang yang sangat ku sayang.

Jumaat, 21 Ogos 2009

kenapa yul menulis???

Secara semulajadinya aku lahir sebagai seorang yang pendiam. Mesti ramai yang tak pecaya kan? Tapi inilah hakikatnya. Kat sekolah sejak dari darjah satu sampai la form five, aku memang tak banyak cakap. Cakap bila perlu jer and cakap dengan orang yang cloze dengan aku jer. Sampai guru kelas aku pun inform kat mak aku yang aku nie tak banyak cakap kat claz.

Then, sampai la satu hari aku kene masuk PLKN kat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kat kem tue memang kene banyak communicate dengan orang. Tambah-tambah plak semua pelatih dari negeri lain-lain. Then, banyak presentation kene buat and confident-self amat diperlukan. So, dari situ aku dah jadi berani becakap. Sebelum nie, aku cuma banyak menulis kat buku conteng. Tulis puisi…tulis cerpen…tulis kata-kata. Tulis macam-macam untuk hilangkan boring bila cikgu tak masuk claz. Selalunya kawan-kawan lain akan duduk menyembang kat satu port tapi aku lebih suka buat hal aku. Bila nak menyembang pun, kat area table aku jer.

Bila naik form 6, aku dah jadi yul yang baru. Form 6 aku jadi penolong ketua kelas yang sekepala Wadi. Wadi merangkap ketua kelas time tue. Memang hancur la enam Iltizam tue kitorang keje kan. Tapi time tue memang enjoy. Masa tue, aku tak pecaya pada bestfriend. I said, no bestfriend in this world. Tapi, aku cloze dengan Wadi and Din. Dan takdir tu memihak pada kami, sampai sekarang kami dapat universiti yang sama.

Tak lama lepas tue, aku rapat dengan Wong Sze Sze. Budak claz aku mix cina plus bisayak. Kitorang compete untuk paper ekonomi and geo. Sekarang dah lost contact dengan dia sebab dia dapat universiti yang lain. Tapi memang enjoy kawan dengan Sze Sze nie coz dia banyak bantu aku dalam pelajaran. Thankz Sze. And after that, aku tetibe cloze dengan tiga orang kat claz aku nie. Dorang la yang ubah segala-galanya. Amy, Ira and Juliet. Kitorang berempat getting on like sisters. But yang membezakan aku dengan dorang ialah social life. Aku still dengan prinsip aku. No clubbing. No smoking. And no drinking. Aku jadi tembok yang menghalang dorang dari benda-benda tue sume. But, yelah… kalau dah keinginan mengawal akal waras, yang tak elok pun nampak elok jer kan.

Penipuan demi penipuan. Pertelingkahan demi pertelingkahan. Bukan dengan aku tapi semua tu berlaku antara dorang bertiga sampai la yang menjadi rahsia tidak lagi mampu disembunyi dariku. Terbongkar semua cerita. Dan aku redha dengan ketentuan Tuhan. Sejak dari hari itu, aku dah tak pecaya pada bestfriend. So yulie pun focus kat STPM jer and nak apply university yang jauh dari dorang bertiga coz tak mau ingat kat kenangan yang terlalu pahit sangat. Terlalu pahit yang aku tak boleh ceritakan kat sini.

Pendekkan cerita, kat UUM nie aku just buat hal aku and tak cloze dengan sapa-sapa pada awalnya. Then kenal Emelia a.k.a Amy. Apa yang suprizenya, perangai Amy nie memang seketul perangai Amy kawan aku time form 6 tue. fav color.. fav sport.. and cara Amy nie…saling tak tumpah. Dua-dua Amy nie pun minat POOH. Lagilah aku tak bleh lupa kat si Amy Noor Safarina tue. Maybe takdela 100% sama but cukup untuk teringat kat sejarah form 6 dulu.

Semester tiga, aku pun interview untuk jadi ahli JPM. Alhamdulillah dapat. Pendekkan story, aku cloze dengan Zetty and Lian. Sekejap… tapi cukup aku hargai. Dan satu hari bila aku bangun, aku rasa aku lost dunia aku. Jadi aku buat blog sebagai cara nak luahkan perasaan aku. Coz aku tak tau nak share dengan sapa semua nie. Jadi dengan cara nie aku rasa aku jumpa apa yang aku nak. Tak perlu sakitkan hati sapa-sapa. Nak nangis pun, nangis jer la sorang-sorang then refresh balik.

