Isnin, 28 Disember 2009

berbasa-basi

Untuk manusia yang kurang buat aktiviti waktu cuti macam aku, tiada apa untuk dikongsi. Cuma sekadar berbasa-basi. Sekarang dah pukul 10.19 minit malam. Baru lepas tengok rancangan reality TV, ‘The Biggest Loser’. Lepas tue, meringankan tulang membuat air untuk ayah yang sedang menonton sekarang nie.

Semalam aku membelek handphone. Itulah aktiviti yang aku buat bila boring tahap gaban. Kalau tidak berada di kolej, handphone tu akan di ampai merata. Hanya akan menjenguk bila ingin menge-check mesej atau miscall.

Beberapa gambar dan mesej telah dibuang walaupun dah dibiar lama bertapa kat handphone tue. Rasa sayang but I have to. Tapi lepas buat semua tu, rasa lega. Dah malas nak pikir. Mungkin aku nak get ready untuk jadi orang yang takda komiten pada mana-mana perhubungan. Mungkin jugak, dihati masih tak terdelete. Mungkinnn.

Minggu nie plan nak keluar untuk membeli something. Mungkin beli, mungkin jugak hanya mengintai sesuatu. Sebenarnya mencari idea untuk memberi hadiah untuk someone. Siapa??? Yang pasti aku akan bagi orang tu bila dah sampai kat UUM nanti. Bila dah habis cuti la.

Sebut pasal hadiah, teringat jugak janji aku kat Dolly kalau dia dapat dekan nanti. Tak pikir lagi nak beli apa kalau dia dapat dekan. Tak berapa tau jugak Dolly gemar barang apa. Apapun, aku harap yang terbaik untuk dia. Sejak mencabar dia berpuasa hari tue, tiba-tiba aku suka mencabar dia untuk benda-benda lain yang menjanjikan ganjaran.

Pergelangan kaki nie rasa sakit sikit coz buat exercise siang tadi. Takda kerja punya pasal, maka aku pun mencari pasal. Lagipun duduk kat rumah, takda buat apa. Adik-adik aku yang lain suka sangat outing. Aku pun tak tau apa tujuan diorang suka sangat meliar kat bandar Tawau tue. Jadinya, aku kesepian kat rumah.

Owh ya, sabtu nie bersamaan 12 hb, adik aku yang study kat Johor tue akan balik ke kampusnya. Kesian dia. Cuti cukup-cukup sebulan jer. Kuliah dia start 14 hb. Adik aku yang sorang nie kitorang panggil ‘Tambi’. Hahaha. Kelakar tak? Nick name nie, makcik aku yang bagi coz masa dia kecik dulu, kulit dia hitam sangat. So melekat la nama tu sampai sekarang. Actually nama penuh dia Muhamad Sahrilsal. Si Tambi nie pernah buat operation coz dagu dia ada darah beku. Darah beku tu ada sebab dia selalu jatuh masa kecik-kecik dulu. However, tak dinafikan yang dia nie memang brilliant dalam study. Buktinya masa kat Matrikulasi dia dapat 4.0 in first sem. Pastu second sem dapat 3.8. So, berkat kepandaian dia tu dia dapat biasiswa. Kaya raya la dia tue. Tiap-tiap sem dapat RM5000. And the latest, dia dapat dekan untuk first sem kat UTM. CGPA 3.7 something. Congratez!

Ok la. Cukup setakat nie dulu. Babai.

bicara buat teman

Bicara buat teman
Sahabatku,
Terlalu penat rasanya
Duduk membilang hari…
Aku yang keletihan, tetap terus
Menunggu akan redanya egomu…

Temanku,
Jika MATAmu berat memandangku,
Ringankanlah KAKImu pergi dariku…
Jika BIBIRmu terpaksa senyum padaku,
Relakanlah MUKAmu untuk berpaling dariku…
Jika susah untuk kau melupakan kesilapanku
Senangkanlah LIDAHmu untuk menghinaku…

Tapi,
Andainya satu hari nanti…
TELINGAmu terdengar berita KEMATIANku,
Ikhlaskanlah TANGANmu mengusung jasadku
Dan…bisikkanlah padaku yang kau telah
MEMAAFKANKU…

Moga, kalimah terakhir itu
Menjadi pelita di kubur gelapku
Menjadi bantal tika lena panjangku…

Kawanku,
Walau di mana pun kau berada…
Aku hanya mahu melihat
Kebahagiaanmu…
Pintaku,
Jangan dilupa…
SEMUANYA TENTANG KITA

i miss you friend, Amy Noorsafarina

Ingat lagi tak aku pernah story kat entri yang bertajuk ‘Kenapa yul menulis?’??? Kat entri tue aku ada cerita pasal kawan aku yang tiga orang tue, Amy, Juliet dan Ira. Sejak persahabatan kami berantakan dan masing-masing ikut haluan masing-masing, kami tak contact satu sama lain. Kerana aku lari dari kecewa itu. Tapi mungkin Tuhan masih mahu kenangan mereka singgah dilubuk ingatan membuatkan aku dalam kerinduan. Juliet telah berjaya mendapatkan number phone aku. Dan hampir dua tahun kemudian, melalui Syarifah aku dapat menjejaki Ira. Sekarang Ira tengah sambung study. Yang sedihnya, aku dapat tahu dia sakit. Sakit yang seumur hidup untuk dia tanggung dan tak perlu aku cerita disini.

Sejak disemester satu, sebenarnya aku sudah mula mencari Amy. Kerana diantara Amy, Ira dan Juliet, aku lebih sayangkan Amy. Ada sesuatu dalam dirinya yang membuatkan aku pernah tekad untuk mengubah cara hidupnya.

Setiap kali jumpa ex-classmate, pasti aku akan bertanyakan Amy. Tapi mereka hanya menggeleng kepala tanda tidak tahu. Rasa kesal kerana tak jumpa dia sebelum ke menara gading nie.

Sehinggalah beberapa malam yang lepas, Amy muncul dalam mimpi aku. Dalam mimpi tu kami terserempak dekat stadium bola sepak berhampiran sekolah. Amy keluar dari sebuah van. Dan kami menyembang panjang. Berbual ceria seperti sengketa lama tidak pernah ada. Amy memberitahuku dia kini menjadi jurulatih pasukan bola jaring untuk sebuah sekolah yang ku tidak tahu namanya. Dalam mimpi tu jugak kami bertukar number phone. Gembiranya aku bukan kepalang.

Namun ia cuma mimpi. Hanya mimpi. Benarkah Amy jadi jurulatih sekarang? Jurulatih untuk sukan kegemarannya. Amy.. Amy. Di mana kau sekarang??? Lepas terjaga dari mimpi tue, semua kenangan dengan Amy tiba-tiba segar dalam ingatan. Seperti baru semalam. Amy yang juga sepertiku. Gemar warna merah dan number sepuluh. Amy yang bersamaku menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan futsal dengan pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas. Masa tue, aku dengan Amy di posisi striker.

Amy merupakan kapten pasukan bola jaring sekolah. Kecemerlangannya menyebabkan dia terpilih mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

Amy yang gemar dengan kartun POOH. Amy yang nakal tapi baik hati. Amy yang melatah bila dicuit. Amy yang menyembunyikan banyak rahsia. Rahsia yang pernah menyebabkan mata ini basah.

Amy yang menyebabkan aku marah dan mengatakan, ‘No bestfriend in this world!’
Aku kah yang salah kerana gagal mempertahankan persahabatan kita??? Aku kah yang tidak memberikan kau peluang untuk memberi penjelasan. Masih bersisa kah cerita yang sepatutnya aku tahu antara kamu bertiga?? Kenapa aku tidak pernah berjaya keluar dari cerita itu. Sudah tiga tahun lebih. Apa makna sebenarnya ni?

Yang patah telah pun tumbuh. Yang hilang sudah pun berganti. Namun ianya tetap tidak sama. Sebab aku masih rindu Amy Noorsafarina. My friend till the end.

humor

Entri kali untuk membuat readers ketawa dengan beberapa koleksi cerita lucu yang ingin di kongsi disini. Selalu sangat post entri yang ala-ala emosional, so kali nie ubah mood sikit.

SIAPA HEBAT

Man : Bapa aku hebat. Dia polis, semua orang takut dengan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi hebat. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : wow! Bapa kau kerja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

SUDU

Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat nie setiap hari.
Pesakit : Eh! Tak boleh la doctor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah say ada dua sudu aje.

MAYAT

Cikgu : Hassan, sambungkan kedua-dua ayat tunggal ini menjadi satu ayat sahaja. ‘Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali nampak mayat.’
Hassan : Senang tu cikgu. Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU

Cikgu : Encik, anak awak didapati meniru Ali dalam peperiksaan lalu.
Bapa : Apa buktinya?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 ni. Siapakah menemui Pulau Pinang? Seman tulis “Say tak tahu” dan anak encik tulis “Kalau engkau tak tahu, aku lagi la tak tahu”.

DOKTOR

Doctor : Selamat petang…
Pesakit : Selamat petang doctor.
Doctor : Ada masalah apa…?
Pesakit : Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, doctor…
Doctor : Biar saya periksa telinga anda.

Setelah diperiksa…

Doktor : Telinga anda memerlukan pembedahan kecil, kosnya 2 ribu ringgit.
Pesakit : Mahalnya doctor, tidak adakah rawatan percuma?
Doktor : Ada, tapi anda perlu sabar sedikit.
Pesakit : Saya sanggup buat apa sahaja, bagaimana caranya…?
Doktor : Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh, anda tinggal tarik keluar sahaja.
Pesakit : ?????

warkah untuk lelaki bernama Syah Ahmad Khan


Sudah tiga tahun. Yah tiga tahun. Itu hanya mengikut perkiraan yang ku ingat-ingat lupa di benakku. Rasanya kau lebih tepat dalam perhitungan usia perkenalan kita. Sebab aku selalu mengambil mudah akan segalanya tentang kita. Sebab tidak pernah ada yang istimewa tentang dirimu selain satu-satunya kesetiaan yang kau semai selama tiga tahun mengharapkan balasan sebagai penyeri hidup.

Untuk tempoh tiga tahun itu, telah aku lemparkan segala keburukan tentangku dengan harapan kau pergi la menjauh. Sebab tidak terdaya rasanya menghukum seseorang dengan penantian yang tidak berjawab apalagi aku sendiri tidak pernah serius memikirkan tentang dirimu. Mungkin aku merasakan kau tidak serasi denganku.

Hinggalah hari ini, aku mahu mengukir namamu dipaparan blog ini. Supaya kau tahu, aku juga mampu menghargai seseorang. Supaya aku sedar aku bukanlah terlalu kejam.
Hinggalah hari ini, aku sedar aku telah melakukan sesuatu yang tidak matang kerana pengaruh sekeliling yang berjaya menawan akal warasku. Dengan penuh emosi, segala amarah terluah untukmu. Akhirnya bila aku terjaga, maaf yang seikhlas kupohon. Dan kau menganggap dirimu tempat untuk aku melepaskan geram. Tumpah setitik airmata kerana itu bukan niatku. Tuhan lebih tahu.

Duhai Syah, tiada sesiapa yang betul dan salah dalam bercinta. Bukanlah satu dosa perasaan itu. Setiap orang punya keinginan untuk mencapai apa yang dihajati. Dan kau tak pernah salah kerana terus menyintai aku jika itu takdirnya. Yang salah mungkin hanya aku yang masih memikirkan tentang dia. Yang masih keliru dengan semua yang baru terjadi.

Dalam pada aku masih terkapai dalam kesedihan, kau datang dengan harapan yang lama. Terfikirkah kau tentang rasa perit itu? Dan aku tidak mahu membalas dendam dalam perhubungan ini sekaligus menjadikan kau mangsa. Mangsa kerana kegagalan aku.

Dengan jujur, kini aku mula menghargai segalanya tentang kita. Aku ingin menjadi yang terbaik sebagai yulie nurafnie yang sangat kau hafal setiap ejaan huruf namanya. Yang terbaik walau siapapun aku disisi mu nanti.

