Khamis, 23 Julai 2009

tuhan takkan uji kalau aku tak mampu

Bermulanya nafas baru dalam hidup aku. Tiada kata untuk aku gambarkan betapa leganya aku saat ini. Thanks Lian!!! Thanks a lot. Thanks Dolly!!! Thanks so much. Walaupun, mungkin tidak seperti dulu, tapi aku percaya ada sinar yang menanti dan aku akan menyuluh cahaya.

Untuk kau Zetty kawanku… Cukupla dengan apa yang telah kita lalui nie. Terlalu sakit buat aku melaluinya hingga ke penghujung. Keakraban kita bukan bererti kita mengenali antara satu sama lain. Macam yang kak Yunes cakap, apa yang jadi antara kita mungkin akan mengeruhkan lagi friendship kita or akan mengeratkan lagi ukhuwah kita. Terpulanglah pada kita untuk selesaikannya.

Walaupun perit, tapi aku bersyukur dengan kesudahan macam nie. Walaupun kita perlu bermula dengan zero. Tapi aku lebih rela begitu dari memilih untuk menanam benih kebencian dalam diri aku buat kau. Sebab aku tau aku tidak mampu untuk itu.

Aku nekad jadikan ini sebagai satu lagi pengajaran buat aku untuk lebih kenal kau. Untuk pertama kalinya aku merasakan aku tidak tewas lagi dalam persahabatan. Untuk pertama kalinya juga aku merasakan aku tidak berjuang keseorangan. Rupanya aku bukan sahaja burung yang terbang dengan bergantung pada kau sayap kiri ku. Tapi aku mulai sedar yang aku adalah si Nuri yang cantik bulunya. Aku mahu semuanya kembali seperti dulu. Lebih baik dari dulu.

Dan………untuk si dia yang mula merantai hati. Watch out! Hahaha!!! Hadirmu member sinar baru. Mudah mengerti tentang aku di sini. Menjadikan aku lebih selesa. Andai ada jodoh antara kita, aku mengharapkan aku lah ainul mardiah mu. Dan aku mengharapkan agar kau la sayap kanan ku yang baru. Patah tumbuh, tiba pergi………ini lah hidup.

Maha besar Allah yang menguji aku dengan selemah-lemah iman namun disebaliknya ada tirai bahagia buat aku terus berpaut dan bersandar.