Bila rasa diri terbuang, baru kita sedar sepi itu indah. Sepi itu meriah dah sepi itu membahagiakan. Bila kau ada seribu cerita tapi tak mampu diluah walau sepatah, baru kita sedar… hidup bukan sekadar belajar bersabar. Tapi hidup juga kena sentiasa sedar. Hidup kena sentiasa ada banyak plan. Plan A… Plan B…Plan C and so on. Dan plan aku…..????

Aku memilih untuk menulis. Menulis cerita itu dan ini. Selagi jari ini cukup bilangannya dan selagi hati ini tak terisi. Selagi hati ini puas dengan cara ini. Selagi ada yang sudi membaca ceritaku.

Sayonara disana.

Rabu, 12 Ogos 2009

12 ogos 2009

Menggigil tubuh ini melihat Din kaku diatas pembaringan dalam keadaan koma. Wayer dan pelbagai jenis tiub disumbat masuk kat dalam badan dia. Aku… tahan air mata depan ayah dia. Awal-awal lagi, Wadi dah pesan supaya aku jangan nangis. Well, I just angguk. But itu bukan as a promise.

Tuhan takkan uji kalau aku tak mampu!’. Itu words aku. Words yang aku penah bagi kat Zetty, kat Din…kat semua yang aku sayang bila dorang tengah down. Tapi hari nie, aku rasa words tu macam takde meaning. Atau mungkin aku sendiri yang dah semakin lemah sampai dah tak mampu mendalami words tu betul-betul.

Bibir mudah menyebut sabar. Tapi hati ini terlalu rapuh dan penuh debar. Dan bila emosi menguasai akal waras… syaitan akan bertepuk keriangan melihat anak Adam jatuh dalam kekalahan iman.

Saat ini…aku tak mahu bersendiri. Aku perlu dalam ramai. Walau aku tak mampu untuk ketawa tapi cukuplah jika aku mampu melihat sekuntum senyum dari setiap sang teman sebagai penghibur lara ku.

Kat kolej… aku selalu akan pastikan aku akan buat something. Tak kira la apa pun. Janji aku tak duduk diam. Aku tahu muka aku nampak macam hyper tension. Ramai yang tanya but aku tak larat nak meluah. Aku just bagitau pada orang yang perlu. Macam Dolly. Coz aku memang cooperate dengan dia pasal kiosk.
Sory to Zetty coz tak bagitau and dapat tau dari orang lain. Malam tu, Zetty ada tanya ‘napa tak bagitau aku?’. Well, aku tau masing-masing busy. Dan aku sendiri tak tau nak share dengan sape sume nie. So, aku decide diam and cakap just untuk buat orang faham keadaan aku.

Thanks untuk OSL (bukan nama sebenar) and also to kak Fina yang suruh be strong. InsyaAllah, I will. Thanks jugak untuk Dolly yang faham keadaan aku and secara tak langsung take over part aku kat kiosk.

Dan sekarang aku nak bagitau semua kawan-kawan yang aku sayang… jaga diri baik-baik. Pliz don’t make me cry for next time. Betapa aku sedar aku terlalu sayang kamu. Betapa aku sedar aku mahu mengalah untuk biarkan kita terus ketawa bersama. Betapa aku mahu dan perlu kamu. Betapa aku tidak dapat mencari perkataan yang lebih baik untuk menggantikan perkataan ‘terlalu sayang’ itu buat kamu, supaya kamu mengerti.

Cukup. Dan cukup setakat ini.

Petang esok, nak join program BAKSIS Pahang. Rasa macam nak tarik diri. Tambah-tambah lagi aku rasa #%@$&*!..... Tapi tanggungjawab is tanggungjawab.
So… kene tabah sikit jer lagi.
To my brother Din. Wait for me. Lepas jer balik dari BAKSIS, I’ll be there k. So, makesure Din dah sedar time tu and give me a cutest smile.

Ahad, 9 Ogos 2009

make me strong

Arghh. Kenapa? Perasaan jealous ni ada?? Tiba-tiba bila dengar dia kena bekerjasama dengan orang tue, hati aku rasa sakit. Well, aku tau bukan pilihan dorang but kenapa mesti dorang?? Tak rasa ada mood nak wat keje dah. Rasa……? Jealous sangat-sangat!