Cuma tolong, jangan ada desakan. Jangan ada harapan yang teralu tinggi menggunung. Jangan ada benci dikemudian hari.

Semoga yang terbaik berakhir dalam episod cerita kita. Walau apapun takdirnya. Aku tahu kau juga percaya bahawa takdir itu dihujung usaha kita. Jadi berusaha la untuk yang terbaik sebab aku masih dalam kekeliruan sedikit dengan keikhlasanmu. Sebab aku tidak mengukur berdasarkan tempoh masa. Jika semuanya nyata, sedarkan la aku yang masih dalam ketakutan. Yakinkan la aku dengan kesungguhan.

Rabu, 2 Disember 2009

ke hujung aku rindu

Almost 2 am. 22 hb November. Tengah kat rumah. Cuti final sem. Nothing much to do actually. So, I wrote this to my readers.

Thanks friend,
Tiada perkataan yang mampu aku ukir untuk menggambarkan betapa aku terasa sempurna kini. Memberi aku semangat dan tak pernah penat mendengar setiap luahan. Disana, aku hanya ada kamu. Yang pasti aku perlu selalu.

Terasa rindu untuk keluar bersama lagi. Makan together. Dolly, Amy, Kak Dayah, Kak Fina, Cuya dan kadang-kadang ada Intan dan Trexx. Rindu kamu. Rindu Dolly yang paling. Rindu mendengar setiap kesengalannya. Kepoyoannya. Dan yang paling rindu, gurauan kita semua. Buat aku tertawa. Riang dan kembali senyum.

Malam sebelum Amy balik kampung, aku dan Amy menyembang panjang. Sampai pukul 4 am. Tapi, aku tidur pukul 5 am. Nescafe punya pasal. Kami menyembang pasal banyak benda. Pasal zaman kecik-kecik dulu. Zaman Amy kat sekolah dia. Family and elses. Sebagai akibatnya, aku tak sempat jumpa Amy sebelum dia balik kampung untuk bercuti. Padan muka aku.

Then, malam last aku kat DPP SME Bank, aku tidur kat bilik Dolly sebab nak study kat situ. Rasa tak boleh focus bila duduk study sorang-sorang kat bilik dalam keadaan yang sunyi tahap gaban. Si Dolly siap beli nasi lemak plus bihun lagi. Tak tau la apa motifnya. Penyuntik semangat la tu kunun. Tapi sebelum aku makan nasi lemak tu, aku cakap ‘Lepas makan nasi lemak ni kalau saya mengantuk, siap la kamu.’ Dolly hanya terus menyantap. Yang aku ni pun satu, orang dah bagi, bedal jer la. Banyak bunyik plak.

Aku sibuk study, dia sibuk main game kat Facebook. Sekali-sekala, terdengar dia tegelak. Sengal betul laa. Then lepas tu, aku stop kejap coz sesi begayuttt. Shhhh. Sambung study balik. Dah habis study, menyembang plak dengan Dolly. Tentang satu perkara. Hampir aku menitis air mata tapi tega aku menahan. Thanks Dolly.

Aku semakin mengerti dan semakin tabah menahan emosi. Aku percaya. Thanks.
19 hb malam, aku, Dolly, Nadie dan adik aku Yusri bertolak ke KL. Dalam bas tue, Dolly dan Nadie duduk together. Aku dengan Yusri. Sampai kat Puduraya dalam pukul 6.30 pagi. Lepak kat sana sampai pukul 7.45 am.

Pastu kitorang beli tiket nak naik LRT. Aku, Nadie and Yusri nak ke stesen Masjid Jamek. Dolly nak ke Pandan Indah. So, tak satu LRT dengan Dolly. Bila naik tinggkat atas nak tunggu LRT, nampak Dolly kat seberang. Lambai. Cehh, tiba-tiba rasa sayu sikit nieh. Tak tau kenape. Takde dah kawan aku yang menyengal tiap-tiap hari.

Dolly sanggup beli tiket balik KL 19 hb walaupun exam dia habis 17 hb. Terharu jugak tuh. Well, maybe Dolly just nak tangguhkan masa since takde apa nak buat kat KL but however I still appreciate it.

Kawan-kawan. Yah, aku akan menyebut kawan-kawan yang membawa maksud lebih dari satu. Sebab aku tak mau lagi orang cakap kawan aku hanya seorang. Since Dolly membaca entri ‘Ku biar Kalam bicara… Ku biar Pena menulis’, dan mengiyakan pernyataan Wadi. Baiklah, aku akan belajar dari kesilapan. Walaupun aku tak sedar itu.

Cuti kali nie mungkin lebih bermakna. Dan aku akan pulang dengan nafas yang baru. Tidak lagi seperti semester lepas. Aku akan pulang dengan penantian yang benar. Kerana kata-kata Dolly pada malam itu, terngiang-ngiang dibenakku. Benarkah akan begitu? Tapi, cukup la. Tidak mahu berulang lagi. Tidak mungkin aku lupa walaupun sudah lama tersusun kemaafan. Biarkan yang pergi terus berlalu. Aku tidak yakin pada permulaan untuk yang kedua kali. Cukup!

Apa yang lebih aku impikan, adalah sebuah pertemuan yang mewangi dalam ingatan, lagenda sebuah kenangan kerana ke hujung aku rindu.

aku mengakui, ku akui

Aku kat rumah sekarang nie. Rasa macam nak menulis but tak tau nak tulis ape. Macam cuti sem lepas, aku tulis jurnal. About friendship tapi takleh dikongsi untuk tatapan umum coz…um! Ok, hope you got it.

Terasa nak tulis cerpen. About what? About Love story. Ada la kawan aku yang sorang nie cerita tentang kisah dia kat aku at satu malam tue. Sangat menarik untuk diabadikan dalam bentuk karya tapi dia macam tak setuju. Aku pun jarang menulis cerpen tentang cinta. Seingat aku, baru sekali. Yang banyak aku tulis tentang persahabatan. Pelik kan? Orang yang takda sahabat suka menulis tentang persahabatan.

Macam Kak Fina. Sorry to Kak Fina kalau terbaca entri nie. Bukan mengumpat but just nak share pendapat dengan semua readers.

Jujur dengan seikhlas hati, aku suka membaca blog Kak Fina. Dulu, tak tau pun dia ada blog. And bila aku dah kerap mencapap kat blog, aku pun start baca blog insan-insan yang aku kenal. Macam Kak Fina and Trexx. Tapi ada jugak blog yang aku tak bukak even aku kenal siapa penulisnya. With a reason. =p

Trexx adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dunia blog pada aku. So, aku dengan sorang member tu pun create satu blog atas nama kitorang and promote kat white board JPMDPP. Lepas tue, Kak Fina pun tulis gak url blog dia. Start la baca. And kalau tak baca blog dia, memang tak sangka yang tulis tu Kak Fina. Kalau aku tak kenal Kak Fina, aku akan imagine that writer seorang yang banyak mulut macam murai. Seorang yang suka menyembang itu dan ini.

Tapi hakikatnya, Kak Fina seorang yang agak pendiam. Buat hal sendiri. Cakap bila perlu. Tapi yang menariknya, bila dia buat something, dia tunjuk yang dia komited. Contohnya masa kat Sedim. Kat BAKSIS Pahang. And elses. Owh ok. Mesti terkejut kan? Yes. Aku seorang yang take-note. Sebab aku tidak mahu tersilap menduga lagi. Dan yes. Aku seorang yang particular. Sebab aku suka melihat dan menilai.

Pengakuan jujur. Aku juga pernah tersilap duga dengan Kak Fina. Masa first sem jadi JPMDPP, kerja dia asyik mengadap labtop. Time tue tak tau lagi apa yang dia duk buat mengadap labtop lama berjam-jam nieh. Kadang-kadang aku pun boring tengok dia. Pernah tercakap dalam hati, ‘Ndak penat kah orang nieh on-line lama-lama?’

And pendekkan story. Something happened. Dan aku mula mendekati satu persatu mereka-mereka yang pernah aku kurang suka. Menilai mereka setiap satu. Ok. Ini pun kira pengakuan jujur jugak sebab aku menyiasat dalam diam.

Dan aku dapati, mereka-mereka tidak la seteruk yang pernah aku fikirkan. Cuma mereka tidak sempurna. Aku juga begitu. Dan sejak dari itu, aku mendengar nasihat Dolly. Dolly pernah cakap, ‘Yul, kamu berdoa la supaya hati kamu dijauhkan dari sifat benci.’ Still ingat ayat tue.

Don’t judge a book by its cover! Kita tak kenal, maka kita takkan tau apa yang kita suka dan apa yang tidak. Semester lepas aku belajar sesuatu dari sesuatu. Aku mendekatkan diri dengan semua. Aku cuba fahami Ira dan Nadia. Antara adik bongsu dalam JPPMDPP. Siapa sangka dalam diam dorang ada menyimpan sesuatu. Siapa sangka mereka mula terasa kecil. Aku tidak sedar akan itu. Mungkin sebagai kakak-kakak (Senior dalam JPMDPP), mereka juga tidak sedar. Dan saat aku sedar, semuanya agak terlambat.

Stop pointing fingers! Bila kita sudah mencipta konflik diantara satu sama lain, kita akan membawa konflik itu ke situasi yang lain. Dalam tidak sedar, salah yang kecil dibesarkan. Yang besar apatah lagi.

Bila kita tidak membuka ruang dan peluang untuk kemaafan dimana ia sepatutnya menjadi pintu permulaan, semuanya akan berakhir dengan persengketaan.

Yang aku paling kesali, namaku turut digunapakai menjadi bahan cerita. Sakit hati bila tidak dapat menjelaskan apa yang sepatutnya dan tidak diberi peluang untuk membela diri. Dan pilihan yang terbaik adalah berdiam diri sebab ku kira mereka masih tidak terbuka untuk mendengar.

Semester lepas, aku banyak berbincang dengan orang-orang tertentu. Thanks a lot kepada dua orang nie. Kak Yunes and Dolly! Siapa sangka mereka individu yang aku tak berapa nak pandang menjadi penunjuk jalan tika aku dalam kebuntuan. Masalah study, masalah projek dan hampir semua yang terbeban dibahuku terasa ada yang sudi berkongsi. Tika aku merasakan semua benda kelihatan hilang, kulihat masa depan masih ada!

Dan kalau tidak Tuhan mengujiku itu dan ini, tidak la aku mengenal siapa kawan dan siapa beban! Tidak akan aku menulis seperti ini. Tidak akan kawan-kawan tahu hatiku juga ampuh walau tampak lasak dari segi fizikalnya. Semuanya berlaku dengan bersebab! Dan aku semakin terasa tenang begini.

Difasa permulaan aku merangkak dengan sakit. Aku mengharapkan sesuatu yang lama aku mimpikan kerana itu mahuku. Tapi Tuhan memberi apa yang lebih aku perlu. Jika saja aku tidak teguh, aku menjerit dan memprotes sepuas hatiku. Namun aku belajar menerima dan menerima. Perlahan-lahan aku membuka hati. Semuanya perlu berubah dan sudah berubah. Cuma aku yang tidak. Dan aku agak terkapai-kapai. Lalu ada satu sinar kecil, dan aku mula menarik nafas gembira. Kini aku ketawa dalam damai dan seikhlas doa.=)

aku disini

Mengenang kembali setiap yang manis, terasa tak terduga yang pahit kini terpaksa dilalui. Bila segalanya nampak begitu indah, tidak kita bersedia untuk derita. What I’m talking about?

Sekarang nie tengah kat rumah. Takda buat ape. But, cuti kali nie terasa agak pantas. Sedangkan aku mahu ia lambat berlalu. Ingin terus disini. Walaupun terkadang rindu pada kawan-kawan disana.

Baru-baru nie, aku keluar dengan Gja, Suer, Kasmah and surprise for me…Aida juga disini. Dah lama pindah kat Kota Kinabalu, tetiba dia cuti seminggu kat sini. Bila jumpa Aida, baru la aku sedar betapa aku rindu. Hah! Menyembang kat bakery shop. Masa tu tengah tunggu Gja and Suer solat kat masjid. Suka menyembang dengan Aida. Dia mudah ketawa. Kasmah said, ‘yul tetap yul…’ and Aida menambah, ‘yah.’ Ok. Suka hati kamu berdua la. Aku tidak mudah berubah. Tapi bukan bermakna tidak akan berubah. Cuma aku senang begini.

Teringat plak kat Dolly. Dia pernah cakap, ‘Kalau saya pegi Tawau, boleh la jumpa kamu.’ Dan aku menggeleng laju tanda tidak setuju. Dengan selamba Dolly memberi respon, ‘Tampar…’ Aku plak menyenyum. ‘Boleh la saya pergi rumah kamu.’ Lagi aku menggeleng. ‘Tampar…’ Aku terus ketawa.

Teringat kawan-kawan semua nie, buat aku tergelak sendiri. Masa tengah makan kat gerai ABC, Suer plak said something, ‘Macam ndak percaya plak yul mau join kita hari nie kan?’ Dan Kasmah membalas, ‘Iya bah.’ Ohw hooo. Ok. Memang dari dulu lagi aku macam nie kan. So, tak perlu pura-pura hairan k.

Dari zaman sekolah dulu sampai la dah masuk zaman senja Universiti, aku masih macam dulu. Selalu dingin. Kalau rasa tak senang, lebih memilih diam dari bersuara. Tapi, once aku rasa selesa, aku suka bergurau.

Friends. Kita akan kekal berkawan sampai bila-bila. Sebab aku masih ingat tragedy 5 September itu. Kamu masih disisi memberi Iltizam. Aku takkan lupa pada kata-kataku pada Wadi dan Gja. ‘Kalau satu hari nanti aku berjaya, aku ndakkan lupa kamu.’ Mungkin sudah tiga tahun. Mungkin kamu juga lupa. Tapi hati ini tak pernah ingkar walau aku diam dan membisu. Bukan bermakna dihati tiada kamu.

thanks

Hari nie 30 November. Penghujung bulan. Siang tadi black-out kat rumah. Orang Sabah lebih familiar menyebut black-out as ‘tiada karan.’ Lama jugak black-out. Siap qatam baca majalah Mingguan Wanita yang aku beli masa on the way nak balik cuti hari tue. Lepas baca majalah, dengar lagu kat handphone sampai battery tinggal dua bar. Then, puas mencari alternative menghilangkan bosan. Pergi ke dapur menjenguk apa yang ada untuk aku mencipta resepi baru. Kunun =p. Tapi tengok bahan-bahan yang ada, takde idea plak. Maybe later. So, belek-belek handphone mencari mangsa menemani keburingan. Aku mesej kat kawan PLKN, E-ah. Melalui E-ah, aku dapat tau Eera dah ada dua orang anak. Uuhhh! Cepatnya! Seingat aku dia kawen time aku sem dua. Dapat jugak jemputan dari dia tapi tak pegi coz clash dengan waktu kuliah.

After mesej-mesej dengan E-ah, aku teringat plak kat Dolly. Aku pun kol dia. Bertanyakan tengah buat apa. Dolly cakap dia tengah tengok tv. Menyembang la kami macam biasa diselang-seli dengan gelak ketawa. Bila si poyo bercakap dengan si sengal, maka terciptalah kegilaan. Hahaha. Tapi persoalannya, siapa poyo dan siapa sengal??? Lu pikir la sendiri. Peace no war.

Dolly cakap kawan dia yang nama Arison (maaf kalau salah eja nama) ada membaca blog aku. Terkejut jugak bila Dolly bagitau. Dolly bagitau aku yang Arison said blog aku bagus. Bolehkah aku menganggap ianya sebagai pujian??? If yes, thanks a lot to Arison. Pada mulanya aku rasa agak sedikit maluuu bila ada readers yang aku tak berapa kenal membaca blog nie, coz siapa sahaja boleh menilai seseorang melalui apa sahaja. Agaknya, apalah yang korang-korang assume tentang aku ek? Yang kenal muka aku tu takpe la, yang tak tau muka aku nie macam mana? Aku keaasah tauuu. -----<-(@

Memang aku mengaku ada ramai yang membaca walaupun bukan dalam kategori followers. Dan aku menerima pelbagai respon. Setakat nie, yang sampai kat telinga semuanya komen yang baik-baik tentang penulisan aku. Tidak mahu menganggapnya sebagai satu kebanggaan untuk aku mendabik dada sebab aku tahu semua ini masih baru. Dari awal lagi aku dah mention tentang sebab aku menulis. Jadi aku merasakan semakin ramai yang membaca, semakin ramai yang berkongsi ceritaku. Ceritaku adalah detik-detik suka duka ku. Mungkin aku boleh mencari teman untuk ketawa tapi aku mengadu mungkin tidak pada semua mereka. Dan blog ini menjadi medium untuk aku luahkan.

Kepada semua readers, welcome and terima kasih sebab sudi membuang sedikit waktu untuk singgah di sini. Aku percaya setiap yang membaca adalah mereka-mereka yang terbuka untuk mengetahui isi hatiku. Mereka-mereka itu adalah kamu. Thanks.

Thanks jugak untuk Dolly yang promote blog nie kepada Arison. Saat aku menulis nie, maybe Dolly dah kat airport Johor Bahru. Malam nie (09.40 pm) flight dia ke Kota Kinabalu. Welcome home to you my friend. Aramaiti!

Selasa, 17 November 2009

ku biar kalam bicara, ku biar pena menulis

Bila tengah takda nak buat apa, aku akan berfikir. Teringat kat satu word yang Wadi pernah bagi kat aku masa form six dulu. ‘Kau ni yul, kalau kau ada satu orang kawan, itu jak la kawan mu. Macam ndakda kawan lain.’ is it true?

Kenapa minggu nie aku terfikir pasal hal nie?

Teringat kat Nadie, dengar-dengar dia ada masalah dengan kawan dia yang sorang tue. Patutla dia dorang dah jarang makan sekali.

Teringat kat Amy. Dapat tau dia putus tunang. Oh God. Time tengah nak exam plak tue.
Sebenarnya, aku ingin berkata sesuatu kepada kamu-kamu. Aku ingin menjadi teman yang mendengar dan sentiasa ada. Aku ingin kamu kenali aku seperti itu. Bukan si Yulie yang kawannya hanya pada yang satu.

Well, Amy. Mungkin aku dah terbiasa dengan cara kita. I mean, kau dan aku tahu kita spesis perempuan yang agak independent. Bukan yang girly. Jadinya, aku pun agak kurang risau. Tapi itu bukan bermakna aku tidak ambil peduli. Cuma tak tahu bagaimana cara untuk tunjuk yang aku concern about that.

Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu.

Mungkin aku terlupa, siapa pun diri kita sebagai seorang perempuan, di lubuk yang paling dalam tetap ada satu kelembutan. Satu perasaan dalam satu hati yang ampuh. Maaf Nadie. Maaf Amy. Aku terlepas pandang tentang kamu. Tiada niat.

Kadang –kadang, bila kita rasa disakiti baru la kita sedar yang mungkin aku juga pernah menyakiti. Walau apapun alasannya, aku maaf… biarkan kalam berbicara. Biarkan aku merasa. Nurkilan dibawah, khas buat Amy, Nadie dan mereka-meraka yang terasa hati.

Dalam dunia ini, aku tidak punya sesiapa kecuali diriku.. tetapi dalam aku bersendiri, aku beruntung kerana mempunyai seorang teman yang memahami aku.
Sebagaimana aku mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang teman,begitu juga dia. Tetapi aku sering terlupa akan hal itu. Aku cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan aku. Aku rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Aku tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi aku, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Aku terlupa, aku juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....kerana aku juga ada janji yang tidak ditepati. Aku beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan aku. Waktu itu, terfikirkah aku tentang perasaannya??? Seperti aku, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi aku sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang teman yang sentiasa di sisi aku pada waktu aku memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan aku, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian aku luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya aku terlalu asyik bercerita tentang diri aku hingga kadang-kadang terlupa teman aku juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama aku.
Pernahkah aku memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah aku menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan aku? Ikhlaskah aku mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah aku menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali aku merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah aku yakinkan dia bahawa aku boleh dipercayai, aku boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah aku menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan teman sebagai kekuatan. Aku selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang aku sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan, aku tidak tahu..aku terlupa untuk ambil tahu

terima kasih sebab baca

Disebabkan buntu nak baca untuk last paper for final exam, aku pun decided ajak Amy keluar pegi makan kat tempat biasa. Tempat biasa kami berdekatan dengan Taman U. Memang sedappp. Masakan Thailand tapi halal eaaa. Dan yang paling penting, berbaloi-baloi… murah!
Itu cerita pukul 6 petang tadi. Sekarang dah pukul 2 pagi.
Rasa lapar laa. Jap eaa. Nak call Dolly jap.
………………………………………………………………………………………………..
Updated:

Yulie : Wei, kamu buat apa?
Dolly : Study. Kenapa?
Yulie : Belum tidur lagi?
Dolly : Belum. Sekejap lagi.
Yulie : Dolly.. saya lapar nie.
Dolly : Jadi apa la kita mau makan?
Yulie : Kamu ada biskut kah?
Dolly : Biskut apa? Biskut kering ada laa. London Biscuit pun adaa. Mau?
Yulie : Ok jugak tue. Ba sekejap la. Saya datang.
Dolly : Bah.

Lalu handphone pun dimatikan. Ohw ya. Untuk pengetahuan semua, time nie Amy pun ada lepak kat bilik. Ada la sebabnyaaa. Personal kalau nak cerita kat sini. Tengah begayut kat phone Amy nie. So, aku just cakap;

Yulie : Aku nak pegi bilik Dolly nie.
Amy : Buat ape?
Yulie : Nak ambik biskut. Kenape? Kau ada biskut kat bilik ker?
Amy : Takde la. Ar, pegi la. Nak ikut jugak laa.
Yulie : Eh, tak payah la. Bukan lama pun. Aku nak ambik biskut pastu bagi resume yang dia suh aku buat nie then aku balik laa.
Amy : Betul?
Yulie : Iye laa. Lagipun Nescafe kat sini.
(Aku pun menuju ke muka pintu dan membiarkan Amy yang asyik bercakap ditalian. Sebelum melangkah, sempat lagi berpesan…)
Yulie : Kalau ada orang yang tak kenal ketuk pintu, jangan bagi masuk tau.
Amy : Sengal la kamu nie.
(Aku tersenyum sambil melangkah)

Sampai kat bilik Dolly tadi, macam biasa la. Terus kepada misi utama. Mencari biskut. Dolly pun memberi dengan murah hati. Siap bagi banyak pulak tue. Nescafe 3 in 1 pun dia bagi. Plus nesvita.

Sebelum aku melangkah balik, sempat jugak la kami menyembang sekejap sambil cuba menakut-nakutkan dia yang tinggal keseorangan di bilik disebabkan roommate kesayangannya dah balik kampung untuk bercuti. Dolly terus cakap, ‘Mulut tu jangan celupar yul. Saya tampar kau sana. Sudah la saya nie penakut.’ Sambil menutup kedua telinganya. Aku hanya ketawa. Seperti biasa, aku akan berkata ‘Cau cincau…’ dan Dolly akan membalas, ‘Cau cendol…’

Balik bilik terus membuka pembalut biskut dan celup kat air Nescafe. Ehmm. Sedap. Apa pun sedap bila dah lapar.

Tadi ada call Gja. My ex-classmate. Gja ada bagitau yang dia membaca blog aku. Katanya, baca blog aku nie macam baca novel. Eak??? Sempat juga dia bertanya, ‘Apa yang kau tulis tu, kisah betul ka yul?’ Sedikit kehairanan mendengar pertanyaan Gja. Dan dengan ikhlas aku menjawab, ‘Mestila betul. Ndakkan la aku boleh tulis reka-reka macam begitu ba.’ Terdengar ketawa Gja dihujung talian. Agak lama tidak berborak. Sejak masing-masing sibuk dengan pelajaran masing-masing. Aku di UUM. Gja di UMS.