But jealous bukan tajuk entri aku kali nie k. Itu just benda yang latest about perasaan aku sekarang nie. Maybe ramai yang tau, jumaat & sabtu baru-baru nie aku pegi trip Langkawi under Biro Keusahawanan. Satu perkataan untuk gambarkan perasaan aku. Tak puas!!! Hahahaha. Dua hari untuk tawaf Langkawi memang tak cukup. Kalau boleh semua tempat nak pegi. Tapi kekangan masa, buat kitorang akur dengan keadaan. Banyak tempat kitorang pegi. And lebih daripada 600 gambar pelbagai aksi telah dirakamkan. Hahaha. Setiap kali jumpa tempat menarik, stop and snap! Poyo tak???

Rasa free sangat-sangat tapi teringat kat Din. Setiap kali teringat kat dia rasa berat hati. Tengah makan lunch, aku call number dia. Walaupun bukan dia yang jawab tapi aku lega bila dapat tau perkembangan dia.
Pagi tadi aku baru dapat tau dia masuk ICU. Dia kene operate untuk buang darah beku kat paru-paru dia yang semakin mengecut. Takut. Takut kehilangan dia. Dia sebahagian dari semangat aku kat sini. Aku dah hilang sebahagian semangat aku, so pliz God. Jangan ambil lagi. Yah, aku tau…. Anything happened with a reason. Tapi aku tak cukup kuat. Stop testing me.

Gafar cakap, pelawat tak dibenarkan masuk. So??? What should I do??

My brother Din…I’m right here waiting… back for me. Back for us… be strong coz we love you…

Ntahla… sekarang nie pun aku busy sangat-sangat! Dengan projek aku. Assignment. Biro aku lagi. Pening la. Tapi ini la tanggungjawab aku kan. So, aku tak sepatutnya mengeluh. Aku just mengadu jer tau.

Dan sepanjang aku kat Langkawi tue, aku teringat kat dia (bukan nama sebenar). Masa kat beach, ombak kuat sangat. Tiupan angin terasa mendamaikan. Kalau la dia ada kat situ sekali, kan bagus. Tetibe rasa rindu nieh. Tak suka! Tak suka! Tak suka!!!

God… make me strong. Untuk avoid jealousy, takut and…….rindu!

Come on yul! You can do it. You can do it’. Itu ayat yang selalu aku sebut untuk bagi semangat kat diri sendiri.

Jumaat, 7 Ogos 2009

my brother Din

Entry nie ditulis pada 7 Ogos seawal 12.30 pagi. Aku tak tidur lagi. Hari nie hari yang meletihkan dan mengharukan. Semenjak dua menjak nie, setiap hari yang berlalu dalam hidup aku memberi makna. Kat claz tadi, aku bagitau Fika, Biha and Mira pasal kes kemalangan Din. Diorang sume tekejut. Aku just buat muka biasa and try ajak dorang pegi lawat Din kat hospital. Dengan mudah dorang setuju. And before that, Biha suh aku inform kat Wani. Pada mulanya, aku teragak-agak. But then, aku pun setuju dengan alasan persahabatan. Habis jer claz 3.30 pm, kitorang get ready untuk betolak.

Kitorang sampai dalam pukul 5 pm. Tapi waktu melawat 5.30 pm so kitorang decide lepak kat café dulu sambil makan tengah hari. Well, yes. Itu makan tengah merangkap tea time. And, teringat kat mak. So aku pun call mak and bagitau pasal Din. Mak bukan main lagi tekejut. Risau and simpati dengan Din. Yelah, mak kenal Din dan Wadi. Dorang bedua nie kawan yang rapat dengan aku. Penah datang rumah. Tambah-tambah lagi masa sem satu, Din la orang yang paling caring pasal aku. Pasal claz. Pasal PTPTN. Pasal masalah aku. Pasal sakit pening aku. He is my great brother! No one can replace him! Cuma bila sem dah betambah, kitorang kurang communicate sikit coz ambik majoring yang berbeza and busy dengan komitmen masing-masing. Din dengan PALAPES. Aku plak dengan aktiviti kolej. Wadi plak dengan SUKSIS.

Back to before. Sampai la waktu yang ditunggu-tunggu. Waktu melawat pun tiba. Bila kitorang sampai depan wad, kitorang Nampak budak-budak PALAPES tunggu kat luar. Tak dibenarkan masuk ramai-ramai. So kene tunggu yang lain keluar baru boleh masuk. Semua mata tengok kat aku. Seolah-olah tengah berkata, ‘adik Din dah sampai’. Well, aku tau yang Din introduce aku as adik dia kat semua budak PALAPES. Boleh dikatakan semua budak iT tau aku adik Din. So, tak hairan la kalau kat claz petang tadi dorang panggil aku and tanya pasal keadaan Din.