Thanks kepada Dolly yang ofer handphone coz dapat panggilan free untuk kemana-mana talian Digi selepas penggunaan mencecah RM2.

Tercetus jugak sedikit kontroversi pasal statement aku kat facebook. Semua macam terasa hati bila aku mengeluarkan statement macam tue. Dalam hati mereka ‘Aku kah budak perempuan tue?’ Itu kata Zaza. Dan aku membalas, ‘Kau ker yang perasan comel?’ Zaza hanya tergelak. Ok, let’s forget it. Tiada siapa diantara kamu. Coz dia yang aku maksudkan, tiada disini. Jadi, harap ramai-ramai boleh tarik nafas lega.

Ok semua. Nak menyembang dengan Amy nie. Sayonara.

Jumaat, 6 November 2009

antara kawan yang mahu dan kawan yang perlu

Lately rasa tertekan sedikit dengan banyak benda. Bingung dan yes aku marah. Dan memang kita perlukan seorang kawan yang boleh bagi kita advice. Dulu, aku rasa aku berkawan dengan semua orang. Aku rapat dengan certain orang or maybe satu hingga empat orang. Mungkin aku lebih senang dengan mereka diantara yang ramai-ramai. Dan dalam apa juga perhubungan, mesti ada konflik. Konflik yang datang menguji. Konflik yang datang untuk menyedarkan kita yang hidup bukan hanya untuk ketawa.

Lambatnya aku faham semua ni. Tapi apa pun, aku dah sedar sekarang. Syukur kepada Tuhan yang tetap bagi aku kekuatan untuk berpaut. Thanks jugak untuk kawan aku yang sengal Dolly. Sometime bila kami duduk menyembang pasal hal-hal DPP or anything la yang mewujudkan komunikasi kami, si Dolly nie akan cakap benda yang rasional. Bila aku cakap pasal masalah study or projek, dia akan bagi respon yang agak pro. Dia takkan sokong kalau rasa tak betul. Kalau aku salah, dia akan cakap salah. Memang sakit hati jugak kadang-kadang, tapi come on la. Open your mind. Apa yang dia cakap ada betulnya. Nampak jer sengal, tapi matang jugak sumandak sorang nie.

Paling tak bleh lupa, ada satu malam tu aku cakap risau pasal exam. Tak study lagi. Just baca sikit. Maka bertanya la si Dolly nie tentang tarikh exam and paper subject apa.

Dolly :Bila exam kamu start?
Yulie :Tanggal 3. Lepas tu direct lagi tanggal 4.
Dolly :Yang Asas Keusahawanan tu tanggal berapa?
Yulie :Tanggal 4.
Dolly :Yang tanggal 3 tue?
Yulie :IT Project Management.
Dolly :Susah ka senang?
Yulie :Banyak mau kena baca. Mau hafal lagi.
Dolly :Bah begini. (sambil jarinya mengira ada lima hari lagi sebelum final) Dua hari nie kamu baca asas keusahawanan. Lepas tu dua hari lagi, baca lagi yang satu. Lagi yang satu hari kamu focus subject untuk exam esoknya.

Time nie aku kat bilik dia sedang berbincang pasal projek BAKSIS sem depan. Ok la Dolly. Thanks for your advice.

Dulu, bila aku ada masalah. Aku rasa aku nak cakap dengan orang yang boleh sokong aku. contohnya bila aku luah masalah pasal coursemate aku. Aku nak orang yang dengar tu backing aku. Sebab dengan cara tu, aku rasa aku puas dan difahami. Itu kawan yang aku mahu.

Sekarang, bila aku ada masalah. Aku akan cakap dengan orang yang bagi tunjuk aku jalan. Bila aku ada masalah dengan someone, dia tak menyebelahi aku kalau dia rasa aku salah. Tapi dia akan bagi nasihat. Bagitau apa yang sepatutnya aku patut buat. Dengan cara ni, aku rasa lega dan dimengerti. Ini kawan yang aku perlu.

Mungkin…mungkin. Aku mahukan seorang sahabat yang selalu ada dan bersama. Bermain dan menangis bersama. Tapi sebenarnya, aku tak perlukan sahabat. Atau mungkin sahabat tidak tercipta untuk ku. Dan yang hanya aku perlu adalah seorang teman yang bersedia mendengar setiap bicara. Dimana, aku bersedia untuk memberi dan dia terbuka untuk menerima. Bersama mencari jawapan dan jalan untuk setiap soalan dan kekusutan.

Tidak mahu terlalu memuji kerana segalanya masih terlalu awal untuk aku berkata-kata. Dan tidak mahu juga aku dikeji jika aku mencari kamu hanya bila perlu. Semuanya masih bercalar. Jadi aku harap, biarkan segalanya nampak mudah. Tidak seperti dulu. Aku tertinggal dibelakang dan kepenatan berlari kedepan.

Aku hanya mahu berada didepan tapi dan hanya jika kamu disebelah. Seiring dalam perjuangan ini. Jika aku tertinggal, kamu menoleh dan menunggu. Jika aku terkedepan, kamu memanggil dan aku tersedar dalam kesilapan.

Dan bila kita sampai disatu persimpangan, kita akan memilih jalan yang kita perlu. Meninggalkan satu sama lain dengan doa yang masih seiringan sambil ada lambaian kehibaan tangisan.

what's up

Stay-up sampai dua tiga pagi. Study la kunun. Ntah la. Tapi itu la nawaitu aku. Lately memang busy banyak. Prepair untuk exam and paperwork untuk dua projek sem depan. Orang lain dah takda mood nak buat project, tapi aku dengan Dolly cari penyakit tengah time exam nie. Dua projek plak tue. Memang cari penyakit. Then, kami bedua tension sebab system SIRA yang problem kat sana, problem kat sini. Sampai kena contact dengan orang pusat computer. Semangat sampai macam tu sekali. Poyo la.

Sejak dua tiga menjak nie, memang ke hulu ke hilir dengan Dolly. Bila tension, kejap-kejap kol pergi makan kat Mall. Kejap-kejap pergi cycling keliling Kachi pastu maen Tennis. Maen tennis or main pungut bola tennis??? Aku pukul, Dolly kejar pergi pungut. Dolly plak pukul, aku plak terkedek-kedek kutip bola. Buat malu sumandak jer. Lepas penat-penat main buang tenaga, aktiviti menambah tenaga plak. Cehhh. Makan western food. Spagety dengan Butter rice. Sengal la. And naik bilik mandi. Pastu stay kat bilik JPM. Study. Rajin kita kan Dolly… Hotak laa. =p. Padahal bet nak dapat hadiah. Kononnya kalau Dolly dapat dekan, aku kena bagi hadiah. Kalau aku dapat dekan, Dolly kena bagi hadiah-hadiah. Hahaha. Kalau dua-dua tak dapat dekan, kita jalan-jalan round kat kedai hadiah k. Ok set!

Tiba-tiba satu petang lepas aku balik exam, aku dengan Dolly pergi makan kat Mall. Lepas tu ambik barang kat kiosk nak simpan kat bilik JPM. Dalam aku tengah mengantuk tue, aku tolong jugak laa. Then, aku landing kat kerusi JPM. Memang penat plus mengantuk. Malam sebelum tu tidur pukul 4 pagi and bangun pukul 7 pagi. Errgghh. Tengah syok-syok melayan mata yang nak tutup, si Dolly dengan idea spontan nyer, ‘Jom kita buat kek batik.’ What? Dalam hati aku cakap ‘apa lagi nie Dolly? Dahla malas aku nak layan. Kalau kau nak buat, kau buat la sorang-sorang. Aku dah penat sangat nie. Nak tidur. Nanti bila kek dah siap, kejut aku.’ Nasib baik cakap dalam hati, kalau tak mau aku makan pelempang masak lemak cilia api dengan si Dolly nie.

Pastu, aku terdengar si Dolly sibuk bertanya bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek batik. Dengar-dengar semua lengkap. Jadinya, si Dolly paksa aku bangun teman dia ambik rice cooker kat bilik kak Dayah. Merungut la aku sambil teman dia tu. Aku sibuk merungut, Dolly sibuk membebel.

Lepas balik dari ambik rice cooker, aku tak kira. Aku nak rest. Lantak la. So, Dolly pun keluar masuk ke hulu ke hilir mengambil itu dan ini untuk kek batik dia tue. Tak lama lepas tue, Dolly bersuara ‘Macam mana la mau kasi keras kek batik nie yul?’ Tanpa membuka mata aku menjawab, ‘Pegi la ambik talam.’ Then aku perasan Dolly bangun ambik talam. Pastu dia tanya lagi, ‘Talam yang nie boleh kah?’. Aku buka mata and tengok talam yang dia pegang. ‘Yang ada pengadang tiada kah?’. Dolly jawab, ‘Tiada’. Aku balas, ‘Bekas?’. Dolly lagi ‘Tiada.

And after that, aku lupa satu dialog antara kami. Tapi sounds like Dolly kebingungan untuk siapkan kek batik tue. So, nak tak nak, aku bangun. Guess what? Owh My Goddd! Kek batik or air Milo masak mentega? ‘Dolly, bukan begini buat nyaaa. Kalau begini, mana boleh keras kek batik nie.’ Dolly pun dengan muka innocent nya. ‘Tadi saya tanya kamu, kamu cakap tak tau. Saya mana tau. Saya just ikut cakap kak Dayah.’ Tiba-tiba aku hilang mengantuk. Bangun tengok list yang Kak Dayah bagi. Ehmm. Patut la. Kak Dayah just bagi instruction yang simple. Jadi, si Dolly yang sengal nie main buat jer.

Lepas berfikir tak berapa panjang, aku pun ambik phone kol mak aku. Melalui phone, aku pun catat cara-cara nak buat kek batik tu kat white board. Si Dolly plak pegi buang sume kek salah buat dia tue. Then, tiba-tiba satu keyakinan datang nak buat kek tue together. Aku said, ‘Ok Dolly saya buat, kamu sukat bahan yah.’ Laju jer kami sepakat. Si Dolly mengambil mentega and panaskan. Just imagine macam mana kami berdua membuat revolusi buat kek guna rice cooker. Bekerja keras la kami menggaul bahan-bahan tue. Sambil dua-dua membebel. Last sekali, masukkan Vico and biskut Marie yang telah siap dipatah-patahkan. Gaul lagi sampai semuanya tepu. Fuh! Akhirnya…Happy ending. Siap! Cepat cari bekas. Ok jumpa. Yeh! Aku pun buat ikut cara mak aku yang aku pernah tengok kat rumah. Huhuhu. Bau kek memang dah ngam dah. Letak dalam peti ais. Biar cepat sejuk.

Dah penat-penat buat kek, aku pun kemas sikit bilik JPM. Dolly tengok tv. Pastu balik bilik. Dalam pukul 9.30, aku datang bilik JPM and tengok si Dolly sedang sedap menyantap kek batik kami tue. Wahhhh! Sedap gak. Seumur hidup aku, ni la first kek yang aku buat. Memang aku takkan boleh lupa. Ok Dolly. Jom ambik gambar kek kita nie… Aku pun kol mak. Teruja untuk bagitau kejayaan anaknya. Huhuhu.

Bila dah kenyang, tengok tv. Tajuk cerita ‘Bat’. Memang best. Dolly menonton dengan penuh penghayatan. Sengal la kau.

Siang tadi, sibuk lagi mengurus paperwork. Dua-dua tension. Yang aku puji, walaupun kami sama-sama tension tapi masing-masing control emosi. Kunun. Aku relax kan mind dengan baring kat kerusi JPM. Dolly plak balik bilik. Study. Pukul 7.30, Dolly kol. Ajak makan. Dalam hujan kami redah jugak. Sambil makan, menyembang pasal hal tension siang tadi. Then, gelak balik.
..............................................................................................
Everyhting looks fine. Sometimes, bila aku mula ketawa aku rasa aku terlupa something. Macam ada yang kurang. Well maybe. But, let it go.Teringat semua nya balikkk. Sakit. But I’m fine. Sure I’m fine. Yes. Let me..

Ahad, 25 Oktober 2009

siapa aku 5 tahun lagi?, teka-teki dan forget blog stuyz

23 Oktober hari tue, ada aktiviti makan-makan kat Kuala Perlis. Aktiviti makan-makan yang hanya melibatkan AJK dan fasilitator program Nawaiti Palastien 2 under Cuya. Cuya adalah naib presiden JPMDPP. Muda setahun dari aku dan kami-kami yang lahir 1987. Tapi satu level jer coz dia pun semester lima jugak sekarang.

Mula-mula kitorang bekumpul kat depan pejabat DPP SME Bank dulu then bila semua dah sampai, barulah kitorang gerak ramai-ramai. Antara JPMDPP yang terlibat adalah Kak Dayah, Cuya, Trexx, Dolly, Lian, Ika and aku si cute. Hee. So nak pegi Kuala Perlis tue, aku, Kak Dayah, Dolly dan Lian naik kereta Ika.

Pendekkan story, kitorang makan-makan dalam pukul 8.30 pm. Itupun dah kebulur menahan lapar. Si Trexx dengan si Dolly yang sengal tue, siap main curi-curi makan lagi. Ehmmm. Aku ignore jer la.

Bila dah kenyang, kitorang move ke taman permainan kanak-kanak. Aku dengan Dolly main jongkang-jongkit. Hahaha. Kelakar plak. Sengal la kami berdua nie. Sampai rasa macam nak terhumban jer aku time main tue. Yang si Dolly plak seronok gelak-gelak. Poyo punye Dolly. Lepas panat main jongkang-jongkit, kami main buaian la pulak. Kanak-kanak riang la kata kan. Memang rasa free la minda time tue.

Then, kitorang lepak kat tepi tembok kat pantai. Duduk mengadap laut ditemani bebintang dan bulan sabit. Jiwang ayat. Time tue, Ika ngan Lian dah lepak lama. Kak Dayah ngan Trexx lepak kat area situ jugak. So, kitorang berenam duduk berkumpul sambil sembang-sembang. And Kak Dayah tanya, ‘apa yang akan jadi kat korang lima tahun lagi?’ wah. Menarik jugak soalan nie. Masa tue, maybe tak semua yang concentrate kat soalan Kak Dayah coz suasana bising sikit. Tapi aku jawab, ‘Maybe time tue saya dah jadi isteri orang, dah ada kerja and…’ bla bla bla. Lepas tu si Dolly tanya, ‘Apa?’ . Aku pun tanya balik, ‘Apa kamu akan jadi lima tahun lagi?’ Jawapan Dolly lebih kurang dengan aku. Aku tanya lagi, ‘Kamu akan jemput saya bila kamu kahwin nanti?’ Dolly jawab, ‘Of course la saya jemput kamu.’ Pastu kami bincang pasal bisnes la pulak. Konon nak collaborate. InsyaAllah.

Lama jugak kami menyembang. Masing-masing dengan angan-angan masing-masing. After that, Cuya ajak balik. Ok bos! Kak Dayah said ‘Ok. bala tentera jom balik!’ Hahahaha. ‘Bala tentera’ means, aku, Ika, Dolly and Lian coz kitorang car-mate. Hee. Masa on the way balik, Dolly story cerita lucu. Aku layan jer. Lian duduk sebelah aku layan lagu. Kak Dayah menyembang dengan Ika. Pastu timbul idea nak main teka-teki dalam kereta untuk naikkan mood. So, aku pun keluarkan la teka-teki sengal. Bukan aku sorang, tapi dengan Dolly jugak coz kitorang pernah main teka-teki sebelum ni masa Seminar ANGKASA kat Langkawi hari tue. Berderai la ketawa kami berlima. Ada sekali tue aku tanya, ‘Apa benda yang masuk segitiga tapi keluar begulung?’ Penat la si Ika dengan Kak Dayah pikir jawapan. Pastu dorang mintak jawapan. Dolly said, ‘Jawapannya selepas lagu ini.’ Masa tu memang tengah on radio. Hahaha. Then Dolly jawab ‘Jawapannya ialah seluar dalam Yulie.’ Sengal Dolly. Kenakan aku yah. Pastu aku jawab, ‘Iya la. Seluar dalam kamu masuk segitiga tapi keluar terus belipat.’ Mengekek la kami ketawa.

Macam-macam la kami nie. Happy walaupun sometime ada yang mengguris hati. Mungkin ada yang dengki atau tak senang hati melihat aku senang hati. Jelez? Owh come on. Jangan rampas apa-apa lagi dari aku. Ambil pergi semua yang pernah menjadi milik mu. Tapi tinggalkan separuh untuk ku. Kerana tidak semua milik mu. Sekarang, bagi aku peluang untuk buat keputusan.

Owh ya. Ada sedikit berita mengejut. Maybe, blog stuyz akan didelete coz tetiba rasa macam tak larat nak mengupdate kedua-duanya. So, blog yuliezzz jer yang berupdate nanti. Why? Something wrong? No la. Just nak focus pada yang satu. Just anggap, aku juga boleh berubah.

bengang

Baru balik dari melepak dengan kawan yang agak rapat dengan aku sekarang. Mesti tertanya kenapa aku tak mention nama si ‘kawan yang agak rapat’ tu kan? Dengan niat suci just turun ke pasar malam coz dia ajak. Then, kebetulan otak aku pun penat study untuk kuiz isnin ni so aku pun setuju. Mula-mula kitorang pegi kedai-kedai dekat mall. Ada la tujuannya tapi malas nak explain. Then, kitorang pegi ke misi asal. Beli makanan kat pasar malam then lepak kat kerusi batu dekat parking kerete blok D. Sambil makan-makan, si kawan ni pun menceritakan something yang membuatkan aku menulis entri ini. Something yang menyakitkan hati sebenarnya.

Just imagine, apa perasaan anda bila ada orang cakap jangan percaya pada anda??? Sakit hati tak? Bukan setakat sakit hati, bengkak hati jugak aku rasa sekarang nie. Aku bagai nak gila mencari jalan penyelesaian, tapi orang tu naik gila juga membuka jalan persengketaan.
Ada orang dengki ker aku kawan dengan si ‘kawan yang agak rapat’ tu??? Ker rasa tergugat? Terancam? What is in your mind actually??? Tell me true. Fine.

Jangan buat aku mula rasa menyesal. Jangan buat aku mula benci kamu. Jangan buat aku jadi bukan yulie nurafnie. Thanks to si ‘kawan yang agak rapat’ tu yang buat aku bertahan tanpa melawan. Sukar bagi aku berperang dengan perasaan sendiri. Penat. Letih.

Sudah la aku dihukum tanpa aku tahu sebabnya. Orang tu nak main belakang pulak. Kadang-kadang aku harap, aku pun akan mudah benci kau seperti kau membenci aku. Tapi Tuhan, plizzz. Don’t, make me that. Berfikirla secara matang yulie.

Demi Tuhan, jika aku yang bersalah hukum la aku dengan seadilnya. Dan jika aku sedang dianiaya, lindungi la aku dengan sebaiknya. Dan jika ini ujianMu yang ku tidak faham maknanya, berikan aku petunjuk seterang-terang nya agar aku redha. Agar aku terima dengan hati yang rendah mengharap ada hikmah disebaliknya.

Tak mau nangis lagi sebab benda macam nie. Tak mau fikir lagi. Tak mau ingat lagi. Did you get me??? Apa-apa hal yang bersangkut-paut dengan aku, pliz direct to me. Jangan blame sesiapa. And jangan ingat sesiapa cuba mengapi-apikan sesiapa. Don’t judge me like before coz I never did it. Sesiapa mampu berubah. Sesiapa juga mampu menjadi yang lebih baik dari hari ini jika kita memberi dan membuka peluang. Jadi, jangan melatah dan tersungkur kerana emosi dan ombak minda mu yang kelabu!

Kalau kau rasa kau betul, kenapa diam dan bersembunyi? Kalau kau rasa kau dah matang, ayuh face to face! Berbicara dengan all out.

Aku dah tawar hati. Let me stay away. Urgghhh! Damn it!

Kenapa airmata nie keluar? Stupid! Jangan nangis yul. Jangan. Be strong. Keep strong. If there are so many stars smiling at you, be the SUN and keep giving the shine. Erghhh. Just maaf bila aku tak mampu jadi yang sesempurna mungkin. Babai.

Selasa, 20 Oktober 2009

special entri for Trexx

Hari nie (19 Okt) dalam claz IT Project, aku sibuk on-line and chatting dalam facebook. Well, antara insan-insan yang chatting dengan aku at that time adalah jeng jeng jeng Kak Fie, Emelia, Dolly, and Athyrah a.k.a Trexx.

Menyentuh tentang tajuk entri nie, mesti ramai yang bertanya, why ‘special entri for Trexx’ ? Well, tengah chatting tue Trexx mintak pendapat. Rasa macam nak tulis balik dialog kami tue tapi sorry aku tak ingat. Kalau dialog mesej sure aku akan salin seketul-seketul. But never mind la, Trexx said ‘setuju tak kalau aku kata menyintai tak semestinya memiliki?’. Yah. Absolutely aku setuju. Aku just cakap, ‘Jika kita cintakan seseorang, maka merdekakanlah dia.’ Segalanya pasti akan berbaloi. Lambat atau cepat.

Tak ada manusia yang inginkan kekecewaan tapi itu tidak bermakna ada permit untuk kita wujudkan paksaan dalam mencapai satu-satu hajat dan impian. Percayala, kita seringkali meminta apa yang kita mahu tapi Tuhan akan memberi apa yang kita perlu. Anything happened with a reason.

Cinta? Huh! Kalau nak elobrate tentang cinta, terlalu general dan luas. Ok la. Bagi memenuhi permintaan Trexx yang nak aku tulis tentang benda nie kat dalam blog, so aku tulis jugak la.

Kalau aku ditanya apa itu makna cinta, aku akan jawab ‘Ianya satu perasaan yang datang tanpa dipinta. Perasaan yang datang tidak bersebab. Perasaan yang menyebabkan kita ingin menjajah perasaan si dia.’ Bila kita sayang, kita akan ada keinginan untuk tahu segala-galanya tentang dia. Even benda tu sesimple zarah. Segalanya terasa indah. Rindu, sayang dan cemburu. Yah. Felt it?

Tapi bila aku ditanya apa itu makna kecewa, aku akan jawab ‘Ianya satu azab dimana aku berasa lemas dalam debar mengharap dalam lautan kekeliruan. Perasaan sakit bila terasa keinginan aku bukan impian dia. Harapan aku bukan mimpi dia.’ Kita akan rasa, I want but I cant. Pernah rasa macam nie? Yah. Aku pernah. Almost two years ago.

To trexx, why asked me this? Did I miss something which I supposed to know? Come on…tell me what and tell me why. Desire to know it.

Satu saat kita akan rebah, tersungkur dan jatuh. Kita rasa macam taknak bangun. Give up. Lantak la. But, aku bercakap berdasarkan pengalaman. Its not working. Life must go on. Bila segalanya kelihatan kian hilang, ingatlah masa depan masih ada.

Something happened to me. In this year jugak. Dan aku memilih untuk berikan space selebar-lebarnya pada diri aku dan dia. Kita dah dewasa dan matang. So, berfikirla seperti itu. Hari ini, aku masih meneruskan liku hidup. Sebab aku tahu, seperti yang pernah aku kata ‘Tuhan takkan uji kalau kita tak mampu.’

Perasaan sering mengelirukan tapi hati tak pernah menipu. So, akal kita dikuasai oleh yang mana? Think about it.