Hampir 20 minit menunggu, aku dengan Fika pun masuk. Sampai jer kat katil Din, aku nampak mata Din tetutup. And kebetulan Cha ada kat tepi Din seolah-olah bagitau yang aku dah sampai. Perlahan aku tengok dia try buka mata walaupun jelas keadaan dia nampak lemah. Laju jer aku pegi dekat kepala dia menggantikan tempat Cha tadi. Din hulur tangan lemah. Aku sambut and salam tangan dia. Tanya macam mana keadaan dia. Pelahan dia menjawab pertanyaan aku. Aku plak dekatkan telinga kat mulut dia untuk dengar dengan jelas coz dia pakai mask oksigen. Romate and kawan-kawan dia pun turut sama jawab soalan aku. Lepas tu aku cakap, Wani ada kat luar tapi dia macam taknak masuk. Din bisik kat aku, suh Wani masuk. Then kebetulan member PALAPES Din ada yang dah nak keluar so aku pesan kat dorang suh Wani masuk.

After that, Wani, Biha and Mira menyusul. Kelopak mata Wani dah mula merah. Mira suh Wani pegi dekat Din. Tapi Wani geleng. Aku pun tarik tangan dia tapi dia bekeras. Mira pun cakap ‘Takpe. Biar dulu.

Suddenly, Din batuk. Darah mengalir keluar dari tiub yang ditebuk kat paru-paru dia. Aku cuak. Din kata ‘Aduh! Sakit! Call doctor! Call doctor!’ member yang jaga dia pun panggil nurse. And nurse-nurse kat situ macam buat tak risau jer. Aku sempat cakap ‘Cepatla. Bodoh, orang tengah sakit!’. Walaupun nada suara tu pelan tapi aku yakin Wani dengar. Tiba-tiba air mata aku meleleh. Laju jer. Aku bepaling dari tengok Din. Dorang sume perasan termasuk visitors lain. Sedih giler tengok Din macam tue. Din tutup mata dia. Maybe untuk tenangkan emosi dia. And kejap-kejap dia bukak mata and pandang aku. Air mata menitis lagi. Dari mata dia, aku tau dia suh aku stop nangis. Setiap kali dia pandang, aku just menyorok kat belakang Mira.

Betapa aku tidak ada satu perkataan pun untuk menggambarkan keresahan aku saat tue. Tangan aku teketar-ketar sambil menghapus sisa air mata. Beberapa kali aku menjauhkan diri ke tepi katil hadapan yang tidak berpenghuni kerana tidak sanggup melihat keadaan Din waktu tue.

Dalam hati, aku tak berhenti berdoa. Pliz God…dont take him from me. I need him. Still need!

Selama nie aku tak pernah risau pasal dia coz aku meletakkan diri aku diposisi adik yang lebih menuntut perhatiannya. Tapi hari ini, aku terlalu takut, sangat takut! Sebab aku tak pernah bersedia dari segi mental untuk saat macam nie.

Betapa aku nak cakap ‘my beloved brother…hari nie aku sedar betapa aku sayangkan kau. Be strong for me. Dah lupa ker kita pernah sharing banyak cerita? Dan cerita aku belum habis lagi tau… really love you my brother… no one can replace you.. stay here pliz………..’

Dan yang paling menyedihkan, mak ayah dia…adik-adik dia and tunang dia tak ada kat sini…
Tiba-tiba mood aku nak ke Langkawi hambar. Mira suh aku lupakan semua ni buat sementara. Mira cakap bila ada masa free, dorang akan datang lagi.