As a conclusion, =p no matter happened hidup kena sentiasa ready. Mental kena kuat. Hati kena tekad. Tiada paksaan dalam perhubungan so jangan wujudkan paksaan. Keep loving and keep loving. Semuanya akan berbaloi. Itu pasti. Sebab takdir itu dihujung usaha kita.

Jangan sesekali berubah untuk memiliki cinta tapi berubahla untuk menjadi yang lebih istimewa. Athyrah, you’re someone special. Maybe not for world but for who love you as you are. As special as you. Who meant to be with you. Your destiny.

Trexx you are loved. Always. You get what you give. Athyrah you are remembered. Forever till the end. You smile with scaled with a kiss.

p/s; blerrr tak? =p

Ahad, 27 September 2009

messages

Dua tahun lalu. Aku ada satu kisah. Aku ada satu cerita. Dimana aku…dan dia…kini dalam ingatan. Abadi dalam kenangan. Terasa ingin ku kongsi disini. Sebab masih ku simpan sejak malam itu. Dua tahu lalu. Messages...

As’kum..mf klu sy mengganggu awk..yul sy nk mnta mf atas apa yg brlaku..sy akui pe yg trjadi brpnca dr sy..mgkin da xde ruang lg tuk sy di hati awk..cume pe yg sy nk awk mfkan kslhan yg sy lkukan trhdp awk..sy brsyukur krn dpt brkwn gn awk dlu..wlupun skjap, ia ttap mmbri ksan yg byk dlm hdup sy…kdg2 sy trluke atas tndakan sy sndri..tp bg sy, itu lbih baik dr melukekn hati org laen..sy brhrp sgt agar awk mmaafkan kslahan sy..moga awk brjumpe dgn lelaki yg sesuai dgn awk. Takecare yul.

Aku miliki separuh hati berbentuk cinta namanya..walau kau jauh..aku sentiasa mencintai mu..ingin aku imbas kembali memory..walau kau jauh..aku berjanji terus merindu..walau dipisah lautan biru..aku mahu kau tau aku mencintai mu..seperti cinta ini yang terbuku..you don’t know how I love you, I want tell you, I need you..and tell you I’m sorry..i tell you secret..and now you can ask me a question..and lets go back to the star..please tell me you love me..come back and hold me..you know I love you so…

At this time, aku membaca mesej ini mungkin bukan dengan perasaan seperti apa yang dia sedang rasakan ketika dia menulis itu. Still ingat lagi, waktu nie aku dah baring kat atas katil. Tengah mengantuk. And yes, masa nie.. hati aku dah terubat sedikit atas apa yang dah jadi antara aku dengan dia. Dan ketika itu, aku tidak lagi mengharap apa-apa. Mungkin sebab aku sedar, aku tidak yakin..aku takut. Dan aku membiar ia berlalu. Aku membiar tangan yang menghulur itu tidak bersambut. Dan mesej darinya lagi..

Kau datang bagaikan mimpi..kau hadir tak kusedari..sekian lama ku nanti kau disisi..mungkin kehendak Illahi..segalanya ku jalani..biar lelap tidurku di pelukmu..

Aku kah yang buta atau memang bukan jodoh kita??? Aku kah yang salah atau Tuhan hanya menguji dan kita tewas dengan takdir yang sepatutnya berakhir dihujung usaha kita? Aku melukakan..yah aku. Tapi sebenarnya aku melukakan hati kita. Dan kau tidak pernah tahu itu sebab aku tidak mampu membuat kau mengerti. I was miss you like crazy.

Aku ada dia. Tapi aku bukan milik dia. Aku ingin dia. Tapi aku tahu aku takkan mampu. Aku mencintai seseorang bukan kerana diri orang yang dicintai itu tapi kerana bagaimana dia membuat aku merasa dicintai.

Kita akan dapat memberi tanpa mencintai tapi kita takkan sesekali dapat menyintai tanpa memberi.

Aku pernah dengar satu cerita bagaimana seorang kekasih menghukum hati si gadis dengan menggantungnya tidak bertali dengan alasan mahukan si gadis mencari yang lebih baik dari dirinya. Yah. Si gadis terluka pilu. Namun separuh hatinya berkata, dia bangga dengan keputusan lelaki itu kerana dia berkorban demi kepentingan si gadis. Dan hari demi hari, masa itu berlalu. Menghapus sisa kenangan lama dengan memori baru yang kian tumbuh bercambah di hati si gadis.

Jika si gadis pernah berasa bangga dengan keputusan kekasih lama nya, kenapa dia sendiri tidak mampu membuat kekasihnya bangga dengan membuktikan dia juga boleh berkorban dengan mengenepikan semua yang menjadi sangkaan kekasihnya??? Adakah kerana yang sedang mekar itu kian membunga dihati? Tapi yakin kah kau wahai si gadis, ianya akan kekal memberi harum?

Well. Ramai yang bercinta bertahun-tahun, putus juga. Dan aku… yang selalu menjadi teka-teki mereka. Ok. what if this message said..

Saya rindu awak yul…

Dan aku membalas

Tolong berhenti berharap..

Dia..

Kenape mesti macam nie? Dah tiga tahun..

Aku..

Kalau cinta itu pilihan, saya akan pilih awak. Tapi cinta itu ketentuan. Dan hati saya kata tidak untuk awak.

Dia..

Saya memang tak boleh menang kalau nak dibandingkan dengan dia.

Aku..

Itu bukan soalnye

Dia..

Saya tetap tunggu lagi

Ok, itu mesej dari si Mr. S.

Ini mesej malam raya tahun lepas. Dari si Mr.A.

Ok..syg..cne da ok ke dmam tue?

Ok. Cukup. Itu yang paling simple yang berani dipublishkan. Yang lain, hee. =0. Biar aku sorang yang baca dalam inbox messages.

And about this message. Terharu dengan mesej macam nie.

Ingin ku kirim bunga.. bunga kan layu.
Ingin ku kirim salam.. takut yang disana tak rindu.
Ingin ku kirim sayang..bimbang hati keliru.
Ingin ku kata I luv u.. ku tahu disana takkan mahu.
Ingin ku curi hatinya.. ku mengerti ada insan yang lebih dulu.
Ingin ku menumpang sayang.. Namun dia bukan seperti itu.
Ingin ku gubah puisi.. yang ada namanya dalam lagu.
Ingin ku.. Ingin ku.. Teringin aku.. Beritahu..
Hati ini sudah lama jadi milikmu.
Ingin ku.. Ingin ku.. Teringin aku.. Berlalu..
Buang kau jauh dalam mimpiku.
Kerana anganku cuma anganku.
Kerana dirimu ada dirinya.
Bukan inginku..bukan anganku..
Maafkan hati ini.. ampunkan perasaan ini.. ku tidak rela.. ia jadi begini..

Hemhh. Yah. Aku mahu seorang yang bijak berpujangga. Tapi, mungkin bukan kau wahai si pujangga.

Rabu, 16 September 2009

aku sedar

Baru balik dari pasar malam changlun terus berlari pegi cari toilet. Perut terasa sakit sangat. Lama giler aku duk mencangkung kat toilet tue. Saat aku taip entri nie, tangan teketar-ketar. Maybe sebab penat ‘membuang’. Hahahaha. Pastu Amy datang ambik makanan yang dia pesan kat kitorang tadi. Kitorang means aku ngan Kak Long. Then, dia bagi kad Raya dari Kak Fina. Rasa pelik coz kad Raya dia macam berat. Sekali aku bukak, ehmm…patutla. Kak Fina siap tampal duit syiling 20 sen, 10 sen and 5 sen. Kononya duit raya. Hee. Ok, aku nak share ucapan dia kat sini.

Assalamualaikum..
yulie oh yulie. Hehe.

  • First, of course kenalah ucap dulu: SELAMAT HARI RAYA! =)
  • Second, mustilah kena mintak maaf, kalau ada berdosa pd yulie. Termarah, tertinggi suara, dan segalanya yang ter-ter.0-0 ya.
  • Semoga yulie terus tabah menghadapi dugaan hidup. Suatu hari, semuanya akan berbaloi juga.
  • Blog musti update! Hee..
  • Banyak lagi nak cakap, but right now, this is it.
  • Take care!


Aku suka ayat nie ‘Semoga yulie terus tabah menghadapi dugaan hidup. Suatu hari, semuanya akan berbaloi juga.’ Why? Coz, I feel something yang cuba disampaikan. Macam ada maksud yang mendalam. Dan hanya orang yang membaca maksud hatiku sahaja yang akan mampu mengungkapkan itu. Wah gitu!

And for my besday wishing… aku suka Trexx punyer. Sounds like this;

Yulie!! Happy Birthday! Huhu Moga ko sentiase kuat mghadapi dugaan hidup. Itu jak pesanku. God bless u! N im glad that I know u! haha there’s much I can learn 4rm u. All da best yulie in life, may happiness always b der 4u. N d0 pr0ud of who u r! U r someb0dy! N0t just anybody, bt s0methink in u makes u special! Just b urself!

Wah! Ok. I’m somebody. Thanks trexx! Dalam pada aku cuba melarikan diri dari kamu semua, aku sedar yang kamu mendekat. Dalam pada aku mencari yang lain, aku tahu aku tidak tersisih. Hanya kerana aku yang menjauh. Hanya aku!

Life is circle. I believe that! Whatever you do, it will come back to you. Lambat atau cepat. Ia pasti. Samada yang back itu kebahagian atau penyesalan, pastinya ia berbaloi dan setimpal dengan apa yang kita pernah buat. So, think about that.

Dan siapa yulie nurafnie hari ini, adalah seiklas yul yang kamu kenal. Jika begitu aku di mata hatimu, jadi sebanyak itu lah aku yang akan membekas dalam kotak ingatanmu.

Khamis, 10 September 2009

antara kawan dan kekasih

Bukan dah tak sayang apalagi berubah hati. Once I said I love, its mean truly. Cuma kadang-kadang kita perlu akur dengan keadaan. Ok. Stop saying that you are getting forgotten. Itu ker yulie nurafnie yang awak kenal selama nie??? Hanya kerana satu kesilapan, dan mudahnya yang indah dilupakan.

Hidup bukan bergalas dengan hanya sekilo tanggungjawab dan komitmen. Dan hubungan yang perlu dijaga dalam hidup ini bukan hanya cinta. Someone was asked me, ‘antara cinta dan teman…kau pilih yang mana?’ Well, soalan yang simple tapi rumit untuk dijawab jika kita benar-benar tersepit diantara keduanya.

Jawapan aku, aku mahu berkorban sehabis daya ku untuk si teman yang amat ku sayang. Dan aku mahu si cinta mengerti hadirnya satu kesempurnaan bagi ku. Si teman yang mengajar aku erti ketawa lebih dulu dari si cinta. Dan bererti untuk menjalin sayang dengan si cinta bukan la dengan syarat aku perlu behenti menyayangi si teman. Di antara dua ini, aku memilih untuk membutakan hati ku. Supaya kedua-duanya terluka bersama ku. Agar kedua-duanya sedar betapa aku derita tanpa salah seorang daripadanya.

Merajuk si teman membuat aku menjauh hati. Terguris hati si cinta menjadikan aku tidak keruan.

Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri. Tiada yang menjadi impian selain rahmat kasihMu Tuhan. Yang terbias menyinari sekeping hati seorang insan bernama teman.

Kehadiranmu menyentuh kalbu. Menyalakan obor pengharapan. Setia ku takkan luluh dalam kesakitan. Tumbuh subur dalam doa ku.

Betapa aku mensyukuri ketulusan dalam berkasih. Cinta yang semakin kesamaran kau gilap cahaya kebahagian. Tulus keikhlasan menjadi ikatan dengan restu kasihMu Tuhan.

Kehadiranmu mendamaikan hati yang dahulu keresahan. Cinta ku takkan pudar diuji dugaan. Mengharum dalam harapan.

Jadi, tolong fahami. Ku minta di mengerti. Untuk si teman, jangan kata kau ku tinggalakan. Untuk si cinta jangan sebut kau ku abaikan. Andai kamu tidak membaca dalam bahasa hati ku, berhenti sebut sayang aku.

Ku benar-benar cinta. Ku sungguh-sunguh sayang. Ku amat-amat perlu. Kamu…. Sayap-sayap ku.

10 september 2009

Jam dah tunjuk 2.35 am. September 10, 2009. First entri yang di post dengan angka usia ku yang baru. Harapan ku semoga yang baik berterusan. Dan jangan la Tuhan menguji aku dengan cubaan yang tak tergalas oleh ku. Semoga jalinan setiap ukhuwah ku dengan semua hambaNya yang ku sayang bertaut utuh di tangkai hati ku. Jangan biar ia kurang walau sedikit pun. Kekal kan rasa hati ini selagi ia memberi damai.

Aku ingin hidup secerah mentari yang menyinar ditaman hatimu. Aku ingin seriang kicauan burung yang terdengar dijendela jiwamu. Aku ingin segala-galanya damai penuh mesra membuah ceria. Aku ingin menghapus duka dan lara melerai rindu didalam dada.

Tengah hari esok ada midsem untuk Current Issues in Network. Baru habis baca semua note. Pagi sok just nak buat final reversion. Semoga tarikh dengan number kegemaran ku mampu memberi tuah. After midsem, ada online kuiz untuk IT Project Management plak. Erghhh!

Anyway terima kasih kepada semua yang wish and bagi hadiah. Thanks! Wish me luck ye. Ok la. Need to rest. Daa.

Isnin, 7 September 2009

writing


Sekarang 1.38 am 7 hb September 2009. Aku still bersengkang mata depan notes. Prepare untuk midsem 8 hb and 10 hb nie. Rasa otak dah jammed and tak mampu nak process input untuk disimpan sebagai data untuk dijadikan ouput as answer for midsem paper. Prinsip aku, jangan paksa otak. Nanti boleh jadi gila. Hahaha!

Teringat kat kampung. Rindu. Teringat kat dia. Sayang. Ok. Whatever la.

Baca note sambil dengar lagu. Tetiba lagu slow nie, rasa sayu plak. Lagu slow bukan lagu cinta cintun yer. Lagu nasyid. Jangan tak tau yang aku juga penggemar lagu-lagu dakwah. Cerita Islamic pun aku layan. Tapi tengok pengisian gak la. Nape? Tak pecaye ea? Its up to you. Do I care??

Rembulan cahayanya menawan. Menerangi kegelapan malam. Bebintang sinarnya berkedipan. Menghiasi cahaya bulan.

Sekarang nie, aktiviti miss yuyul agak pasif. Dah jarang keluar bilik. Sampai ada orang naik heran aku selalu kat bilik. Haiii, ada kat bilik salah. Takda kat bilik pun salah gak ker??? Busy tengok movie. Hahaha. Agak-agak kepala dah sewel mengadap assignment, aku pun tengok cerita dalam labtop. Tak pun aku baca komik. Tak pun, keluar jalan sorang-sorang kat area kolej ambik angin. Bila dah hilang sewel, baru sambung buat assignment balik.

Try nak menjaga hati yang dah terbiar lama. Maybe dalam tak sedar aku terignore tanpa niat. Lewat ku sedari nilai sayang mu. Maaf aku lewat. So, sekarang aku mula sedar apa yang penting. Dan berikan aku peluang untuk buktikan. Untuk mewarnai lakaran mimpi mu. Percayalah, setiap manusia boleh berubah. Mungkin aku tak mampu menjadi diri orang lain, tapi aku yakin dan lebih dari yakin bahwa aku mampu dan lebih daripada mampu untuk menjadi yang lebih baik.( Cakap apa nie yul??? ). Well, tujuan aku menulis bukan untuk membuat readers faham tapi just nak meluah. So??? Tiada bayaran dikenakan untuk membaca dan tiada cukai dikenakan jika tak sudi nak baca.

Ohw ya, siang tadi Ija tanya sikit pendapat aku berkenaan masalah dia. Tak tau macam mana nak explain kat sini walaupun tiada istilah kerahsiaan. Tapi apa yang aku boleh cakap, Ija try cari solution to avoid benda yang mengganggu dia dari focus pada study. Dalam hati ‘macam sama jer masalah kita nie…’

Pada aku, manusia tak boleh lari dari halangan. So take it as a challenge. Cuma, jangan sesekali pernah tewas dengan keadaan tapi kita lah yang perlu tewaskan keadaan! Lagipun, manusia yang hidup tanpa masalah merupakan manusia yang bermasalah dan manusia yang hidup tanpa tekanan sebenarnya tertekan. Bukan laut kalau tak berombak dan bergelora. Jangan cari pelangi tika terik sinar mentari. Jangan cari bintang tika awan mendung menanggung hujan. Tapi cari la bulan… yang sinarnya satu namun cahayanya melimpah satu dunia. Dan kau akan mengerti kita berkongsi cerita. Saling melengkapkan. Saling mencorakkan…

Ehmm. By next week, penghuni kolej bukit yang cantik nie akan mula mengusung beg dan memenuhi ruang tempat menuggu bas untuk balik ke kampung. Macam yang Kak Fina pernah cakap, budak UUM nie kalau dapat cuti macam kena sawan. Hahaha!

Yang aku plak, akan ambik peluang nie untuk beraya kat Terengganu dengan Mira. Mira is my coursemate and antara orang yang cloze dengan aku kat sini. Sejak semester satu lagi dia selalu ajak aku pegi rumah dia tapi rasa macam malas. So, time ni la baru rasa macam ada mood sikit. Sepatutnya mak suruh balik Sabah or beraya kat Banting tempat uncle aku. Tapi, yul is yul. Suka mencuba. Sorry uncle. Selamat hari raya maaf zahir batin.

Kenanglah sebuah pertemuan
Kerana disitu tercipta
Kemesraan

Hargailah setiap kejujuran
Kerana disitu terjalin
Persahabatan

Hargailah segalanya
Kerana itulah nikmat
daripada Tuhan

Rasanya itu jer la watikah dari aku untuk kali nie. Need to study! Ok. Daa.

Isnin, 31 Ogos 2009

think as you want

Ramadhan menjejak angka yang ke-10 hari nie. Terasa damai melaluinya. Well, mungkin inilah yang dikatakan barakah Ramadhan. Tapi yang tak bestnya…bila desas telinga ini mendengar sesuatu yang tidak elok dari sang teman. Ok. Pendekkan cerita, tak semua orang suka kita dalam dunia nie. Dan yang pasti kita takkan mampu puaskan hati semua orang. Yah. Bibir mudah menyebut sabar tapi hati yang terasa pedihnya, mungkin tidak mampu mengerti istilah sabar itu.

Dari eye contact orang tu pun kita boleh rasa ada yang tak kena. Instinct kita juga mampu menafsir bahasa senyap itu. Keraguan still keraguan jika kita terkeliru dan kita akan tersilap tafsir. Perkataan ‘mungkin’ diawal bicara luah hati juga menunjukkan jelas tentang kekeliruan itu. Dan kamu boleh berkata ‘kau suka buat assumption sendiri’. Fine. Mungkin awak-awak semua betul tentang itu. Tapi anda silap dan aku betul bila mendengar ‘alah…yul tu bajet bagus…’. Sekali lagi aku nak pinjam ayat kak Fina, ‘kamu berhak menilai aku diminda mu yang kelabu’.

Hanya kerana aku terlalu berdiam dan kamu menyangka aku berhenti menilai, you totally wrong. Kadang-kadang berdiam lebih baik sebagai tanda mengalah daripada riuh sebandar untuk buktikan diri itu tidak kalah. Come on la. Kenapa nak melatah??? Kenapa rasa diri tu betul kalau tak tahu menerima persepsi orang? Rasa semakin muak melihat mulut lancang itu bermain kata dengan bahasa yang kurang sopan terhadap ketua sendiri. Hey you, aku dah hilang respect pada kau. Be flexible k. For the first time, maybe aku akan cakap kau tak kenal aku. So, warning with bad respon to realize you. But, if still same, trust me…you wont long. My advice, learn to give, learn to get. That’s the key! Take note yah! (oppss. panas pulak bunyi entri nie).

Meminjam kata-kata seorang pengarah filem dalam teks ucapannya semasa memenangi anugerah Pengarah Terbaik, ‘mereka yang suka mengata buruk tentang seseorang adalah mereka yang cemburu dan berkeinginan untuk menjadi seperti orang yang dikatakan. Sedangkan dia tidak ada kelebihan untuk menjadi seperti itu. Kerana dia adalah dia yang suka mengata dan orang yang diperkatakan itu adalah orang yang punyai karakter meyerlah di dalam ramai.’ Owh.. ok. Bukan aku nak kata aku menyerlah or wat so ever. But, the point here is…. Siapa kau untuk menilai aku? Soalan aku lagi satu, dah lama buat kerja macam nie??? ‘Income’ pun mesti dah menggunung kan? (ikhlas menyindir =p).

Bila ada yang tanya, ‘kenapa aku tengok kau slow jer sekarang?’. Statement di atas adalah jawapannya.
Ok. Dah alang-alang buat entri panas nie, baik rentungkan terusss.

Ada tiga jenis spesis manusia yang aku tak suka kat atas bumi Tuhan nie. First, orang yang tak tepati masa. Bukan nak kata time management aku bagus sangat tapi jangan tanya kenapa orang Melayu masih merangkak dalam dunia nie. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Dah janji pukul 10 tu, datang pukul 10 la. Jangan pukul 10 baru nak tekedek-kedek ambil tuala nak pegi mandi!

Second, orang yang suka menipu. Kalau setakat menipu benda kecil dengan alasan untuk bergurau, itu aku terima coz aku pun suka buat untuk kena kan member. =). Tapi kalau dah menipu benda yang serius tahap gaban, itu tidak diterima. Franckly speaking, aku manusia yang particular skit orangnya. Once aku dah kena, jangan harap aku nak pecaya dah. Mula la aku letakkan kecurigaan terhadap orang tue. And don’t say I’m rude when I start ignoring you.

Dan yang last sekali, spesis yang talam dua tiga muka! Tak boleh blah. Bila depan kita bukan main elok lagi bila cakap. Siap ada unsur-unsur kemanjaan yang ala-ala real gitu. Tapi bila kat belakang, perghhh…serabai jer mengutuk. And yang paling best, tak mengaku plak tue.

Pada aku, aku pun jenis manusia yang ‘berlakon’ jugak bila perlu. Nawaitu ku hanya satu, menjaga hati untuk mengelak peperangan.

Bukan nak kata aku perfect. Sebab kita tak ada satu formula pun untuk menjadi sempurna tapi kita ada sejuta cara untuk menjadi yang terbaik. Yang paling penting, kita tahu untuk timbal balik setiap kelakuan dan pertuturan kita dalam masyarakat. So, aku agak kurang setuju bila ada yang keluarkan statement ‘kenapa nak pikir pasal orang?’. Nama pun dah hidup dalam masyarakat, so that thing mesti diambik kira sama ada nak atau taknak. But, macam yang aku cakap tadi, agak kurang setuju. Means, kalau dalam situasi tu persepsi orang tu tidak penting… beter ignore jer. Dan kadang-kadang kita perlu membuat pilihan samada menjaga perasaan orang lain atau puaskan hati sendiri. Aku yakin, kita semua pernah berada dalam situasi ini. Jawapannya adalah, do the right thing first.

So, kepada mereka-mereka yang semakin menularkan budaya cakap-cakap belakang pasal aku tapi takut nak berterus terang nie…wish the best of you.

Sebelum mengakhiri entri nie, mohon maaf terkasar bahasa dan terlancang bicara. Kenapa aku memilih blog ini untuk meluah? Kerana aku percaya mata pena ku lebih tajam dari lancang lidah mu.

Jumaat, 28 Ogos 2009

bersuara la

Aku perasan dia cuba mencuri perhatianku. Aku perasan dia lebih alert tentangku. Aku perasan dia ingin menjadi sebahagian dari tawaku. Dan aku mendengar ceritaku dari temannya. Aku perasan dia cemburu melihat aku dengan yang lain.