Sejam kat situ, kitorang pun decide nak balik coz ramai lagi yang menunggu kat luar. Berat hati untuk melangkah. Tapi tak sampai hati nak mengadap derita dia. Aku pun datang dekat Din and bagitau yang aku nak balik. Salam tangan dia. Sempat jugak aku bagi semangat. Aku say ‘Be strong k. nanti ada masa, aku datang lagi k.’ Macam taknak lepas tangan dia yang nampak kekuning-kuningan. Din pun macam berat nak lepas salaman tue. Sungguh! Aku betul-betul sedih. And Wani plak salam. Pastu, sekali lagi aku salam… perlahan langkah diatur meninggalkan katil itu. Aku toleh lagi and lambai. Perlahan dia pun balas lambaian aku. And aku terus jalan sambil airmata berjuntaian. Langkah laju. Sampai kat depan pintu wad, aku nampak ramai yang tunggu. Aku tanggal speck coz taknak pandang sape-sape. Tapi aku perasan, ekor mata dorang seiring dengan langkah kakiku. Dalam kereta, aku layan perasaan. Tak henti air mata ini mengalir…

Khamis, 6 Ogos 2009

air mata tak pernah kering

Biarkan mata ini celik
Menanti kenangan itu berlalu
Biarkan telinga ini terus peka
Pada suara riuhnya tawa kita
Biarkan mulut ini bicara
Tentang rindu yang tak pernah kurang
Biarkan hati ini terbuka
Supaya kemaafan itu ada.

Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu
Teguris pilu menjauh dariku
Aku tidak kan terdaya menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku.

Walau bintang itu menghias malam
Namun takkan seindah malam kita
Walau mentari terik setiap hari
Namun takkan sehangat hari kita
Walau pelangi itu membelah pelangi
Namun takkan seindah cerita kita

Dan…
Ku biarkan pena menulis
Meluahkan segala hasrat dihati
Dan…
Tiada kata walau ku habis bicara.

Engkau pergi aku takkan pergi
Kau menjauh aku takkan jauh
Sebenarnya diriku masih mengharapkanmu.

Berikan aku kekuatan
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi.

Aku tidak kan berdaya menahan hibanya rasa.
Kau pergi meninggalkan diriku.

coretan aku Yulie Nurafnie

Isnin, 3 Ogos 2009

bacalah dalam bahasaku

Berdirinya aku dipentas kehidupan ini bukanlah supaya aku mengambil peluang untuk mendabik dada. Bermanis kata dengan penuh helah. Takkan sesekali aku mampu menari dengan langkah yang teratur kemas jika tidak bermula dengan merangkaknya aku untuk bergerak. Sumbangnya melodi itu, bukan kerana bait liriknya. Tapi, paluan iramanya tidak selari dengan alunan rentak hati.

Terluka dan terkasar bahasa. Maaf juga yang terluah.

Duhai disana, bacalah dalam bahasaku. Kerana aku terlalu yakin kau menafsir kisahku dalam iramamu. Kau terlupa pada prosa yang perlu seiring dengan rima.

Duhai disana, bacalah dalam bahasaku. Kerana aku pasti untaian kata bukan hanya bicara rasa. Tetapi ianya perkongsian cerita dan kita akan mencipta lagenda. Jika kau watak dalam cerita, jangan beraksi tanpa suara. Lontarkan nada. Kerana yang melihat tidak mengenal siapa tapi yang mendengar ingin tahu ia bagaimana.

Walau tangan ini mampu mencapai awan. Pelangi itu takkan mampu berubah warna. Jadi berfikirla secara realiti. Keluar dari ilusi. Kerana itu hanya imaginasi. Dunia yang kau reka kerana takut pada diri.

Bacalah dalam bahasku. Mengerti aku. Percaya aku. Kerana aku sentiasa belajar mencari makna dalam setiap untaian bahasamu dan tidak ku tafsir mengikut melodi hatiku!

Ahad, 2 Ogos 2009

tasbih cinta bonda

Berlalu satu lagi fasa dalam hidupku. Mengajar aku makna dewasa. Terkadang aku leka. Lupa pada janji ibu dan ayah. Dan bila aku tersungkur, sejadah itu menjadi tuju ku. Mak, maafkan aku. Mak!!! Mak!!! Teringat kata-kata emak dulu, 'Mak nie siang malam doakan anak-anak mak. Mak sayangkan kamu semua. Takda yang mak beza-bazakan. Semua mak sayang. Kalau kamu berlima hidup senang nanti, mak dan bapak bukan nak susahkan kamu. Tapi mak tumpang bangga'. Masa tue…aku buat-buat tak dengar. Mata aku kat majalah. Tapi telinga aku tepat menangkap setiap ayat yang terluah dari bibir seorang ibu. Perlahan aku melangkah menuju ke bilik. Pintu ku tutup. Dan air mata ini mengalir tanpa mampu ku halang. Dalam hati aku berdoa, semoga usia ibuku seiring dengan kehidupanku. Sebab aku mahu setiap inci bahagiaku, dia la insan pertama yang hadir dibenak. Bukan kekasih. Bukan sahabat. Tapi dia… Yang bertanggungjawab membuat aku kenal bulan dan bintang. Terkasar bahasaku, terlontar amarahku dan termuntah emosiku. Sebagai anak yang sudah kenal dunia. Pernah…. Arghh! Malu rasanya menyatakan yang aku pernah membuat hatimu hiba dan matamu mengalirkan mutiara kekecewaan. Hina rasanya untuk menyatakan kejahilan yang menjadi tanda kemenangan syaitan.