Aku tahu dia membaca kisahku. Aku tahu dia mahu menjadi kisahku.

Tuhan, buka kan la pintu hati ini sekali lagi. Berikan aku peluang untuk memberi dia ruang. Teman tawa ria ku. Jangan biarkan aku mengecewakan hanya kerana aku pernah dikecewakan. Jangan musnahkan impiannya hanya kerana impianku yang telah musnah.

Berikan aku ruang untuk memilih yang terbaik untuk kita. Dan berikan aku masa mengumpul kekuatan memekakkan telinga mendengar cerita hitam mu. Tuhan lebih mengetahui hatimu dan hatiku. Mereka mampu membaca namun gagal untuk mengerti. Tersilap tafsir, permusuhan terukir.

Dalam ramai, aku sendiri. Ku sangka aku sendiri. Rupanya, dalam dekat kau memerhati. Kenapa berdiam? Bersuara la. Aku tak mampu menafsir isyarat bahasa senyap mu. Aku ingin dengar supaya ada keyakinan. Aku ingin rasa supaya ada keberanian.

medley kata si hati

Bila terasa rindu, sebutla aku. Bila terasa pilu, panggil la aku. Bila terasa sayu, dengarla aku. Itu yang aku mahu. Yang terbaik dalam semua. Membuat kau mengerti terlalu payah. Dan terkadang aku terasa penat. Kata dia, ‘adakah kau pasti penantianmu ini berbaloi?’. Lagi kata dia ‘dimana hujungnya?’. Jawapan aku, aku tak pasti. Yang pasti, takdir itu dihujung usaha kita. Dan aku berusaha mencari hujung takdir itu.

Sesaat membuat aku terasa hilang. Dalam kekeliruan. Dalam seribu pertanyaan. Dalam seribu harapan dan keinginan. Penantian. Bukan sekadar satu penyiksaan tapi penantian juga satu tangisan. Kata seorang pujangga, perasaan sering mengelirukan kita tapi hati tak boleh ditipu. Tapi, apa pula kata hatiku??? Yes, rindu. Mahu. Dan perlu. Ya, aku rindu kamu. Aku mahu kamu. Dan aku perlu kamu. Itu kata hatiku. Kata hati mu? Kata hati mu sesuatu yang selalu mendera aku untuk membacanya. Untuk mengertinya.

Embun dipagi buta menebarkan bau basah. Detik demi detik. Ini kah saat aku pergi??? Kata kan iya jika aku siksa kamu. Kata kan tidak jika aku sebahagian dari kamu.

Ku punya rasa tak terungkap kan. Hanya sebuah memori membuat aku tegar. Apakah ku amat bererti dimata engkau?? Ku merasa sepi aku sendiri. Beribu senandung yang ku nyanyikan. Kata termanis hanya untuk kamu. Dan ku masih merindukan mu. Namun kau hilang…

Ku pernah menyendiri. Disini waktu terasa sepi. Walaupun bibir penuh gelak tawa.
Ku mencari. Ku mencari apakah salahku. Kau buat ku termenung seorangan. Ku megerti ku fahami keputusan diri. Permintaan terakhir ku jangan kau lafazkan selamat tinggal.

Bintang terlihat terang saat dirimu datang. Cinta yang dulu hilang kini kembali pulang. Lihat la ia mula bernyanyi cuba merangkai mimpi. Cinta yang dulu pergi kini datang kembali. Mahligai yang sejati ku rasa aku cinta lagi. Sudah la. Jangan menangis lagi. Dengarla kekasih. Aku di sini. Sudah la. Lupakan masa lalu. Ku bersama mu. Malam telah berganti. Ku lihat sempurna bentuk bulan. Aku telah cuba berdiri tegar menunggu mu. Cerita tentang bintang yang sangat ku sayang.

Jumaat, 21 Ogos 2009

kenapa yul menulis???

Secara semulajadinya aku lahir sebagai seorang yang pendiam. Mesti ramai yang tak pecaya kan? Tapi inilah hakikatnya. Kat sekolah sejak dari darjah satu sampai la form five, aku memang tak banyak cakap. Cakap bila perlu jer and cakap dengan orang yang cloze dengan aku jer. Sampai guru kelas aku pun inform kat mak aku yang aku nie tak banyak cakap kat claz.

Then, sampai la satu hari aku kene masuk PLKN kat Kuala Kubu Bharu, Selangor. Kat kem tue memang kene banyak communicate dengan orang. Tambah-tambah plak semua pelatih dari negeri lain-lain. Then, banyak presentation kene buat and confident-self amat diperlukan. So, dari situ aku dah jadi berani becakap. Sebelum nie, aku cuma banyak menulis kat buku conteng. Tulis puisi…tulis cerpen…tulis kata-kata. Tulis macam-macam untuk hilangkan boring bila cikgu tak masuk claz. Selalunya kawan-kawan lain akan duduk menyembang kat satu port tapi aku lebih suka buat hal aku. Bila nak menyembang pun, kat area table aku jer.

Bila naik form 6, aku dah jadi yul yang baru. Form 6 aku jadi penolong ketua kelas yang sekepala Wadi. Wadi merangkap ketua kelas time tue. Memang hancur la enam Iltizam tue kitorang keje kan. Tapi time tue memang enjoy. Masa tue, aku tak pecaya pada bestfriend. I said, no bestfriend in this world. Tapi, aku cloze dengan Wadi and Din. Dan takdir tu memihak pada kami, sampai sekarang kami dapat universiti yang sama.

Tak lama lepas tue, aku rapat dengan Wong Sze Sze. Budak claz aku mix cina plus bisayak. Kitorang compete untuk paper ekonomi and geo. Sekarang dah lost contact dengan dia sebab dia dapat universiti yang lain. Tapi memang enjoy kawan dengan Sze Sze nie coz dia banyak bantu aku dalam pelajaran. Thankz Sze. And after that, aku tetibe cloze dengan tiga orang kat claz aku nie. Dorang la yang ubah segala-galanya. Amy, Ira and Juliet. Kitorang berempat getting on like sisters. But yang membezakan aku dengan dorang ialah social life. Aku still dengan prinsip aku. No clubbing. No smoking. And no drinking. Aku jadi tembok yang menghalang dorang dari benda-benda tue sume. But, yelah… kalau dah keinginan mengawal akal waras, yang tak elok pun nampak elok jer kan.

Penipuan demi penipuan. Pertelingkahan demi pertelingkahan. Bukan dengan aku tapi semua tu berlaku antara dorang bertiga sampai la yang menjadi rahsia tidak lagi mampu disembunyi dariku. Terbongkar semua cerita. Dan aku redha dengan ketentuan Tuhan. Sejak dari hari itu, aku dah tak pecaya pada bestfriend. So yulie pun focus kat STPM jer and nak apply university yang jauh dari dorang bertiga coz tak mau ingat kat kenangan yang terlalu pahit sangat. Terlalu pahit yang aku tak boleh ceritakan kat sini.

Pendekkan cerita, kat UUM nie aku just buat hal aku and tak cloze dengan sapa-sapa pada awalnya. Then kenal Emelia a.k.a Amy. Apa yang suprizenya, perangai Amy nie memang seketul perangai Amy kawan aku time form 6 tue. fav color.. fav sport.. and cara Amy nie…saling tak tumpah. Dua-dua Amy nie pun minat POOH. Lagilah aku tak bleh lupa kat si Amy Noor Safarina tue. Maybe takdela 100% sama but cukup untuk teringat kat sejarah form 6 dulu.

Semester tiga, aku pun interview untuk jadi ahli JPM. Alhamdulillah dapat. Pendekkan story, aku cloze dengan Zetty and Lian. Sekejap… tapi cukup aku hargai. Dan satu hari bila aku bangun, aku rasa aku lost dunia aku. Jadi aku buat blog sebagai cara nak luahkan perasaan aku. Coz aku tak tau nak share dengan sapa semua nie. Jadi dengan cara nie aku rasa aku jumpa apa yang aku nak. Tak perlu sakitkan hati sapa-sapa. Nak nangis pun, nangis jer la sorang-sorang then refresh balik.

Bila rasa diri terbuang, baru kita sedar sepi itu indah. Sepi itu meriah dah sepi itu membahagiakan. Bila kau ada seribu cerita tapi tak mampu diluah walau sepatah, baru kita sedar… hidup bukan sekadar belajar bersabar. Tapi hidup juga kena sentiasa sedar. Hidup kena sentiasa ada banyak plan. Plan A… Plan B…Plan C and so on. Dan plan aku…..????

Aku memilih untuk menulis. Menulis cerita itu dan ini. Selagi jari ini cukup bilangannya dan selagi hati ini tak terisi. Selagi hati ini puas dengan cara ini. Selagi ada yang sudi membaca ceritaku.

Sayonara disana.

Rabu, 12 Ogos 2009

12 ogos 2009

Menggigil tubuh ini melihat Din kaku diatas pembaringan dalam keadaan koma. Wayer dan pelbagai jenis tiub disumbat masuk kat dalam badan dia. Aku… tahan air mata depan ayah dia. Awal-awal lagi, Wadi dah pesan supaya aku jangan nangis. Well, I just angguk. But itu bukan as a promise.

Tuhan takkan uji kalau aku tak mampu!’. Itu words aku. Words yang aku penah bagi kat Zetty, kat Din…kat semua yang aku sayang bila dorang tengah down. Tapi hari nie, aku rasa words tu macam takde meaning. Atau mungkin aku sendiri yang dah semakin lemah sampai dah tak mampu mendalami words tu betul-betul.

Bibir mudah menyebut sabar. Tapi hati ini terlalu rapuh dan penuh debar. Dan bila emosi menguasai akal waras… syaitan akan bertepuk keriangan melihat anak Adam jatuh dalam kekalahan iman.

Saat ini…aku tak mahu bersendiri. Aku perlu dalam ramai. Walau aku tak mampu untuk ketawa tapi cukuplah jika aku mampu melihat sekuntum senyum dari setiap sang teman sebagai penghibur lara ku.

Kat kolej… aku selalu akan pastikan aku akan buat something. Tak kira la apa pun. Janji aku tak duduk diam. Aku tahu muka aku nampak macam hyper tension. Ramai yang tanya but aku tak larat nak meluah. Aku just bagitau pada orang yang perlu. Macam Dolly. Coz aku memang cooperate dengan dia pasal kiosk.
Sory to Zetty coz tak bagitau and dapat tau dari orang lain. Malam tu, Zetty ada tanya ‘napa tak bagitau aku?’. Well, aku tau masing-masing busy. Dan aku sendiri tak tau nak share dengan sape sume nie. So, aku decide diam and cakap just untuk buat orang faham keadaan aku.

Thanks untuk OSL (bukan nama sebenar) and also to kak Fina yang suruh be strong. InsyaAllah, I will. Thanks jugak untuk Dolly yang faham keadaan aku and secara tak langsung take over part aku kat kiosk.

Dan sekarang aku nak bagitau semua kawan-kawan yang aku sayang… jaga diri baik-baik. Pliz don’t make me cry for next time. Betapa aku sedar aku terlalu sayang kamu. Betapa aku sedar aku mahu mengalah untuk biarkan kita terus ketawa bersama. Betapa aku mahu dan perlu kamu. Betapa aku tidak dapat mencari perkataan yang lebih baik untuk menggantikan perkataan ‘terlalu sayang’ itu buat kamu, supaya kamu mengerti.

Cukup. Dan cukup setakat ini.

Petang esok, nak join program BAKSIS Pahang. Rasa macam nak tarik diri. Tambah-tambah lagi aku rasa #%@$&*!..... Tapi tanggungjawab is tanggungjawab.
So… kene tabah sikit jer lagi.
To my brother Din. Wait for me. Lepas jer balik dari BAKSIS, I’ll be there k. So, makesure Din dah sedar time tu and give me a cutest smile.