Bukan diriku tidak cukup didikan. Cuma aku yang tidak cukup kekuatan. Seringkali aku rebah dalam kekalahan. Dan kau yang bernama ibu, tetap setia memanjat doa. Selalu ku lihat… kau sujud di kala aku sedang mamai diamuk lena. Tahajjud mu mengiringiku disini. Mak… Betapa aku, sedang lemah disini. Mak… hulurkan tanganmu. Hangatkan tidurku. Mak.. maaf jika aku rebah. Maaf jika aku ingin mengalah. Maaf jika… jika anak sulungmu bukanlah permata hati kebanggaan sulungmu.

Katakan pada bapak, aku juga sayang dia. Lebih dari yang dia tahu. Katakan pada nenek, aku sanjung baktinya. Lebih dari jumlah keringatnya mengasuh aku dari dulu. Katakan pada adik-adik, aku bangga punya mereka. Lebih dari rasa tegasku sebagai ketua didalam rumah. Katakan pada semua…aku telah mencuba. Lebih dari timbunan anganku.

Dan sampai satu saat. Aku hilang dalam mimpi. Mimpi yang menipu diri. Aku sesat dalam lamunan. Lamunan yang penuh dengan bunian. Aku leka…aku lupa…aku…lena yang terlalu lama.

Dan tiba di satu saat lagi. Aku membuka mata. Rupanya ia fantasi rekaanku. Kugagahkan diri merangkak meneguk sisa iman. Yang selayaknya untuk manusia sepertiku. Tidak ku tumpahkan walau setitik pun. Kerana aku tersangat dahaga.

Mak…bantu aku. Berikan aku secawan lagi. Agar ia cukup menjadi bekalan sehingga aku sampai kegarisan penamat. Dan aku senyum. Dan kau ketawa. Dan bapak bangga. Dan nenek gembira. Dan adik-adik bahagia. Dan aku mampu lena…dengan tasbih cinta seorang bonda!

Sabtu, 1 Ogos 2009

slowly i come back

Hari nie baru aku sedar... sedar betapa aku tidak perlukannya lagi. Betapa aku juga bukan sesiapa untuknya. yul dah welcome back! Walau pun tak secara total. Tapi, aku pasti sedikit demi sedikit aku akan lupakan dia. Sedikit demi sedikit aku akan tinggalkan dia. Well jujurnya...'hard to let but hurt to hold'. Apalagi kalau dah jumpa. Rasa macam........??? jantung nie...dub dab dub dab.

Mungkin terlalu manis pada ia yang bernama kenangan. Kadang-kadang macam salahkan takdir. Kenapa bagi aku lihat dan rasa tapi tak bagi aku pegang dan simpan.

Dan sekarang aku akan kuatkan tekad. Walau susah macam mana pun... walau pun aku dalam keadaan merangkak. Merangkak untuk bangun macam dulu.

Aku percaya Tuhan merancang sesuatu yang lebih baik buat aku. So, aku akan tunggu untuk itu.

Hari nie. Thanx pada dia kerana menghampiri. Masa saya pandang awak, hati saya cakap 'saya dah tak perlu awak so kita ikut haluan masing-masing like before.' Tapi akal waras bersuara, tak perlu lafazkan...slowly u stay away.

So, jangan pula ada lagi mulut yang bertanya kenapa. Plizzz. Just let it. Setidak-tidaknya aku dah cuba yang terbaik. Yang lebih baik dari mereka. Namun siapala aku... yang pudar tetap pudar...kalau guna breez color pun takkan dapat kembalikan warnanya rite. So, takpela.

Sekarang, aku dah tetapkan masa. Rasa caring ni masih berbaki 40%. Kalau dulu almost 90%. Jadi, terpulangla nak guna baki tu atau nak drop lagi sampai 0%.

Thanx to readers. Peace be upon to you.